Showing posts with label Controversy. Show all posts
Showing posts with label Controversy. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Adlin Aman Ramli Lancar Perang Cyber Terhadap Chef Wan!


Gua ni takda la minat sangat untuk menyekodeng gosip-gosip artis malaywood ni, tapi hari ni tetiba tertarik dengan beberapa statement yang keluar daripada seorang selebriti yang terkenal dengan kritikan-kritikan pedasnya dalam rancangan realiti tv, Adlin Aman Ramli.Kenapa?Gara-gara kena tembak dengan Chef Wan la apa lagi..

Adlin merupakan salah seorang peserta yang terkeluar dari rancangan lawak favourite gua yang juga sedang menjadi fenomena sekarang ini, Maharaja Lawak Mega.Rasanya semua orang pun tahu yang kedua-dua selebriti ini mempunyai mulut yang lancang dan laser dalam mengeluarkan pendapat dan kritikan.Mungkin tidak boleh menerima kritikan yang diberikan oleh Chef Wan, Adlin telah mengeluarkan statement 'pengisytiran perang' terhadap Chef Wan di dunia cyber.Berikut adalah print screen daripada fan page kedua-dua selebriti tersebut.Gua pun malas mau cakap banyak, lu olang baca sendiri la....






Get the story?Dua-dua pun kepala hotak batu punya, masing-masing tak mahu kalah...

Personally, gua bersetuju dengan Chef Wan.Bro Adlin, walaupun gua minat lu tapi lu memang tak lawak la bro, ada lagi baik la lu teruskan kerja lu sebagai pengkritik dan pelakon.Dah berapa minggu gua tengok lu buat lawak, takda satupun rasanya yang benar-benar buat gua tergelak sampai bumbung runtuh.Macam lawak syok sendiri ja gua tengok.Lawak is a talent, a gift, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat..

Memang benar seperti kata pepatah, "Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang"

P/S : Dua-dua pun mulut lancang, cakap tak bertapis.Padan la muka, dua-dua pun tak pernah pikir perasaan orang lain kan waktu mengkritik?Kali ni jumpa la buku dengan ruas.Ayam sudah masuk gelanggang.Mari kita tengok siapa yang kena!
(^___^)




Read more ...

Thursday, December 15, 2011

Blog Paling Kontroversi Di Malaysia 2011


Di antara banyak-banyak blog yang aku pernah jumpa di alam maya digital ni, inilah blog dan tulisan yang paling kontroversi dan merapu sekali yang pernah aku baca.Sorry to say la kalau perkataan yang aku guna ni menyakitkan hati si empunya blog, tapi apa yang ditulis dalam blog tu memang kebanyakannya berbaur kontroversi...dan merapu!

Blog yang aku maksudkan ni milik seorang selebriti tv (?) yang boleh dikatakan agak terkenal jugaklah.Tapi selebriti ni dikenali bukan kerana hasil kerja yang beliau lakukan, beliau lebih dikenali kerana kontroversi yang sering beliau cetuskan.Walaupun kebelakangan ini nama beliau agak tenggelam dari media arus perdana, namun beliau agak aktif dalam bidang penulisan blog.Nak tahu siapa yang aku maksudkan?Keep on reading...Sabar...hehe...

Baiklah, hint.Antara kontroversi yang pernah dicetuskan oleh selebriti ni salah satunya adalah mengenai skandalnya dengan seorang bekas permaisuri diraja (?).Kontroversi ini pernah mendapat liputan meluas media arus perdana satu ketika dulu.Selain itu, aku juga pernah melihat selebriti ini bertengkar mulut dengan salah seorang pakar motivasi terkenal negara iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam satu rancangan tv gara-gara tidak puas hati dengan kritikan yang diberikan oleh Dato' Haji Fadzilah.Dapat tangkap siapa yang aku maksudkan?

Kalau dah dapat tangkap, bagus.Ok, sekarang kenapa aku cakap tulisan dalam blognya kontroversi dan merapu?Kalau beliau menulis sekadar mengenai gosip dunia artis, si polan bercerai si polan skandal si polan bogel majalah ataupun tulisan berkaitan dengan permainan kotor politik aku tak heran lagi.Apa yang membuatkan aku tergerak untuk memberikan komentar mengenai blog beliau ni adalah tindakannya menulis ramalan-ramalan mimpi beliau sendiri berkaitan dengan selebriti terkenal dan juga golongan atasan yang memang tidak masuk akal dan boleh mencetuskan konflik akidah kepada orang Islam yang membaca ramalan tersebut!


Antara ramalan yang telah beliau buat berdasarkan MIMPINYA sendiri adalah seperti kemalangan dan kematian yang melibatkan selebriti terkenal,  kejatuhan pemimpin dan golongan atasan negara dan pelbagai lagilah perkara yang tidak masuk akal dan sukar untuk diterima oleh pemikiran normal.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah perkara yang telah diramalkan oleh beliau ini, korang boleh melihat dan menyelongkar blog tersebut di SINI ataupun baca terus ramalannya tentang kematian seorang selebriti terkenal Malaysia di SINI

Aku pun tidak pasti apa sebenarnya yang cuba untuk dibuktikan dan diperjuangkan oleh beliau ini.Kalau nak jadi terkenal dan popular pun bukan begini caranya.Aku ni bukannya orang yang arif tentang agama pun, tapi aku rasa apa yang beliau lakukan ni memang tidak betul dan boleh memesongkan akidah para pembaca dan pengikut blog tersebut yang rata-rata beragama Islam.Beliau sebagai seorang yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat sepatutnya menyajikan para penggemar beliau dengan sesuatu yang boleh memberi manfaat, bukannya memberikan sesuatu yang tidak masuk akal dan boleh menggoncang akidah saudara-saudara seagamanya.Nak jadi Nostradamus Melayu agaknya?Wallahualam...

Aku tidak mengatakan yang beliau ini sesat atau cuba menyebarkan sesuatu yang salah.Siapalah aku sebagai manusia biasa untuk menghukum manusia lain sebegitu.Aku cuma ingin mengajak para pembaca yang tidak mengetahui tentang kisah ini untuk berfikir dan memberi pendapat sendiri tentang apa yang aku perkatakan disini.Terpulanglah kepada penilaian dan interpretasi masing-masing untuk membuat kesimpulan sendiri..ok...

Demikian al-kisah, blog paling kontroversi pilihan aku untuk tahun 2011.Pendapat korang bagaimana, bersetuju dengan entry ini?Nyatakan pendapat korang di comment box ok...As-Salam...


P/S : Tak perlulah ramal-meramal nasib orang lain, itu semua kuasa ALLAH.Siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menentukan nasib dan hidup mati seseorang.Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya...





Photo Source : Google Images

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!