Showing posts with label Just For Fun. Show all posts
Showing posts with label Just For Fun. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Harga Minyak Bakal Turun Berkuatkuasa Tengah Malam Ini???


BREAKING NEWS!Harga Minyak Bakal Diturnkan Tengah Malam Ini.
Penurunan Harga Minyak dikatakan akan berkuat-kuasa bermula esok. Sumber gua hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.50 sen, disemua stesen minyak di seluruh negara.Perkara ini disahkan melalui satu sumber top secret gua selepas selesai mesyuarat mereka tengahari tadi.

Kabinet dalam meetingnya petang tadi, dikatakan  telah dengan sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen dalam negara ini.

Kabinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat. Walaupun tiada dalam manifesto, namun atas sikap prihatin kerajaan BN maka penurunan harga minyak di lakukan.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga tersebut...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
1.Minyak Angin (Cap kapak dan cap Tombak)
2.Minyak Senyonyong (Cap Dacing dan Cap Senduk)
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu dan Minyak Tumit
5.Minyak Pengasih dan Minyak Meluat
6.Minyak Belacak..............

...........................................................

Keh keh keh jangan marah nanti kena jual.Gua pun terkena juga...
Peace yaww..
(^__^)V



Sumber : Facebook

Read more ...

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday #23 ~ MasterChef Terlampau


Keh keh keh...

ROTFL
(^__^)V

Source : Encik Google

Read more ...

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday #18 ~ Pengundi Atas Pagar Versi Si Bayau


Pening si Bayau berfikir merenung masa depan..Siapala mau diundi ni."Si anu bilang, janji ditepati dia bilang tapi inda juga pandai tepat-tepat..'tetapi' sija yang banyak.Yang si anu pun sama juga kunsikang, besaaaaaaaakap seja dia tau.Dia punya tampat pun masam inda katantuan juga..Duduk sini sija la sia tingu-tingu kamurang...."


*Wordless?Wordless la betul...hewhew
(^__^)V





Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Tuesday, April 9, 2013

Tips Mencegah Maksiat Paling Efektif


Cinta itu ibarat kurap,makin digaru makin sedap.Asam jawa rasa cuklat, kupi pahit rasa lazat.Lautan api sanggup kuak lentang, gunung Everest sanggup bungee jump.Pendek kata, semuanya indah belaka.Siapa yang pernah bercinta tu tau la camano raso eh...

Salam.Bertemu kita kali ini dalam sebuah rancangan baru 'Maran Perapu Kepunden Paran Sekeper'.Sebuah rancangan yang akan membawa para pembaca untuk menjadi blur disebabkan membaca tulisan yang merapu meraban tentang kisah cinta jiwang asbestos yang entah apa-apa entah.Rancangan ini juga akan memberikan kepada anda tips-tips terkini tentang bagaimana untuk menanam sayur hydroponic di angkasa lepas..EHH???Der..Mabok ke lu?

Hehehe.
Gua boring derr.Tadak idea mau update hapa.Nak tido, mata tak ngantuk lagi.So, merayaulah gua di alam tenet...

Sedang gua merayau tak tentu arah, gua tersesat masuk twitter.Rayau punya rayau punya rayau, tetiba gua terserempak dengan satu twit dari sorang artis ni.Artis terkenal nyah.Dia bagi tips.Agak-agak terbaik jugalah tips tu.Khas untuk gadis-gadis yang tengah kapel.Tips terbaik untuk mencegah maksiat.Kepada para gadis yang ada BF perangai camni, agak-agak bolehlah disarankan untuk mencuba tips ni ok...


Terbaek nyah.Azwan Ali AKA Baby AA bagi tips u'olls.Ala yang rambut pink & cakap pakai healer dalam Propaganza tu...hewhew.... :)


Dengar cerita terkini dia nak masuk politik, nak celen Najib di Parlimen Pekan.Tapi lu jangan main derr, se'nyah2' si baby AA ni, ada Degree in Law.Dari segi akademik, dia memang layak.Tapi dari segi lain, itu gua tak tau.No comment.Nanti dia saman.Hewhew.Jangan saman gua yer baby AA.Gua pun minat lu hapa.(Minat la sangat hewhew).Apapun kalau jadi bertanding nanti gud luck la untuk baby AA...

Sekian 'rapuan' gua untuk kali ni.Adios amigos.

P/S : Gua terbayang camana la reaksi pengundi Parlimen Pekan kalau la baby AA ni bagi ceramah guna healer.Hambik kau hehehe...

(^__^)V




Credit & Source : Twitter & Google Image

Read more ...

Thursday, January 24, 2013

'Kambing' Dihadapkan Ke Mahkamah?


Joke of the year.Perkara paling kelakar yang aku dengar untuk awal tahun 2013 ini.Ya, seekor 'kambing' telah dihadapkan ke mahkamah!



Australia - Seekor kambing telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan vandalisme namun kemudiannya 'dibebaskan' tanpa perlu membela diri..apa kejadah...hahaha...

Kambing itu, yang diberi nama 'Gary the goat' telah dituduh melakukan kesalahan mengunyah bunga diluar sebuah muzium di Sydney.Majistret Carolyn Barkell berkata, "kambing itu telah memakan bunga itu ketika polis tiba ke tempat kejadian".Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan 'Gary the goat' yang datang bersama tuannya James Dezarnaulds aka Jimbo Bazoobi 'berniat' untuk memusnahkan tanaman di Muzium itu.

Peguam yang mewakili encik kambing, Paul McGirr berkata, pihak polis telah mengeluarkan notis penalti yang salah, kerana ia sepatutnya merujuk kepada orang dan bukannya kambing.Tuan kepada kambing itu, Jimbo Bazoobi sebelum itu telah dikenakan denda sebanyak AUS$440 namun telah dibatalkan oleh mahkamah.

'Gary the goat' yang hadir dengan topi warna-warni, ketika ditemui wartawan diluar mahkamah tidak 'memberikan sebarang komen' dan hanya mengembek tanda faham ketika mahkamah memberi keputusan...yang hujung tu aku tambah sendiri....haahaha...

Kambing kambing...apa punya malang la nasib kau...makan bunga punya pasal pun sampai naik court...yang bapak polisinya pun satu, yang korang berfikir guna otak kambing tu apahal...kan dah menyusahkan encik kambing dan tuan hakim..banyak lagi kes penting nak kena selesai..pasal kambing makan bunga pun nak kecoh...bengong betul....

emmbeeekkk....hahaha....

(^__^)






Read more ...

Tuesday, January 15, 2013

Help Me To Solve This, Anyone?

Salam.

Asyik serius 24 jam, boring juga kan.Kali ni, apa kata lu orang tenangkan fikiran jap, dan mari bersama dengan gua untuk cuba menyelesaikan 1 masalah yang gua sendiri sampai sekarang masih tak jumpa jalan penyelesaiannya.hehe.Macam masalah negara bunyiknya derr...

Perkara senang sebenarnya, ala lu orang pun rasanya selalu main game cari perbezaan dalam gambar ni kan?Cuma yang ni ntah kenapa, gua rasa susah ya amat.Sejak dari gua jumpa menatang ni sampailah entry ni di post, gua masih belum jumpa perbezaan yang ketiga...Mungkin lu orang lagi terer dari gua kot?

Selamat mencuba!coba, jangan tak coba..























Cobaan....
Peace Yo!




Read more ...

Friday, December 28, 2012

Tutorial : Bagaimana Untuk Mengesan Lokasi Telefon Bimbit (GPS Tracker) Cara CIA



Sedikit penerangan :
~ Cara ini di'ímplemented'kan daripada teknologi satelite yang digunakan oleh CIA & FBI untuk mengesan lokasi penjenayah melalui talian selular.
~ Anda boleh mengesan sesiapa saja dengan menggunakan teknologi ini.Cara ini telah dipermudahkan oleh developernya untuk memendekkan masa carian.
~ Teknologi ini dibangunkan oleh sebuah syarikat kontraktor ketenteraan yang mengkhusus kepada pembangunan perisikan dan satelite di Amerika.

~ Hanya pilih negara dan masukkan no telefon selular / bimbit yang ingin anda cari dimulai dengan kod negara.
Contoh : 6012-XXXXXXX

Anda boleh mencuba sendiri teknologi ini di SINI.Semoga berjaya menjejaki talian yang hilang.Good luck!


Warning : Aku tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang penyalahgunaan dan perlanggaran undeng-undeng akibat daripada penggunaan teknologi ini.Kepada sesiapa yang ingin mencubanya, try at your own risk.

(Anda digalakkan untuk memberi komen dan berkongsi pengalaman setelah menggunakan perkhidmatan ini)



















Read more ...

Sunday, March 11, 2012

Perbezaan Cara Komunikasi Antara Lelaki & Perempuan



No doubt.Rasanya memang macam tu kot..hehe...

P/S : To all ladies out there, selamat menyambut hari wanita.Wanita seluruh dunia, wa sayang lu semua...Peace yaww...
(^__^)V



Photo Source : Onlinefmradio.in/forum

Read more ...

Tuesday, December 20, 2011

Wa Sudah Kena Beb!!


Antara lawak mengenakan orang yang paling tidak cool sekali yang pernah aku tengok.Bayangkan, tengah korang berjalan berseorangan di lorong yang sunyi tetiba korang didatangi oleh sekumpulan lebih daripada 10 orang yang berbadan sasa dan berjalan laju mengekori korang dari belakang..Sure menggelabah punya..Silap haribulan boleh keluar kalari payat dan silat langkah seribu...Walhal.....

Itulah apa yang terjadi dalam video di bawah ni.Nak tau lebih lanjut bagaimana cara mereka mengenakan si mangsa, tengok la sampai abis....Suspen suspen...hehehe....


Sebenarnya video ni aku jumpa secara tak sengaja di youtube.Untuk sesuatu yang lebih menarik, click SINI
(^___^)V



Sumber : youtube & encik google

Read more ...

Tuesday, December 13, 2011

Facebook Bakal Menjadi Laman Sosial Berbayar?!!


Pengguna facebook bakal dikenakan bayaran?Biar betul?Confirm?Kali ini nampaknya encik Zuckerberg akan benar-benar melaksanakan apa yang paling tidak diingini oleh para pengguna facebook.Mau kencing pun kena bayar sekarang bro...

Menurut sumber perisikan yang aku upah untuk menyelongkar laci encik Zuckerberg, facebook dikatakan bakal mewujudkan 2 option kepada pengguna laman web sosial itu bermula tahun hadapan, Facebook Free dan Facebook Pro.Untuk account free, pengguna tetap boleh menggunakan account mereka seperti biasa, tapi dikhabarkan size untuk gambar dan video yang boleh di upload dan ditonton melalui account biasa ini akan dilimitkan, tidak seperti apa yang dinikmati oleh pengguna facebook sekarang.Status update juga dikatakan akan dilimitkan kepada 1 atau 2 kali saja SEHARI kepada pengguna free account, tidak seperti sekarang yang mana ikut suka kepala hotak akula nak update berapa kali sehari..Serius...

Menurut sumber itu lagi, pengguna account free akan perlu melalui proses 'survey' setiap kali login masuk ke account free tersebut.Berbeza dengan pengguna account Pro yang akan tetap akan menggunakan account mereka seperti biasa tanpa sebarang limit dan survey seperti yang dikenakan pada account free.Dikhabarkan lagi, account Facebook Pro bakal dikenakan caj bayaran sebanyak USD10 per month!!


Sebagai permulaan, facebook dikhabarkan bakal memulakan proses eksperimen di US terlebih dahulu sebelum melancarkannya kepada pengguna di seluruh dunia.Untuk game pula, dikatakan pengguna hanya akan dapat mengakses dan bermain game selepas membeli pakej-pakej tertentu dengan harga yang belum ditentukan lagi...Pendek kata, no more free games...Mainla angry birds sorang-sorang, no more mafia wars....


Hah, USD10 per month?Kalau convert ke duit Malaysia da jadi dekat-dekat RM30 tu..Survey?Really annoying.Aku kalau jumpa website yang ada survey-survey ni jangan harapla aku buat survey tu, memang cepat-cepat berambus punya.Rumours?Kita tunggu dan lihat.Kalau betul, nampaknya penghijrahan beramai-ramai ke google+ kemungkinan akan berlaku..Silap-silap ramai yang bukak balik account Friendster yang sudah berkulat...Friendster?Erk, takpalah..Aku dengan blogger ja lah kalau rumours ni betul....

Untuk encik Zuckerberg, nasib opis ko bukan dekat Malaysia.Kalau opis ko disini, lepas ko launch projek bangang ko ni mungkin lepas tu ko takda opis dah..Sebab semua orang-orang hantu kak limah akan datang bako opis ko..Kite bako kite bako...Lantak ko la, mau padam terus pun facebook ni aku tak kisah..Benci betul aku dengan facebook timeline bangang ko ni.Kecik-kecik tak nak mampos, sudah besar menyusahkan orang...Mau la ditampar...huh...

Apapun, rumours ni belum confirm..Dan rasanya takkan confirm kot..Sebab ini cuma IMAGINASI aku saja...huahahaha...menggelabah...Tak baca ka apa slogan facebook?"It's free and always will be".Tunggulah sampai Zuckerberg ubah slogan facebook ke "Today it's free but tomorows maybe"...huehehehe....

Sorry, takda idea mau buat entry apa sebenarnya..Layan ja lah lawak antarabangsa encik Min Siam....ekekeke..Jangan marah haa...Adioss....

P/S : Ketawa itu awet muda...





Sumber : Google images & kepala hotak aku....(^___^)V

Read more ...

Saturday, December 3, 2011

Binatang Pelik!!

Pelik sungguh binatang ni..Siput?Kerang?Ulat Bulu?Tah la, gua pun tak tahu apa nama binatang ni.Dapat dari yahoomail group, tapi takda nama.Any idea??


Apasal la pelik betul rupa kau ni..Macam tuuuut pun ada...haha (^__^)

Goreng pun sodap ni...


Makanan Exotic??Boleh makan ka...


Sepupu dinasour kot.





Source : yahoomail group

Read more ...

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #12 : Twelve @ thirteen?



Cuba kira jumlah orang dalam gambar ni, sebelum dan selepas pergerakan..12 @ 13 orang?Naik biul kepala hotak aku..Sorang lagi datang dari mana??? (^__^)





Sumber : Yahoomail Group

Read more ...

Monday, November 28, 2011

Bagaimana Gadis Comel Boleh Mengubah Idea Anda!


Kesimpulan : An IDEA can change your life, but a CUTE GIRL can change your idea...Macam mamat ni, idea asal nak buat rakit, last-last jadi katil la pulok....LOL...hahaha (^__^)V



Read more ...

Sunday, November 27, 2011

Bau Ketiak Lelaki Pengubat Stress Wanita??

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Sekadar gambar hiasan
Manakala menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki (yuucckkk..aku sendiri pun mau pengsan kalau tercium) dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik.Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik dari majalah PA&MA, Feb 2004.


P/S : So kepada wanita di luar sana kalau tengah stress tu, bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend anda kalau nak menghilangkan tekanan, insyaAllah berkesan..Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu untuk orang tersayang..Lebih afdal untuk diamalkan selepas sang suami ataupun boyfriend anda baru selesai bersukan dan beriadah..Selamat mencuba...Hahahaha...
(^___^)




Credit To : Majalah Pa & Ma keluaran Feb 2004 & Encik Google

Read more ...

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #11 : Banjir!!!



Berhati-hati semasa banjir...
(^__^)V



Photo Source : Ntah, lupa da mana aku dapat ni...

Read more ...

Pengadil Yang Mengadili Perlawanan Akhir Malaysia - Indonesia Mati Ditembak?!!


Jakarta - Wasit Tojo Minoru asal Jepang yang memimpin pertandingan Final Sea games 2011 antara Malaysia vs Indonesia tadi malam menemui ajalnya, tidak lama berselang setelah selesai memimpin pertandingan antara Malaysia vs Indonesia, Wasit Tojo Minoru tewas tertembak tepat di kepala oleh orang yg tidak dikenal, yang diduga seorang penembak jitu.

Beberapa saksi mengatakan bahwa kejadian itu begitu cepat terjadi tiba tiba saja terdengar suara tembakan dua kali berturut - turut yang diduga berasal dari salah satu kamar hotel yang tidak jauh dari Stadium Gelora Bung Karno, tempat di mana pertandingan Malaysia vs Indonesia diadakan semalam.

Sementara itu, saat ini kepolisian setempat sedang menyelidiki keterkaitannya di mana saat itu Wasit Tojo Minoru menganulir dua gol Indonesia yang dilakukan oleh Octo Maniani dan Titus Bonai ke gawang Malaysia yang tidak disahkan oleh wasit karena offside.

Sampai berita ini diturunkan, pelaku penembakan belum diketahui dan dipastikan nggak bakalan diketahui, karena gw keburu bangun dari tidur gw, setelah semalam kecewa dengan hasil Malaysia vs Indonesia dan keputusan wasit.
Ternyata gw cuma mimpi....hohohoho


P/S : Sorry geng, gua pun terkena jugak...hamlau betul mamat yang buat cerita ni....Kesian reffere tu, baik-baik dia sihat dikata mati la pulok...haha
(^___^)V





Sumber asal : forum.vivanews.com

Read more ...

Saturday, October 29, 2011

Review : Kesilapan Astro Dalam Maharaja Lawak Mega


Menghimpunkan 17 peserta berkumpulan dan solo dari 3 buah negara, Maharaja Lawak Mega telah mencatat sejarah sebagai rancangan TV pertama seumpamanya yang pernah diterbitkan di Asia Tenggara.Memang lawak tahap bumbung rumah tercabut!Gua sendiri dah ada peserta faveret...BOBOI, lu memang terbaek dari ladang!Gabungan 2 orang pelawak otai Malaysia, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik, lawak mereka sememangnya telah berjaya membuatkan gua ketawa sehingga halkum terseliuh untuk beberapa ketika.Syabas Boboi!

Boboi Terbaek!!!

Selain Boboi, terdapat juga peserta lain yang tidak kurang hebatnya berbanding mereka.Antaranya BP (Bawal Power : Bob Kuman + Sobri), Osbon, (Os + Abon), Bawel (Indonesia ~ mereka harus diberikan perhatian, antara pesaing utama) & Saehu (juga Indonesia). Peserta Singapore dilihat kureng menyengat dan gua x ada peserta faveret utk Singapore, sori.Adlin Aman Ramli, ramai yang menantikan persembahan dari personaliti ini, namun sedikit mengecewakan..Tetapi harus diberikan pujian atas percubaan beliau di atas pentas lawak.Lu memang bukan pelawak la bro, lu pergi jadi pengacara & kritik AF lagi bagus la.Lawak-lawak ni serahkan pada yang pakar...hoho.Hambik kau Adlin, selama ni kau kritik orang, sekarang aku kritik kau ^0^

Berikut senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2011.

Adlin – Malaysia

3G – Malaysia

Anje – Malaysia

Boboi – Malaysia

BP – Malaysia

Comel – Malaysia

Hiro – Malaysia

JH – Malaysia

Lanun – Malaysia

Osbon – Malaysia

Pimai – Malaysia

RAP – Malaysia

Syok – Singapura + Malaysia

Gebu – Singapura

Bawel – Indonesia

Caer – Indonesia

Saehu – Indonesia


Baiklah.Selepas episod pertama bersiaran semalam, gua selaku pengkritik tidak bertauliah telah mengesan beberapa kelemahan yang rasanya perlu diambil perhatian oleh pihak penerbitan sekiranya ingin menobatkan rancangan ini sebagai the best lawak show on earth.Antaranya..
1.Juri
Apakehenya korang pergi lantik tukang masak, pemain bola & penyanyi jadi juri tetap?Memang benar, Dato' Siti Nurhaliza, Zainal Abidin Hassan & Chef Wan adalah nama-nama besar dalam bidang mereka...Tapi jadi juri pertandingan lawak?Biar betul?Tak sesuai rasanya..Seseorang dari pihak penerbitan Astro perlu menjawab soalan ini....

2. Lagu Tema
Kata rancangan pertama seumpamanya di Asia Tenggara, tapi takda lagu tema?Takkan yang ni pun Astro terlepas pandang?Kemon la, takkan takda sorang pun komposer Malaysia yang Astro boleh minta untuk buatkan satu lagu bagi program ni..Malu kita wei...Ni rancangan satu nusantara tengok....

Pihak Astro tidak seharusnya memandang remeh isu ini kerana hal sekecil ini sedikit sebanyak boleh merencatkan program tersebut sekiranya tidak ditangani dengan cara sepatutnya.Apapun sama-sama kita nantikan episod seterusnya Maharaja Lawak Mega..And Boboi, Lu memang terbaeekkk!!Ala tomey-tomey....(^__^)V


Read more ...

Sunday, October 23, 2011

Nama-Nama Tempat Yang Kelakar, Unik & Dotdotdot (18SX)

Nama-nama tempat yang unik kadangkala membuatkan kita tergelak sendirian dan berfikir seketika, apakejadah & mengapa nama itu diberikan kepada tempat tersebut.Jika di Malaysia kita memiliki beberapa nama tempat yang unik dan kelakar (hanya mengambil beberapa contoh) seperti Batang Berjuntai (Selangor), Kampung Kentut Kecil (hahaha ~ Langkawi Kedah) & Kampung Tok Imam Lapar (my personal feveret mwahahaha ~ Terengganu), negara-negara lain juga memiliki nama tempat yang unik dan kelakar..Ahh gua malasla nak ulas panjang-panjang, lu olang tengok la sendiri..Gua nak sambung gelak jap mwahahaha..
(^__^)

PORNsuk U-TIT Road, Thailand...Perrgghh nama wa cakap lu.Patutla PORN menjadi salah satu industri penyumbang dalam KDNK Thailand...;)

Welcome to ACCIDENT, drive carefully...Kalau nak selalu accident datanglah sini haha..^0^
Accident, Maryland US

PENISTONE, UK.Errrk, no comment...mwahahaha ^0^

Yang ni lagi satu..Mangkuk mana la yang bagi nama tempat ni..Rosak akidah betul la mamat tu hahaha...

BIRD-IN HAND, Pennsylvania US..Burung-Dalam-Tangan??hmm..no comment la jugak, lu pikir sendiri la ekeke...

Dan ini yang terakhir sekali, personal feveret gua...Siap bagitau jangan gelak lagi bila tengok signboard kampung mereka..kesian sungguh kampung mereka itu..Lu tengok la sendiri...& cuba jangan gelak tau........bhahahahaha.... 


Just for fun..Peace no war (^__^)V


Source : oddee.com & Google Images 

Read more ...

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #6 : Speed Limit



kena kira dulu.....(^__^)



Source : Encik Google

Read more ...

Sunday, October 16, 2011

Jawapan Otak Kuning Part 2 (18SX)

Seorang guru, Cikgu Murni (Berumur 22 tahun) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : 
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?" 

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!". 

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan. 

Pengetua: Apa 3 x 3? 
Abu: 9 
Pengetua: Apa 6 x 6? 
Abu: 36 

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju. 

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? 
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya? 
Abu: Saku 

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan? 
Abu: Kelapa 

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit? 
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab. 
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki? 
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab. 
Abu: Bersalaman 

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay? 
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. 
Abu: Khemah 

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu. 
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1. 
Abu: Cincin perkahwinan 

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega. 
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya. 
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya. 
Abu: Anak panah 

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? 
Abu: Okay 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement? 
Abu: Firetruck 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand. 
Abu: Fork 

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married? 
Abu: Surname 

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping? 
Abu: Heart 

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah". 

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai otak kuning.....mwahahaha



Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!