Friday, November 4, 2011

Cantik Tapi Bodoh!

Cantik tapi bodoh.Takut kena rogol, tapi pakai tak senonoh.Deskripsi yang sangat sesuai diberikan kepada para ladies yang berkeliaran diluar sana dengan pakaian yang kurang benang dan kain.Hampir saban hari dalam media massa dan cetak terpampang kisah yang sama.Rogol dan bunuh.Faktor penyumbang utama bagi aku sebenarnya satu saja, cara berpakaian.Tau la kamu tu cantik, tapi takkan semua benda nak tayang pada orang.Pak imam berkopiah putih pun boleh luntur iman kalau terpandang, apatah lagi orang muda yang berdarah panas.Korang tak takut ka??

Sekadar gambar hiasan.Mak aih luluh iman...
Aku tak menujukan statement ini kepada semua wanita ok, siapa makan cili dia terasa pedas.Dalam kondisi susun atur sosial masyarakat yang semakin terumbang-ambing sekarang, ditambah lagi dengan kesakitan mental manusia yang semakin menular umpama virus trojan horse, kebijaksanaan kaum hawa dalam membawa perawakan diri adalah sangat diperlukan jika ingin terselamat dari menjadi mangsa penjenayah seks.Engkau tak perlu bertudung dan menutup aurat jika tak bersedia, hanya dengan berpakaian sopan sesedap mata memandang pun dah cukup.Ni aku nak tanya, best sangat ka pakai pakaian kurang benang dan kain tu?Dah la sejuk, masuk angin, kena gigit nyamuk lagi.Kalau dah cantik, tak payah pakai seksi pun orang tetap akan kata cantik juga..
Salah satu contoh pemakaian bangang.
Sapa ajar kau pakai tudung & pakai baju camtu ah??

Aku sebenarnya terpanggil untuk mencarut tentang perkara ni sebab aku sendiri pun adakalanya tak tahan dengan 'pemandangan indah' yang sering diberikan secara percuma oleh kebanyakan wanita di luar sana.Menyakitkan mata, hati dan jiwa para jejaka..Huh!Jika si jejaka hanya sekadar memandang dan menikmati pemandangan itu tanpa sebarang niat buruk tidak mengapa, tetapi bagaimana sekiranya yang memandang itu adalah si pemangsa ganas, yakni seorang seks maniac?Potensi anda untuk menjadi headline berita buletin utama sebenarnya mula meningkat naik sebaik sahaja anda melangkah keluar dari rumah dengan pakaian kurang kain anda.

Diana Amir, sorang artis yang budget hot dengan pakaian
kurang kainnya.Tapi dengar cerita sekarang dah bertudung.Alhamdulillah
Golongan artis sebagai role model dan trend setter kepada masyarakat sepatutnya boleh memainkan peranan yang berkesan dalam mendidik masyarakat tentang kesan negatif pemakaian pakaian kurang kain dan benang ini.Namun apa yang berlaku?Pergilah beli mana-mana majalah hiburan tempatan, pasti ada posing maut berdarah hidung artis wanita kurang kain.Secara tidak sedar, mereka sebenarnya sedang mempromosikan sesuatu yang negatif kepada pembaca terutama golongan muda yang mudah terpengaruh.Mak bapak sakit kepala di rumah, baju kurung bersarang dalam almari tak bersentuh sedangkan pakaian kurang kain menjadi anutan tubuh.Jika ditegur katanya ikut trend.Jika dimarah katanya engkau kolot.Sang artis pula tanpa rasa bersalah berjalan bangga kerana trend anutannya menjadi ikutan.Nanti kalau dah jadi masalah, masing-masing tuding menuding salah menyalah.Apa la nak jadi...

I think thats all for now.To all my sayang's & ladies out there, kawallah keterampilan diri anda.Maaf sekiranya artikel ini tertembak tepat ke arah batang hidung sesiapa yang membaca.Aku buat statement ni sebab aku sayang dekat korang tau, betul ni..hoho.Bukan nak mengajar, sekadar mengingatkan.Bagi yang muslim, aurat itu mahkota yang perlu dijaga sebaik-baiknya.Bak kata pepatah komik,"jangan setelah keranda diusung barulah kau bercucuran air mata".Believe me, semakin banyak kain yang menutupi tubuhmu, maka semakin jauhlah malapetaka daripada menimpa dirimu InsyaAllah..Fikir-fikirkan.Chalo beteh  (^__~)V



Photo source : Google Images

Read more ...

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #8 : Kesan Pemanasan Global


You look so 'HOT', my lady...^0^

Read more ...

Tuesday, November 1, 2011

Banjir Bulan November



November Rain.Aku memang minat gila lagu ni.Performed by salah sebuah band faveret aku sepanjang zaman, kumpulan Pistol & Bunga Mawar (Guns & Roses).Lagu yang membawa kenangan kepada aku.Peh terlayan jiwang la pulak.Tapi betul, bulan November memang membawa banyak cerita story-mory dalam hidup aku..

Bangkok, Thailand

Kalau dulu, bulan November ni juga la musim hujan kaw-kaw punya datang.Tapi dunia sekarang dah berubah, bencana datang tanpa di duga.Sebelah pagi panas suria membakar bumi, tup-tup petang dah banjir..Negara jiran dah hampir lumpuh gara-gara banjir yang melanda.Semoga kita terselamat daripada malapetaka akibat kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri..

Bulan ni jugak la bulan kelahiran sang penulis yang tidak bertauliah ini.Xda apa yang diharapkan, cuma mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk terus berjuang menjadi 'orang' di atas muka bumi ini.Amiin..

Dan pada bulan ini juga la aku kehilangan banyak 'benda' yang sangat aku hargai & sayangi, dan akan datang bakal kehilangan sesuatu lagi untuk kesekian kalinya..Perggh ayat wa cakap lu..Tapi takpa, lets by gone be by gone..Allah tidak menguji seseorang manusia itu dengan sesuatu yang tidak boleh dihadapinya..Yo bro apsal lu emo semacam ni, lek aa...haha.Dunia memang macam ni, adakalanya kita di atas adakalanya kita dibawah, tak gitu.Just be strong, hadapi dengan senyuman, mudah-mudahan semuanya akan baik-baik saja..(^_~)


November, lu memang hebat!Chalo beteh

Photo Source : Google Image

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!