Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara berjiran, yang banyak mempunyai persamaan dalam pelbagai aspek, tidak kira dari segi sosial ataupun budaya, mahupun pertalian dan susur galur keturunan.Untuk sekian kalinya setelah peristiwa konfrontasi antara Malaysia-Indonesia berakhir, hubungan antara Malaysia dan negara seberang itu kembali tegang.Pelbagai faktor menjadi punca ketegangan, dari isu sempadan, pemilikan pulau, isu budaya, lagu tradisi malahan asal-usul makanan pun telah menjadi isu besar yang telah menyebabkan hubungan akrab antara dua buah negara ini tercalar.
Sukan SEA yang sedang berlangsung sekarang ini di Indonesia semakin menyerlahkan lagi situasi anti-Malaysia dikalangan warga Indonesia.Layanan buruk yang diterima oleh kontinjen Malaysia menjelaskan segala-galanya, ditambah lagi dengan kekalahan skuad bolasepak sukan SEA tuan rumah ditangan pasukan Malaysia semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sentimen anti-Malaysia dilihat begitu memuncak ketika ini sehinggakan skuad bolasepak Malaysia terpaksa dibawa keluar dari stadium Gelora Bung Karno semalam dengan menggunakan Baracuda-kenderaan anti rusuhan.(Tapi tak mengapa, yang penting korang menang.Syabas!!)
Baiklah.Lupakan dulu pasal bola buat seketika, sekarang aku nak cakap pasal video yang aku post dibawah ni.Video ini memaparkan tentang penjelasan seorang warga Indonesia sendiri tentang originaliti beberapa buah lagu yang sebelum ini di'claim' oleh beberapa pihak di Indonesia sebagai hak milik mereka.Tontoni video ini sehingga habis untuk mengetahui sendiri kebenarannya..
Antara yang dijelaskan oleh seorang pemanggil warga Indonesia dalam video ini adalah:
a) asal-usul lagu "Keroncong dan Burung Kakak Tua" yang sebenarnya berasal dari Portugis bukan dari Indonesia.
b) lagu-lagu laras Jawa Selindro juga sebenarnya asal dari China (Selindro di China 200 SM, 800 M Selindro di Buro Bodur). Ia bukan kepunyaan Indonesia asli.
c) Pengaruh Melayu sehingga tahun 1950 secara keseluruhannya adalah Melayu. Yang ada di Indonesia, hingga tahun 1970 - Organisasi Dangdut masih memakai istilah PAMI (Persatuan Artis Musik Melayu). Ertinya kita (Indonesia) memang dipengaruhi dengan hiburan Melayu. Tokoh yang paling terkenal hingga tahun 1950 adalah (Allahyarham) P. Ramlee.
__________________________________
Selepas beberapa penjelasan, moderator itu mencelah: "Jadi, Melayu ini maksudnya Malaysia?"
Pemanggil itu lantas menjawap : "Malaysia. Dulu kita sebut Melayu itu juga semenanjung."
Moderator mencelah lagi : "Jadi kita mencuri juga dari Malaysia?"
Pemanggil: "Ya...jadi aneh jika kita sekarang menuduh-nuduh gitu kan..."
Hadirin ketawa kecil (malu-malu)
(Jadi sekarang bagaimana, masih mau menuduh kami mencuri dari kalian?Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh warga kamu sendiri yang mengetahui sejarah kamu dengan baik, dan kamu harus menerima hakikat bahawasanya ada di antara claim yang kamu buat itu tidak berasas...)
_________________________________
Baiklah, sekarang off topic.Berbalik kepada acara bolasepak sukan SEA, walaupun team negara kita menang semalam, tapi sesungguhnya aku teramat marah dengan dengan sikap biadap hampir 100 ribu warga Indonesia di stadium Gelora Bung Karno yang langsung tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia semasa perlawanan bolasepak sukan SEA malam tadi.Namun kita harus bersifat realistik, kerana tidak semua warga Indonesia bersifat sedemikian.Namun pihak berwajib negara seberang itu sepatutnya melakukan sesuatu untuk menangani perkara seperti itu daripada berlaku, dan bukannya mengambil pendirian 'menyimbah minyak pada api yang sedang marak' semata-mata untuk memenangi sesuatu acara sukan itu.Bagaimana sekiranya pasukan kamu datang ke mari (Malaysia) dan kami memperlakukan lagu kebangsaan negara kamu seperti itu?Pasti kamu akan marah bukan?Jadi gunakanlah otak yang dikurniakan Ilahi untuk bertindak secara wajar dan bukannya bertindak membabi-buta seperti orang yang tidak bertamadun.
Kesimpulan
Kita harus merenungi sedalam-dalamnya mengapa ketegangan antara Malaysia dan negara seberang ini berlaku.Aku disini ingin mengambil pendekatan neutral dan tidak akan menyalahkan mana-mana pihak, baik Indonesia mahupun negara kita Malaysia.Ketahuilah sesungguhnya ada anasir jahat yang sedang melaga-lagakan dua buah negara berjiran ini, kerana mereka sebenarnya sedar bahawasa sekiranya kedua buah negara serumpun ini bersatu dan bermuafakat, 'mereka' yang dimaksudkan ini akan mengalami kesukaran untuk menyuntik 'jarum halus' mereka terhadap budaya, sosio ekonomi dan agama kita!Dan mereka inilah "The Hidden Hand"(golongan Illuminati, Yahudi Zionis) yang bercita-cita untuk memerintah dan menguasai dunia ini dibawah satu pemerintahan baru dunia (New World Order) yang boleh mereka kawal dan mengikut telunjuk mereka dalam apa jua perkara.Mereka sesungguhnya bimbang, sekiranya dua buah negara yang mempunyai bilangan penduduk Islam tertinggi di dunia ini bersatu, maka cita-cita mereka untuk menguasai minda dan ekonomi masyarakat di nusantara ini terutamanya umat Islam akan tergendala.Timur Tengah dan Asia barat telah hampir sepenuhnya mereka kuasai, dan sekarang mereka sedang cuba untuk menembusi tembok Asia Tenggara dengan menjadikan Malaysia dan Indonesia sebagai pintu masuk mereka untuk menguasai wilayah nusantara pula.Logik atau tidak, sama-sama kita fikirkan.Wallahualam.
P/S : Komen dan pendapat dari pembaca Indonesia adalah amat dialu-alukan.Tetapi adalah dingatkan terlebih dahulu dengan sekeras-kerasnya, komen yang mencarut, memaki hamun dan tidak bertamadun akan di delete serta merta.Blog ini bukan tempat untuk anda yang tidak bertamadun mencarut sesuka hati.Aku tak suka mencarut, tapi aku boleh bertukar menjadi pencarut dan pencaci maki paling dahsyat jika kamu paksa aku.Kalau kamu datang dengan baik, aku akan layan kamu dengan baik dan begitulah juga sebaliknya ok..Ada paham...Adioss....
Credit to : Aku-macjay.blogspot.com, wikipedia, youtube dan google images