Monday, October 14, 2013

Orang UMNO Rupanya...


As-Salam..

Alangkah lamanya blog ini diam tanpa suara...Tangan aku memang sentiasa gatal untuk menulis, tapi komitmen hidup membataskan aktiviti maya..Apapun, benda yang sudah menjadi darah daging, memang susah untuk ditinggalkan, dan aku akan terus menulis jika ada masa, selagi hayat dikandung badan...

Baiklah.Untuk kali ini, aku ingin mengulas sesuatu yang ketika ini sedang hangat diperkatakan di media-media.Politik.Pemilihan UMNO."Hekeleh, lu selama ni pompang pompang kritik itu ini yang kerajaan buat, rupanya lu pun orang UMNO juga", kata seorang sahabat...Ya, aku mengaku, aku memang ahli UMNO.Tapi bukan sebagai ahli yang aktif.Lebih kepada 'anak bulan' sahaja.Cuma baru kali ini lah, aku 'menjebak'kan diri untuk melihat secara dekat bagaimana pertarungan dalam gelanggang pemilihan UMNO ini berlangsung.

Kenapa aku tergerak hati untuk menjebakkan diri?Berikut antara sebab-sebabnya....

1. Aku ingin mengetahui bagaimana sistem pemilihan yang dikatakan demokratik itu berlangsung dalam UMNO.Bagaimana proses pembuangan undi berlangsung, adakah bersifat transparent...ataupun sama juga mempunyai insiden 'blackout' disana sini?Bagi gua, cara dan sistem pengundian tidak ada masalah..Kelemahan-kelemahan kecil disana-sini adalah perkara biasa.Human error..Tak tahu la pula jika ada yang tersembunyi dari pemerhatian gua.Tapi as far as i can see, sistem yang diguna pakai berjalan dengan agak baik...Cuma masa yang di ambil ketika membuang undi melalui sistem 'electoral college' memakan masa yang agak lama, iaitu sekitar 12 ke 15 minit bagi seorang perwakilan.Sesuatu perlu dilakukan agar dapat memendekkan masa ketika proses pengundian, kerana cara pengundian dengan menulis nombor calon ke kertas undi agak mengambil masa dan kurang praktikal kerana para perwakilan perlu merujuk terlebih kepada buku/risalah yang mencatatkan nombor-nombor calon yang bertanding sebelum mencatatkannya pada kertas undi.Pada pendapat aku, ada lebih baik jika sistem pemilihan diselaraskan dengan cara yang digunakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seperti yang dilakukan dalam pilihanraya umum, iaitu dengan menggunakan cara memangkah calon yang ingin diundi, dan bukannya dengan cara menulis nombor calon yang ingin dipilih....

2. Aku ingin melihat bagaimana cara perwakilan menilai kredibiliti seorang calon itu.Adakah visi dan cara kepimpinan menjadi pedoman, ataupun kuasa 'raja kertas' yang bakal jadi penentu kemenangan.Dan, seperti yang aku dan lu orang semua tahu...UMNO dan 'raja kertas' memang tidak boleh dipisahkan....Ya, memang wujud calon yang baik dan berwibawa, yang mempunyai semangat 'melawan arus', memiliki 'semangat Hang Jebat' yang cuba membuka mata perwakilan supaya berubah dan menyanggah cara lama yang semakin hari semakin membinasakan, yang cuba untuk mewujudkan semangat 'reformasi dalaman' dikalangan perwakilan agar menjadi kumpulan pendesak dan tidak hanya menjadi pak turut...Namun, terus terang aku katakan..Berdasarkan pemerhatian aku, memang agak mustahil untuk memenangi pertandingan di dalam UMNO jika hanya berbekalkan semangat dan gaya kepimpinan sahaja...'Raja Kertas' yang bakal menentukan segala-galanya, tidak kira lah samada calon itu berkebolehan untuk jadi pemimpin atau tidak, yang penting jika 'Raja Kertas'nya botingkek-tingkek, maka confirm lah dia yang MANANG!

Jika masih ada yang kurang faham dengan apa yang aku maksudkan mengenai 'Raja Kertas'...2 perkataan ini akan menerangkan sejelas-jelasnya...POLITIK WANG!Pembelian undi berlaku secara begitu berleluasa sekali..Namun, apa yang menghairankan aku, tiada satupun laporan mahupun kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM terhadap mana-mana bahagian yang menjalankan pemilihan UMNO ni...Ataupun memang politik wang ni 'halal' dalam umno???Ah malas la aku nak komplen banyak...Sendiri mau ingatlah...komplen banyak pun bukan dapat buat apa-apa.....Jika sudah menjadi budaya, sudah sebati....Maka terima sajalah hakikat bagaimana permainannya.....

......................................................................

Kenapa UMNO?Hmmm..Kalau aku mau jawab soalan ni secara detail, sampai besok pun belum tentu habis lagi.Cukuplah aku katakan, yang aku sebenarnya lebih kepada 'pemerhati'.Pemerhati yang ingin melihat secara dekat bagaimanakah hal-hal yang sering diperkatakan mengenai UMNO itu berlaku.Jika lu orang mengikuti blog ini, pasti lu orang pernah terbaca yang aku adalah seorang 'a non-partisan' dan 'against the system' bukan?Dan sememangnya itulah ideologi yang terfaktab dikepala hotak aku..

Lagipun, jika aku benar-benar ingin menjadi seorang ahli UMNO yang aktif, aku akan menjadi kumpulan pendesak, kumpulan yang menongkah arus.Kerana aku tau, masih wujud orang-orang sebegini di dalam UMNO.Golongan yang benar-benar berjuang untuk satu kelompok besar dan bukan hanya untuk diri sendiri, kaum keluarga dan kroni sahaja.Sebagai contoh, jika boleh, aku akan mendesak UMNO untuk mengubah polisinya terhadap Sabah dalam pelbagai hal.Hal apa, tak perlu diterangkan.Semua orang sudah maklum tentang hal-hal berbangkit mengenai Sabah.Itu contoh.Tapi persoalannya ; adakah wujud tempat bagi mereka-mereka yang berfahaman sebegini di dalam UMNO?Golongan yang enggan menuruti cara dan arahan taiko taiko besar UMNO?Golongan yang ingin keluar dari kepompong cekaman kekuasaan 'raja kertas'???

Well, i think we all know what the answer is....


Memang benarlah seperti kata Ku Li, UMNO masih belum berubah.Dan mungkin tidak akan berubah sampai bila-bila...


Perjuangan dalam UMNO sebenarnya adalah perjuangan untuk diri sendiri sahaja.Jika UMNO tidak berani untuk merubah dan mereformasikan parti ini, gua ulangi sekali lagi...'Mereformasikan' dan bukan sekadar 'mentransformasikan' sahaja...Believe me...Masa kejatuhan pasti akan tiba.....

Akhir kalam....
Terus terang aku katakan, aku tidak membenci UMNO, tapi aku amat kecewa dengan UMNO kerana terus bertuhankan $$$!


Wassalam




Photo credit : google image

Read more ...

Wednesday, July 3, 2013

Lahad Datu StandOff ~ The Untold Story


Salam!

Lama gua tak update blog ni.Tuan tanah kedaun sibuk dengan urusan dunia.Biasalah, nak hidup, kena fight sikit...

Baiklah.Kali ni gua nak cerita sikit tentang hal yang sudah agak sejuk macam teh o ais.Kes pencerobohan mundu' Kiram di Lahad Datu.(Mundu' bermaksud penceroboh/lanun dalam bahasa tempatan Sabah).Apa yang gua nak cerita ni boleh dikatakan sebagai ekslusif la juga, sebab perkara ni tak pernah keluar dimana-mana media baik mainstream mahupun alternatif.Senang cakap, cerita kadai kupi.Hanya orang-orang tempatan saja yang pernah dengar & tahu tentang hal-hal ni.

Let's get rollin!

1.Penglibatan orang tempatan dalam pasukan penceroboh

Menurut cerita yang sampai ke telinga gua di kadai-kadai kupi, terdapat seorang orang tempatan (yang berasal dari tempat gua menetap ketika ini) telah menyertai pasukan penceroboh Sulu ketika pertempuran di Lahad Datu.Entah apa bodohnya dia pergi join mangkuk-mangkuk Sulu tu pun gua tak tahu.Dia diberitakan telah terbunuh semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan kita, dan mayatnya telah dihantar pulang dan dikebumikan dikampung halamannya.Pada awalnya, maklumat ini dikatakan cuba untuk disembunyikan kerana ada sumber yang mengatakan bahawa mangsa yang terkorban ini adalah seorang anggota tentera kita  (ATM) yang telah berpaling tadah.Gua tidak dapat mengesahkan kebenaran maklumat ini, namun beberapa sahabat gua dan orang-orang kampung dimana mangsa dikebumikan telah 'mengiyakan' berita ini.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kisah tentang penglibatan orang tempatan dalam pasukan penceroboh, namun kisah-kisahnya agak kabur.Cuma kisah ini saja yang gua dapat cerita penuh memandangkan lokasi si mangsa yang berada dalam lingkungan kawasan daerah tempat gua menetap.Apapun, kisah sebenarnya cuma ALLAH yang tahu.Wallahualam.


2. Kes kecederaan seorang lelaki akibat kesan tembakan.

Maklumat ini datangnya daripada salah satu sumber kuat gua dan sangat boleh dipercayai.Menurut sumber gua ini, sekitar penghujung bulan March dulu ketika isu pencerobohan ini masih panas, terdapat satu kes seorang lelaki datang meminta rawatan di klinik 1Malaysia daerah Kota Marudu akibat kesan tembakan ditangan.Apa yang menarik, sumber gua mengatakan bahawa lelaki yang cedera tersebut TIDAK PANDAI BERBAHASA MELAYU & DIKAWAL OLEH 10 ORANG LELAKI LAIN YANG SEOLAH-OLAH BERTINDAK SEPERTI PENGAWAL KEPADA YANG TERCEDERA ITU.Mereka dikatakan datang ke klinik itu dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota 'Ninja', dan selepas mendapat rawatan, lelaki itu bersama 'orang-orangnya' menghilangkan diri menuju ke arah daerah Pitas...

Walau bagaimanapun, menurut sumber gua itu, Special Branch Officer (SB) dari Bukit Aman telah turun ke kawasan berkenaan untuk menyiasat perkara tersebut.Namun hasilnya 'remain classified' sehingga hari ini.Biasalah, kalau perkara ini betul sekalipun, pihak keselamatan kita pasti tidak akan mendedahkannya kepada umum.Let them do their job...


3. Kemasukan pasukan penceroboh di beberapa kawasan di sekitar pantai timur sabah.

Menurut sumber-sumber gua, memang terdapat kemasukan di beberapa tempat disekitar pantai timur Sabah, namun berjaya dikesan dan dipantau dengan rapi oleh pasukan keselamatan kita.Terdapat beberapa tangkapan yang tidak disiarkan didalam media arus perdana seperti yang berlaku di Kudat dan Beluran.Kes di Beluran gua tidak begitu pasti bagaimana ceritanya, tapi kes tangkapan di Kudat gua ada ceritanya..

Menurut sumber gua, seorang lelaki bersenjata sepucuk pistol telah ditangkap di pasar kudat.Apa yang menariknya, sumber gua itu mengatakan lelaki tersebut ditangkap dengan berpakaian perempuan, yakni berbaju kurung.Penyamaran lelaki tersebut dikatakan terbongkar setelah seorang penjual ikan di pasar tersebut memegang tangan lelaki tersebut dan merasakan tangan lelaki itu agak kasar dan kuat untuk seorang wanita.Penjual ikan di pasar tersebut kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang hal itu dan lelaki itu kemudiannya telah ditahan oleh pihak berkuasa.Namun hasil siasatan terhadap lelaki tersebut juga 'remain classified' sehingga hari ini...


4. Kisah lucu

Yang ini pula, kisah yang telah membuatkan satu 'kawasan' menjadi panik gara-gara seorang anggota terlepas' sedas tembakan ke udara secara tidak sengaja.Menurut sumber gua, kejadian itu terjadi diwaktu malam, ketika seluruh pantai timur negeri Sabah masih dalam keadaan berjaga-jaga dan siap sedia.Kejadian itu telah membuat seluruh orang di 'kawasan' itu meniarap ke lantai dan ada yang panik, memikirkan yang kemungkinan kawasan itu telah diserang oleh penceroboh.Sumber gua, yang juga tinggal dikawasan itu turut bertiarap di atas lantai.Namun setelah beberapa ketika keadaan sunyi,(seolah-olah dikawasan perkuburan katanya..haha) barulah dia memberanikan diri untuk perlahan-lahan bangun dan melihat keadaan persekitaran.Apabila keadaan telah pulih semula, barulah cerita sebenar muncul yang salah seorang anggota dikawasan itu telah tertembak sedas tembakan ke udara secara tidak sengaja...

Haru betul.Panik nak mampus kata sumber gua tu haha.Dimana lokasinya, dan kawasan apa yang gua maksudkan..well, itu gua tak boleh dedahkan.Biarlah ia 'remain classified' ok...hehehe....


..................................................


Gua baru nak pecah lobang cerita-cerita ni sekarang, sebab dulu keadaan masih panas dan faktor-faktor keselamatan tidak mengizinkan.Nanti orang jadi panik la pulak bila dengar cerita-cerita gini.Tapi memandangkan keadaan sudah pulih seperti sedia kala sekarang dengan tertubuhnya ESSZONE & ESSCOMM, maka gua kongsikanlah cerita ini untuk pengetahuan bersama.Namun gua tidak dapat mengesahkan kisah ini 100%, bak kata gua diawal tadi, 'cerita kadai kupi'...


Ketika ini, situasi sudah kembali aman dan pulih seperti sedia kala.Gua sendiri pun menetap di salah sebuah daerah yang diliputi oleh ESSZONE.Daerah mana, korang takyah tau lah.Yang penting keadaan disini baik-baik saja..

Bagi yang tidak mengetahui perbezaan antara ESSCOMM & ESSZONE, ESSCOMM sebenarnya adalah pusat pentadbiran (command centre).Kiranya semua arahan untuk ESSZONE akan datang dari ESSCOMM yang berpusat di Lahad Datu...

Apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar keamanan dan kesejahteraan di Sabah dan Malaysia umumnya akan sentiasa terpelihara dari gangguan anasir-anasir yang gilakan harta dunia dan kuasa.

Adiosss!


*Katanya dalang pencerobohan tu ada 3 orang dari kalangan ahli politik Malaysia.Bila nak dedahkan tu.Kami urang Sabah mau tau siapa itu dajjal, dan harap-harap memang durang la dajjal sebenar pencerobohan tu...Stop the wayang.

Wassalam





Credit : Google Images & my 007 agent..

Read more ...

Saturday, June 1, 2013

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) ~ New World Order Akhirnya Tiba 'Secara Rasmi' Ke Malaysia?


Salam

Entry ini di copy-paste sepenuhnya daripada status seorang sahabat facebook aku.Tolong, aku mohon kepada para sahabat blogger & para pembaca blog picisan ini agar dapat meluangkan 10 minit masa untuk membaca keseluruhan posting ini kerana apa yang tertulis ini AMAT PENTING & BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN KITA DI MALAYSIA INI JIKA IANYA BENAR-BENAR BERLAKU.Semoga info ini dapat dimanfaatkan dan jika boleh, DIHALANG daripada berlaku di negara kita.Wallahualam

....................................................................................


Hi semua.
Mohon luangkan masa untuk baca, faham dan seterusnya sign petition untuk bantah TPPA.
Saya rasa ini lebih penting dari PRU kerana untuk PRU, mana2 kerajaan yang memerintah dan kita tidak setuju corak pemerintahannya, kita masih boleh ubah selepas 5 tahun. (masih ada harapan untuk itu tak kira kita penyokong mana2 parti pun) .Dan PRU hanya melibatkan Malaysia sahaja, tetapi TPPA melibatkan kita dijajah oleh negara luar dan, tiada had masa untuk tempoh penjajahan secara baru ini, ia boleh berlanjutan sehingga ke cucu cicit piut miut.

Perjanjian " Trans-Pacific Partnership Agreement" ( TPPA ) mungkin akan dimeterai pada October 2013 antara kerajaan Malaysia dan sekumpulan negara-negara lain - USA, Canada, Australia, New Zealand, Brunei, Chile, Peru, Mexico, Singapore dan Viet Nam. 

Ciri-ciri TPPA :

1. Semua perbincangan dibuat secara RAHSIA dan semua TEKS perbincangan adalah RAHSIA. 

2. Ia akan TERUS MENJADI RAHSIA selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai.
Saya ulangi - kita hanya akan tahu RUPA & BENTUK perjanjian ini hanya selepas 4
tahun, iaitu dalam tahun 2017 .. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.

Aikkk ! Tak pelik ke? Pasal apa pulak nak sembunyi-sembunyi?

Nak buat sesuatu yang SANGAT BESAR KESANNYA pada RAKYAT dan NEGARA, tanpa mengambil pandangan daripada RAKYAT. 

ADA 3 KESAN BESAR TTPA kepada kita semua, jika dimeterai :

1. Hampir 80% jenis ubat di klinik, farmasi dan hospital akan menjadi mahal,
sehingga mencecah 1,000% kali ganda harga sekarang . Ini kerana Malaysia tidak
lagi boleh menggunakan ubat GENERIK. Wajib menggunakan ubat PATENTED 
( orginal). Rentetannya kos perubatan untuk semua pesakit meningkat dan perlu ditanggung oleh pesakit atau subsidi ditanggung kerajaan. Pada masa yang sama, bayaran PREMIUM POLISI INSURAN akan juga meningkat. 

2.Peruntukan Copyright kepada BAHAN-BAHAN RUJUKAN akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah di-digital-kan, yakni yang berada sekolah,universiti, kolej, pusat penyelidikan, Internet dan library, akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini bermakna semua bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa. Penguatkuasaan dan saman akan diperkuatkan. Ini akan menghadkan kemudahan ilmu kepada pengguna yang kurang kemampuan. 

3. Semua PELABUR ASING boleh saman KERAJAAN di mahkamah tribunal antarabangsa untuk gantirugi jika KERAJAAN mengambil tindakan mengazetkan undang-undang yang dilihat mengancam keuntungan mereka. PELABUR ASING juga bebas daripada semua bentuk PERUNDANGAN FEDERAL dan NEGERI. Ini termasuklah tindakan-tindakan KERAJAAN untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua dan tindakan melindungi alam sekitar. Perlu tahu bahawa HAKIM dan PETUGAS Mahkamah Tribunal Antarabangsa pilihan TPPA adalah daripada kalangan lawyer SEKTOR SWASTA yang pro-investor. 

Contoh saman yang telah berlaku dan dimenangi oleh PELABUR ASING akibat
perjanjian :
1. Kerajaan Kanada telah mengharamkan penggunaan MMT di dalam semua jenis minyak untuk kenderaan kerana bahan yang keluar dari eksos ini akan beredar dalam udara ini ditakuti memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Syarikat Multinasional Amerika ETHYL CORP, selaku pengeluar eksklusif MMT, telah menyaman kerajaan Kanada sebanyak C$350juta untuk bakal kerugian. Syarikat ini telah menggunakan KLAUSA ARTIKEL 1110 dalam perjanjian NAFTA di dalam tribunal. Akibatnya kerajaan Kanada telah kalah dan membayar out-of-court sebanyak C$19.5juta kepada Ethyl Corp dan kerajaan Kanada wajib mengistiharkan bahawa MMT selamat untuk alam sekitar dan selamat untuk manusia. Artikel penuh

NOTA : MMT ialah octane enhancer untuk minyak kenderaan. MMT telah diharamkan di California dan hampir semua wilayah di Pantai Timur Amerika. 5%
pengeluar minyak di Amerika enggan menggunakan MMT kerana ada alterntif lebih selamat. Namun akibat PERJANJIAN, kerajaan KANADA terpaksa menghalalkannya seumur hidup.

YG BERKAITAN : 
-TPPA ini dibuat untuk melindungi hak investers dari negara maju untuk berniaga di negara negara lain. So pendek kata mereka tak nak rugi kalau berlaku 'perniagaan tidak jalan' or 'gulung tikar' atas sebab kerana polisi or akta or undang undang yang sedia ada di negara negara lain. 

-Bila dah sign TPPA, bukan sahaja ubat, any medical procedure (investigation or surgical procedure ) akan dipatenkan. Dan setiap kali a surgeon or any doctor nak buat these procedures or operation, they have to pay royalty to the inventor of such procedure or operations. Hasilnya surgical n medical procedure cost n yg berlipat kali ganda. Memandangkan government guna duit cukai untuk subsidised macam2 kat hospital tu, agak2 tax naik ke turun selepas ini? Ini yang NGO risaukan coz kalau betul cuma harapkan Ori/Patented Drugs, akan ada Delay in Treatment. Dahla mahal. Delayed pulak tu. Ambil contoh treatment for Cancer, total cost boleh jual sebijik rumah.

-With TPPA, companies can now choose what information to disclose and what to withhold about their products. say, if euvax B got mercury, they can choose not to disclose that it has mercury. If your baked beans can got pesticide, they can choose not to include pesticide in the labels. 

Companies can now patent the environment, say if nestle went thru with their patenting the black seed, then no other human being or creature can use black seed in their products anymore without consent from nestle.everyone would have to get their black seed from nestle.MUST buy from them. 
(Nestle berusaha untuk mempatenkan Habbatussauda / Nigella Sativa sebaga hak milik mereka, adakah kita nak makanan penyembuh kepada segala penyakit kecuali mati itu menjadi HAK MILIK NESTLE? )

-Bila akta or undang undang telah dikuat kuasakan kepada investors itu sebab ada berlakunya ketidak sehaluan operasi perniagaan mereka contohnya berlakunya pencemaran air, kerajaan malaysia tak dapat saman mereka di malaysia. Kes ini akan dibawa ke mahkamah keadialan di peringkat antarabangsa. So pendek cerita undang undang malaysia tak ada makna dah dan kalau kerajaan malaysia tak menang kes itu maka malaysia harus kena bayar denda dan pampasan. Duit dari mana? Of coz dari.pembayar cukai! Kalau tak nak bayar juga tak cukup nanti cukai import ke atas barangan daei negara negara investor akan naik...so harga barangan di pasaran akan.melambung naik...termasuklah harga ubat ubatan, perkhidmatan, dan sebagainya. 

-Kompeni barat datang ke malaysia buka kilang baja.
Then terjadi pencemaran di sungai. Kalau Ikutkan undang undang malaysia harus kena tutup sementara. Tapi dengan undang undang TPPA tak boleh tutup tau. Kalau tutup nanti kerajaan kena saman oleh kompeni barat sebab penutupan sementara itu boleh buat kerugian kepada mereka. So kerajaan kena bayar kerugian itu. Mana kerajaan dapat duit? Haruslah dapat dari cukai. Mana dapat cukai, haruslah dari rakyat! 
Kalau kerajaan tak nak bayar nanti harga barang barang import akan jadi mahal. Sebab negara negara barat telah bahagi pukul sama rata saman itu ke atas harga barang barang import. Antaranya kalau kita nak beli ubatan dari negara barat. Sure sangat mahal! Akhirnya kita sebagai rakyat teranyiaya. 

-Dokumen yang mereka tengah buat sampai bulan 10 nie tak der negeotition dengan rakyat...sedangkan anak anak buah MITI pun tak tahu. Selepas bulan 10 mereka akan bagi kat US dan akan diproses selama 4 tahun. Dan sapa lahirkan anak anak meraka tahun nie bila umur mereka 7 tahun sure akan jadi susah! Bukan nak takut takutkan tapi itulah masa depan yang akan kita hadapi! 
Bahagian apa yang susah?! Susah dalam pendidikan! Susah dalam internet access! Susah dalam makanan sihat! Susah dalam perubatan! 

-Kenapa nak kerajaan nak sign TPPA? 
Perjanjian ini akan bawak banyak investor dari negara maju. Bila banyak pelaburan maka ekonomi malaysia akan maju. Yg saya faham sebelum ni dah ada case tentang benih padi malaysia.. tapi perjanjian gagal after NGO manage to get 20 000+ people signing the petition.. 20 000+ tau..

-Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. Perkara ini pernah diusahakan AS melalui FTA dahulu tetapi gagal.

-Jika TPPA dilaksanakan, penanam padi hanya boleh membeli benih padi dari Mosanto. Negara lain seluruh dunia menentang Mosanto dan GMO, dan mengadakan demostrasi menentang Mosanto / GMO pada 25 May 2013, negara kita masih senyap dan tak tahu apa itu GMO. 
Tanaman GMO ibarat diletak racun pada akarnya, dan juga terdapat genetik sesetengah haiwan seperti babi di dalamnya. Bayangkan suatu hari nanti kita ambil benih kebanyakan tumbuhan dari Mosanto, apa akibatnya?
Kalau dah ada DNA babi di dalam tu, agak2, apa jadi kepada spesies manusia nanti?

Ingat , lebih 2 juta orang menandatangani petition Mosanto, dan ini adalah petition terbesar dalam sejarah dunia , kita rakyat Malaysia saja yang masih tidak menyedari hakikat betapa bahayanya benih2 dari Mosanto. Either mankid will stop Mosanto or Mosanto will stop Mankind. Cuba google Mosanto, anda akan tahu apa yang bahayanya, ianya bukan setakat racun sahaja, tetapi lebih dari itu. (Like FB Boycott Mosanto , GMO Awareness untuk tahu berkaitan ini)

Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan 11 klausa dari Chapter tersebut. Ini
amat membimbang.Kalau Australia boleh menolak, kenapa kita tak boleh tolak? Baca

Lihat sendiri kebimbangan rakyat New Zealand dengan TTPA di
ts.htm dan mereka sedang menekan kerajaan untuk lebih telus
Lihat kebimbangan Australia di sini yang dikeluhkan oleh Fair Trade Network di

Hantu paling besar dalam perjanjian TPPA ialah syarikat Farmasi Antarabangsa.
Lihat bagaimana Vietnam terpaksa tukar perundangan mereka kerana TPPA
: http://www.citizen.org/tppa-vietnam-summary dan akibatnya akan meningkatkan
KOS PERUBATAN untuk rakyat.

Kesimpulannya, TPPA membawa lebih byk keburukan kpd kita dan juga anak cucu kita. Malaysia bakal tandatangani TPPA Oktober tahun ini. Saya merayu penglibatan aktif lebih ramai orang untuk cuba menghalang TPPA ini dilaksanakan di Malaysia.

Ada 29 chapters semua dalam agreement ini. Cuma 5 sahaja yang dibincangkan di sini. 5 ni pun dah cukup buruk untuk di dengar / dibaca.
Malaysia perlu 30k SIGN SEBELUM OKTOBER. Negara NZ dapat beratus ribu sign untuk petition ini.

ATTENTION : Sekarang media2 sedang promote TPPA. Tapi nama TPPA tak disebut. Cuma yg disebut adalah Malaysia menuju ke arah "MESRA PELABUR". Please take note. Itu adalah TPPA. 

Mohon bantuan semua untuk sign petition ni:
Suspend TPPA and EU-Malaysia FTA

THE WORLD WILL NOT BE DESTROYED BY THOSE PEOPLE WHO DO EVIL, BUT BY THOSE WHO WATCHING THEM WITHOUT DOING ANYTHING

boleh rujuk kepada :
Awang Muzaiddin Bin Ahat
Coordinator for Malaysian Environmental NGOs 
Email: awang@mengo.org
My website www.mengo.org

(teks di atas adalah dari pelbagai sumber termasuk rakan2 seperjuangan di OHUB)

page berkaitan :












Sumber : Facebook

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!