Salam.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan bot laju combat boat 90 disekitar perairan Tanjung Labian, Lahad Datu bagi memantau situasi dengan lebih dekat.
Unit Komando PDRM (VAT69) yang ditempatkan disekitar kawasan standoff
Memantau rapi sekitar kawasan pencerobohan
(Untuk foto lanjut, sila lawati link pada rujukan)
Foto-foto diatas diambil oleh seorang jurufoto professional yang mempunyai access untuk mengambil foto di sekitar kawasan pecerobohan.Difahamkan sehingga saat ini, penceroboh bersenjata di kawasan itu masih enggan untuk berundur dan rundingan masih lagi berlangsung.(?)
Jika menurut beberapa laporan media luar negara terutamanya media Indonesia, keadaan ketika ini dilihat 'semakin tegang'.Tapi rasanya tidak perlulah kita berasa terlalu percaya dengan berita yang disiarkan oleh media Indonesia, al-maklum sajalah perangai media negara seberang itu yang sangat suka membuat provokasi melampau apalagi jika sesuatu hal itu berkaitan dengan Malaysia.Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan spekulasi yang dibuat oleh media Indonesia, sila google (hehehe...aku malas mau bagi link...melambak tu pandai-pandailah kamurang pilih sendiri mana satu yang kamu mau baca)
Untuk memanaskan lagi keadaan, (jengjejeng) menurut satu sumber dalaman Malaysia pula, dikhabarkan kenderaan canggih 'electronic warfare' kategori COMMJAM atau Jammer dari jenis pacuan 6×6 FUCH buatan Jerman telahpun dihantar ke kawasan standoff tersebut bagi menghalang komunikasi keluar masuk di kawasan situasi tersebut.Dari mana maklumat ini aku dapat?Silla lihat pada rujukan...
Contoh kenderaan COMMJAM yang dikata tersebut.
Terlalu banyak kisah dan spekulasi yang timbul daripada kejadian yang berlaku ini.Macam-macam ada.Dari kisah Sultan 'jadi-jadian', wang pampasan tahunan sehinggalah pembabitan 'covert operation' CIA.Yang mana satu nak percaya pun aku tak tahu.Naik poneng dah asyik membaca isu heavy ja 2 minggu kebelakangan ni....
Teori Baru
Kejadian yang telah berlarutan hampir 2 minggu ini telah menimbulkan beberapa teori dan kemusykilan baru kepada aku.Antaranya :
1. Kemungkinan penglibatan ahli politik Malaysia (dari sudut pandangan yang berbeza daripada apa yang bermain dalam kepala hotak aku sebelum ni) dalam merancang situasi ini.Aku tak mahu cakap banyak berkenaan politik ni, kisahnya boleh dibaca di SINI.
2. Siapakah waris kesultanan Sulu yang sebenar?Terlalu ramai manusia yang mengakui dirinya sebagai waris kepada kesulatanan itu, dan masing-masing menganggap diri sendiri sebagai pemegang daulat sebenar kerajaan itu.Menurut satu sumber, dikatakan di Filipina saja jumlah mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu ini adalah tidak kurang daripada 300 orang (punya ramai!!!).Di Sabah pula, dikhabar sekurang-kurangnya sebanyak 3 individu telah mengangkat diri sebagai Sultan Sulu, termasuk 'Sultan Akjan' yang telah mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu di Likas, Kota Kinabalu sekitar tahun 2011 dulu.Dengar cerita, asal ada keturunan 'Datu' di depan nama, boleh sudah klaim untuk jadi Sultan.Kalaulah begitu, ramai betul la pula yang buli klaim jadi Sultan Sulu ni.Hmmm....
3. Keterlibatan kerajaan Filipina (belakang tabir) disebalik konflik ini.
Sesuatu untuk difikirkan..
Kesultanan Sulu itu sendiri masih lagi terjajah oleh Filipina, yang selama ini diperangi oleh mereka (Tausug) sejak berdekad lamanya.Jadi, secara logik, sekiranya tuntutan mereka terhadap Sabah ini berhasil (*palis-palis), bukankah Sabah secara automatiknya akan menjadi sebuah wilayah baru kepada Filipina, dan bukannya Sulu?Sulu itu sendiri masih belum merdeka daripada Filipina, jadi tindakan mereka hanya akan menguntungkan Filipina sebenarnya.
Disinilah aku melihat bagaimana role yang dimainkan oleh Filipina dengan menggunakan 'Sultan Sulu' (dari keturunan yang mengakui dirinya sebagai waris Kiram) untuk membangkitkan semula tuntutan tidak berasas terhadap Sabah.Sekiranya tuntutan tersebut berhasil, yang pastinya akan bertepuk sorak adalah kerajaan Filipina dan bukannya Kesultanan Sulu kerana mereka sebenarnya hanya dipergunakan oleh untuk mencapai matlamat yang telah lama diidamkan oleh Filipina, iaitu kedaulatan Sabah!
Bagaimana dengan teori ini, masuk akal bukan?Fikir.
"Sulu has no claim over Sabah" ~ Ahli Sejarah
..................................................
Kesimpulan
Akhir kalam, sebagai Sabahan tulen, aku berharap situasi tidak menyenangkan ini akan dapat ditangani dengan secepat mungkin oleh pihak berkuasa.Isu yang sudah berlarutan hampir 2 minggu ini sebenarnya pada pendapat aku sedang diperhatikan dengan rapat bukan sahaja oleh orang-orang Sabah, malahan seteru negara seperti adik bongsu Israel di selatan Malaya juga rasanya sedang mengikuti dengan penuh minat situasi ini.
Aku faham kemungkinan pihak berkuasa cuba untuk mengambil pendekatan 'umpama menarik rambut dari tepung', namun ramai yang berpendapat (terutamanya Sabahan) tindakan kerajaan yang terlalu berlembut ini akan menyebabkan pihak yang menceroboh itu naik kepala.Dan semakin ramai yang menganggap kejadian ini sebagai 'wayang' menjelang PRU13...
Apapun, semoga hal ini akan segera dapat diselesaikan dan keadaan akan dapat dipulihkan seperti sediakala.Sebenarnya ada banyak lagi benda aku nak tulis, tapi memandangkan mata aku dah mengantuk tahap gaban kena buasir, lain kalilah aku sambung...
Wasallam.
*Palis-palis = bahasa tempatan Sabahan yang membawa maksud 'minta dijauhkan'
Rujukan & Photo Credit : Fotowarung.net, Militaryofmalaysia.net, Afterdarkwrites.blogspot.com, one-kotabelud.blogspot.com, malaysiakini tv & kepala hotak aku
