Saturday, December 22, 2012

Pendedahan Ekslusif : Kewujudan Piramid Di Sabah


Salam.

Posting kali ini akan berkisar kepada satu penemuan besar (?) yang berlaku di Malaysia, atau lebih spesifik di Sabah, negeri kesayangan hamba.

Setelah para archeologist berjaya menemukan piramid di negara seberang iaitu Indonesia, kini Sabah dikatakan turut memiliki struktur kejuruteraan hebat itu!

Namun demikian, penemuan ini masih belum didedahkan kepada umum, atau dalam ertikata lain, masih  DIRAHSIAKAN kewujudannya oleh pihak-pihak tertentu atas faktor-faktor yang tidak diketahui.(Konspirasi?)

"Piramid di Sabah?kau biar betul bro..."

"Betul la, manada aku tipu.Dia yang tipu, bukan aku..."

Baiklah.

Al-kisah sahibul hikayat, actual story...

Piramid Melayu
Kisah kewujudan struktur piramid ni sebenarnya aku dapat (bukan aku yang cipta) dari sebuah blog yang bernama "MilitaryOfMalaysia", yang mana topik penulisannya banyak menjurus kepada persenjataan dan rahsia sulit/misteri/ketenteraan negara(?).Penulisnya adalah seorang bekas tentera / ataupun masih berada dalam tentera ntahla, aku tak pasti.Aku tak pernah communicate dengan dia, sekadar jadi silent reader ja.Beliau hanya dikenali sebagai 'ShahPaskal/Tuan Haji Shah'.

Blog dan penulisan yang menarik sebenarnya.Namun ada sesetengah topik yang diketengahkan agak berada diluar pencernaan minda kerana ketiadaan bukti konkrit, teori semata.Aku tidak akan pergi dengan lebih lanjut berkenaan dengan style dan topik keseluruhan blog tersebut.Untuk mengetahuinya, silalah baca sendiri.Link ada pada rujukan  

Kembali kepada point asal, piramid.Apa yang dikupas oleh 'Tuan Haji' ni sebenarnya adalah berkenaan dengan kewujudan piramid yang dibina/dimiliki oleh orang melayu (?).Menurutnya, piramid Melayu memang wujud di dalam 'hutan dara' semenanjung Malaysia dan pada ketika ini parameter struktur tersebut sedang "dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun".Ntah apa maksudnya aku pun nda faham.. 


Teknologi
Part yang paling menarik, apabila beliau 'mendedahkan' apa yang dikatakan sebagai 'teknologi yang terlalu maju dan tak tercapai dek akal' yang terdapat dalam piramid tersebut.

“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)..."

"Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)"...

Macam ni la lebih kurang rupa Stargate tu..(Konon la) 

Meme tak tercapai dek akal ku.Apo yang ko cakap ni jang..ni dah mace cerito fiksyen omputeh da ni.Stargate, wormhole segala..ni bukan lagi kategori sains fiksyen, ni dah masuk kategori merapu fiksyen ni...

Bukan ingin mempersendakan si penulis, tapi pendedahan besar sebegini, sekiranya benar, perlu disertai dengan bukti konkrit.Lokasi, gambar etc.Ini satu hapah pun takda.Alasannya, untuk menjaga rahsia bangsa melayu.Banyakla kau punya rahsia...Aku mengambil pendekatan secara logik dalam menelaah benda dan kisah sebegini.Without concrete evidence, teori akan tinggal teori...

Walaupun begitu, sehingga artikel ini ditulis, telah tercatat lebih seribu komen yang kebanyakan membincangkan kebenaran teori/pendedahan tersebut!Walaupun tanpa bukti konkrit.Tu yang aku heran tu...Quiet interesting actually.Banyak perdebatan yang mencabar minda, out of the box..Pendek cerita, untuk  pencerahan yang lebih jauh, pergi la baca sendiri artikel tu...Link ada di bawah.


Piramid Sabah
Di penghujung artikel tersebut, encik penulis tu ada cakap macam ni, 
"...Dari maklumat yang ada pada saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutan Sarawak atau Sabah..."
There you go!Sabah pun ada piramid gua cakap lu..Cakap ja la, betul ka tidak nda la kita tau..cakap, siapa pun boleh kan.Nantilah, aku cari jalan untuk hack salah 1 sistem satelite di luar bumi ni pastu aku scan 1 bumi kepulauan Borneo ni cari piramid tu...haa..

Namun begitu, adalah tidak mustahil sekiranya struktur hebat itu benar-benar wujud di Kepulauan Borneo berdasarkan bentuk mukabumi dan hutan lipur luas yang belum diteroka.Hanya masa yang bakal menentukan samada ia benar-benar wujud atau cuma merapu laput semata-mata.


Motif
Entah betul atau tidak pendedahan yang dibuat ni, Wallahualam.Allah saja yang tahu.

Motif politik?Katanya, "I hate politics.Too much political blogs is not good for your HEALTH."
Tapi, pada mukadimah artikel terdapat ayat seolah-olah menjurus kepada unsur politik.Perhatikan dan selami maksud ayat di bawah ini.. 

"Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri."

"Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita."

Menjaga & meneruskan survival politik bangsa Melayu dan Islam?Jika itu lah motif sebenar...Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.Kisah merapu fiksyen macam ni cuma akan menambahkan pandangan serong dan gelak tawa bangsa lain terhadap orang melayu...

Sekali lagi, Wallahualam.Hanya Allah saja yang tahu.

...................................................................................................................


Sebenarnya, terdapat banyak argument berkaitan dengan lokasi dan kewujudan piramid melayu ni.Gambar bukit di atas, adalah salah satu bukit yang didakwa sebagai struktur piramid melayu yang telah diselubungi hutan lipur.Di ambil dari laman Misteri & Keajaiban Alam (Fake & Fact) FB.Kisah piramid negara seberang pun sebenarnya masih belum dapat dibuktikan lagi, proses kajian dan ekskavasi masih berjalan...

Akhir kalam, samada wujud atau tidak piramid di alam Nusantara Melayu / Malaysia ini, hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Sekian.










*Updated ~ Setelah melakukan beberapa carian & kajian lanjut, perspektif aku tentang kebenaran & ke'fiksyenán klaim ni mula berubah sedikit demi sedikit.Kenapa?Akan dijawab pada artikel akan datang.Tunggu!




Rujukan dan foto : Berita Harian, Misteri & Keajaiban Alam (Fake & Fact) FB & blog MilitaryOfMalaysia



10comments:

cik kaki ketawesaid...

mungkin betul mungkin tak pasal pyramid ni...but macam anda ckap...sy juga hanya akan percaya kalau ada bukti.. but rasanya sy faham pasal ia "msaih di jaga oleh panglima" benda lama...biasalah kalau menurut cerita2 orang dulu2..mereka mempercayai kepercayaan karut ritual yg bertentangan dgn agama islam..so mungkin juga...apa2 pun.. hanya Allah yg tahu..waallahualam

Mia Kassimsaid...

Kalau ada bukti kukuh baru boleh percaya......yang lain waallahualam

krolesaid...

uina..kalolah betul..best tu kan bro...yang bab portal cam stargate tu pergh!!! siok o kalo ada,tp dah kalo tak ada bukti kukuh susah jgk kan...owhya salam kenal jgk...from krole - beaufort blogger

El-Hardysaid...

@Cik Kaki Ketaweagak2nya la kn, mcmna la rupa 'panglima' yg menjaga piramid tu eh..mcm alien kot,space cop gaban?klu dia ckp d jga oleh komando ke, pasukan khas tentera ke boleh lg d trima akal..ntahla susa nk ckp..mcm unsur tahyul pn ada huhu

@Mia Kassim itula pasal..sehingga ada bukti konkrit,segala apa yg diklaim tentang kewujudan piramid ni akan kekal sbg 'merapu-fiksyen'...buli bkin kisah lipur lara moden, nda pn alang2 bkin buku komik :)

@krole mcm best kn bro..mo p mna2 pn x buli,jarak bkn mslh.jgn silap tekan lokasi landing ja,nti tepigi tmpt teda oksigen mampus trus haha..tp sblm adanya bkti utk mnyokong klaim ni, jd kisah lipur lara moden ja la dia..

anyway welcome bro.nice 2 knw u :)

miss kecohsaid...

huhh..memang agak pelik bila piramid ade kat malaysia? ntah nak caye ke tak.. bagi bukti baru pecaye hehe

El-Hardysaid...

@miss kecoh tu la pasal.Apapun tiada yg mustahil sebenarnya.Tamadun nusantara masih menyimpan 1001 rahsia yg belum terbongkar..

(^__^)

Delaila Adnansaid...

Tidak mustahil piramid ada dinegara kita...

Delaila Adnansaid...

Tak mustahil ada dinegara kita...sebab ia berada dimana-mana dalam bentuk yang sama....sebab sejak zaman dahulu lagi manusia berkawan dengan jin.... Dan jin itu menyerupai bentuk ufo atau alient seperti yang dikupas oleh pengkaji-penkaji seluruh dunia....seperti tercatat sebahagian lakaran lukisan di dinding-dinding piramid....maka itu tidak mustahil dimalaysia pun ada...

El Hardysaid...

@Delaila Adnan salam Delaila..

terima kasih atas komen anda.

sebenarnya artikel ni bknnnya nk menafikan kewujudan struktur misteri ni di bumi Malaysia.sy sesungguhnya x menyangkal idea tersbut, dan scra peribadinya sy 'agak yakin' dgn teori kewujudan piramid di Malaysia.tulisan ni sbnrnya cuma 'mneghentam sdkt' penulis asal artikel piramid melayu ni yang tulisannya lebih bersifat lisan semata dan mpunyai unsur dongeng moden..kerana apa yg dikatakannya x disertai dgn bukti kukuh.lihat pada pautan utk artikel yg sy mksdkn k :)

cincaisaid...

Gue doh sampey tompat gambo..
Tangguhkan dulu untuk langkah seterusnya kerna misi lain maso tu.
Risikan sendiri ado kebenarannya.
Tiada sapo peduli.
Byk jigsaw puzzle yg Di mainkan.
But rezeki den dapat kesan wujudnya disitu.

Yg kek semenanjung seghupo juo..
Byk puzzle.
Dapat pecak kod dapek la dio.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!