Showing posts with label Politic. Show all posts
Showing posts with label Politic. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Character Assassination


'Character Assassination' atau dalam bahasa melayunya 'Pembunuhan Karekter' adalah suatu perlakuan atau tindakan yang dilakukan oleh satu pihak untuk merosakkan reputasi dan peribadi seseorang atau pihak seterunya.Tujuan dan objektif utamanya hanya satu : melakukan total damage (kemusnahan seteruk mungkin) terhadap reputasi dan peribadi seterunya sehingga karakter beliau dilihat seperti 'mati' di mata orang-orang disekelilingnya...

As-salam readers..

Penerangan ringkas di atas adalah topik yang akan gua cuba kupas kali ini.Kenapa?Kerana perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama sekali jika anda adalah seseorang yang dikenali dan berstatus tinggi di mata masyarakat sekeliling.Penyanyi, ahli korporat, tokoh politik bahkan pak imam sekalipun boleh menjadi mangsa kepada pembunuhan karakter ini.Sebab kenapa berlakunya tindakan 'psyco-ganas' ini amat mudah : hasad dengki, iri hati, dan juga KEINGINAN UNTUK MENDAPATKAN SESUATU DENGAN CARA MENJATUHKAN ORANG LAIN...

Ketepikan kisah tentang pembunuhan karakter penyanyi, ahli korporat mahupun pak imam.Lets go to the main point, POLITIC, ataupun dalam ertikata sebenarnya ahli Yang Berhormat.Hahaha.Ni yang gua suka ni.Gua jarang tulis pasal politik, tapi rasanya ketika dan waktu ini, di kadai-kadai kupi, topik inilah yang paling hangat sekali dan gua pun mau juga join 'mengupi' sama...

Politik dan pembunuhan karekter adalah umpama aur dengan tebing, sesuatu yang tidak mungkin akan dapat dipisahkan.Gua berani potong jari jika ada ahli politik di dunia ini yang berani mengatakan beliau sebagai seorang yang 'clean & fair', yang tidak menggunakan cara character assassination sebagai medium untuk memenangi sokongan orang sekeliling terhadapnya.Tidak kiralah parti cap apa yang diwakili oleh si politician, alkisahnya tetap sama : pembunuhan karakter tetap menjadi senjata paling ampuh dalam menjahanamkan seterunya.Bagi gua, cuma satu perkara yang membezakan para politician, iaitu sejauhmana kesanggupan mereka untuk pergi dalam menjahanamkan karekter seteru mereka.Pendek kata persoalannya adalah, adakah mereka sanggup untuk 'do whatever it takes to win'?Jawapannya, clap chest, ask the candidate...

Baiklah.Sekarang mari kita lihat contoh character assassination yang berlaku disekeliling kita.Tidak perlu pergi ke masa lampau, kita lihat yang terkini, yang masih panas-panas macam guring pisang yang baru diangkat dari kuali.Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.Kenapa gua kaitkan pencerobohan Lahad Datu dengan character assassination?Perhatikan dan perhalusi hujah-hujah berikut...

1. Pihak pembangkang (PR-Pakatan Rakyat) mengatakan pencerobohan tersebut sebagai konspirasi terancang kerajaan BN dan UMNO.Semua sedia maklum dengan kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mengatakan insiden pencerebohan Lahad Datu itu sebagai 'konspirasi terancang' untuk menakutkan penduduk Sabah agar tidak menyokong pembangkang dan terus menyokong kerajaan sedia ada.Kenapa pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa?Hujahnya mudah, character assassination.
Mereka cuba untuk merosakkan reputasi kerajaan sedia ada sekarang (BN) pimpinan DS Najib Razak di mata rakyat Sabah, dengan cuba mengatakan bahawasanya insiden yang berlaku itu adalah suatu konspirasi yang telah dirancang dengan teliti.Mereka (pembangkang) cuba untuk menggunakan isu tersebut untuk mem'brainwash' orang-orang Sabah agar berhenti menyokong kerajaan sedia ada dengan hujah : kerajaan ini (BN) adalah kerajaan yang jahat, yang sengaja mencetus suatu situasi tegang dan sanggup untuk menggadai nyawa anggota keselamatan semata-mata untuk survival politik mereka.Walaupun kerajaan telah menafikan tuduhan itu dengan sekeras-kerasnya dan telah mengambil tindakan perundangan terhadap salah seorang pemimpin pembangkang (Tian Chua) di atas tuduhan ini, persoalan sebenarnya adalah : adakah tuduhan konspirasi terhadap kerajaan dalam insiden ini telah berjaya mempengaruhi pola sokongan orang-orang Sabah terhadap kerajaan?Adakah character assassination telah berjaya dilakukan oleh pembangkang terhadap kepimpinan DS Najib Razak selaku ketua di dalam kerajaan BN?Jawapan, sekejap.Bagi gua habis dulu.Baiklah, next.

2. Manakala di pihak kerajaan BN, mereka juga kelihatan cuba untuk melakukan perkara yang sama, iaitu mengaitkan individu-individu tertentu dikalangan pemimpin pembangkang sebagai dalang yang mencetuskan tragedi berdarah di Lahad Datu itu.Media-media pro kerajaan dilihat begitu aktif dalam menyerang dan mengganyang karakter pimpinan tertinggi pembangkang dan 'mendedahkan' perkara-perkara yang dikatakan mempunyai pertalian antara pimpinan tertinggi pembangkang dengan insiden Lahad Datu.DS Anwar Ibrahim, selaku ketua dan pimpinan tertinggi pembangkang Malaysia, adalah fokus utama character assassination oleh media pro-kerajaan ini.
Terdapat pelbagai kisah dan info dikeluarkan yang dikatakan sebagai 'maklumat' yang mengaitkan beliau dengan insiden Lahad Datu, antaranya pertemuan beliau dengan salah seorang pemimpin di selatan Filipina yang turut dikatakan sebagai sahabat karib beliau iaitu Nur Misuari.Dikhabarkan pertemuan itu adalah satu perbincangan sulit yang diadakan diantara Anwar dan Misuari untuk mengatur strategi dalam mencetuskan tragedi berdarah di Lahad Datu.Anwar dikatakan mencetuskan tragedi tersebut demi untuk membangkitkan kebencian rakyat sabah terhadap kerajaan sedia ada (BN) yang kononnya kerajaan ini telah gagal dalam mempertahankan perbatasan Sabah daripada ditembusi oleh anasir-anasir luar yang bakal mengganggu-gugat keselamatan awam.Dikatakan juga Anwar telah meminta sahabat baiknya Misuari untuk mencetuskan huru-hara di Sabah ini agar beliau dapat dilihat sebagai 'hero' yang bakal menyelamatkan rakyat Sabah daripada pemerintahan rejim BN yang kejam dan lemah, dan seterusnya menggapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang telah diidamkannya sekian lama.

Walaupun belum dapat dibuktikan secara nyata sejauhmanakah kebenaran pembabitan beliau (Anwar) dalam insiden berdarah tersebut, namun media pro-kerajaan telah menggunakan isu ini untuk menyerang karakter dan peribadi beliau sehabis mungkin.Apapun persoalannya tetap sama seperti poin 1 : adakah kerajaan BN melalui media-medianya berjaya untuk membunuh karakter pemimpin pembangkang ini?Adakah karakter pemimpin pembangkang yang telah cuba untuk 'dibunuh' beberapa kali ini akan terkubur selamanya kali ini?To be honest, gua tidak ada jawapan untuk soalan-soalan ini...Rasanya, kita akan dapat melihat dan mengetahui jawapan kepada semua persoalan ini melalui satu cara saja, iaitu kertas undi!


Ada banyak lagi contoh kisah character assassination di persada politik Malaysia ni.Yang di atas ni rasanya belum apa-apa lagi, sebab sehingga saat ni masih belum ada lagi karakter yang 'mati' gara-gara insiden Lahad Datu.Ada banyak lagi kisah character assassination yang hebat-hebat dan telah pun memberi kesan terhadap si mangsa dan pemangsa.Tidak perlulah gua senaraikan disini, terlalu banyak rasanya.Apapun, believe me, menjelang musim pilihanraya yang semakin hampir ni, peluru-peluru fitnah yang bakal melakukan pembunuhan karakter ini akan berterbangan disana sini dan pastinya, ada pihak yang akan 'terbunuh' dalam 'peperangan' ini nanti.

Pembunuhan karakter adalah cara yang amat kotor, namun ianya amat 'praktikal' dan penggunaannya dapat dilihat dimana-mana saja tempat dimuka bumi ini.Dalam konteks Malaysia, memandangkan negara kita kini sedang berada diambang pilihanraya umum yang akan berlaku dalam masa terdekat ini, gua kira pastinya ketika ini pihak-pihak yang berkepentingan semestinya telah menyediakan 'peluru-peluru ghaib' untuk membunuh karakter seteru mereka.Dosa pahala belakang kira, yang penting MANANG!

Sendiri mau ingat la bro.Politik memang benda paling kotor yang pernah diciptakan ALLAH di atas muka bumi ni.Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk membuat pilihan kelak, yang mana satu intan dan yang mana satu kaca, pandai-pandailah menilai...Apa yang pastinya, fitnah pasti akan berleluasa...


"Sesungguhnya fitnah itu lebih kejam (dahsyat) daripada membunuh"- Surah Al Baqarah ayat 217








Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Sunday, January 27, 2013

Sejarah Yang Disenyapkan : The Silent Riot ~ A Must Watch For Sabahan!


Shocking!Itu yang terdetik dikepala hotak aku bila terlihat video ini.Satu fakta & lipatan sejarah yang pernah berlaku di negeri kelahiran aku sendiri dan aku hidup tanpa pernah mengetahui tentangnya..What the *&$#.....

Dokumentari berdurasi 31 minit ini memaparkan kisah 'rusuhan senyap' yang telah berlaku selepas pilihanraya negeri Sabah tahun 1986.Perebutan kuasa yang berlaku antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan United Sabah National Organization (USNO), yang telah membawa kepada keadaan huru hara dan beberapa kejadian letupan bom disekitar bandaraya Kota Kinabalu.Beberapa orang telah maut rentetan daripada situasi huru hara yang telah berlaku ini, yang akhirnya membawa kepada terlaksananya perintah berkurung selama 39 hari disekitar bandaraya Kota Kinabalu ketika itu.

Dokumentari ini telah mewawancara beberapa orang penting yang terlibat secara langsung dalam kejadian ini di antaranya Datuk Hj. Yahya Lampong (bekas MP Tempasuk/USNO), Datuk Hj. Mat Nor Mansur (bekas Menteri Kewangan Sabah), Tan Sri Herman J. Luping (bekas Penasihat Undang-Undang PBS & Peguam Negeri Sabah) serta beberapa orang peniaga cina yang melalui peristiwa berdarah itu.

Rasanya, disinilah titik mulanya 'PROJEK I.C' yang telah membawa berjuta (?) orang Filipina & Indonesia masuk ke Sabah, yang akhirnya telah beranak pinak disini dan telah mendatangkan pelbagai penyakit sosial di bumi Sabah ini.Aku tidak mengatakan semua orang Filipina & Indonesia itu jahat, tapi sebagai penyumbang besar kepada penyakit sosial di Sabah?Ya dan itu adalah satu FAKTA yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa!

To all Sabahan, I strongly urge you guys to watch this video and get to know about OUR history.Aku berani bertaruh, ramai anak muda Sabah sekarang yang tidak pernah tahu tentang kejadian ini.Sekiranya anda telah berumur 21 tahun dan telah berdaftar sebagai pengundi, jalankanlah tanggungjawab anda pada PRU yang akan datang ini untuk memilih siapa yang anda rasa layak untuk diangkat sebagai pemimpin yang boleh dijadikan tempat bergantung harap, dan bukannya yang tidak boleh diharap!

Lihat dan perhalusi, kerana jawapan tentang SIAPA sebenarnya yang membawa jutaan PATI ke Sabah ada di dalam dokumentari ini! 


Sinopsis : "Apa yang berlaku selepas sebuah pemerintahan politik berakhir? Selepas berkhidmat selama dua penggal sebagai kerajaan Sabah, Parti Berjaya yang diketuai oleh parti Barisan Nasional (BN) telah digulingkan oleh pendatang baru iaitu Parti Bersatu Sabah, dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Pada malam 1985, apabila pilihanraya peringkat negeri diumumkan, gabungan rahsia antara PBS dan USNO telah berkecai dan telah membawa kepada sebuah pertarungan kuasa yang berlaku di Istana kerajaan negeri. Ini akan menjadi sebuah contoh kepada demonstrasi yang berlaku pada tahun berikutnya. Sebuah kejadian yang jarang dibincangkan hari ini ~ Sebuah rusuhan senyap."

Video dokumentari ini diarahkan oleh seorang pengarah independant Sabahan Miss Nadira Ilana dan diterbitkan oleh KOMAS & EUROPEAN UNION (?)





*Namun begitu seperti ada sesuatu yang tidak kena tentang siapa yang berkolaborasi dalam menerbitkan video ini.EUROPEAN UNION?Kenapa perlu ada unsur luar negara terlibat dalam penerbitan ini?Another HIDDEN AGENDA from THE HIDDEN HAND???Well..I just want to share a piece of 'missing' history yang tidak diketahui oleh ramai anak muda Sabah.That's it.Tentang hidden agenda dari pihak luar, samada wujud atau tidak, WALLAHUALAM.Sekiranya ada, akan dibongkar kemudian!






Read more ...

Monday, January 21, 2013

Malaysian Extremist


Salam.

Menjelang Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir, pelbagai isu sensitif mula timbul.Dari sekecik-kecik kuman hinggalah sebesar-besar gajah, semuanya habis dikorek keluar untuk digunakan sebagai senjata.Aku sebenarnya malas dan nda suka mau mengulas pasal politik ni, tapi apa yang berlaku mutakhir ini membuatkan aku terpanggil untuk menyuarakan pendapat aku sendiri...

Dari isu penggunaan kalimah 'ALLAH' di dalam bible berbahasa Melayu, penghinaan 'tidak sengaja' yang dilakukan oleh Patrick Teoh, sehinggalah kenyataan Presiden kumpulan pendesak melayu PERKASA yang mahu membakar bible berbahasa melayu, point besarnya adalah satu, AGAMA.Sesuatu yang amat 'extreme' sensitif dan boleh mencetuskan huru hara sekelip mata jika tidak ditangani dengan bijak oleh pihak berkuasa.


Sebagai orang Islam, aku memang marah dengan apa yang telah diperkatakan oleh Patrick Teoh.Nda Payah la aku nyatakan apa, rasanya semua orang pun sudah tahu apa yang telah dikatakan oleh si haprak m****r f****r itu.Walaupun marah, kita harus bersabar dengan kerana bertindakbalas tanpa menggunakan akal hanya akan menambahkan lagi pandangan serong mereka-mereka yang tidak faham dengan Islam, disamping pastinya akan digunakan sebagai senjata oleh golongan opportunist 'mereka' untuk memerangi Islam.Aku bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Afdlin Shauki dalam menangani situasi ini.Katanya :

"Ini masa bagi kita untuk bagi orang kenal betapa tingginya keperibadian orang islam menghadapi sesuatu insiden dengan waras, bukan react, tapi berfikir kemudian act dan action yg kita ambil mesti menunjukkan akhlak kita sebagai seorang Muslimin yg penuh dgn tertib, pengampunan dan kasih sayang sepertimana diajar oleh junjungan kita Rasullulah SAW.Kita tegur beliau dan beri beliau penerangan tentang agama kita... Saya tahu ramai tengah marah tentangg posting patrick, jadi tujuan status saya sebelum ini tadi adalah untuk meminta agar sebagai umat islam kita di Malaysia sama-sama bersabar." 

"Kepada semua yg sedang marah dan sampai keluar death threat tu please take time and beristighfar. Did you know that during Rasullulah SAW punya time ada org yg membaling najis dan sampah kepada beliau and beliau never reacted with aggression, sebaliknya beliau showed compassion, kesian, dan mendoakan hidayah utk diorang yg membuat perkara tersebut. Dia adalah sebaik-baik ciptaan tuhan dan kita sepatutnya menjadikan beliau contoh hidup kita. Come on bros, words, kartun, videos cannot hurt our religion. It is our ego that is hurt.We react according to our ego, and that is not what is taught in Islam and the Quran."

Cara yang sebaik-baiknya.Tahniah aku ucapkan kepada Afdlin kerana menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti dan role model kepada anak-anak muda untuk sedikit-sebanyak meredakan isu panas ini.Cuma apa yang aku kesalkan, ini bukan pertama kali perkara sebegini berlaku.Sebelum ini, Namewee juga pernah melakukan sesuatu seperti ini.Adakah umat Islam terlalu berlembut, ataupun mereka yang naik kepala?Adakah semudah itu orang boleh menghina Islam, dan kemudiannya meminta maaf seolah-olah apa yang dilakukan itu cuma perkara kecil sahaja?!

Sesuatu tindakan yang tegas dan drastik sepatutnya dilakukan oleh pihak yang berkenaan seperti Kementerian Dalam Negeri dalam menangani isu sebegini agar ianya tidak berulang.Namun apa yang  berlaku?Nothing.Ianya tetap berulang, dan lagi, dan lagi.Inilah yang terjadi bila kebebasan bersuara itu disalahguna.Demokrasi katanya.Demokrasi kepala hangguk kau.Sekali lagi, saranan agar sesuatu yang tegas dilakukan oleh pihak berwajib supaya mereka yang melakukan insiden berkaitan isu sensitif atas dasar kebebasan bersuara ini tidak akan terlepas begitu sahaja tanpa hukuman.


Baiklah.Berpindah kepada kenyataan Ibrahim Ali yang meminta orang Islam supaya membakar 'bible' berbahasa melayu.Katanya, “This is the way to show our anger against disrespect to our sensitivity,” 

PERMATANG PAUH : Perkasa president Ibrahim Ali has called on Muslims to seize and burn copies of Bibles which contain the term “Allah” or other Arabic religious words.
Stressing that he was not instigating communal tension, the Pasir Mas MP insisted that it was the only way to stop non-Muslims from stirring the sensitivities and sentiments of the majority of population in the country.
He said certain non-Muslim groups were out to provoke the Muslims by using the term “Allah” or any other Arabic religious words in the Bible.
Under the Non-Islamic Religion (Control on Expansion Among Muslims) Act 1988, he said non-Muslims are prohibited from using several Arabic religious terms, including Allah, in their prayers or scriptures.
“Muslims must unite to protect their religion. They must seize those Bibles, including the Malay editions, which contained the term Allah and other Arabic religious terms, and burn them. - freemalaysiatoday.com

Kepada Ibrahim Ali, jika anda terbaca tulisan ini, satu saja soalan aku : boleh tak bagitahu mana satu ayat dalam Al-Quran yang menyuruh orang Islam untuk bertindak membakar kitab kepercayaan agama lain untuk mempertahankan agama Islam?Ada?Kalau ada TOLONG BAGITAHU AYAT YANG MANA SATU.

Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.Aku amat bengang bilamana pemimpin-pemimpin seperti ini mula menggunakan sensitiviti agama untuk meraih sokongan kepada puak mereka.Sial la.Tidak kiralah dari kem kerajaan mahupun pembangkang.Kedua-duanya sama, sanggup menggunakan apa saja demi untuk meraih sokongan politik.That's why aku tidak pernah bersetuju bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.Sepatutnya ISA tidak dimansuhkan, tetapi dirombak / ditambahbaik supaya dapat digunakan untuk menangani isu-isu seperti ini.Golongan-golongan extremist seperti mereka ini sepatutnya dihumban kedalam pusat tahanan kerana cuba untuk mencetuskan ketidakstabilan dengan bermain sensitiviti agama.

Bagi aku, polemik isu kalimah 'ALLAH' ini cuma berlaku di Malaya sahaja, tidak di Sabah dan Sarawak.Walaupun umat Islam disini juga terasa bahang dan marah dengan polemik yang dimainkan oleh orang-orang di Malaya, namun rasa hormat dan rasional itu tetap masih utuh dikalangan kita disini.Aku tidak ingin mengulas lanjut tentang bagaimana pandangan aku mengenai penggunaan kalimah 'ALLAH' dalam bible, bersetuju atau tidak itu pendapat aku dan biar ALLAH S.W.T YANG SATU sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati aku.Cuma apa yang aku boleh cakap, selama berpuluh tahun hidup di Sabah tidak pernah ada kekacauan ataupun kecelaruan berkenaan penggunaan kalimah 'ALLAH' walaupun ianya telah berdekad digunakan di dalam bible disini.

Apa yang diperkatakan oleh Ibrahim Ali itu tidak mewakili suara umat Islam, dan rasanya majoriti umat Islam juga tidak bersetuju dengan provokasi yang telah dilakukannya itu.Namun demikian jangan sesekali menjustifikasikan kelembutan dan ketoleransian umat Islam ini sebagai kelemahan yang boleh diambil kesempatan.Ingat, sabar manusia itu ada batasnya.Diharap semua pihak tidak kira orang Islam mahupun bukan Islam dapat menggunakan rasional akal dalam manghalusi & menangani isu ini.Aku ada ramai kawan non-muslim, dan aku harap kamurang faham apa yang aku cuba sampaikan ini...

Manusia-manusia yang memiliki idealist extremist sebegini sepatutnya dikenakan hukuman untuk memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak menuruti tindak tanduk mereka.Namun apakah tindakan yang telah diambil?Are they looking for another 13 May?Tepuk dada tanya 'Mason'!

Akhir sekali, bagi aku sebahagian daripada isu-isu mutakhir ini adalah sandiwara politik menjelang PRU13 yang bila-bila masa saja akan menjelang tiba.Pihak-pihak yang berkepentingan ini mula mengeluarkan 'senjata-senjata' yang akan digunakan untuk memenangi peperangan yang bakal tiba itu.Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Karpal Singh, Hadi Awang, Musa Aman, Anwar Ibrahim, atau Najib Razak???

Rasanya kalau beginilah caranya, maybe i'm looking for the alternate option..THE THIRD FORCE, kalau adala.Kalau tiada, undi rosak...ataupun tido!







Rujukan : Afdlin Shauki FB, freemalaysiatoday.com & Google Images


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!