Wednesday, July 25, 2012

Sabah Negeri Di Bawah BOYO!!?


Salam.Hari ke-5 Ramadhan, boring xda buat apa.Semua urusan hari ni tergendala.Pending lagi..Apa boleh buat, birokrasi.Terpaksa terima sajalah,walaupun dalam hati rasa macam nak mencarut, namun ku tahan juga.Puasa der.Belajar mendidik hati untuk bersabar...

Boring punya pasal, surfing.Facebook, boring.Twitter, pun boring.Tengok portal berita.Malaysiakini.Akhirnya ternampak sesuatu yang menarik untuk pencernaan minda.Artikel bertajuk "Malaysia alami peningkatan pertama kadar kemiskinan sejak 1999".

Namun bukan tajuk peningkatan kadar kemiskinan yang membuatkan gua terjebak semula untuk memegang pena cyber ini.Carta pemenang negeri yang paling TERMISKIN itu yang membuatkan gua terpegun.(Bukan kagum, tapi heran dan boleh dikatakan agak marah).Orang Sabah bilang, 'kau la paling manang'.Dan negeri yang paling manang itu sememangnya di 'manangi' oleh negeri Sabah!

"Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.

Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.

Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus)...


SABAH MERUPAKAN NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA, DENGAN KADAR KEMISKINAN SEBANYAK 19.7 %??!Memang, data sejak dari dulu lagi mengatakan Sabah adalah antara negeri termiskin di Malaysia.Tapi takkan sampai sekarang pun masih negeri miskin, dan mendapat tangga teratas dalam carta negeri terrrrmiskin???what the....UNACCEPTABLE!

Mana hilangnya sumber dan hasi bumi Sabah?Kayu balak, gas asli, minyak mentah, kelapa sawit etc...apa yang kurang, apa yang tiada di Sabah??Pusat peranginan, resort, eco-tourism etc.Negeri termiskin???

Sebagai perbandingan, Selangor sebagai negeri paling maju di Malaysia.Apa hasil bumi yang dimiliki oleh Selangor?Balak?Nope.Minyak mentah, gas asli?Pun tidak.Tapi jadi negeri paling maju di Malaysia.Tanpa hasil bumi.PALING MAJU, ok.Jadi please, somebody, especially pemimpin-pemimpin Sabah.Jika anda terbaca tulisan ini, yang katanya berjuang untuk rakyat, yang katanya mendahulukan rakyat, soalan gua senang saja : kemana hilangnya hasil bumi dan kekayaan negeri Sabah, siapa yang telan???

Rasanya soalan ni sudah lama dan sering kami tanyakan kepada kamu, wahai penghuni sementara kerusi empuk...Dan sebagai salah seorang anak watan Sabah, gua merasa sangat malu dan kecewa kerana hal seperti ini masih lagi terjadi kepada negeri tercinta ini.Kerakusan dan ketamakan membutakan mata mereka untuk merompak kekayaan negeri sendiri...

Statistik dan data di atas sememangnya telah membuktikan sesuatu, bahawasanya selama ini orang-orang Sabah telah berharap pada orang yang tidak boleh diharap!Rasanya, selepas ini slogan "Sabah Negeri Di Bawah Bayu" bolehlah ditukar kepada 'Sabah Negeri Di Bawah BOYO" sebab semua hasil buminya habis dimakan BOYO (yang berkaki dua!)

boyo = bahasa suku kaum Bajau tempatan sabah yang bermaksud BUAYA 

Baiklah.Cukuplah untuk kali ni.Iyoku ti jarang-jarang suda menulis, tapi kalau iyoku menulis kau rasalah oren manis atau masam.Untuk pengetahuan, to be fair, gua tidak menyebelahi mana-mana pihak.Kiri tidak, kanan pun tidak'.Siapa buat onar, gua langgar...

My fellow Sabahan.Maybe, it's time to change.Sudah terlalu banyak peluang yang kami berikan kepada kamu untuk memperbetulkan kesilapan kamu, namun apa yang kamu berikan cuma retorik dan lakonan wayang semata-mata..Mungkin, masa untuk MENGHUKUM sudah tiba.Siapa yang patut dihukum, bila dan di mana, well..Lu pikir sendiri la boss......

Adios amigos.Salam Ramadan..








Sumber : Malaysiakini & Google Images

0comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!