Sunday, January 27, 2013

Sejarah Yang Disenyapkan : The Silent Riot ~ A Must Watch For Sabahan!


Shocking!Itu yang terdetik dikepala hotak aku bila terlihat video ini.Satu fakta & lipatan sejarah yang pernah berlaku di negeri kelahiran aku sendiri dan aku hidup tanpa pernah mengetahui tentangnya..What the *&$#.....

Dokumentari berdurasi 31 minit ini memaparkan kisah 'rusuhan senyap' yang telah berlaku selepas pilihanraya negeri Sabah tahun 1986.Perebutan kuasa yang berlaku antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan United Sabah National Organization (USNO), yang telah membawa kepada keadaan huru hara dan beberapa kejadian letupan bom disekitar bandaraya Kota Kinabalu.Beberapa orang telah maut rentetan daripada situasi huru hara yang telah berlaku ini, yang akhirnya membawa kepada terlaksananya perintah berkurung selama 39 hari disekitar bandaraya Kota Kinabalu ketika itu.

Dokumentari ini telah mewawancara beberapa orang penting yang terlibat secara langsung dalam kejadian ini di antaranya Datuk Hj. Yahya Lampong (bekas MP Tempasuk/USNO), Datuk Hj. Mat Nor Mansur (bekas Menteri Kewangan Sabah), Tan Sri Herman J. Luping (bekas Penasihat Undang-Undang PBS & Peguam Negeri Sabah) serta beberapa orang peniaga cina yang melalui peristiwa berdarah itu.

Rasanya, disinilah titik mulanya 'PROJEK I.C' yang telah membawa berjuta (?) orang Filipina & Indonesia masuk ke Sabah, yang akhirnya telah beranak pinak disini dan telah mendatangkan pelbagai penyakit sosial di bumi Sabah ini.Aku tidak mengatakan semua orang Filipina & Indonesia itu jahat, tapi sebagai penyumbang besar kepada penyakit sosial di Sabah?Ya dan itu adalah satu FAKTA yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa!

To all Sabahan, I strongly urge you guys to watch this video and get to know about OUR history.Aku berani bertaruh, ramai anak muda Sabah sekarang yang tidak pernah tahu tentang kejadian ini.Sekiranya anda telah berumur 21 tahun dan telah berdaftar sebagai pengundi, jalankanlah tanggungjawab anda pada PRU yang akan datang ini untuk memilih siapa yang anda rasa layak untuk diangkat sebagai pemimpin yang boleh dijadikan tempat bergantung harap, dan bukannya yang tidak boleh diharap!

Lihat dan perhalusi, kerana jawapan tentang SIAPA sebenarnya yang membawa jutaan PATI ke Sabah ada di dalam dokumentari ini! 


Sinopsis : "Apa yang berlaku selepas sebuah pemerintahan politik berakhir? Selepas berkhidmat selama dua penggal sebagai kerajaan Sabah, Parti Berjaya yang diketuai oleh parti Barisan Nasional (BN) telah digulingkan oleh pendatang baru iaitu Parti Bersatu Sabah, dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Pada malam 1985, apabila pilihanraya peringkat negeri diumumkan, gabungan rahsia antara PBS dan USNO telah berkecai dan telah membawa kepada sebuah pertarungan kuasa yang berlaku di Istana kerajaan negeri. Ini akan menjadi sebuah contoh kepada demonstrasi yang berlaku pada tahun berikutnya. Sebuah kejadian yang jarang dibincangkan hari ini ~ Sebuah rusuhan senyap."

Video dokumentari ini diarahkan oleh seorang pengarah independant Sabahan Miss Nadira Ilana dan diterbitkan oleh KOMAS & EUROPEAN UNION (?)





*Namun begitu seperti ada sesuatu yang tidak kena tentang siapa yang berkolaborasi dalam menerbitkan video ini.EUROPEAN UNION?Kenapa perlu ada unsur luar negara terlibat dalam penerbitan ini?Another HIDDEN AGENDA from THE HIDDEN HAND???Well..I just want to share a piece of 'missing' history yang tidak diketahui oleh ramai anak muda Sabah.That's it.Tentang hidden agenda dari pihak luar, samada wujud atau tidak, WALLAHUALAM.Sekiranya ada, akan dibongkar kemudian!






Read more ...

Thursday, January 24, 2013

'Kambing' Dihadapkan Ke Mahkamah?


Joke of the year.Perkara paling kelakar yang aku dengar untuk awal tahun 2013 ini.Ya, seekor 'kambing' telah dihadapkan ke mahkamah!



Australia - Seekor kambing telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan vandalisme namun kemudiannya 'dibebaskan' tanpa perlu membela diri..apa kejadah...hahaha...

Kambing itu, yang diberi nama 'Gary the goat' telah dituduh melakukan kesalahan mengunyah bunga diluar sebuah muzium di Sydney.Majistret Carolyn Barkell berkata, "kambing itu telah memakan bunga itu ketika polis tiba ke tempat kejadian".Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan 'Gary the goat' yang datang bersama tuannya James Dezarnaulds aka Jimbo Bazoobi 'berniat' untuk memusnahkan tanaman di Muzium itu.

Peguam yang mewakili encik kambing, Paul McGirr berkata, pihak polis telah mengeluarkan notis penalti yang salah, kerana ia sepatutnya merujuk kepada orang dan bukannya kambing.Tuan kepada kambing itu, Jimbo Bazoobi sebelum itu telah dikenakan denda sebanyak AUS$440 namun telah dibatalkan oleh mahkamah.

'Gary the goat' yang hadir dengan topi warna-warni, ketika ditemui wartawan diluar mahkamah tidak 'memberikan sebarang komen' dan hanya mengembek tanda faham ketika mahkamah memberi keputusan...yang hujung tu aku tambah sendiri....haahaha...

Kambing kambing...apa punya malang la nasib kau...makan bunga punya pasal pun sampai naik court...yang bapak polisinya pun satu, yang korang berfikir guna otak kambing tu apahal...kan dah menyusahkan encik kambing dan tuan hakim..banyak lagi kes penting nak kena selesai..pasal kambing makan bunga pun nak kecoh...bengong betul....

emmbeeekkk....hahaha....

(^__^)






Read more ...

Monday, January 21, 2013

Malaysian Extremist


Salam.

Menjelang Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir, pelbagai isu sensitif mula timbul.Dari sekecik-kecik kuman hinggalah sebesar-besar gajah, semuanya habis dikorek keluar untuk digunakan sebagai senjata.Aku sebenarnya malas dan nda suka mau mengulas pasal politik ni, tapi apa yang berlaku mutakhir ini membuatkan aku terpanggil untuk menyuarakan pendapat aku sendiri...

Dari isu penggunaan kalimah 'ALLAH' di dalam bible berbahasa Melayu, penghinaan 'tidak sengaja' yang dilakukan oleh Patrick Teoh, sehinggalah kenyataan Presiden kumpulan pendesak melayu PERKASA yang mahu membakar bible berbahasa melayu, point besarnya adalah satu, AGAMA.Sesuatu yang amat 'extreme' sensitif dan boleh mencetuskan huru hara sekelip mata jika tidak ditangani dengan bijak oleh pihak berkuasa.


Sebagai orang Islam, aku memang marah dengan apa yang telah diperkatakan oleh Patrick Teoh.Nda Payah la aku nyatakan apa, rasanya semua orang pun sudah tahu apa yang telah dikatakan oleh si haprak m****r f****r itu.Walaupun marah, kita harus bersabar dengan kerana bertindakbalas tanpa menggunakan akal hanya akan menambahkan lagi pandangan serong mereka-mereka yang tidak faham dengan Islam, disamping pastinya akan digunakan sebagai senjata oleh golongan opportunist 'mereka' untuk memerangi Islam.Aku bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Afdlin Shauki dalam menangani situasi ini.Katanya :

"Ini masa bagi kita untuk bagi orang kenal betapa tingginya keperibadian orang islam menghadapi sesuatu insiden dengan waras, bukan react, tapi berfikir kemudian act dan action yg kita ambil mesti menunjukkan akhlak kita sebagai seorang Muslimin yg penuh dgn tertib, pengampunan dan kasih sayang sepertimana diajar oleh junjungan kita Rasullulah SAW.Kita tegur beliau dan beri beliau penerangan tentang agama kita... Saya tahu ramai tengah marah tentangg posting patrick, jadi tujuan status saya sebelum ini tadi adalah untuk meminta agar sebagai umat islam kita di Malaysia sama-sama bersabar." 

"Kepada semua yg sedang marah dan sampai keluar death threat tu please take time and beristighfar. Did you know that during Rasullulah SAW punya time ada org yg membaling najis dan sampah kepada beliau and beliau never reacted with aggression, sebaliknya beliau showed compassion, kesian, dan mendoakan hidayah utk diorang yg membuat perkara tersebut. Dia adalah sebaik-baik ciptaan tuhan dan kita sepatutnya menjadikan beliau contoh hidup kita. Come on bros, words, kartun, videos cannot hurt our religion. It is our ego that is hurt.We react according to our ego, and that is not what is taught in Islam and the Quran."

Cara yang sebaik-baiknya.Tahniah aku ucapkan kepada Afdlin kerana menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti dan role model kepada anak-anak muda untuk sedikit-sebanyak meredakan isu panas ini.Cuma apa yang aku kesalkan, ini bukan pertama kali perkara sebegini berlaku.Sebelum ini, Namewee juga pernah melakukan sesuatu seperti ini.Adakah umat Islam terlalu berlembut, ataupun mereka yang naik kepala?Adakah semudah itu orang boleh menghina Islam, dan kemudiannya meminta maaf seolah-olah apa yang dilakukan itu cuma perkara kecil sahaja?!

Sesuatu tindakan yang tegas dan drastik sepatutnya dilakukan oleh pihak yang berkenaan seperti Kementerian Dalam Negeri dalam menangani isu sebegini agar ianya tidak berulang.Namun apa yang  berlaku?Nothing.Ianya tetap berulang, dan lagi, dan lagi.Inilah yang terjadi bila kebebasan bersuara itu disalahguna.Demokrasi katanya.Demokrasi kepala hangguk kau.Sekali lagi, saranan agar sesuatu yang tegas dilakukan oleh pihak berwajib supaya mereka yang melakukan insiden berkaitan isu sensitif atas dasar kebebasan bersuara ini tidak akan terlepas begitu sahaja tanpa hukuman.


Baiklah.Berpindah kepada kenyataan Ibrahim Ali yang meminta orang Islam supaya membakar 'bible' berbahasa melayu.Katanya, “This is the way to show our anger against disrespect to our sensitivity,” 

PERMATANG PAUH : Perkasa president Ibrahim Ali has called on Muslims to seize and burn copies of Bibles which contain the term “Allah” or other Arabic religious words.
Stressing that he was not instigating communal tension, the Pasir Mas MP insisted that it was the only way to stop non-Muslims from stirring the sensitivities and sentiments of the majority of population in the country.
He said certain non-Muslim groups were out to provoke the Muslims by using the term “Allah” or any other Arabic religious words in the Bible.
Under the Non-Islamic Religion (Control on Expansion Among Muslims) Act 1988, he said non-Muslims are prohibited from using several Arabic religious terms, including Allah, in their prayers or scriptures.
“Muslims must unite to protect their religion. They must seize those Bibles, including the Malay editions, which contained the term Allah and other Arabic religious terms, and burn them. - freemalaysiatoday.com

Kepada Ibrahim Ali, jika anda terbaca tulisan ini, satu saja soalan aku : boleh tak bagitahu mana satu ayat dalam Al-Quran yang menyuruh orang Islam untuk bertindak membakar kitab kepercayaan agama lain untuk mempertahankan agama Islam?Ada?Kalau ada TOLONG BAGITAHU AYAT YANG MANA SATU.

Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.Aku amat bengang bilamana pemimpin-pemimpin seperti ini mula menggunakan sensitiviti agama untuk meraih sokongan kepada puak mereka.Sial la.Tidak kiralah dari kem kerajaan mahupun pembangkang.Kedua-duanya sama, sanggup menggunakan apa saja demi untuk meraih sokongan politik.That's why aku tidak pernah bersetuju bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.Sepatutnya ISA tidak dimansuhkan, tetapi dirombak / ditambahbaik supaya dapat digunakan untuk menangani isu-isu seperti ini.Golongan-golongan extremist seperti mereka ini sepatutnya dihumban kedalam pusat tahanan kerana cuba untuk mencetuskan ketidakstabilan dengan bermain sensitiviti agama.

Bagi aku, polemik isu kalimah 'ALLAH' ini cuma berlaku di Malaya sahaja, tidak di Sabah dan Sarawak.Walaupun umat Islam disini juga terasa bahang dan marah dengan polemik yang dimainkan oleh orang-orang di Malaya, namun rasa hormat dan rasional itu tetap masih utuh dikalangan kita disini.Aku tidak ingin mengulas lanjut tentang bagaimana pandangan aku mengenai penggunaan kalimah 'ALLAH' dalam bible, bersetuju atau tidak itu pendapat aku dan biar ALLAH S.W.T YANG SATU sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati aku.Cuma apa yang aku boleh cakap, selama berpuluh tahun hidup di Sabah tidak pernah ada kekacauan ataupun kecelaruan berkenaan penggunaan kalimah 'ALLAH' walaupun ianya telah berdekad digunakan di dalam bible disini.

Apa yang diperkatakan oleh Ibrahim Ali itu tidak mewakili suara umat Islam, dan rasanya majoriti umat Islam juga tidak bersetuju dengan provokasi yang telah dilakukannya itu.Namun demikian jangan sesekali menjustifikasikan kelembutan dan ketoleransian umat Islam ini sebagai kelemahan yang boleh diambil kesempatan.Ingat, sabar manusia itu ada batasnya.Diharap semua pihak tidak kira orang Islam mahupun bukan Islam dapat menggunakan rasional akal dalam manghalusi & menangani isu ini.Aku ada ramai kawan non-muslim, dan aku harap kamurang faham apa yang aku cuba sampaikan ini...

Manusia-manusia yang memiliki idealist extremist sebegini sepatutnya dikenakan hukuman untuk memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak menuruti tindak tanduk mereka.Namun apakah tindakan yang telah diambil?Are they looking for another 13 May?Tepuk dada tanya 'Mason'!

Akhir sekali, bagi aku sebahagian daripada isu-isu mutakhir ini adalah sandiwara politik menjelang PRU13 yang bila-bila masa saja akan menjelang tiba.Pihak-pihak yang berkepentingan ini mula mengeluarkan 'senjata-senjata' yang akan digunakan untuk memenangi peperangan yang bakal tiba itu.Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Karpal Singh, Hadi Awang, Musa Aman, Anwar Ibrahim, atau Najib Razak???

Rasanya kalau beginilah caranya, maybe i'm looking for the alternate option..THE THIRD FORCE, kalau adala.Kalau tiada, undi rosak...ataupun tido!







Rujukan : Afdlin Shauki FB, freemalaysiatoday.com & Google Images


Read more ...

Friday, January 18, 2013

Masuk Tempat Orang Bawa Otak Bukan Pisau!

Salam.


Pisau.Banyak kegunaannya.Potong bawang, potong sayur, potong ikan, potong orang pun boleh.Sebab tu kena berhati-hati bila bawa pisau, takut tertikam orang maupun diri sendiri.

Kaitan dengan tajuk?Cuma nak memberi peringatan kepada mereka-mereka yang berkenaan, supaya menggunakan otak bila bertandang ke tempat orang.Tak kisah la, di dunia nyata atau di dunia maya.Adab itu penting, lebih-lebih lagi pada kita yang beragama Islam.Ini tidak, datang ke tempat orang dengan langsung tidak memberi salam, tiba-tiba terus menghentam tanpa usul periksa.Sudahla masuk tempat orang dengan cara tidak beradab, lagi mau acu 'pisau' ke leher gua suruh buat itu ini?Lu ingat lu sapa gua mau goyang?Lu tak puas hati lu pergi main jauh-jauh.Pergi buat blog sendiri, tulis apa yang lu tak puas hati situ.Jangan buat taik tempat orang.Ada faham???

Perbezaan pendapat itu biasa, setiap orang ada pendapat masing-masing.Tapi bila menyuarakan pendapat biarlah menggunakan akal yang berada di atas kepala, dan bukannya kebodohan yang berada di dalam tempurung lutut.Ilmu seseorang itu dinilai dari kebijaksanaannya menggunakan akal.Sekiranya anda seorang yang berilmu, apa yang diberikan Allah kepada anda itu sepatutnya dikongsi dan dimanfaatkan, bukannya digunakan untuk mengaibkan orang lain.

Saya ini bukan sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tau bagaimana untuk beradab bila bertandang ke laman orang...

Sesungguhnya lidah/tulisan itu lebih tajam daripada pisau/mata pedang.Oleh itu berhati-hati sebelum menulis atau berkata-kata tentang sesuatu.Sebaik-baik cara mematahkan sesuatu hujah adalah melalui diplomasi minda dan toleransi akal.Fikir-fikirkan.

Salam.



Read more ...

Tuesday, January 15, 2013

Help Me To Solve This, Anyone?

Salam.

Asyik serius 24 jam, boring juga kan.Kali ni, apa kata lu orang tenangkan fikiran jap, dan mari bersama dengan gua untuk cuba menyelesaikan 1 masalah yang gua sendiri sampai sekarang masih tak jumpa jalan penyelesaiannya.hehe.Macam masalah negara bunyiknya derr...

Perkara senang sebenarnya, ala lu orang pun rasanya selalu main game cari perbezaan dalam gambar ni kan?Cuma yang ni ntah kenapa, gua rasa susah ya amat.Sejak dari gua jumpa menatang ni sampailah entry ni di post, gua masih belum jumpa perbezaan yang ketiga...Mungkin lu orang lagi terer dari gua kot?

Selamat mencuba!coba, jangan tak coba..























Cobaan....
Peace Yo!




Read more ...

Sunday, January 13, 2013

Bahan Bakar Dari Air : Satu Realiti yang disembunyikan?


Bayangkan sekiranya air digunakan sebagai bahan bakar kenderaan, apa yang akan terjadi?Yes, you are absolutely right.Minyak akan menjadi bahan fosil yang hilang nilainya, dan taikun-taikun minyak di seluruh dunia akan mula membunuh diri.

Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait, Qatar, Brunei, Venezuela, etc, negara-negara yang bergantung sepenuhnya kepada minyak sebagai sumber ekonomi utama akan collapse.Fosil-fosil dinosaur pula akan terselamat daripada menjadi rebutan taikun-taikun minyak yang gila harta dan para ahli arkeologi boleh melakukan kerja-kerja ekskavasi fosil tanpa gangguan..

Bayangkan..bayangkan....Berapa banyak kau punya bayang........

Kisah tentang teknologi bahan bakar kenderaan dari air / H20 energy ini sebenarnya sudah lama.Rasanya pertama kali aku terbaca artikel berkenaan hal ini ketika waktu masih sekolah dulu.Lama dah.Kisah tentang seorang saintis Filipina yang mendakwa telah menemui formula untuk menghidupkan kenderaan dengan menggunakan air sebagai bahan bakar.Namun lepas tu, haram takda dengar apa-apa kisah tentang dia lagi.Aku pun sudah lupa siapa nama dia.Cari punya cari punya cari, akhirnya aku jumpa juga 'lost article' yang pernah aku baca tu.Berikut, sedikit biografi dan kisah pencipta 'enjin berkuasa air'.



Daniel Dingel, (meninggal dunia pada 2010) mendakwa telah menemui formula dan membangunkan teknologi 'Hydrogen Reactor' sejak tahun 1968 lagi.Pada tahun 1985, beliau telah melakukan beberapa eksperimen dengan 'kenderaan airnya' dan telah berjaya melakukan perjalanan sejauh 167 kilometer dari Metro Manila ke Laguna, dengan mengunakan 15 liter air dan setengah liter gasoline (petrol).Menurutnya lagi, petrol yang digunakannya pada kenderaan tersebut hanyalah digunakan untuk menghidupkan enjin, dan selepas itu, segala aktiviti dan penjanaan kuasa enjin akan diambilalih oleh air!



Sepanjang hayatnya, beliau dikatakan telah berjaya meng'converted'kan sebanyak lebih 100 buah enjin kenderaan daripada konvensional (petrol) kepada berkuasa hydrogen (air)!


Video di atas menunjukkan demonstrasi yang dilakukan oleh Daniel sendiri tentang bagaimana enjin berkuasa airnya berfungsi.



Apa yang tertulis pada hood diatas, dikatakan sebagai formula yang beliau gunakan dalam mencipta teknologi 'Hydrogen Reactor' tersebut.

Berdasarkan sumber, beliau sebenarnya telah beberapa kali cuba untuk membawa ciptaan tersebut untuk dibangunkan ke peringkat yang lebih tinggi tapi tidak kesampaian.Terakhir sekali, sebelum meninggal dunia, pada tahun 2008 beliau telah menghantar prototaip ciptaannya kepada Jabatan Tenaga Filipina, dan hasil daripada kajian mereka, didapati prototaip hydrogen reactor itu berjaya menghasilkan 40.41% komposisi hidrogen yang diperlukan untuk menjana enjin air tersebut.Kerajaan Filipina sebenarnya pernah hampir-hampir untuk memulakan proses pembangunan untuk ciptaan tersebut, namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui (?), proses itu tidak menjadi kenyataan, dan terus senyap sehingga ke hari ini.

............................................................

Konspirasi

Disengajakan?Sudah tentu.Walaupun teknologi sebegini merupakan sesuatu yang besar manfaatnya kepada kehidupan manusia, namun bagi taikun dan negara pengeluar minyak ia adalah suatu malapetaka dan boleh dikatakan sebagai 'hari kiamat' kepada industri petroleum dunia.Amerika, selaku taiko yang 'mengawal' sebahagian besar daripada negara-negara pengeluar minyak melalui 'tangan-tangan tersembunyi' mereka sudah semestinya akan berhabis-habisan menyekat teknologi ini daripada berkembang.Filipina, yang juga merupakan salah satu rakan sekutu mereka di Asia Tenggara ini selain Singapore, semestinya akan akur terhadap tekanan-tekanan yang diberikan oleh negara Uncle Sam itu kepada mereka..

Berikut adalah sesuatu 'kenyataan' yang perolehi dari satu sumber.Anda nilaikan sendiri statement ini.

"Daniel passed away in October 2010 at his home in the Philippines aged 84. From what I heard, his son flew over from the States and everything then 'disappeared'.When I was there he showed me a US Government white paper showing a 5 years recovery plan for the world economy if he were ever to release his technology.He was living on a private estate with security guards at the main entrance.I was told that he had been given $1 million to ‘continue his research’ and Bill Gate’s name was also mentioned but I don’t know how true that was where the million dollars came from. So I presume the powers that be confiscated everything very quickly in the interests of national security."- Peter Aldred, CEO Ethos Group

Perhatikan perkataan yang diwarnakan merah.Jika apa yang dikatakan itu benar, nampaknya US government telah pun bersedia dengan pelan pemulihan ekonomi 5 tahun sekiranya teknologi tersebut dikomersilkan.Apa tidaknya, ekonomi mereka akan menjadi 'huru-hara' sekiranya teknologi tersebut menjadi kenyataan dan di'release'kan kepada umum.Kenderaan yang sedia ada dipasaran terpaksa ditarik balik untuk pengubahsuaian enjin, dan apa yang paling ditakutkan oleh Amerika akan berlaku, iaitu harga minyak akan jatuh merudum dan mungkin akan hilang nilainya sama sekali.Dan untuk mengelakkan worst case scenario itu daripada terjadi, mereka telah terlebih dahulu 'membeli' formula itu daripada anak mendiang Daniel dan menutup mulutnya hanya dengan $1 juta.Harammm....

...........................................................

Akhirnya, sebelum Daniel meninggal dunia, ciptaannya itu telah diisytiharkan sebagai 'hoax' dan beliau telah disaman dan disabitkan atas kesalahan menipu (?) oleh sebuah syarikat yang pada mulanya bekerjasama dengan beliau untuk membangunkan teknologi itu.Website beliau juga (DanielDingel.com) telah hilang dari dunia maya selepas kematiannya... (?)

What a sad story.Setelah hampir seluruh hayat mengabdikan diri untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia, akhirnya disebabkan 'permainan tangan-tangan tersembunyi' beliau terpaksa pergi tanpa melihat ciptaannya menjadi kenyataan.


Kesimpulannya bagi aku, suatu ciptaan itu, sekiranya memberi effort dan kesan yang baik kepada kehidupan manusia sejagat, sepatutnya dibangunkan dan bukannya diperlekeh atau disekat.Namun dalam dunia hari ini yang dikuasai oleh 'tangan-tangan tersembunyi', sudah pasti mereka tidak akan membenarkan sesuatu yang bermanfaat seperti ini untuk digunakan oleh manusia sekiranya bakal 'mengkiamatkan' dunia mereka.Wallahualam.



P/S : Video diatas adalah kenderaan berasaskan bahan bakar air yang didakwa telah pun dihasilkan di Jepun dan sedang dalam proses pembangunan.Tidak diketahui samada teknologi yang digunakan adalah smam seperti yang dicipta oleh Daniel Dingel.Sekiranya benar, dalam beberapa tahun yang akan datang ini mungkin kita akan dapat melihat teknologi ini memasuki pasaran komersil, sekiranya dibenarkan oleh 'mereka'.Kita tunggu dan lihat.


As-Salam



Read more ...

Thursday, January 10, 2013

ATM : Angkatan Tentera Paling Lemah Dalam ASEAN??



Salam.

Late update.Nda dapat tido punya pasal...

Sedang aku menelusuri ruang maya digital tanpa arah tujuan sambil membawa mata yang enggan shut down, tetiba aku terjumpa sesuatu yang boleh dianggap sebagai 'fakta' yang mengejutkan..

Jika apa yang aku baca ini adalah sesuatu yang nyata, maka nampaknya selama ini kita sebenarnya tidur dalam keadaan yang agak 'rapuh' sekiranya musuh tiba-tiba datang menyerang dan mencabuli kedaulatan tanah dan bumi kita...(?)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidaklah segagah seperti yang kita sangkakan?Jika data-data yang dipaparkan ini benar, maka mereka yakni pihak berwajib perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengimbangi kekuatan ketenteraan dan persenjataan negara-negara jiran kita.Walaupun rantau ASEAN ini tidak berada dalam situasi perang, siapa tahu satu masa kelak.Ditambah lagi dengan kewujudan 'pangkalan sulit zionis' di selatan semenanjung, kita harus mempersiapkan diri untuk 'situasi yang tidak dijangka' itu...

Berikut adalah perbandingan antara 4 buah negara ASEAN dalam bidang ketenteraan dan persenjataan.Perhatikan dan perhalusi data-data berikut..

Dari segi persenjataan seperti yang dinyatakan diatas, Malaysia ternyata banyak ketinggalan dalam pemilikan kenderaan-kenderaa berperisai dan kereta kebal utama jika dibandingkan dengan 3 buah negara jiran ASEAN yang lain.Nisbah pemilikan dilihat agak KETARA sekali terutamanya jika dilihat dalam dari jumlah kenderaan berperisai.Apa yang menarik adalah jika melihat kepada jumlah yang dimiliki oleh Singapura, 2744 buah.Untuk apa mereka memiliki jumlah kenderaan berperisai sebanyak itu???


Malaysia juga ternyata ketinggalan dalam pemilikan pesawat tempur udara berbanding dengan 3 buah negara yang lain.Sekali lagi, Singapura dilihat sebagai memiliki kelengkapan yang agak besar dan sempurna jika dibandingkan dengan negara-negara jirannya.Ada apa dengan Singapura...hmmm....


Malaysia hanya memiliki sedikit kelebihan dari segi pemilikan dan persenjataan dalam angkatan laut.Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memiliki kelengkapan yang agak sempurna jika melihat kepada data di atas.Namun begitu, still, Singapura masih mengatasi Malaysia dalam pemilikan KAPAL SELAM iaitu 6 buah, menyamai apa yang memiliki apa yang dimiliki oleh Indonesia...



Dan data yang paling menarik sekali...


Singapura memiliki anggota pasukan tentera darat yang terbesar sekali di antara 4 buah negara ASEAN ini.Jika dibandingkan dengan Malaysia, mereka mempunyai jumlah yang lebih daripada sekali ganda pasukan tentera termasuk pasukan kerahan.

Pasukan tentera laut dan marin terbesar pula dimiliki oleh Indonesia manakala tentera udara dimiliki oleh Thailand.Malaysia???

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan disini adalah tentang Singapura, yang dilihat begitu dominan dalam membentuk dan mempertingkatkan kekuatan pasukan angkatan bersenjatanya.
.
Bagaimana sebuah negara yang kecil seperti Singapura berupaya untuk membentuk 1 pasukan tentera yang besar dan untuk apa mereka mempersiapkan pasukan tentera yang sebegitu 'lengkap'?Seolah-olah negara sekutu kuat Israel ini sedang mempersiapkan diri mereka untuk sesuatu...Siapa yang ingin mereka perangi?Jika dilihat dari situasi semasa, negara manakah yang dilihat sering bercakaran dengan mereka?Atau adakah zionis sedang mempersiapkan pasukan proksi mereka itu untuk menghadapi 'kebangkitan dari Timur'???

Begitu juga dengan negara seberang selat yang 1 itu, yang sering melabelkan diri mereka sebagai 'Supremo' kepada orang-orang Malaysia, mereka juga mempunyai isu yang sering dikumandangkan oleh mereka terhadap kita disini.'Ganyang' kata mereka.Soalan-soalan yang sepatutnya dijawab dan dipandang serius oleh mereka-mereka yang berkuasa di 'Golden Chersonese'...

Apa yang aku harapkan, data-data yang tertulis di atas adalah tidak benar atau tidak tepat sama kali kerana soal keselamatan dan pertahanan negara bukanlah sesuatu yang boleh diperkecilkan dan dipandang remeh.Namun sekiranya apa yang tercatat di atas itu adalah benar, sesuatu yang drastik harus dilakukan demi untuk mengimbangi dan meningkatkan tahap sekuriti perbatasan tanah air.Semoga bila 'masa itu' hadir, kita akan berupaya untuk mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah dan bumi bertuah ini.



*Ada orang politik cakap, yang kapal selam kita beli tu tak bleh guna.Mudah-mudahan dia tipu, sebab jika dia cakap benar (yakni kapal tu rosak), kalau ada musuh datang serang masak kita derr...




Sumber : Wikipedia

Read more ...

Friday, January 4, 2013

Rumah Paling Mahal Di Dunia!

Salam.

Posting pertama untuk tahun 2013.Masih belum terlambatnya rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru.

Baiklah.Rumah paling mahal di dunia.Yang penting ada duit, semua boleh dapat.Agak-agakla, mangkuk mana empunya rumah paling mahal tu?Mari kita tengok, rumah paling mahal di dunia untuk tahun 2012.


Rumah.
Keperluan semua orang.Tanpa rumah, merempat la jawabnya.
Rumah paling mahal di dunia untuk tahun 2012 dimiliki oleh seorang Billionaire India bernama Mukesh Ambani.


 Terletak di Mumbai, India, rumah ini mempunyai 27 tingkat.

Ciri-ciri yang terdapat pada rumah ini :
- Berketinggian 550 kaki
- Berkeluasan 400,000 sqft
- Memiliki 9 elevators
- 6 tingkat parking lot
- Indoor/outdoor bar
- Rumah hijau (green room)
- 4 tingkat taman terbuka (open garden)
- Bilik penyimpanan dan beberapa lounge
- Mempunyai 3 tempat pendaratan helikopter (helipad)
- Memiliki pusat kawalan udara sendiri (air traffic control)
  dan bermacam-macam lagi....

Marilah kita sama-sama melopong tengok rumah ni...

Elevators

Ballroom

Living room

Rest room

Theater room

Gambaran sisi



Memang gilo.Sudah la mahal gila, saiznya pun besar ya amat.7 keturunan dia pun boleh tinggal situ....

Takpa la, duit dia, dia punya suka.

Bagi aku, bersyukurlah dengan apa yang ada.Asal dapat berlindung dari panas dan hujan, itu sudah cukup bagus.Sebab masih ramai orang di luar sana yang hidup merempat berharap dapat memiliki apa yang kita ada...

Woooppss..Forgetting something?Yup.Rumah ini berharga 2 BILLION US DOLLAR.

Adios amigosss tambi...




*Teringat kisah 'Trillionaire' melayu satu ketika dulu yang katanya mendapat harta dari gunung.Siap mengaku penjelmaan semula Maharaja China.Bukan mau mengaibkan, tapi merapu sangat ceritanya..Dunia dunia....




Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!