Friday, January 30, 2009

KHAS UNTUK SABAHAN ; PEMBIAYAAN PERIBADI-I BANK ISLAM

Pembiayaan Peribadi-i.Wang tunai segera sehingga RM100,000 dari serendah 5.1% setahun.TANPA PENJAMIN

Syarat permohonan:
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Kakitangan awam yang telah disahkan dalam perkhidmatan serta kakitangan swasta bagi syarikat2 swasta terpilih (Major company spt Innoprise,Wongkwok etc)

Dokumen diperlukan :

  • Salinan fotostat I.C depan belakang
  • Surat pengesahan daripada majikan
  • Salinan fotostat borang BE/EA terkini
  • Salinan fotostat slip gaji 3 bulan terkini
Kelebihan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam :
1. Amaun pembiayaan yang lebih tinggi sehingga RM100,00
2. Kadar interest yang kompetitif dari serendah 5.1% - 5.9 % setahun(kadar interest antara yang
TERENDAH dikalangan bank2 di Malaysia)
3. Ansuran bulanan tetap dari serendah RM66.25
4. Tempoh pembiayaan yang lebih panjang sehingga 10 tahun
5.
TANPA PENJAMIN & DIRECT PROCESSING KE BANK ISLAM PUSAT DI KUALA LUMPUR TANPA MELALUI CAWANGAN DI SABAH!!


Berminat?sila hubungi Hardy di talian
010-9557387 @ Faudzey 0198028441 ataupun email a_10k@yahoo.com / faudzey@gmail.com untuk keterangan lanjut
Read more ...

Sunday, December 14, 2008

AWAS!!ASID BENZOIK TINGGI DALAM MI!!!

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan terdapat mi kuning dan kuetiau yang dijual dalam pasaran mengandungi kandungan asid benzoik yang tinggi.

Kandungan tinggi bahan itu boleh mendedahkan pengguna dengan penyakit asma, rhinitis dan urticaria selain dikaitkan dengan keadaan hiper aktif di kalangan kanak-kanak. Pendedahan kandungan asid itu secara melampau hasil kajian CAP ke atas 30 sampel mi, kuetiau dan hor fun di beberapa pasar di sekitar bandar ini.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris memberitahu, menurut Akta dan Peraturan Makanan 1983 asid itu tidak dibenarkan dalam makanan berupa mi sebaliknya hanya boleh digunakan terhadap proses makanan seperti cili, produk kacang soya, belacan, pati minuman dan jeruk. Katanya, tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang makanan ialah tidak melebihi 1,000 bahagian per juta (ppm).

"Namun, hasil kajian CAP mendapati tahap ppm dalam mi, kuetiau dan hor fun di antara 1,285 hingga 4,912 ppm malah ada yang mencecah sehingga 5,354 ppm," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, asid tersebut dipercayai dicampur oleh peniaga dengan menyembur cecair itu ke atas mi untuk memastikan bahan makanan itu kelihatan segar dan boleh disimpan untuk beberapa hari. S. M. Mohamed memberitahu, dalam satu kajian yang melibatkan sukarelawan yang diuji dengan dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka mengalami ketidakselesaan, loya, sakit kepala dan lemah.
Read more ...

Thursday, November 27, 2008

Strok akibat SEKS!!

Seorang wanita berumur 35 tahun dari Illinois, Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang menyamai strok semasa melakukan hubungan seksual.

Kebas separuh muka, pertuturan yang tidak jelas sebutannya dan lengan kiri yang lemah telah membawa wanita itu ke hospital.

Lumpuh muka, pertuturan yang teruk dan lengan kiri yang tidak dapat digerakkan telah memaksa doktor untuk menggunakan ubat lerai darah beku di dalam otaknya dalam cubaan segera untuk menghalang strok daripada menjadi lebih teruk. Ia berkesan.

Wanita itu kemudiannya menunjukkan peningkatan kesihatan yang cepat, dan simptom strok hampir tidak kelihatan langsung 12 jam selepas prosedur itu.

Doktor memberi perhatian lanjut terhadap kes ini memandangkan wanita berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular - masih muda, tidak merokok dan tiada masalah kesihatan yang serius.

Strok yang diakibatkan seks atau orgasma dikatakan jarang berlaku di kalangan orang muda, tetapi faktor yang bergabung untuk menyebabkannya berlaku bukanlah sesuatu yang baru. Hanya penyatuannya yang menjadikannya unik.

Dan masalah yang dihadapi wanita tadi dikelaskan sebagai gangguan jantung yang dipanggil PFO, di mana bukaan kecil pada dinding jantung antara kedua-dua bahagian atas jantung yang membenarkan darah melintasi jantung dan mengalir terus ke otak.

Moral of the story : agak2 la bro,jgn ingat sedap ja...;-P
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!