Thursday, November 14, 2013

2045 Initiative - Project Immortality (Kehidupan Abadi)


Assalamualaikum w.b.t

Lama tak menulis, jari jemari terasa kebas menekan butang keyboard.Al-maklum, blog dah lama bersawang.Apapun, untuk kali ini aku akan membawakan kepada anda semua yang masih sudi menelusuri idea dan pemikiran blogger seperti aku, sesuatu yang mind-blowing, yang akan membuatkan kita sama-sama berfikir untuk mencari jalan keluar daripada pemikiran 'inferiority complex', yang sering membelenggu medula oblongata kita...

Fikir, fikir, fikir...

Baiklah.Kali ini, aku akan mendedahkan dan cuba mengupas seringkas mungkin sesuatu yang rasanya belum ramai dikalangan kita yang mengetahui tentang kewujudan project gila geng jahat ini.Percubaan 'The Elite' yang secara terang-terangan mahu melawan kekuasaan Allah.Melawan takdir yang telah diciptakan Allah kepada manusia.Mereka cuba untuk merealisasikan impian immortality (kehidupan abadi) yang menjadi idaman mereka, demi untuk meneruskan penguasaan terhadap kelazatan duniawi yang mereka miliki.Bagaimana mungkin untuk merealisasikan impian gila mereka itu?Teruskan pembacaan.   

Project yang dinamakan sebagai 2045 Initiative ini, ketika ini sedang dijalankan oleh sekelompok saintis sekular Russia dipelopori oleh Dmitry Itskov.Menurut kefahaman aku, objektif utama project ini boleh dikatakan adalah untuk mewujudkan 'super human', iaitu memindahkan 'consciousness' (ataupun lebih tepat untuk dikatakan sebagai 'roh') dan personaliti seseorang itu kepada pembawa non-biological (avatar, iaitu lebih kurang seperti robot atau cyborg la senang cakap).Got it?


Ok.Aku akan cuba menggunakan bahasa semudah mungkin untuk menerangkan idea gila mereka ini.Saintis-saintis The Elite ini cuba untuk membawa keluar dan memindahkan 'roh dan personaliti' seseorang itu daripada badan kita yakni manusia, yang di diami ketika ini kepada host/pembawa yang baru, yakni ciptaan yang boleh dikatakan sebagai avatar atau robot.Maksudnya, roh dan personaliti seseorang itu cuba dipindahkan kepada 'badan' baru yang bersifat non-biological.Tidak berdarah, tidak makan, tidak minum,.Dan yang paling penting, imun dari penyakit, serta boleh diperbaiki.(dah namanya avatar/robot tentulah boleh diperbaiki bukan?)

Segala pemikiran dan consciousness (dan rasanya mereka juga cuba untuk memindahkan 'Ether' manusia kepada avatar yang mereka cuba hasilkan ini.Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan 'Ether', anda disarankan untuk membaca artikel yang terdapat dalam blog re-matrix.Kredit untuk penulis blog) yang terdapat pada otak seseorang itu akan dipindahkan kepada otak tiruan, yang kemudiannya akan di'syncronize'kan dengan badan baru yakni avatar ini.Senang cakap la, seseorang itu akan dapat meneruskan hidupnya pada 'badan' yang baru ini dengan membawa sekali segala apa yang ada dalam kepala hotak dan pemikirannya serta 'Ether',  semasa berada dalam 'badan' yang terdahulu, yakni manusia.Dengan ini, dalam fikiran saintis-saintis gila ini, maka dapatlah mereka untuk mengelak daripada bertemu dengan Sakaratulmaut, yakni kematian...Nauzubillah....

Bagaimana, adakah anda sudah dapat memahaminya?Takda lah susah sangat untuk memahaminya bukan.Tapi kalau ada yang masih tak paham lagi rasanya tak dapek la den nak nolong eh.Hehe...

Ok mari kita teruskan.Project ini dikhabarkan akan melalui 4 fasa pembangunan, seperti yang tercatat pada gambar di bawah.


Berikut sedikit penerangan berkenaan 4 fasa pembangunan project gila ini (Untuk tidak mengubah maksud asal, korang baca ja lah dalam english k.Sebenarnya aku malas nak translate hehe.Kalau masih tak faham, gunalah google translate :) )


2015-2020 Plan

This phase of the plan includes the emergence of android ‘avatar’ bodies controlled with a ‘brain-computer’ chip interface (likely of RFID nature). This chip would be systematically established to issue ‘orders’ to the artificial body and eventually interlink with the artificial brain.

2020-2025

This time frame involves the linking of the human brain and robot with an ‘autonomous life-support system’, giving way to a new field of transhumanistic developments and further turning the human body into a bio-electronic ‘avatar’.

2030-2035

In this near-final stage, human consciousness is to be transplanted onto an artificial carrier or ‘brain’ creating ‘cybernetic immortality’. Artificial intelligence will emerge with robots likely taking the role of all military, police, and others. These robots will have their own form of artificial ‘consciousness’.

2045

The artificial brain turns into something that has no substance, linking into an ‘internet’ of sorts in which the ‘global consciousness’ network is established. Humanity is set to “become a new species” and forfeit any form of physical materialization.


....................................................

Baiklah.Rasanya anda yang membaca sudah dapat memahami serba sedikit apa yang cuba dilaksanakan dalam project gila ini bukan?Mereka cuba untuk mencipta kehidupan abadi.Mereka cuba untuk melawan takdir yang telah dituliskan untuk manusia sejak azali, yang mati itu pasti pasti akan datang, dan kita sebagai manusia harus menerima yang hari itu pasti akan datang dalam kehidupan setiap makhluk yang dicipta Ilahi....

Bagaimana, apa pendapat anda?Kongsikan di komen box ok.

Kesimpulan

Bagi aku, ini adalah satu percubaan untuk melawan kuasa ALLAH S.W.T.The Elite memang tidak akan pernah puas dengan kerosakan yang telah mereka lakukan dibumi ALLAH ini.Bala tentera Dajjal ini memang tidak akan pernah mengakui kekuasaan Rabbul Alamin....

Dunia ini pasti akan berakhir,Kehidupan di dunia ini hanya bersifat sementara, tiada yang kekal melainkan Dia Yang Maha Esa.


Firman ALLAH dalam Surah AL-Baqarah ayat 255 yang bermaksud : 

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"


Semoga bermanfaat untuk kita fikir-fikirkan.Wallahualam..





*Untuk pencerahan lebih lanjut tentang project gila ini, anda dipersilakan untuk membacanya dan membuat penilaian sendiri di 2045.com



Read more ...

Monday, October 14, 2013

Orang UMNO Rupanya...


As-Salam..

Alangkah lamanya blog ini diam tanpa suara...Tangan aku memang sentiasa gatal untuk menulis, tapi komitmen hidup membataskan aktiviti maya..Apapun, benda yang sudah menjadi darah daging, memang susah untuk ditinggalkan, dan aku akan terus menulis jika ada masa, selagi hayat dikandung badan...

Baiklah.Untuk kali ini, aku ingin mengulas sesuatu yang ketika ini sedang hangat diperkatakan di media-media.Politik.Pemilihan UMNO."Hekeleh, lu selama ni pompang pompang kritik itu ini yang kerajaan buat, rupanya lu pun orang UMNO juga", kata seorang sahabat...Ya, aku mengaku, aku memang ahli UMNO.Tapi bukan sebagai ahli yang aktif.Lebih kepada 'anak bulan' sahaja.Cuma baru kali ini lah, aku 'menjebak'kan diri untuk melihat secara dekat bagaimana pertarungan dalam gelanggang pemilihan UMNO ini berlangsung.

Kenapa aku tergerak hati untuk menjebakkan diri?Berikut antara sebab-sebabnya....

1. Aku ingin mengetahui bagaimana sistem pemilihan yang dikatakan demokratik itu berlangsung dalam UMNO.Bagaimana proses pembuangan undi berlangsung, adakah bersifat transparent...ataupun sama juga mempunyai insiden 'blackout' disana sini?Bagi gua, cara dan sistem pengundian tidak ada masalah..Kelemahan-kelemahan kecil disana-sini adalah perkara biasa.Human error..Tak tahu la pula jika ada yang tersembunyi dari pemerhatian gua.Tapi as far as i can see, sistem yang diguna pakai berjalan dengan agak baik...Cuma masa yang di ambil ketika membuang undi melalui sistem 'electoral college' memakan masa yang agak lama, iaitu sekitar 12 ke 15 minit bagi seorang perwakilan.Sesuatu perlu dilakukan agar dapat memendekkan masa ketika proses pengundian, kerana cara pengundian dengan menulis nombor calon ke kertas undi agak mengambil masa dan kurang praktikal kerana para perwakilan perlu merujuk terlebih kepada buku/risalah yang mencatatkan nombor-nombor calon yang bertanding sebelum mencatatkannya pada kertas undi.Pada pendapat aku, ada lebih baik jika sistem pemilihan diselaraskan dengan cara yang digunakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seperti yang dilakukan dalam pilihanraya umum, iaitu dengan menggunakan cara memangkah calon yang ingin diundi, dan bukannya dengan cara menulis nombor calon yang ingin dipilih....

2. Aku ingin melihat bagaimana cara perwakilan menilai kredibiliti seorang calon itu.Adakah visi dan cara kepimpinan menjadi pedoman, ataupun kuasa 'raja kertas' yang bakal jadi penentu kemenangan.Dan, seperti yang aku dan lu orang semua tahu...UMNO dan 'raja kertas' memang tidak boleh dipisahkan....Ya, memang wujud calon yang baik dan berwibawa, yang mempunyai semangat 'melawan arus', memiliki 'semangat Hang Jebat' yang cuba membuka mata perwakilan supaya berubah dan menyanggah cara lama yang semakin hari semakin membinasakan, yang cuba untuk mewujudkan semangat 'reformasi dalaman' dikalangan perwakilan agar menjadi kumpulan pendesak dan tidak hanya menjadi pak turut...Namun, terus terang aku katakan..Berdasarkan pemerhatian aku, memang agak mustahil untuk memenangi pertandingan di dalam UMNO jika hanya berbekalkan semangat dan gaya kepimpinan sahaja...'Raja Kertas' yang bakal menentukan segala-galanya, tidak kira lah samada calon itu berkebolehan untuk jadi pemimpin atau tidak, yang penting jika 'Raja Kertas'nya botingkek-tingkek, maka confirm lah dia yang MANANG!

Jika masih ada yang kurang faham dengan apa yang aku maksudkan mengenai 'Raja Kertas'...2 perkataan ini akan menerangkan sejelas-jelasnya...POLITIK WANG!Pembelian undi berlaku secara begitu berleluasa sekali..Namun, apa yang menghairankan aku, tiada satupun laporan mahupun kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM terhadap mana-mana bahagian yang menjalankan pemilihan UMNO ni...Ataupun memang politik wang ni 'halal' dalam umno???Ah malas la aku nak komplen banyak...Sendiri mau ingatlah...komplen banyak pun bukan dapat buat apa-apa.....Jika sudah menjadi budaya, sudah sebati....Maka terima sajalah hakikat bagaimana permainannya.....

......................................................................

Kenapa UMNO?Hmmm..Kalau aku mau jawab soalan ni secara detail, sampai besok pun belum tentu habis lagi.Cukuplah aku katakan, yang aku sebenarnya lebih kepada 'pemerhati'.Pemerhati yang ingin melihat secara dekat bagaimanakah hal-hal yang sering diperkatakan mengenai UMNO itu berlaku.Jika lu orang mengikuti blog ini, pasti lu orang pernah terbaca yang aku adalah seorang 'a non-partisan' dan 'against the system' bukan?Dan sememangnya itulah ideologi yang terfaktab dikepala hotak aku..

Lagipun, jika aku benar-benar ingin menjadi seorang ahli UMNO yang aktif, aku akan menjadi kumpulan pendesak, kumpulan yang menongkah arus.Kerana aku tau, masih wujud orang-orang sebegini di dalam UMNO.Golongan yang benar-benar berjuang untuk satu kelompok besar dan bukan hanya untuk diri sendiri, kaum keluarga dan kroni sahaja.Sebagai contoh, jika boleh, aku akan mendesak UMNO untuk mengubah polisinya terhadap Sabah dalam pelbagai hal.Hal apa, tak perlu diterangkan.Semua orang sudah maklum tentang hal-hal berbangkit mengenai Sabah.Itu contoh.Tapi persoalannya ; adakah wujud tempat bagi mereka-mereka yang berfahaman sebegini di dalam UMNO?Golongan yang enggan menuruti cara dan arahan taiko taiko besar UMNO?Golongan yang ingin keluar dari kepompong cekaman kekuasaan 'raja kertas'???

Well, i think we all know what the answer is....


Memang benarlah seperti kata Ku Li, UMNO masih belum berubah.Dan mungkin tidak akan berubah sampai bila-bila...


Perjuangan dalam UMNO sebenarnya adalah perjuangan untuk diri sendiri sahaja.Jika UMNO tidak berani untuk merubah dan mereformasikan parti ini, gua ulangi sekali lagi...'Mereformasikan' dan bukan sekadar 'mentransformasikan' sahaja...Believe me...Masa kejatuhan pasti akan tiba.....

Akhir kalam....
Terus terang aku katakan, aku tidak membenci UMNO, tapi aku amat kecewa dengan UMNO kerana terus bertuhankan $$$!


Wassalam




Photo credit : google image

Read more ...

Wednesday, July 3, 2013

Lahad Datu StandOff ~ The Untold Story


Salam!

Lama gua tak update blog ni.Tuan tanah kedaun sibuk dengan urusan dunia.Biasalah, nak hidup, kena fight sikit...

Baiklah.Kali ni gua nak cerita sikit tentang hal yang sudah agak sejuk macam teh o ais.Kes pencerobohan mundu' Kiram di Lahad Datu.(Mundu' bermaksud penceroboh/lanun dalam bahasa tempatan Sabah).Apa yang gua nak cerita ni boleh dikatakan sebagai ekslusif la juga, sebab perkara ni tak pernah keluar dimana-mana media baik mainstream mahupun alternatif.Senang cakap, cerita kadai kupi.Hanya orang-orang tempatan saja yang pernah dengar & tahu tentang hal-hal ni.

Let's get rollin!

1.Penglibatan orang tempatan dalam pasukan penceroboh

Menurut cerita yang sampai ke telinga gua di kadai-kadai kupi, terdapat seorang orang tempatan (yang berasal dari tempat gua menetap ketika ini) telah menyertai pasukan penceroboh Sulu ketika pertempuran di Lahad Datu.Entah apa bodohnya dia pergi join mangkuk-mangkuk Sulu tu pun gua tak tahu.Dia diberitakan telah terbunuh semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan kita, dan mayatnya telah dihantar pulang dan dikebumikan dikampung halamannya.Pada awalnya, maklumat ini dikatakan cuba untuk disembunyikan kerana ada sumber yang mengatakan bahawa mangsa yang terkorban ini adalah seorang anggota tentera kita  (ATM) yang telah berpaling tadah.Gua tidak dapat mengesahkan kebenaran maklumat ini, namun beberapa sahabat gua dan orang-orang kampung dimana mangsa dikebumikan telah 'mengiyakan' berita ini.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kisah tentang penglibatan orang tempatan dalam pasukan penceroboh, namun kisah-kisahnya agak kabur.Cuma kisah ini saja yang gua dapat cerita penuh memandangkan lokasi si mangsa yang berada dalam lingkungan kawasan daerah tempat gua menetap.Apapun, kisah sebenarnya cuma ALLAH yang tahu.Wallahualam.


2. Kes kecederaan seorang lelaki akibat kesan tembakan.

Maklumat ini datangnya daripada salah satu sumber kuat gua dan sangat boleh dipercayai.Menurut sumber gua ini, sekitar penghujung bulan March dulu ketika isu pencerobohan ini masih panas, terdapat satu kes seorang lelaki datang meminta rawatan di klinik 1Malaysia daerah Kota Marudu akibat kesan tembakan ditangan.Apa yang menarik, sumber gua mengatakan bahawa lelaki yang cedera tersebut TIDAK PANDAI BERBAHASA MELAYU & DIKAWAL OLEH 10 ORANG LELAKI LAIN YANG SEOLAH-OLAH BERTINDAK SEPERTI PENGAWAL KEPADA YANG TERCEDERA ITU.Mereka dikatakan datang ke klinik itu dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota 'Ninja', dan selepas mendapat rawatan, lelaki itu bersama 'orang-orangnya' menghilangkan diri menuju ke arah daerah Pitas...

Walau bagaimanapun, menurut sumber gua itu, Special Branch Officer (SB) dari Bukit Aman telah turun ke kawasan berkenaan untuk menyiasat perkara tersebut.Namun hasilnya 'remain classified' sehingga hari ini.Biasalah, kalau perkara ini betul sekalipun, pihak keselamatan kita pasti tidak akan mendedahkannya kepada umum.Let them do their job...


3. Kemasukan pasukan penceroboh di beberapa kawasan di sekitar pantai timur sabah.

Menurut sumber-sumber gua, memang terdapat kemasukan di beberapa tempat disekitar pantai timur Sabah, namun berjaya dikesan dan dipantau dengan rapi oleh pasukan keselamatan kita.Terdapat beberapa tangkapan yang tidak disiarkan didalam media arus perdana seperti yang berlaku di Kudat dan Beluran.Kes di Beluran gua tidak begitu pasti bagaimana ceritanya, tapi kes tangkapan di Kudat gua ada ceritanya..

Menurut sumber gua, seorang lelaki bersenjata sepucuk pistol telah ditangkap di pasar kudat.Apa yang menariknya, sumber gua itu mengatakan lelaki tersebut ditangkap dengan berpakaian perempuan, yakni berbaju kurung.Penyamaran lelaki tersebut dikatakan terbongkar setelah seorang penjual ikan di pasar tersebut memegang tangan lelaki tersebut dan merasakan tangan lelaki itu agak kasar dan kuat untuk seorang wanita.Penjual ikan di pasar tersebut kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang hal itu dan lelaki itu kemudiannya telah ditahan oleh pihak berkuasa.Namun hasil siasatan terhadap lelaki tersebut juga 'remain classified' sehingga hari ini...


4. Kisah lucu

Yang ini pula, kisah yang telah membuatkan satu 'kawasan' menjadi panik gara-gara seorang anggota terlepas' sedas tembakan ke udara secara tidak sengaja.Menurut sumber gua, kejadian itu terjadi diwaktu malam, ketika seluruh pantai timur negeri Sabah masih dalam keadaan berjaga-jaga dan siap sedia.Kejadian itu telah membuat seluruh orang di 'kawasan' itu meniarap ke lantai dan ada yang panik, memikirkan yang kemungkinan kawasan itu telah diserang oleh penceroboh.Sumber gua, yang juga tinggal dikawasan itu turut bertiarap di atas lantai.Namun setelah beberapa ketika keadaan sunyi,(seolah-olah dikawasan perkuburan katanya..haha) barulah dia memberanikan diri untuk perlahan-lahan bangun dan melihat keadaan persekitaran.Apabila keadaan telah pulih semula, barulah cerita sebenar muncul yang salah seorang anggota dikawasan itu telah tertembak sedas tembakan ke udara secara tidak sengaja...

Haru betul.Panik nak mampus kata sumber gua tu haha.Dimana lokasinya, dan kawasan apa yang gua maksudkan..well, itu gua tak boleh dedahkan.Biarlah ia 'remain classified' ok...hehehe....


..................................................


Gua baru nak pecah lobang cerita-cerita ni sekarang, sebab dulu keadaan masih panas dan faktor-faktor keselamatan tidak mengizinkan.Nanti orang jadi panik la pulak bila dengar cerita-cerita gini.Tapi memandangkan keadaan sudah pulih seperti sedia kala sekarang dengan tertubuhnya ESSZONE & ESSCOMM, maka gua kongsikanlah cerita ini untuk pengetahuan bersama.Namun gua tidak dapat mengesahkan kisah ini 100%, bak kata gua diawal tadi, 'cerita kadai kupi'...


Ketika ini, situasi sudah kembali aman dan pulih seperti sedia kala.Gua sendiri pun menetap di salah sebuah daerah yang diliputi oleh ESSZONE.Daerah mana, korang takyah tau lah.Yang penting keadaan disini baik-baik saja..

Bagi yang tidak mengetahui perbezaan antara ESSCOMM & ESSZONE, ESSCOMM sebenarnya adalah pusat pentadbiran (command centre).Kiranya semua arahan untuk ESSZONE akan datang dari ESSCOMM yang berpusat di Lahad Datu...

Apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar keamanan dan kesejahteraan di Sabah dan Malaysia umumnya akan sentiasa terpelihara dari gangguan anasir-anasir yang gilakan harta dunia dan kuasa.

Adiosss!


*Katanya dalang pencerobohan tu ada 3 orang dari kalangan ahli politik Malaysia.Bila nak dedahkan tu.Kami urang Sabah mau tau siapa itu dajjal, dan harap-harap memang durang la dajjal sebenar pencerobohan tu...Stop the wayang.

Wassalam





Credit : Google Images & my 007 agent..

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!