Thursday, December 15, 2011

Blog Paling Kontroversi Di Malaysia 2011


Di antara banyak-banyak blog yang aku pernah jumpa di alam maya digital ni, inilah blog dan tulisan yang paling kontroversi dan merapu sekali yang pernah aku baca.Sorry to say la kalau perkataan yang aku guna ni menyakitkan hati si empunya blog, tapi apa yang ditulis dalam blog tu memang kebanyakannya berbaur kontroversi...dan merapu!

Blog yang aku maksudkan ni milik seorang selebriti tv (?) yang boleh dikatakan agak terkenal jugaklah.Tapi selebriti ni dikenali bukan kerana hasil kerja yang beliau lakukan, beliau lebih dikenali kerana kontroversi yang sering beliau cetuskan.Walaupun kebelakangan ini nama beliau agak tenggelam dari media arus perdana, namun beliau agak aktif dalam bidang penulisan blog.Nak tahu siapa yang aku maksudkan?Keep on reading...Sabar...hehe...

Baiklah, hint.Antara kontroversi yang pernah dicetuskan oleh selebriti ni salah satunya adalah mengenai skandalnya dengan seorang bekas permaisuri diraja (?).Kontroversi ini pernah mendapat liputan meluas media arus perdana satu ketika dulu.Selain itu, aku juga pernah melihat selebriti ini bertengkar mulut dengan salah seorang pakar motivasi terkenal negara iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam satu rancangan tv gara-gara tidak puas hati dengan kritikan yang diberikan oleh Dato' Haji Fadzilah.Dapat tangkap siapa yang aku maksudkan?

Kalau dah dapat tangkap, bagus.Ok, sekarang kenapa aku cakap tulisan dalam blognya kontroversi dan merapu?Kalau beliau menulis sekadar mengenai gosip dunia artis, si polan bercerai si polan skandal si polan bogel majalah ataupun tulisan berkaitan dengan permainan kotor politik aku tak heran lagi.Apa yang membuatkan aku tergerak untuk memberikan komentar mengenai blog beliau ni adalah tindakannya menulis ramalan-ramalan mimpi beliau sendiri berkaitan dengan selebriti terkenal dan juga golongan atasan yang memang tidak masuk akal dan boleh mencetuskan konflik akidah kepada orang Islam yang membaca ramalan tersebut!


Antara ramalan yang telah beliau buat berdasarkan MIMPINYA sendiri adalah seperti kemalangan dan kematian yang melibatkan selebriti terkenal,  kejatuhan pemimpin dan golongan atasan negara dan pelbagai lagilah perkara yang tidak masuk akal dan sukar untuk diterima oleh pemikiran normal.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah perkara yang telah diramalkan oleh beliau ini, korang boleh melihat dan menyelongkar blog tersebut di SINI ataupun baca terus ramalannya tentang kematian seorang selebriti terkenal Malaysia di SINI

Aku pun tidak pasti apa sebenarnya yang cuba untuk dibuktikan dan diperjuangkan oleh beliau ini.Kalau nak jadi terkenal dan popular pun bukan begini caranya.Aku ni bukannya orang yang arif tentang agama pun, tapi aku rasa apa yang beliau lakukan ni memang tidak betul dan boleh memesongkan akidah para pembaca dan pengikut blog tersebut yang rata-rata beragama Islam.Beliau sebagai seorang yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat sepatutnya menyajikan para penggemar beliau dengan sesuatu yang boleh memberi manfaat, bukannya memberikan sesuatu yang tidak masuk akal dan boleh menggoncang akidah saudara-saudara seagamanya.Nak jadi Nostradamus Melayu agaknya?Wallahualam...

Aku tidak mengatakan yang beliau ini sesat atau cuba menyebarkan sesuatu yang salah.Siapalah aku sebagai manusia biasa untuk menghukum manusia lain sebegitu.Aku cuma ingin mengajak para pembaca yang tidak mengetahui tentang kisah ini untuk berfikir dan memberi pendapat sendiri tentang apa yang aku perkatakan disini.Terpulanglah kepada penilaian dan interpretasi masing-masing untuk membuat kesimpulan sendiri..ok...

Demikian al-kisah, blog paling kontroversi pilihan aku untuk tahun 2011.Pendapat korang bagaimana, bersetuju dengan entry ini?Nyatakan pendapat korang di comment box ok...As-Salam...


P/S : Tak perlulah ramal-meramal nasib orang lain, itu semua kuasa ALLAH.Siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menentukan nasib dan hidup mati seseorang.Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya...





Photo Source : Google Images

Read more ...

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #14 : Rokok Jenama Baru




P/S : Kena sebatang + kopi o panas perrggh mantap ni....hahaha (^__^)V


Read more ...

Socl Tulalip : Project Sulit Microsoft Yang Bakal Membunuh Facebook?!!

Sah!Microsoft kini sedang dalam proses untuk menerjah dunia social networking.Kali ini Bill Gates & co pula akan memasuki gelanggang social media untuk memecahkan monopoli Facebook.Nampaknya semakin sakitlah kepala hotak encik Zuckerberg kerana seteru terbarunya kali ini bukan calang-calang, mungkin lebih hebat dari Google+ & Twitter!

Ok.lupakan entry sebelum ni hehe.Yang ni memang serius.Maklumat berkenaan projek social networking Microsoft ini sebenarnya telah 'terbocor' kepada umum secara tidak sengaja akibat kebangangan jurutera encik Bill Gates sendiri, yang secara tidak sengaja telah 'terpublished' website projek berkenaan ke internet dibawah domain www.socl.com (disebut sebagai SOCIAL.com).Berikut adalah sneak peek photo yang berjaya dicapture sebelum website tersebut dishutdown semula oleh Microsoft.



Mungkin kerana menyedari kebodohan mereka membocorkan maklumat projek berkenaan di internet, Microsoft telah meninggalkan satu message di laman web berkenaan sebelum menutup keseluruhan operasi 'accidental website' tersebut.Berikut adalah message yang ditinggalkan oleh Microsoft : 
“Thanks for stopping by. Socl.com is an internal design project from a team in Microsoft Research which was mistakenly published to the web. We didn’t mean to, honest,”


Internal design project?Bangang jugak encik Bill Gates ni rupanya, mau menipu pun x pandai.Sudah namanya 'mistakenly published', semestinya Microft akan cuba sedaya upaya untuk menutup rahsia yang sudah pecah itu dengan meyakinkan dunia internet dan pihak seterunya bahawa projek itu tidak ada kena mengena dengan social networking.Jika korang pergi ke domain www.socl.com, korang hanya akan menemui error message yang capaian ke website itu tidak wujud..

Menurut beberapa review daripada mereka yang sempat meneroka accidental website berkenaan, interface laman web itu kelihatan seakan-akan facebook, yang ditambah dengan ciri-ciri seperi yang terdapat dalam Google+ seperti feature 'Party' yang seakan-akan feature 'Hangouts'.Ciri yang kelihatan seperti 'Like' dan '+1' button juga terdapat pada website tersebut.Namun menurut review tersebut, apa yang terdapat pada website itu masih berada pada tahap 'raw' yakni masih dalam peringkat percubaan.

"With Tulalip, you can find what you need and share what you know easier than ever”.

Tidak dapat dipastikan samada nama 'Socl' dan 'Tulalip' akan kekal digunakan, namun rumours mula kedengaran yang 'public beta testing phase' akan diumumkan oleh Microsoft tidak lama lagi untuk product ini.Apapun namanya kelak, nampaknya bertambah banyaklah rambut encik Zuckerberg yang bakal gugur kerana memikirkan strategi untuk terus memonopoli dunia social networking.

Satu soalan untuk encik Zuckerberg.Still want people to pay for your services?
(^___^)V


P/S : Pilihan semakin banyak.Terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk memanfaatkan product ciptaan yahudi ni dijalan yang betul.Jangan asyik online 24 jam tanpa sebarang manfaat.Jangan sia-siakan duit pembayaran bil karan dan broadband anda untuk benda yang tidak memberikan pulangan..




Sumber : Techtree.com & venturebeat.com

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!