Showing posts with label Operating System. Show all posts
Showing posts with label Operating System. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Microsoft Security Essential 2 : Perisian Antivirus Percuma Untuk Komputer Anda!

Aku rasa macam sangat bermurah hati la hari ni.Memandangkan kemurahan hatiku berada di tahap cheap sale discount 100%, maka dengan murah hatinya aku ingin berkongsi sesuatu yang PERCUMA untuk anda semua pada entri kali ni.Siapa yang tak mau benda percuma, kan.Free wa cakap lu.Kepada yang tidak mengetahui apakah menatang yang dinamakan sebagai Microsoft Security Essential (MSE) ni, berikut adalah deskripsi ringkas mengenai perisian ini :
- Merupakan Antivirus yang dibangunkan sepenuhnya oleh Microsoft Corporation.Selamat, mudah digunakan & user friendly.Alternatif kepada perisian antivirus yang sedia ada.
- Ringan (hanya menggunakan 4MB RAM resources semasa scanning proses) serta installation package yang kecil (7Mb - bergantung dengan jenis operating system yang digunakan)
- Memiliki daya pengesanan virus (detection level) yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan perisian antivirus percuma (Avast contohnya) yang wujud pada hari ini.
- BOLEH diinstall bersama2 dengan antivirus sedia anda di komputer anda tanpa sebarang komplikasi.


Microsoft Security Essentials provides real-time protection for your home PC that guards against viruses, spyware, and other malicious software


Perisian ini diberikan secara percuma oleh Microsoft khas kepada pengguna Windows Operating System (Windows XP (service pack 2 & service pack 3 - x86),Windows Vista (service pack 1 & service pack 2 -x86 & x64) & Windows 7 (x86 & x64) DENGAN SYARAT....(free bersyarat sebenarnya hahaha) Operating System yang anda gunakan adalah ditanggung HALAL, LEGAL & disahkan GENUINE oleh Microsoft Validation Centre.Dalam ertikata lain, sekiranya operating system yang anda gunakan adalah tidak halal ataupun lebih tepat disebut sebagai 'crack version windows' (pirated / cetak rompak la senang cerita), maka anda secara automatik telah melayakkan komputer anda untuk disenarai-skrin-hitam-kan oleh Microsoft sekiranya anda bertebiat untuk mencuba proses Genuine Validation tersebut.Senang story,kalau rasa2 version windows yang anda gunakan itu bukannya genuine, maka janganlah gatal tangan untuk mencuba proses validation tersebut dan perisian percuma ini bukannya untuk anda huhuhu. (Sebenarnya there is a way to by-pass the windows genuine validation process, tapi bukan sekarang la, maybe akan aku revealkan caranya in the next tutorial ok.tungguuu ;P)
Ok,mari kita teruskan.Kepada sesiapa yang rasa2 komputernya cukup 'akil baligh' untuk melepasi proses windows genuine validation, berikut adalah minimum requirement yang diperlukan oleh komputer anda untuk perisian percuma ini :
  • Seperti yang telah dinyatakan di atas, operating system yang diperlukan adalah Windows XP (service pack 2 & service pack 3 - x86),Windows Vista (service pack 1 & service pack 2 -x86 & x64) & Windows 7 (x86 & x64) yang BERJAYA melepasi windows validation process.
  • Bagi pengguna Sistem Operasi Windows Vista & 7, komputer anda perlu dilengkapi dengan kelajuan CPU 1.0 GHz (atau lebih), serta minimum 1GB RAM (atau lebih).
  • Manakala bagi pengguna Windows XP pula, komputer anda perlu mempunyai kemampuan minimum kelajuan CPU 500 MHz serta 256 MB RAM atau lebih.
  • Free hard disk space sekurang-kurangnya 140MB
  • Internet connection untuk proses validation & muat turun database/definition update, serta
  • web browser (sudah semestinya!kalau takda web browser camana mau baca carutan ni & download perisian ni kan) - Internet Explorer 8, Mozilla Firefox @ Google Chrome recommended.
Selamat mencuba!!!Eh lupa pula, ini link download ok Microsoft Security Essential.Sila pilih language anda sebelum memulakan proses muat turun, nanti terdownload dalam bahasa Bulgaria kang habis haru-biru haha.Selamat!!!
mrgreen


Read more ...

Sunday, December 26, 2010

Tutorial : Bagaimana untuk membuka "blocked websites"

Anda mengalami masalah untuk meng'access' websites kegemaran anda seperti facebook, youtube, skype etc di tempat2 tertentu seperti di office, sekolah, universiti dan sebagainya?Jangan bimbang, ada penyelesaiannya!Memperkenalkan..... (macam buat direct selling la palek hehehe) Rilek bro2 & girl2, rilek...Tutorial ini akan memberikan anda jalan keluar kepada masalah ini.Tetapi sebelum itu, anda harus mengetahui bahawasanya (jeng jeng jeng) : Tindakan ente mengubah setting komputer ente adalah menjadi tanggungjawab ente sendiri.Ana tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap ente sekiranya ente dikesan dan dihukum oleh bos @ pensyarah ente kerana melayari laman web yang tidak sepatutnya.DO AT YOUR OWN RISK, OK. ;)

VPN (Virtual Private Network) adalah solution terbaik kepada masalah ini.VPN boleh ditakrifkan sebagai sebuah rangkaian (network) yang "melapisi" rangkaian yang sedia ada.Melalui VPN, data yang bergerak melaluinya secara umumnya tidak akan dapat dikesan atau di "backtrack" oleh rangkaian yang mendasarinya (ISP-Internet Service Provider).VPN connection boleh dibayangkan sebagai sebuah "paip yang berada di dalam paip",dengan paip luar merupakan sambungan/connection asas yang akan membawa data kepada sumber yang seterusnya akan melakukan pemindahan data secara 'secure' di dalam network tersebut.Anda akan menjadi 'anonymous' kerana I.P address anda akan menjadi 'hidden' selepas anda mengaktifkan VPN...Bingung?aku pun,bingung jugak hahaha...ala senang cakap macam ni ja,VPN ni akan melapisi rangkaian/network yang sedia ada di dalam komputer anda untuk menjadikan anda 'hidden' dalam network tersebut dan seterusnya membolehkan anda melayari website dan servis yang anda mahukan...No Virus,no malware,totally safe..telah di terai test diatas platform Windows 7 Ultimate Operating System dan hasilnya memang....mantops!!!hehehe...;)

Namun begitu, kebanyakan VPN servis yang wujud ketika ini adalah merupakan servis berbayar, malah ada yang lebih mahal daripada bayaran bulanan broadband anda!(huhuhu) Walaupun demikian, demi untuk ente pembaca2 ku yang ku chentai sekalian, ana telah bersusah payah tunggang tebalik untuk mencari beberapa sumber VPN PERCUMA yang boleh di download tanpa was2.Berikut adalah beberapa sumber percuma VPN yang boleh anda cuba: (sila klik pada link dan anda akan di'redirect'kan ke download website)

Hotspot Shield

Hotspot Shield protects your entire web surfing session; securing your connection at both your home Internet network & Public Internet networks (both wired and wireless). Hotspot Shield protects your identity by ensuring that all web transactions (shopping, filling out forms, downloads) are secured through HTTPS. Hotspot Shieldalso makes you private online making your identity invisible to third party websites and ISP’s. Unless you choose to sign into a certain site, you will be anonymous for your entire web session with Hotspot Shield

Free VPN

It’s free and no need to register, but has forced URL redirect for ads display.FreeVPN has servers all around the world. If you want advertisements free and higher speed, you can pay for the premium servers.

proXPN

proXPN is a way to secure your internet connection for free. Your privacy and security are protected with their military-grade VPN featuring. It’s free of charge and has no ads.You have to register a user account in their website, and then you can download proXPN with your e-mail address and password.

VPNTool

VPNTool provides L2TP VPN tunnel for Windows 2000 and IPSEC VPN tunnel for Windows XP/Windows 7, both are secure and reliable. You can sign up an account from VPNTool website, download the VPN client and login with the account you have registered.Each account will be valid for one-month, and you can register new ones after expired.
Selamat meng'hacking' network komputer office dan kolej anda!!! ;)

P/S : Tutorial ini hanya bertujuan untuk perkongsian sahaja.Sekali lagi diingatkan, segala tindakan dan proses peng'installation' yang dilakukan oleh pembaca adalah diatas tanggungjawab anda sendiri.Sindri mau ingat haa....Tutorial ini juga adalah untuk menjawab pertanyaan seorang bro tentang bagaimana untuk melakukan muat turun sekiranya P2P services diharamkan di Malaysia.Well bro, this is the answer for your question....Sebarang pertanyaan sila drop di comment box.Selamat menerai ;)
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!