Ooops wait seminit!Jangan salah sangka.Gua bukannya mau buang tebiat dengan menggunakan bahasa bebudak zaman sekarang, ataupun berlagak seperti remaja 16 tahun yang meminati K-Pop sampai tidur pun peluk poster kumpulan super junior.Eh betul kumpulan k-pop ka tu?Lantakla..Gua mana tau...hehe.
Tajuk ni gua ambik daripada satu posting yang dibuat oleh seorang blogger remaja yang dengan selamba badaknya telah mengutuk artis k-pop.Yang menariknya, posting tersebut telah mendapat respon yang cukup tinggi daripada ramai bebudak yang meminati k-pop dan setakat entry ini ditulis, lebih dari 1800 komen telah diberikan pada entry tersebut!Gila siot, gua rasa Hanis Zalikha pun tak pernah dapat komen sampai sebanyak tu untuk satu entry.Nak tau apa budak tu tulis?Nah baca sendiri....
Tu sajalah yang dia tulis hehe..Biar betul, entry seringkas ini boleh dapat komen sampai 1800?Tak percaya?Silalah baca sendiri entry tersebut di sini dan lihat sendiri apa respon kebanyakan pengomen yang rata-rata bebudak peminat k-pop tentang posting tersebut.Gua rasa nak ketawa tergolek-golek waktu mula-mula baca entry ni.Nama blog pun semacam, budak gigi rabbit hahaha..Alahai kelakarnya..Hebat sungguh rupanya penangan K-Pop ni terhadap bebudak sekarang.Kau kutuk siap la kau.Maki hamun sumpah seranah tuut sana tuut sini semua keluar..Hai macam-macam...
Gua yang boleh dikatakan dah agak lama jugak jadi blogger ni pun tak pernah lagi dapat komentar lebih dari 100 untuk satu entry, yang budak ni senang-senang ja dapat respon lebih 1800 untuk entry yang bengong...Ini baru betul 'The next female top blogger'.Lepas ni cik Epal, cik Hamis, cik Namee dan blogger pompuan yang sewaktu dengannya boleh gulung blog la nampaknya hahaha...
(^___^)V
P/S : Gua sebenarnya memang tak faham dengan menatang K-Pop ni, tapi takdalah nak kutuk-kutuk.Biarla bebudak zaman sekarang dengan trend muzik diorang, masing-masing ada minat tersendiri.Setiap orang ada zamannya...
Credit : Encik Google & Budakgigirabbit.blogspot.com



