BERLAPAR bukan kaedah yang betul untuk mengurangkan berat badan seterusnya menjaga kesihatan keseluruhan. Pasti akhirnya seseorang yang tidak berdisiplin akan makan lebih daripada yang sepatutnya. Apakah cara untuk mengawal nafsu makan?
Menyertakan telur dalam sarapan pagi sebenarnya memberikan bekalan protein dan lemak harian yang baik. Seseorang akan berasa kenyang lebih lama hanya dengan mengambil sarapan seperti telur dadar dan beberapa batang sosej.
'MENYERTAKAN telur dalam hidangan sarapan pagi memanjangkan rasa kenyang.'
Makan enam kali sehari! Mungkin mengejutkan, tetapi amalan tiga hidangan utama dalam saiz hidangan berpatutan dan diselangi tiga kali snek yang baik boleh membantu perut agar tidak dalam keadaan lapar yang keterlaluan. Lapar yang melampau membuatkan seseorang makan lebih banyak daripada yang sepatutnya. makan snek seperti kekacang campuran bukan sahaja bagus untuk mengisi perut, malah membantu membina otot.
Pakar diet turut mengingatkan bahawa pasta, roti putih dan kentang boleh membuatkan anda gemuk. Kalau teringin juga menjamah pasta dan roti, pastikan ia daripada jenis bijirin penuh.
Selain itu, ganti pengambilan kentang kepada keledek, cuma jangan makan terlalu banyak. Minuman teh hijau juga boleh disertakan.
Anda juga perlu ke gimnasium untuk latihan senaman angkat berat. Otot yang dibina bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah melonjakkan metabolisme yang menjana pembakaran kalori biarpun selepas bersenam.
Read more ... Menyertakan telur dalam sarapan pagi sebenarnya memberikan bekalan protein dan lemak harian yang baik. Seseorang akan berasa kenyang lebih lama hanya dengan mengambil sarapan seperti telur dadar dan beberapa batang sosej.