Salam!
Lama gua tak update blog ni.Tuan tanah kedaun sibuk dengan urusan dunia.Biasalah, nak hidup, kena fight sikit...
Baiklah.Kali ni gua nak cerita sikit tentang hal yang sudah agak sejuk macam teh o ais.Kes pencerobohan mundu' Kiram di Lahad Datu.(Mundu' bermaksud penceroboh/lanun dalam bahasa tempatan Sabah).Apa yang gua nak cerita ni boleh dikatakan sebagai ekslusif la juga, sebab perkara ni tak pernah keluar dimana-mana media baik mainstream mahupun alternatif.Senang cakap, cerita kadai kupi.Hanya orang-orang tempatan saja yang pernah dengar & tahu tentang hal-hal ni.
Let's get rollin!
1.Penglibatan orang tempatan dalam pasukan penceroboh
Menurut cerita yang sampai ke telinga gua di kadai-kadai kupi, terdapat seorang orang tempatan (yang berasal dari tempat gua menetap ketika ini) telah menyertai pasukan penceroboh Sulu ketika pertempuran di Lahad Datu.Entah apa bodohnya dia pergi join mangkuk-mangkuk Sulu tu pun gua tak tahu.Dia diberitakan telah terbunuh semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan kita, dan mayatnya telah dihantar pulang dan dikebumikan dikampung halamannya.Pada awalnya, maklumat ini dikatakan cuba untuk disembunyikan kerana ada sumber yang mengatakan bahawa mangsa yang terkorban ini adalah seorang anggota tentera kita (ATM) yang telah berpaling tadah.Gua tidak dapat mengesahkan kebenaran maklumat ini, namun beberapa sahabat gua dan orang-orang kampung dimana mangsa dikebumikan telah 'mengiyakan' berita ini.
Sebenarnya terdapat banyak lagi kisah tentang penglibatan orang tempatan dalam pasukan penceroboh, namun kisah-kisahnya agak kabur.Cuma kisah ini saja yang gua dapat cerita penuh memandangkan lokasi si mangsa yang berada dalam lingkungan kawasan daerah tempat gua menetap.Apapun, kisah sebenarnya cuma ALLAH yang tahu.Wallahualam.
2. Kes kecederaan seorang lelaki akibat kesan tembakan.
Maklumat ini datangnya daripada salah satu sumber kuat gua dan sangat boleh dipercayai.Menurut sumber gua ini, sekitar penghujung bulan March dulu ketika isu pencerobohan ini masih panas, terdapat satu kes seorang lelaki datang meminta rawatan di klinik 1Malaysia daerah Kota Marudu akibat kesan tembakan ditangan.Apa yang menarik, sumber gua mengatakan bahawa lelaki yang cedera tersebut TIDAK PANDAI BERBAHASA MELAYU & DIKAWAL OLEH 10 ORANG LELAKI LAIN YANG SEOLAH-OLAH BERTINDAK SEPERTI PENGAWAL KEPADA YANG TERCEDERA ITU.Mereka dikatakan datang ke klinik itu dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota 'Ninja', dan selepas mendapat rawatan, lelaki itu bersama 'orang-orangnya' menghilangkan diri menuju ke arah daerah Pitas...
Walau bagaimanapun, menurut sumber gua itu, Special Branch Officer (SB) dari Bukit Aman telah turun ke kawasan berkenaan untuk menyiasat perkara tersebut.Namun hasilnya 'remain classified' sehingga hari ini.Biasalah, kalau perkara ini betul sekalipun, pihak keselamatan kita pasti tidak akan mendedahkannya kepada umum.Let them do their job...
3. Kemasukan pasukan penceroboh di beberapa kawasan di sekitar pantai timur sabah.
Menurut sumber-sumber gua, memang terdapat kemasukan di beberapa tempat disekitar pantai timur Sabah, namun berjaya dikesan dan dipantau dengan rapi oleh pasukan keselamatan kita.Terdapat beberapa tangkapan yang tidak disiarkan didalam media arus perdana seperti yang berlaku di Kudat dan Beluran.Kes di Beluran gua tidak begitu pasti bagaimana ceritanya, tapi kes tangkapan di Kudat gua ada ceritanya..
Menurut sumber gua, seorang lelaki bersenjata sepucuk pistol telah ditangkap di pasar kudat.Apa yang menariknya, sumber gua itu mengatakan lelaki tersebut ditangkap dengan berpakaian perempuan, yakni berbaju kurung.Penyamaran lelaki tersebut dikatakan terbongkar setelah seorang penjual ikan di pasar tersebut memegang tangan lelaki tersebut dan merasakan tangan lelaki itu agak kasar dan kuat untuk seorang wanita.Penjual ikan di pasar tersebut kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang hal itu dan lelaki itu kemudiannya telah ditahan oleh pihak berkuasa.Namun hasil siasatan terhadap lelaki tersebut juga 'remain classified' sehingga hari ini...
4. Kisah lucu
Yang ini pula, kisah yang telah membuatkan satu 'kawasan' menjadi panik gara-gara seorang anggota terlepas' sedas tembakan ke udara secara tidak sengaja.Menurut sumber gua, kejadian itu terjadi diwaktu malam, ketika seluruh pantai timur negeri Sabah masih dalam keadaan berjaga-jaga dan siap sedia.Kejadian itu telah membuat seluruh orang di 'kawasan' itu meniarap ke lantai dan ada yang panik, memikirkan yang kemungkinan kawasan itu telah diserang oleh penceroboh.Sumber gua, yang juga tinggal dikawasan itu turut bertiarap di atas lantai.Namun setelah beberapa ketika keadaan sunyi,(seolah-olah dikawasan perkuburan katanya..haha) barulah dia memberanikan diri untuk perlahan-lahan bangun dan melihat keadaan persekitaran.Apabila keadaan telah pulih semula, barulah cerita sebenar muncul yang salah seorang anggota dikawasan itu telah tertembak sedas tembakan ke udara secara tidak sengaja...
Haru betul.Panik nak mampus kata sumber gua tu haha.Dimana lokasinya, dan kawasan apa yang gua maksudkan..well, itu gua tak boleh dedahkan.Biarlah ia 'remain classified' ok...hehehe....
..................................................
Gua baru nak pecah lobang cerita-cerita ni sekarang, sebab dulu keadaan masih panas dan faktor-faktor keselamatan tidak mengizinkan.Nanti orang jadi panik la pulak bila dengar cerita-cerita gini.Tapi memandangkan keadaan sudah pulih seperti sedia kala sekarang dengan tertubuhnya ESSZONE & ESSCOMM, maka gua kongsikanlah cerita ini untuk pengetahuan bersama.Namun gua tidak dapat mengesahkan kisah ini 100%, bak kata gua diawal tadi, 'cerita kadai kupi'...
Ketika ini, situasi sudah kembali aman dan pulih seperti sedia kala.Gua sendiri pun menetap di salah sebuah daerah yang diliputi oleh ESSZONE.Daerah mana, korang takyah tau lah.Yang penting keadaan disini baik-baik saja..
Bagi yang tidak mengetahui perbezaan antara ESSCOMM & ESSZONE, ESSCOMM sebenarnya adalah pusat pentadbiran (command centre).Kiranya semua arahan untuk ESSZONE akan datang dari ESSCOMM yang berpusat di Lahad Datu...
Apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar keamanan dan kesejahteraan di Sabah dan Malaysia umumnya akan sentiasa terpelihara dari gangguan anasir-anasir yang gilakan harta dunia dan kuasa.
Adiosss!
*Katanya dalang pencerobohan tu ada 3 orang dari kalangan ahli politik Malaysia.Bila nak dedahkan tu.Kami urang Sabah mau tau siapa itu dajjal, dan harap-harap memang durang la dajjal sebenar pencerobohan tu...Stop the wayang.
Wassalam
Credit : Google Images & my 007 agent..
14comments:
banyaknya ayat 'remain classified' tu ye..hehe
@AzieYanz Rahim byk eh...sbb mmg x tahu apa crita lepas dah msk siasatan..so, remain classified la jwpn terbaik..hehe :)
Bhai Hardy...
Yang insiden kat Kudat tue... gua nak konfirmkan... sebenarnya ader 3 insiden... 1 kes yang lu sebutkan "cerita kadai kupi" tu.... dan dua lagi kes maut ditangan anggota keselamatan...
Itu jer yang boleh gua sahkan... siapa, dimana dan isunya... yang itu gua tabley nak kasitau..
By the way... Bukan stakat kat Kudat jer... ader yang kena tahan di KK... tapi classified...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
nak tau sangat kisah sebenarnya apa yang sebenarnya bberlaku...dont kona2
yoo...boleh pulak terlepas tembakan...bahaya...nasib ke udara...kalau kena kat org lain...huhaha...
tapi bro memang sy ada gak dengar org dalam ATM ckap memang ada warga tempatan yg jadi pengkhianat negara...hemm...tak tahu lah apa nak koemn...
dalang tu adakah seperti yang diperkatakan oleh akhbar utusan malaysia? *spekulasi sendiri*
@SysOp Bhai..
yg kes lg dua tu gua xda dgr plak.ble thn gak lu ni, gua yg tgl dkt2 cni pn xda dgr kes yg lg dua tu..mgkin tembus dibawa angin lalu kot..hehe
yg kes d kk tu, gua ada dgr gak.cuma storynya kabur..sbb tu gua x ckp.klu nk ikutkn cerita yg lain, dkt keningau pn ada gak kabar tgkpn..kinabatangan pn ada cerita gak.tp hal yg sma la, the story x jelas...
@MiSs NoRmaLa NorFiqZ masih byk benda yg tersembunyi sbnrnya..sy sndiri pn masih kabur dgn apa sbnrnya yg 'berlaku'...trlalu byk spekulasi.media arus prdana lebih byk mengaitkn dgn politik, tp klu mndengar crta dr org tmptn...critanya lain.crta apa yg sy mksdkn, klu nk tahu sdkt sbyk, bleh rujuk pd laman web sabahkini.net.sna ada crta yg sy mksdkn..story from the local.
apapun,kita tgu ja la pengakhiran kisah ini k :)
@CKK tu la pasal..mnurut sumber bro tu, kemungkinan anggota tu 'terlelap' smbil pgg senjata...tu yg mgkin tertekan picu x sengaja tu..sib baik la ke udara...hehe
hmmm mmg byk crta ttg pmbabitan org tmptn yg jd pengkhianat n menyertai penceroboh tu..dalam 70 lebih penceroboh yg terkorban tu, kabarnya ramai yg ada i.c tuu...(?) tp bro pn x bleh sah kn info ni, bro pn dgr dr sumber2 luaran gak...
@kopi pasta sapa bro?terus trg ckp, gua jarang nk baca utusan malaysia ni..lebih byk merapu drpd fakta dlm tu...
tp rasanya, gua dah boleh agak sapa 3 individu yg dianggap sbg dalang tu...
nanti dah ada berita terbongkar, sila update tau. nak juga tau berita yang sebenarnya
InsyaAllah..coming soon bro
siapa dajjal 3 org tu. agak2 akan di umumkn tv3 tak. hahahaha
sendiri mau ingat la bro..klu mnguntungkn pihak 'yg sebelah', kompom siar punya.klu x, paham2 sndirilah..hehe :P
Post a Comment