Wednesday, March 26, 2014

MH370 - Satu Permulaan?


As-Salam.

Setelah 17 hari berlalu, akhirnya 'secara rasmi' PM Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat malang penerbangan Malaysia MH370 'mengakhiri' penerbangannya di lautan Hindi...

Posting pertama untuk tahun ini dari blog yang sudah lama bersawang.Sebelum itu, izinkan aku untuk meluruskan jari2 yang agak lama kaku kerana lama tidak memetik keyboard laptop untuk menulis.Komitmen hidup membatasi segala aktiviti sampingan.Blogging terutamanya.Namun jika ada masa terluang, 'peluru hidup' pasti akan dihamburkan semula...

Berbalik kepada kisah pesawat malang MH370.Semua rakyat Malaysia, dan seluruh dunia juga sudah mengetahui tentang bagaimana pengakhiran penerbangan malang yang membawa 239 nyawa manusia itu.Namun ramai yang merasakan, termasuk diri aku sendiri, ada sesuatu yang terselindung dari pengetahuan umum mengenai kisah sebenar yang tidak berada dalam 'skrip' yang telah diberitahu kepada dunia mengenai nasib MH370.Pelbagai teori konspirasi muncul mengaitkan pelbagai perkara yang menjadi penyebab kepada berlakunya tragedi malang ini.Persoalan demi persoalan baru juga terus muncul setiap hari, dan yang pastinya jawapan kepada persoalan2 ini tidak mungkin akan kita perolehi daripada media mainstream yang telah diprogramkan untuk cuma memberitahu kita mengenai "apa yang 'mereka' mahu kita tahu, dan bukannya apa yang kita mahu tahu"..

(Terlebih dahulu ingin aku tekankan disini, sekiranya anda merasakan apa yang tertulis diblog ini semakin  merapu pada pendapat anda, saya mohon anda untuk menghentikan pembacaan disini kerana hanya orang yang berotak sewel 3 suku seperti penulis sahaja yang mungkin boleh memahami apa yang cuba disampaikan..)

Pening?Aku pun pening juga.Pening memikirkan jawapan kepada persoalan yang berlegar-legar dikepala hotak ramai manusia ketika ini.Apa, bagaimana, mengapa.Namun bagi aku, persoalan paling besar yang akan memberikan kunci jawapan kepada persoalan2 yang lain adalah ; SIAPA.Siapakah 'mereka' yang bertanggungjawab kepada insiden ini.Jika jawapan kepada persoalan SIAPA ini berjaya diperolehi, maka aku percaya persoalan yang lainnya akan terjawab dengan sendirinya...

Aku tidak ingin mengulas lanjut ataupun memunculkan satu lagi teori baru mengenai tragedi hitam ini.Cukuplah dengan teori2 yang berlegar disekitar ruang cyber ketika ini.Pelbagai jenis teori, bermula daripada rampasan pesawat dan terrorisma yang dikaitkan dengan 2 passport palsu milik warga Iran, 'barangan berharga' (emas, teknologi???) yang dibawa dalam pesawat yang kononnya disembunyikan bersama 4 tan buah manggis, kisah 8 orang saintis ketenteraan China dan agen perisikan CIA/MOSSAD, kisah kapal yang dilencongkan ke pangkalan tentera US Diego Garcia serta penurunan 'package' berharga disitu sebelum pesawat diterbangkan semula secara remote controlled' dan di'akhirkan' perjalannya di lautan Hindi, sehinggalah kepada 'suicide mission' sang pilot (yang ini memang aku tolak sama sekali), semuanya diolah dengan begitu dramatis oleh para konspiratur.Itu belum lagi termasuk dengan aksi lawak antarabangsa daripada tok bomoh 'tikar pandan terbang' yang secara nyata telah memalukan Malaysia dengan aksi bodohnya dan dengan begitu marah ingin memberi pelempang buaya kepada seorang menteri gara-gara mempertikaikan caranya yang bodoh itu.Begitu juga dengan teori daripada blogger terkenal yang kononnya mempunyai ilmu dan hubungan dengan 'alam ghaib', yang dengan penuh yakinnya 'meramalkan' pesawat itu akan timbul di satu tempat pada sekian-sekian haribulan.Bukannya hendak mempersenda sesiapa, kerana aku juga tidak pernah menolak teori mengenai alam ghaib, ilmu tauhid yang dimiliki oleh mereka-mereka terpilih dan berkemampuan.Tapi rasanya tak perlulah bersikap terlalu yakin dan jika tidak keterlaluan aku katakan agak 'angkuh' dengan sesuatu kenyataan, seolah-olah mengetahui segalanya.Siapa, malas mau cakap la.Lu cari la sendiri siapa..

Tidak dinafikan, terdapat beberapa teori yang kedengaran logik untuk difikir-fikirkan terutamanya bila munculnya nama Jacobs Rothschild dalam list teori konspirasi (Teori yang paling mungkin untuk diterima akal jika menurut pandangan aku).Berikut adalah sedikit petikan yang dicopy paste yang mungkin boleh anda baca dan fikir-fikirkan mengenai pembabitan Jacob Rothschild.(Bagi sesiapa yang tidak mengenali siapakah individu ini, anda dipersilakan terlebih dahulu untuk membuat kajian sendiri mengenainya untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana one of 'The Illuminati Bloodlines' ini berperanan dalam dunia kapitalis yang kita duduki hari ini)



The disappearance of four members of a patent semiconductor traveling on Malaysia Airlines MH370 makes the famous billionaire Jacob Rothschild at the sole owner of the important patent.

The mystery surrounding the Malaysian Airlines MH-370 is growing as each day passes with more mysterious silence shadowing the disappearance of the airline. More and more conspiracy theories are beginning to boom on the internet. One of the conspiracies one is the Freescale Semiconductor’s ARM microcontroller ‘KL-03′ which is a new improvised version of an older microcontroller KL-02. This crazy story about how Illuminati Rothschild exploited the airlines to gain full Patent Rights of an incredible KL-03 micro-chip is going haywire across the internet especially when it’s involving Jacob Rothschild as the evil master plotter.

A US technology company which had 20 senior staff on board Malaysia Airlines Flight MH370 had just launched a new electronic warfare gadget for military radar systems in the days before the Boeing 777 went missing.

Freescale Semiconductor has been developing microprocessors, sensors and other technology for the past 50 years. The technology it creates is commonly referred to as embedded processors, which according to the firm are “stand-alone semiconductors that perform dedicated computing functions in electronic systems”.

Why were so many Freescale employees traveling together? What were their jobs. Were they on a mission and if so what was this mission? Can these employees be the cause of the disappearance of this plane? Could the plane have been then hijacked and these people kidnapped? Did these employees hold valuable information, did they have any valuable cargo with them? Did they know company and technological secrets? With all the might of technology why cant this plane be located? Where is this plane where are these people?”

The 20 Freescale employees, among 239 people on flight MH370, were mostly engineers and other experts working to make the company’s chip facilities in Tianjin, China, and Kuala Lumpur more efficient, said Mitch Haws, vice president, global communications and investor relations.

“These were people with a lot of experience and technical background and they were very important people,” Haws said. “It’s definitely a loss for the company.”

In Malaysia, Freescale’s modern operations facility that manufactures and tests integrated circuits (IC) is based in Petaling Jaya.

Based on information obtained from Freescale’s website, the facility began operations in 1972 covering an eight hectare site and is specifically designed for the manufacturing and testing of microprocessors, digital signal processors and integrated radio frequency circuits.

It also owns Freescale RF which is involved in creating solutions for Aerospace and Defence listed below.

1. Battlefield communication

2. Avionics

3. HF Radar – Band L- and S-

4. Missile Guidance

5. Electronic Warfare

6. Identification, friend or foe (IFF)

- See more at: http://worldtruth.tv/rothschild-inherits-a-semiconductor-patent-for-freescale-semiconductors/#sthash.R3VlO7qX.dpuf


Baiklah.Aku pun malas nak berteori panjang2.Apa yang pasti, kenyataan YAB PM mengenai nasib malang pengakhiran pesawat malang itu dilautan Hindi bukanlah satu penamat.Aku tidak percaya teori yang mengatakan our goverment adalah perancang kepada 'silap mata' yang terjadi ini kerana aku percaya kerajaan Malaysia tidak akan begitu bodoh untuk berseteru dengan kuasa-kuasa besar dunia terutamanya US dan China.China terutamanya, adalah sahabat baik dan tidak keterlaluan jika aku katakan sebagai sekutu 'sulit' kepada Malaysia walaupun secara zahirnya negara mempunyai status quo yang 'berkecuali' dalam hubungan antarabangsa apalagi yang melibatkan aspek ketenteraan.US, jika dilihat daripada aspek hubungan antarabangsa dengan Malaysia dan China, secara zahirnya memang tidak kelihatan apa-apa masalah yang besar.Namun sebenarnya bukan itu yang terjadi.Permusuhan 'gelap' antara 2 blok ini (US/kapitalis dan China/komunis) memang telah terjadi berdekad lamanya.Apa yang aku bimbangi ketika ini adalah, tragedi MH370 ini akan menjadi satu permulaan untuk salah satu antara 2 pihak kuasa besar ini untuk 'mengkambing-hitamkan' Malaysia dalam hal-hal tertentu yang tidak terdedah kepada umum..

Bagi aku, apa yang pasti sebenarnya ada sesuatu 'yang lebih besar' daripada kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.Persoalannya, SIAPA???Dajjal Illuminati?New World Order?Well, just think outside the box & always read between the lines.Aku tidak mengatakan 'ya' dan tidak juga mengatakan 'tidak' kepada teori konpirasi, terpulanglah kepada diri masing-masing untuk men'decode' kejadian dan event yang sedang berlaku ini.Walaubagaimanapun, aku percaya ini semua sebenarnya adalah satu permulaan kepada satu 'skrip' baru yang akan dimainkan oleh tangan-tangan hitam & pakar-pakar silap mata mereka.The game is only just begun.Tangan-tangan hitam para pencatur dan pakar silap mata 'mereka' akan terus mencaturkan kisah selanjutnya rentetan daripada peristiwa ini.Bagaimana untuk melihat dan mengelakkan diri daripada percaturan tangan-tangan hitam yang ghaib ini?Pendapat saya mudah.Mengambil ayat saudara M.O di mistisfiles, "sekiranya anda merasa sedang dicaturkan, keluarlah daripada papan catur."


Wallahualam Bissawab.Kita nantikan chapter seterusnya.Nasihat aku, bersedia untuk sesuatu yang lebih besar...

Semoga bermanfaat untuk kita fikirkan bersama.
Wassalam.



*Al-Fatihah dan salam takziah kepada kaum keluarga dan sahabat para penumpang dan anak kapal pesawat malang penerbangan MAS MH370.Semoga damailah kamu bertemu dengan Pencipta mu di sana...

3comments:

Unknownsaid...

salam bro.. kira sy agree jugak bro.
sebab tak munasabh kalau pilot buat hal kan..btw, yup..ini memang baru permulaan..kadang2 kesian dgn tampuk kerajaan kita..
terasa kita ni di permainkan pun ada... mencari di sana sini..


p/s : moga dipermudahkan pencarian itu =)

Unknownsaid...

Wslm CKK..

lma x borak ngan CKK kn..bro bz sgt la kblkgn ni.smpi nk cek blog pn xda msa..apapn trma ksh krna msh sudi sgh d blog bro yg da berkarat ni huhu...

berkenaan MH370, mmg ada smthg yg sdg brlaku.kapaltu x kn hilang mcmtu sja.jatuh d lautan hindi?gua x pcya dgn teori tu...ntila, klu ada klpgn nti bro update ttg apa yg bro dpt lihat setelah "melihat dari luar papan catur"..

hav a nice day CKK!! :)
salam

Unknownsaid...

bro lama tak jenguk,bila nak up entry baru?

sedih plak baca kisah ni semula bro... kesannya masih terasa sungguh pun tragedi ni tertimpa kepada org lain... satu persoalan yg masih sy setia untuk tunggu dan lihat jawapannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!