Showing posts with label Social Networking. Show all posts
Showing posts with label Social Networking. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Socl Tulalip : Project Sulit Microsoft Yang Bakal Membunuh Facebook?!!

Sah!Microsoft kini sedang dalam proses untuk menerjah dunia social networking.Kali ini Bill Gates & co pula akan memasuki gelanggang social media untuk memecahkan monopoli Facebook.Nampaknya semakin sakitlah kepala hotak encik Zuckerberg kerana seteru terbarunya kali ini bukan calang-calang, mungkin lebih hebat dari Google+ & Twitter!

Ok.lupakan entry sebelum ni hehe.Yang ni memang serius.Maklumat berkenaan projek social networking Microsoft ini sebenarnya telah 'terbocor' kepada umum secara tidak sengaja akibat kebangangan jurutera encik Bill Gates sendiri, yang secara tidak sengaja telah 'terpublished' website projek berkenaan ke internet dibawah domain www.socl.com (disebut sebagai SOCIAL.com).Berikut adalah sneak peek photo yang berjaya dicapture sebelum website tersebut dishutdown semula oleh Microsoft.



Mungkin kerana menyedari kebodohan mereka membocorkan maklumat projek berkenaan di internet, Microsoft telah meninggalkan satu message di laman web berkenaan sebelum menutup keseluruhan operasi 'accidental website' tersebut.Berikut adalah message yang ditinggalkan oleh Microsoft : 
“Thanks for stopping by. Socl.com is an internal design project from a team in Microsoft Research which was mistakenly published to the web. We didn’t mean to, honest,”


Internal design project?Bangang jugak encik Bill Gates ni rupanya, mau menipu pun x pandai.Sudah namanya 'mistakenly published', semestinya Microft akan cuba sedaya upaya untuk menutup rahsia yang sudah pecah itu dengan meyakinkan dunia internet dan pihak seterunya bahawa projek itu tidak ada kena mengena dengan social networking.Jika korang pergi ke domain www.socl.com, korang hanya akan menemui error message yang capaian ke website itu tidak wujud..

Menurut beberapa review daripada mereka yang sempat meneroka accidental website berkenaan, interface laman web itu kelihatan seakan-akan facebook, yang ditambah dengan ciri-ciri seperi yang terdapat dalam Google+ seperti feature 'Party' yang seakan-akan feature 'Hangouts'.Ciri yang kelihatan seperti 'Like' dan '+1' button juga terdapat pada website tersebut.Namun menurut review tersebut, apa yang terdapat pada website itu masih berada pada tahap 'raw' yakni masih dalam peringkat percubaan.

"With Tulalip, you can find what you need and share what you know easier than ever”.

Tidak dapat dipastikan samada nama 'Socl' dan 'Tulalip' akan kekal digunakan, namun rumours mula kedengaran yang 'public beta testing phase' akan diumumkan oleh Microsoft tidak lama lagi untuk product ini.Apapun namanya kelak, nampaknya bertambah banyaklah rambut encik Zuckerberg yang bakal gugur kerana memikirkan strategi untuk terus memonopoli dunia social networking.

Satu soalan untuk encik Zuckerberg.Still want people to pay for your services?
(^___^)V


P/S : Pilihan semakin banyak.Terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk memanfaatkan product ciptaan yahudi ni dijalan yang betul.Jangan asyik online 24 jam tanpa sebarang manfaat.Jangan sia-siakan duit pembayaran bil karan dan broadband anda untuk benda yang tidak memberikan pulangan..




Sumber : Techtree.com & venturebeat.com

Read more ...

Friday, September 23, 2011

Google+ : A Mission To Kill Facebook!!!

"SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter. - Kosmo Online"

Terdesak?Itu yang terjadi kepada Facebook sebenarnya.Mungkin disebabkan takut dengan persaingan hebat yang bakal diberikan oleh rangkaian jaringan sosial terbaru Google+ (G+), Zuckerberg & Co telah memperkenalkan beberapa "forced' update pada Facebook walaupun tidak digemari oleh rata-rata penggunanya (termasuk aku!)
Walaupun mendapat komen negatif daripada penggunanya, Zuckerberg &Co tetap melaksanakan beberapa siri penambahbaikan(??) dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya itu sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.News Feed, Subscribe, Column News Ticker (ni yang aku paling benci sekali) & Timeline (coming soon katanya) adalah feature yang telah di'upgrade' & diperkenalkan oleh jurutera-jurutera biul Zuckerberg.Penambahbaikan??'Penambahburukan' mungkin perkataan lebih tepat.Makin semak aku tengok...
"Facebook dijangkakan bakal membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini.Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional.Persidangan yang diadakan itu adalah beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook"

Aku dah rasa meluat tahap gaban tengok mukabukubiru sekarang ni.Malas la nak ulas panjang-panjang. Before I go, 1 request to Anonymous team, please hack them.& To Google+, thank you for coming.I'm in.


*Update - Thanks to rakan blogger Ah!Camne kerana berkongsi link extension chrome yang akan men'disable'kan feature Thicker pada Facebook.Untuk para reader yang juga rasa menyampah dengan feature tersebut, anda boleh mendapatkan extension tersebut di SINI.Satisfaction guaranteed 
(^___^)

Source : Kosmo Online & Google+

Read more ...

Thursday, August 25, 2011

Google+ VS Facebook

Finally, i'm on Google+!!! Facebook biggest rivals, Google akhirnya muncul dengan Google+ (Google Plus) untuk memecahkan monopoli Zuckerberg & Co dalam dunia social networking.Walaupun masih dalam peringkat percubaan, namun kelihatan sangat interesting dengan pelbagai feature menarik yang pastinya akan membuatkan zuckerberg migrain tahap gaban memikirkan seteru terbarunya ini.


Antara feature2 menarik yang terdapat pada Google+ adalah seperti Circles...


Circles adalah satu feature dimana anda boleh berkomunikasi 'in-private' dengan sekelompok rakan anda..
lebih kurang spt feature 'group' dalam Facebook la jg...

Sparks...
Sparks, atau dalam bahasa mudahnya interest (minat).Melalui Sparks, anda boleh memilih minat anda untuk dikongsikan bersama rakan-rakan anda.Kalau dalam Facebook,feature ni lebih kurang spt 'like page'....

& the most interesting feature (setakat yang aku da explore) ialah Hangouts..
Melalui Hangouts,anda boleh memilih samada untuk chat secara bersemuka (video chat) @pun normal chat dengan rakan2 dalam Circles yang telah anda bina.Anda juga boleh menonton youtube melalui Hangouts.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang features yang wujud dalam Google+, dipersilakan anda mencuba sendiri sebab aku sendiri pun masih dalam proses explorisasi..
  
Seperti yang telah diperkatakan tadi, project ni masih dalam peringkat percubaan dan hanya sekelompok orang yang bernasib baik sahaja (macam aku haha) akan dijemput untuk mencuba dan memberikan respond terhadap project terbaru Google ni.Namun begitu, aku 'diperbolehkan' untuk menjemput 150 orang untuk sama2 mencuba project Google+.Limited seats available, so siapa cepat dia dapat k.Sila klik pada link ini Google+ invitation untuk mendapat jemputan menyertai project ini.

Ok guys,thats all for now.Selamat berpuasa & selamat mencuba Google+ Project!


Read more ...

Friday, December 24, 2010

Discomgoogolation ~ adakah anda seorang daripadanya?

Discomgoogolation, apa tu?Mau terbelit lidah menyebutnya..Perkataan yang mungkin membuatkan anda malas untuk membaca post ini, nampak macam 'nerd' ja topik ni.TAPI, mungkin anda adalah salah seorang yang menghidap 'penyakit merbahaya' ini (bahaya?biar betul..) Jadi, teruskan membaca untuk mem'brain-storming'kan minda anda...

Adakah anda merasa seperti tidak keruan, stress, tidak tenang, moody, dijangkiti demam panas, demam kepialu, demam malarindu dan sebagainya,(yang 3 terakhir tu saja aku tambah untuk menyedapkan masakan hehe) bila berjauhan dari....INTERNET?? Adakah aktiviti otak dan tekanan darah anda meningkat dengan drastik seolah-olah mendapat tenaga seperti gaban dan ultraman bila anda online?Jika jawapan anda adalah 'YA' untuk kedua-dua soalan di atas, maka dengan rasminya saya mengumumkan anda adalah seorang penghidap sindrom DISCOMGOOGOLATION!



Disebut sebagai 'dis-kom-google-lation', sindrom ini sebenarnya dialami oleh kebanyakan kaki online, terutama mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai 'online-gamerer','facebooker','twiterer','bloggerer','yahoorer','googlerer' dan pelbagai lagi 'rer' yang sewaktu dengannya.Di ambil dari kata dasar 'Discombulate' yang bermaksud 'bingung/keliru' (confuse), frust/kecewa (frustration) yang digabungkan dengan perkataan 'Google'.Menurut Dr. David Lewis (seorang psychologist),"when unable to get online, discomgoogolation take over".Bermakna, seseorang yang sentiasa dan sudah terbiasa menggunakan internet dalam kehidupan sehariannya akan mengalami sindrom ini sekira terputus hubungan dengan dunia internet.Ini boleh dibuktikan dengan melalui komen-komen anda, anda, anda dan saya sendiri juga (hehe) dalam facebook, twitter dan pelbagai social networking yang lain sekiranya line internet anda terputus mahupun bila broadband anda bergerak selaju siput gondang emas.Akan muncullah status di facebook @ twitter yang berbunyi seperti (contoh) "tuuut punya line,bikin panas","tuuut punya broadband, siput sedut belakang rumah aku lagi laju...tuuut", ataupun status melalui text message "oh tidak, karan rumah aku abis cas" dan pelbagai lagi status & komen yang secara tidak langsung membukti anda-anda dan saya sendiri adalah penghidap discomgoogolation...


contoh penghidap discomgoogolation tahap gaban ;)

Dalam kes-kes tertentu (yang kronik la, boleh tahan suda teruk diorang ni), sesetengah penghidap sindrom ni berpendapat adalah lebih baik rumah mereka tidak mempunyai karan (electricity) daripada tidak mempunyai perkhidmatan internet (tapi macamana mau connect to internet kalau takda karan?bengap betul juga orang yang cakap tu) malah ada yang sampai memberikan perhatian yang lebih kepada aktiviti online berbanding dengan 'aktiviti' dengan pasangan mereka sendiri.(gila ka apa,memang kronik tahap gaban suda ni)

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, boy-boy dan girl-girl pembacaku yang dihormati sekalian, bagaimanakah untuk menghindarkan diri kita daripada menjadi salah seorang penghidap sindrom ini?Salah satu jalan yang terbaik buat masa ini adalah, silalah pergi ke pusat internet service provider yang terdekat dengan anda dan mulalah melanggan pakej-pakej broadband dan talian tetap yang berlambak di pasaran sekarang hahaha..Untuk pengetahuan semua, sindrom ini memang tidak ada pengubatnya, so terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk mengawal ketagihan dan ketaksuban terhadap internet.Meminimakan aktiviti di internet mungkin salah satu jalan terbaik untuk menangani masalah ini (minima?jangan nak mengarut la hahaha).Kepada yang dah tersampuk sindrom discomgooglotion ni, tak dapek den nak nolong, sindri mau ingat la k....Pandai-pandailah kita meng'googolation'kan diri masing-masing okeyyy....tata ;)

 

P/S ~ bayangkan, sedang korang khusyuk meng'googolation'kan diri, tiba-tiba terjumpa page di atas ni...hahaha...kita fikirlah sama-sama...bye ;)
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!