Friday, September 23, 2011

Google+ : A Mission To Kill Facebook!!!

"SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter. - Kosmo Online"

Terdesak?Itu yang terjadi kepada Facebook sebenarnya.Mungkin disebabkan takut dengan persaingan hebat yang bakal diberikan oleh rangkaian jaringan sosial terbaru Google+ (G+), Zuckerberg & Co telah memperkenalkan beberapa "forced' update pada Facebook walaupun tidak digemari oleh rata-rata penggunanya (termasuk aku!)
Walaupun mendapat komen negatif daripada penggunanya, Zuckerberg &Co tetap melaksanakan beberapa siri penambahbaikan(??) dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya itu sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.News Feed, Subscribe, Column News Ticker (ni yang aku paling benci sekali) & Timeline (coming soon katanya) adalah feature yang telah di'upgrade' & diperkenalkan oleh jurutera-jurutera biul Zuckerberg.Penambahbaikan??'Penambahburukan' mungkin perkataan lebih tepat.Makin semak aku tengok...
"Facebook dijangkakan bakal membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini.Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional.Persidangan yang diadakan itu adalah beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook"

Aku dah rasa meluat tahap gaban tengok mukabukubiru sekarang ni.Malas la nak ulas panjang-panjang. Before I go, 1 request to Anonymous team, please hack them.& To Google+, thank you for coming.I'm in.


*Update - Thanks to rakan blogger Ah!Camne kerana berkongsi link extension chrome yang akan men'disable'kan feature Thicker pada Facebook.Untuk para reader yang juga rasa menyampah dengan feature tersebut, anda boleh mendapatkan extension tersebut di SINI.Satisfaction guaranteed 
(^___^)

Source : Kosmo Online & Google+

2comments:

hardy_hunt2said...

a'ah..semak mengalahkan semak....(^__^) another new FB feature is coming,nti tgk update k

nu bailahsaid...

betul...semakin semak fb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!