Wednesday, February 29, 2012

Erykah Badu, 5 Percenters & Illuminati

Salam blogger.Lama tak asah pedang cyber.Hari ni gua mau kasi hantam ini minah yang memang bengong punya olang..Sungguh berani dia langgar ini tempat, dia talak tau ka ini tempat Min Siam yang punya?Suka hati mak tiri belah bapa saudara dia saja mau langgar a..hehe..Merapu lg...Ok serius.Min Siam mau cakap pasal hal serius kali ni.Pasal artis yang terpaksa batal konsert tu, Erykah Badu.

Baiklah, isu yang sangat sensitif.Itu yang boleh gua katakan.Pembatalan konsert Erykah Badu hari ini sememangnya mendapat respon yang pelbagai.Ada yang setuju, ada yang tidak.Relevan atau tidak pembatalan konsert tersebut?Bagi gua ya, memang patut dan relevan.Sebabnya?Mempersendakan dan menganggap agama seperti bahan yang boleh diabstrak atau dipertontonkan dengan cara yang tidak sepatutnya.

Gua terbaca beberapa posting dalam fb mengenai hal si Erykah Badu ni.Ada diantaranya mempertikaikan, "pasal tatoo saja pun kena ban ka?".Hello, walaupun negara Malaysia ni negara Islam yang boleh dikatakan hanya pada nama saja, tapi Islam tetap agama 'PERSEKUTUAN' negara ini dan penduduk Islam juga adalah penghuni majoriti negara ini.Sensitiviti dan kesucian agama Islam perlu dijaga dan dipertahankan.Tidak ada satu pun agama yang wujud di atas muka bumi ni tidak kiralah samada Islam, Kristian, Buddha dan yang lainnya yang sanggup melihat agama masing-masing dicemar atau dipersenda seperti bahan permainan.Gua tidak tahu tentang agama lain, tapi Islam memang tidak dapat bertoleransi dengan tindakan mempersenda dan memprovokasi kesucian agama Islam.Dan bagi gua sendiri, untuk Islam gua sanggup mempertahankannya dengan apa yang gua ada, hatta dengan nyawa sekalipun!

Logo yang terdapat pada website fahaman 5 percenters...
Baiklah.Berbalik kepada Erykah Badu.Menurut beberapa sumber dan carian yang gua lakukan sendiri, penyanyi yang berasal dari US ini adalah pengikut ajaran '5 Percenters' iaitu kumpulan 'serpihan Islam' yang dianuti oleh ramai golongan kulit hitam terutamanya 'Rapper' yang berpusat di New York.Fahaman ini juga mengangkat 'ALLAH' sebagai tuhan, TAPI dalam bentuk dan sifat yang jauh bertentangan dengan kepercayaan Islam yang dianuti oleh majoriti komuniti Islam dunia.Fahaman ini mempunyai maksud dan terjemahan sendiri mengenai akronim ALLAH itu sendiri.Bagi mereka, akronim ALLAH adalah mewakili perkataan "Arm, Leg, Leg, Arm, Head".(Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada yang pakar dalam bidang agama dan rujuk link/sumber yang diberikan dibawah, gua disini cuma ingin memberikan info dan berkongsi gambaran asas berdasarkan apa yang gua baca saja)

WALLAHUALAM!.Terkejut?Pada mulanya gua memang terkejut dengan apa yang gua baca tentang kelompok yang menganuti fahaman ini.Mungkin atas dasar fahaman inilah, Erykah Badu sanggup mentatookan badannya dengan kalimah ALLAH..Namun itu tidak dapat menjustifikasikan tindakannya, kerana tatoo itu sendiri haram pada ajaran Islam yang sebenar dan tindakan pembatalan konsertnya di Malaysia adalah satu tindakan yang tepat.Pihak berwajib sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan insiden dan isu sebegini kerana ini bukan pertama kali artis antarabangsa datang ke Malaysia dan menyinggung sensitiviti masyarakat Islam disini.Satu garis panduan yang lebih jelas seharusnya diwujudkan oleh pihak berwajib sebagai guideline kepada artis-artis antarabangsa yang ingin datang untuk membuat persembahan di Malaysia.

Untuk tiket percuma ke konsert Jessie J live in KL, klik SINI
Untuk update konsert terkini artis antarabangsa di Malaysia, klik di SINI

Illuminati
Kenapa gua mengaitkan Erykah Badu dengan pertubuhan sulit ultra-zionis ini?Kepada yang mengikuti dan memahami simbol-simbol sulit pertubuhan tentera dajjal ini, sudah pasti akan dapat mengagak dengan serta merta apa yang gua maksudkan.Bagi yang kurang faham, sila perhatikan lambang berikut, dan bandingkan dengan tatoo piramid yang tercacah pada tengah-tengah dada penyanyi tersebut...




Get the point?Terang lagi bersuluh bukan?Buka mata buka minda, tanda ada dimana-mana bagi mereka yang mahu mengkaji dan berfikir..Gua sebenarnya heran, kenapa sejak akhir-akhir ini Islam diserang dengan begitu hebat sekali oleh 'musuh-musuh gelap dan terang' ini?Lihatlah dimana-mana, Islam ditindas dan diperangi secara halus dan sulit oleh golongan kafir dan pasukan tentera dajjal ini.Adakah mereka takut dengan kebangkitan Islam?InsyaALLAH, janji ALLAH itu pasti.Panji-panji Islam akan berkibar semula di akhir zaman..Dan rasanya masa itu semakin hampir.....As-Salam...





8comments:

p[A]n[A]d[0]L©said...

mmg sptutnya kita lebih alert dgn benda2 mcm nie..

lgpun, stkat dia x wat konsert kat negara kita nie x luak mana pun..ehhehe

Unknownsaid...

barang ni suda jd politik rasanya..ada pihak yg sengaja 'menangguk di air yg keruh'...tah apa la durg dapat wat bgitu...hidden hand....

Psychic Zerosaid...

teori konspirasi byk sgt ni...

Unknownsaid...

namun tetap boleh diterima akal bukan?terpulang kpd pemikiran masing2 utk menerima @ menolak teori2 sebegini, gua cuma membuka sisi gelap yg terlindung utk sma2 kita fikirkan... :)

Unknownsaid...

NS tak pernah tau pasal manusia nama Erykah BAdut ni . hahah . okayh , sorry . terima kasih kongsi info ni . NS rasa mcam dok dalam tempurung masa belajar ni , sume tak tauu --'
btw , tak payah la nak bawak artis oversea dtg malaysia. tp kalau nak bwak kpop , dipersilakan :PP

Unknownsaid...

wah klu pasal kpop laju jer wani..yg tu pn obersea juga...hehe...tp at least dorg xda la wat kontroversi melampau mcm c badut ni kn... ;)

Unknownsaid...

Herm..Alhamdulillah dibatalkan..org mcmniy memang kiter patot pinggirkan..menghina islam..memang xpatot..

Unknownsaid...

@AieN ChoiN hmm tu la pasal..utk 'mereka' yg lain anutan tu agak2 la jugak bila nk komen,ini soal agama bukan boleh bawak main2..ni sy tgk bukan main lg diorg ckp itu ini pasal pembatalan konsert ni..kami dgn agama kami n kamu dgn agama kamu..masing2 jg hal masing2 kn senang..apapn prkra da lpas,tp perlu diambil pengajaran oleh mrk yg brkenaan agar prkra bgni x berulang lg...anyway thanks for visiting my blog cik Aien..have a nice day. (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!