Wednesday, December 7, 2011

Penyakit Paling Merbahaya Di Dunia


HIV?Bukan.Selsema burung?Pun bukan.Selsema tapir?Lagilah bukan.Tidak berjasad, tidak bervaksin.Boleh menabrak sesiapa sahaja yang dingininya tanpa sebarang warning, mahupun lonceng penggera..Hon jauh sekali...

Sesungguhnya diriku sedang dilanda oleh penyakit yang maha terrible sadis ini.Tiada ubat, tiada penawar..Dan yang paling menakutkan bila ianya terjadi, cuma kekuatan kendiri sahaja yang boleh mematahkan kekebalan dan kepoyoan, sindrom virus kekurangan kuantiti dan kuasa minda ini...


MALAS.Sindrom kealpaan dan kebuntuan minda yang boleh membawa neuron medula oblongata manusia memasuki zon infiniti tepu tanpa mengira waktu.Bagilah apapun penawar, bila ia datang melanda pasti semuanya jadi tak tentu hala.Maka ada baiknya dikala malam tidak berskala ini semakin memanjat tiang konkrit hologram diufuk quantum, bersatulah dengan bantal dan selimut untuk melarikan diri dari dunia realiti dan terjahlah dunia fantasi untuk bermadu bersama sang bulan fantasia...haha....

Memang sadis, bila sindrom merbahaya ini datang melanda.Siapa pun pasti bersetuju dengan gua, bahawasanya dengan kekuatan bagaimana sekalipun seseorang manusia itu, penyakit dahsyat ini pasti akan dapat menewaskannya..Tak gitu?Dan sesungguhnya ketika ini gua sedang ditabrak dengan maha dahsyat oleh sindrom mangkuk tingkat ini..Apa boleh buat, just follow the flow...Penyakit paling merbahaya di dunia..Betul la tu kan??

P/S : Penyakit malas memang sudah 'ready install' dalam diri setiap manusia, cuma terpulang kepada diri masing-masing bagaimana untuk meng'handle' dan mengatasinya.Clap chest, ask appetite (Tepuk dada tanya selera)..hehe..Tido lagi bagusla.Maafkan gua diatas kepoyoan entry ini.Adioss.... (^__^)V






Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Monday, December 5, 2011

Mesej Tersembunyi Disebalik Itanimulli & Blogpot

Perkataan yang pelik.Sejenis makanan?Atau filem terbaru Afdlin Shauki?Jawapannya : salah dan merapu.Takda, bukan apa.Masa gua blogwalking sambil melilau tak tentu arah dalam dunia maya ni tadi cari idea, gua tetiba jumpa perkataan ni dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut.Cari punya cari punya cari, akhirnya gua pun dapatlah maksud perkataan ni, 'itanimulli'.Berasal dari perkataan 'Illuminati' yang diterbalikkan.Rasanya ramai yang mengetahui tentang pertubuhan bala tentera dajjal ni, jadi tak perlulah gua kupas dalam-dalam rasanya..


Apa yang menarik perhatian gua sebenarnya ialah, jika perkataan 'itanimulli' ni disambungkan dengan domain .com @ .org dihujungnya, ia akan menghantar kita ke website National Security Agency (NSA ~ www.nsa.gov) Amerika Syarikat!Korang boleh mencubanya sendiri dengan menaip www.itanimulli.com @ www.itanimulli.org di address bar dan enter.Walaupun capaian ke website NSA ni tidak boleh dibuka, tapi memang nampak ada sesuatu yang pelik disini.Teori konpirasi yang menarik untuk difikirkan.Tapi memang tidak boleh dinafikan perkaitan antara pertubuhan sulit zionis ni dengan negara Uncle Sam.Agenda zionis bermakna agenda US juga, maka secara otomatik segala agensi dan pertubuhan yang gelap & terang milik US pasti akan menyokong agenda "shadow goverment" mereka..

Baiklah.Jika teori konpirasi itu kurang menarik, cuba perhatikan yang ini pula.Cuba google perkataan 'blogpot'.Tidak menemui apa-apa?Pelik?Itu baru permulaan.Ok, sekarang Tulis domain blog korang ataupun blog sesiapa saja di address bar, kemudian singkirkan huruf 's' dari perkataan 'blogspot'.Contoh : "tekok-beriuh.blogpot.com" dan tekan enter.Kemana anda akan dihantar?Mengejutkan bukan?Jika korang merasa itu satu ralat, cuba try lagi dengan alamat blog yang lain pula..Jarum dan agenda sulit???Sudah terang lagi bersuluh, "mereka' memang sedang berusaha keras untuk menjahanamkan umat Islam dengan segala yang mereka ada.

Gua pada awalnya terkejut juga apabila diredirectkan ke 'website' itu dan beranggapan yang gua tersalah tulis sesuatu di address bar.Tapi setelah berulang-kali mencuba, sememangnya tidak ada kesilapan yang berlaku dan itu sememangnya sesuatu yang telah dicipta dan dirancang dengan teliti oleh 'mereka'.Sungguh halus permainan mereka...

Gua ni sebenarnya bukan seorang yang baik sangat pun, ilmu agama pun ciput.Tapi sejahil-jahil gua, gua tidak sanggup untuk melihat agama ISLAM dirosakkan oleh 'mereka' ini.Cuma inilah saja cara yang boleh gua lakukan dalam mempertahankan kedaulatan Islam, blogging.Sharing is caring, sebarkan.Mudah-mudahan info ini boleh dimanfaatkan dan dapat menyelamatkan umat Islam daripada jarum halus yang cuba disuntik oleh 'mereka-mereka' ini.Wallahualam.


Sabda Rasulullah SAW :
“Kalian benar-benar akan meniru sunnah (jalan / tata cara) orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai-sampai sekiranya mereka memasuki lubang biawak kalian pun juga turut mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya : ”Apakah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab : ”siapa lagi?” [HR Bukhari, Bab Ma Dzakaro ’an Bani Isra’il 11/272]





Credit : Google image & Illuminati-news.com

Read more ...

Saturday, December 3, 2011

Binatang Pelik!!

Pelik sungguh binatang ni..Siput?Kerang?Ulat Bulu?Tah la, gua pun tak tahu apa nama binatang ni.Dapat dari yahoomail group, tapi takda nama.Any idea??


Apasal la pelik betul rupa kau ni..Macam tuuuut pun ada...haha (^__^)

Goreng pun sodap ni...


Makanan Exotic??Boleh makan ka...


Sepupu dinasour kot.





Source : yahoomail group

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!