Bayangkan sekiranya air digunakan sebagai bahan bakar kenderaan, apa yang akan terjadi?Yes, you are absolutely right.Minyak akan menjadi bahan fosil yang hilang nilainya, dan taikun-taikun minyak di seluruh dunia akan mula membunuh diri.
Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait, Qatar, Brunei, Venezuela, etc, negara-negara yang bergantung sepenuhnya kepada minyak sebagai sumber ekonomi utama akan collapse.Fosil-fosil dinosaur pula akan terselamat daripada menjadi rebutan taikun-taikun minyak yang gila harta dan para ahli arkeologi boleh melakukan kerja-kerja ekskavasi fosil tanpa gangguan..
Bayangkan..bayangkan....Berapa banyak kau punya bayang........
Kisah tentang teknologi bahan bakar kenderaan dari air / H20 energy ini sebenarnya sudah lama.Rasanya pertama kali aku terbaca artikel berkenaan hal ini ketika waktu masih sekolah dulu.Lama dah.Kisah tentang seorang saintis Filipina yang mendakwa telah menemui formula untuk menghidupkan kenderaan dengan menggunakan air sebagai bahan bakar.Namun lepas tu, haram takda dengar apa-apa kisah tentang dia lagi.Aku pun sudah lupa siapa nama dia.Cari punya cari punya cari, akhirnya aku jumpa juga 'lost article' yang pernah aku baca tu.Berikut, sedikit biografi dan kisah pencipta 'enjin berkuasa air'.
Daniel Dingel, (meninggal dunia pada 2010) mendakwa telah menemui formula dan membangunkan teknologi 'Hydrogen Reactor' sejak tahun 1968 lagi.Pada tahun 1985, beliau telah melakukan beberapa eksperimen dengan 'kenderaan airnya' dan telah berjaya melakukan perjalanan sejauh 167 kilometer dari Metro Manila ke Laguna, dengan mengunakan 15 liter air dan setengah liter gasoline (petrol).Menurutnya lagi, petrol yang digunakannya pada kenderaan tersebut hanyalah digunakan untuk menghidupkan enjin, dan selepas itu, segala aktiviti dan penjanaan kuasa enjin akan diambilalih oleh air!
Sepanjang hayatnya, beliau dikatakan telah berjaya meng'converted'kan sebanyak lebih 100 buah enjin kenderaan daripada konvensional (petrol) kepada berkuasa hydrogen (air)!
Video di atas menunjukkan demonstrasi yang dilakukan oleh Daniel sendiri tentang bagaimana enjin berkuasa airnya berfungsi.
Berdasarkan sumber, beliau sebenarnya telah beberapa kali cuba untuk membawa ciptaan tersebut untuk dibangunkan ke peringkat yang lebih tinggi tapi tidak kesampaian.Terakhir sekali, sebelum meninggal dunia, pada tahun 2008 beliau telah menghantar prototaip ciptaannya kepada Jabatan Tenaga Filipina, dan hasil daripada kajian mereka, didapati prototaip hydrogen reactor itu berjaya menghasilkan 40.41% komposisi hidrogen yang diperlukan untuk menjana enjin air tersebut.Kerajaan Filipina sebenarnya pernah hampir-hampir untuk memulakan proses pembangunan untuk ciptaan tersebut, namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui (?), proses itu tidak menjadi kenyataan, dan terus senyap sehingga ke hari ini.
Apa yang tertulis pada hood diatas, dikatakan sebagai formula yang beliau gunakan dalam mencipta teknologi 'Hydrogen Reactor' tersebut.
............................................................
Konspirasi
Disengajakan?Sudah tentu.Walaupun teknologi sebegini merupakan sesuatu yang besar manfaatnya kepada kehidupan manusia, namun bagi taikun dan negara pengeluar minyak ia adalah suatu malapetaka dan boleh dikatakan sebagai 'hari kiamat' kepada industri petroleum dunia.Amerika, selaku taiko yang 'mengawal' sebahagian besar daripada negara-negara pengeluar minyak melalui 'tangan-tangan tersembunyi' mereka sudah semestinya akan berhabis-habisan menyekat teknologi ini daripada berkembang.Filipina, yang juga merupakan salah satu rakan sekutu mereka di Asia Tenggara ini selain Singapore, semestinya akan akur terhadap tekanan-tekanan yang diberikan oleh negara Uncle Sam itu kepada mereka..
Berikut adalah sesuatu 'kenyataan' yang perolehi dari satu sumber.Anda nilaikan sendiri statement ini.
"Daniel passed away in October 2010 at his home in the Philippines aged 84. From what I heard, his son flew over from the States and everything then 'disappeared'.When I was there he showed me a US Government white paper showing a 5 years recovery plan for the world economy if he were ever to release his technology.He was living on a private estate with security guards at the main entrance.I was told that he had been given $1 million to ‘continue his research’ and Bill Gate’s name was also mentioned but I don’t know how true that was where the million dollars came from. So I presume the powers that be confiscated everything very quickly in the interests of national security."- Peter Aldred, CEO Ethos Group
Perhatikan perkataan yang diwarnakan merah.Jika apa yang dikatakan itu benar, nampaknya US government telah pun bersedia dengan pelan pemulihan ekonomi 5 tahun sekiranya teknologi tersebut dikomersilkan.Apa tidaknya, ekonomi mereka akan menjadi 'huru-hara' sekiranya teknologi tersebut menjadi kenyataan dan di'release'kan kepada umum.Kenderaan yang sedia ada dipasaran terpaksa ditarik balik untuk pengubahsuaian enjin, dan apa yang paling ditakutkan oleh Amerika akan berlaku, iaitu harga minyak akan jatuh merudum dan mungkin akan hilang nilainya sama sekali.Dan untuk mengelakkan worst case scenario itu daripada terjadi, mereka telah terlebih dahulu 'membeli' formula itu daripada anak mendiang Daniel dan menutup mulutnya hanya dengan $1 juta.Harammm....

...........................................................
Akhirnya, sebelum Daniel meninggal dunia, ciptaannya itu telah diisytiharkan sebagai 'hoax' dan beliau telah disaman dan disabitkan atas kesalahan menipu (?) oleh sebuah syarikat yang pada mulanya bekerjasama dengan beliau untuk membangunkan teknologi itu.Website beliau juga (DanielDingel.com) telah hilang dari dunia maya selepas kematiannya... (?)
What a sad story.Setelah hampir seluruh hayat mengabdikan diri untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia, akhirnya disebabkan 'permainan tangan-tangan tersembunyi' beliau terpaksa pergi tanpa melihat ciptaannya menjadi kenyataan.

Kesimpulannya bagi aku, suatu ciptaan itu, sekiranya memberi effort dan kesan yang baik kepada kehidupan manusia sejagat, sepatutnya dibangunkan dan bukannya diperlekeh atau disekat.Namun dalam dunia hari ini yang dikuasai oleh 'tangan-tangan tersembunyi', sudah pasti mereka tidak akan membenarkan sesuatu yang bermanfaat seperti ini untuk digunakan oleh manusia sekiranya bakal 'mengkiamatkan' dunia mereka.Wallahualam.
As-Salam
Sumber : fuel-efficient-vehicles.org, newsinfo.inquirer.net, dinglefoundation.com, youtube & google images
5comments:
negara barat nie boleh ke tgk negara2 lain lebih daripada negara dia...
mselim3
@Mohd Selim Zainal tu la pasal bro..invention yg sgt bermanfaat kpd manusia pn diorg akan tolak tepi jika x menguntungkn diorg...
klu la inventor teknologi ni org kita,agak2 gov kita bg ke lepas tuk release?tepuk dada tanya 'mason' :0
Salam.
Tuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG SANTAI DAN HANGAT. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama tuan
waalaikumsalam @Arya Teja,
dipersilakan & trima kasih kerana sudi mmbaca blog yg x seberapa ini.semoga bermanfaat :)
Menarik walau mengecewakan
Post a Comment