Showing posts with label Seks Maniac. Show all posts
Showing posts with label Seks Maniac. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Cantik Tapi Bodoh!

Cantik tapi bodoh.Takut kena rogol, tapi pakai tak senonoh.Deskripsi yang sangat sesuai diberikan kepada para ladies yang berkeliaran diluar sana dengan pakaian yang kurang benang dan kain.Hampir saban hari dalam media massa dan cetak terpampang kisah yang sama.Rogol dan bunuh.Faktor penyumbang utama bagi aku sebenarnya satu saja, cara berpakaian.Tau la kamu tu cantik, tapi takkan semua benda nak tayang pada orang.Pak imam berkopiah putih pun boleh luntur iman kalau terpandang, apatah lagi orang muda yang berdarah panas.Korang tak takut ka??

Sekadar gambar hiasan.Mak aih luluh iman...
Aku tak menujukan statement ini kepada semua wanita ok, siapa makan cili dia terasa pedas.Dalam kondisi susun atur sosial masyarakat yang semakin terumbang-ambing sekarang, ditambah lagi dengan kesakitan mental manusia yang semakin menular umpama virus trojan horse, kebijaksanaan kaum hawa dalam membawa perawakan diri adalah sangat diperlukan jika ingin terselamat dari menjadi mangsa penjenayah seks.Engkau tak perlu bertudung dan menutup aurat jika tak bersedia, hanya dengan berpakaian sopan sesedap mata memandang pun dah cukup.Ni aku nak tanya, best sangat ka pakai pakaian kurang benang dan kain tu?Dah la sejuk, masuk angin, kena gigit nyamuk lagi.Kalau dah cantik, tak payah pakai seksi pun orang tetap akan kata cantik juga..
Salah satu contoh pemakaian bangang.
Sapa ajar kau pakai tudung & pakai baju camtu ah??

Aku sebenarnya terpanggil untuk mencarut tentang perkara ni sebab aku sendiri pun adakalanya tak tahan dengan 'pemandangan indah' yang sering diberikan secara percuma oleh kebanyakan wanita di luar sana.Menyakitkan mata, hati dan jiwa para jejaka..Huh!Jika si jejaka hanya sekadar memandang dan menikmati pemandangan itu tanpa sebarang niat buruk tidak mengapa, tetapi bagaimana sekiranya yang memandang itu adalah si pemangsa ganas, yakni seorang seks maniac?Potensi anda untuk menjadi headline berita buletin utama sebenarnya mula meningkat naik sebaik sahaja anda melangkah keluar dari rumah dengan pakaian kurang kain anda.

Diana Amir, sorang artis yang budget hot dengan pakaian
kurang kainnya.Tapi dengar cerita sekarang dah bertudung.Alhamdulillah
Golongan artis sebagai role model dan trend setter kepada masyarakat sepatutnya boleh memainkan peranan yang berkesan dalam mendidik masyarakat tentang kesan negatif pemakaian pakaian kurang kain dan benang ini.Namun apa yang berlaku?Pergilah beli mana-mana majalah hiburan tempatan, pasti ada posing maut berdarah hidung artis wanita kurang kain.Secara tidak sedar, mereka sebenarnya sedang mempromosikan sesuatu yang negatif kepada pembaca terutama golongan muda yang mudah terpengaruh.Mak bapak sakit kepala di rumah, baju kurung bersarang dalam almari tak bersentuh sedangkan pakaian kurang kain menjadi anutan tubuh.Jika ditegur katanya ikut trend.Jika dimarah katanya engkau kolot.Sang artis pula tanpa rasa bersalah berjalan bangga kerana trend anutannya menjadi ikutan.Nanti kalau dah jadi masalah, masing-masing tuding menuding salah menyalah.Apa la nak jadi...

I think thats all for now.To all my sayang's & ladies out there, kawallah keterampilan diri anda.Maaf sekiranya artikel ini tertembak tepat ke arah batang hidung sesiapa yang membaca.Aku buat statement ni sebab aku sayang dekat korang tau, betul ni..hoho.Bukan nak mengajar, sekadar mengingatkan.Bagi yang muslim, aurat itu mahkota yang perlu dijaga sebaik-baiknya.Bak kata pepatah komik,"jangan setelah keranda diusung barulah kau bercucuran air mata".Believe me, semakin banyak kain yang menutupi tubuhmu, maka semakin jauhlah malapetaka daripada menimpa dirimu InsyaAllah..Fikir-fikirkan.Chalo beteh  (^__~)V



Photo source : Google Images

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!