Saturday, March 31, 2012

Kalau Tak Mati Tikam Belakang, Tikamlah Depan-Depan...??!


Tikam belakang dan tikam depan, yang mana best?Realitinya dua-duapun tak best.Dua-dua pun sakit, & dua-dua pun boleh buat orang mati..(Kalau guna pisau betul la).Perkara yang paling menyakitkan dalam hidup bila kena tikam belakang, atau dalam perkataan lain 'kena cilok @ kena kencing' oleh kawan sendiri.Bukan setakat kaki-tangan ja yang ringan untuk disampaikan kepada si 'back stabber' tu, alang-alang rasa baik hantar C4 sekali bagi berkecai terus satu badan, biar puas hati, limpa dan usus-usus semua..

Perkara yang paling senang untuk dijadikan contoh cerita tikam belakang, politik.Hari ni jadi kawan, esok dah boleh jadi musuh.Hari ni duduk cerita hal yang sama, sok dah boleh saman-menyaman.Jijik.Haik ptuih.Jatuh-menjatuh?Perkara biasa.Kalau tak bersedia untuk jatuh, baik tak payah join.Tengok dari jauh senang.Tak dapat sakit.Lantak dorang la nak sondol bontot siapa, atau nak pakai cincin besar mana.Nanti sampai masa, jawabla sendiri di 'Mahkamah Agung Seberang Sana'...

Eh apasal lu emo plak der, lek a....

Baiklah.Done with politics.Gua pun tak nak cerita pasal politik, loya.

C4 Explosive.Hadiah yang paling sesuai untuk para back stabber
Dalam kehidupan seharian pula?Perkara biasa jugak der, takda bezanya.Gua pernah terdengar satu quote, "Jika anda perlu menjatuhkan seseorang, pastikan orang yang bakal anda jatuhkan itu bukanlah seseorang yang pernah membantu menaikkan anda..Walaupun perangai dia haram jadah macam sial, tapi jasanya perlu dikenang".Dikenang?Orang putih bilang, "don't bite the hand that feeds you"..Lebih kurang macam tu lah.Betul ka macam tu?Perlu ka nak jatuhkan orang semata-mata untuk naik ke tempat yang tinggi?Depends.Tengok orang.Ada yang menganggap buat taik macam gitu perkara biasa.Ada yang tidak.

Pendapat gua, jatuh-menjatuh memang perkara lumrah dalam dunia sekarang ni.Kita takkan tahu bila masa kawan yang kita anggap seperti keluarga kita sendiri akan menikam kita dari belakang.Kepentingan diri sememangnya akan menjadi keutamaan kepada semua orang, tidak kira macamana baik dan 'malaikat'nya perangai seseorang itu..Senang cerita, sediakan payung sebelum hujan.Tak pun alang-alang sediakan khemah.Nanti kalau hujan turun boleh camping terus..Kena-mengena plak?Bengong.


Satu perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terkena 'back stabber', don't trust anybody.Jangan percayakan sesiapa.Macam gua.Gua cuma percayakan tukang gunting yang selalu gunting rambut gua saja, sebab gua tau dia pasti takkan rosakkan rambut gua bila gua gunting rambut ngan dia..Haha..Boleh ka macam tu?Terpulang la kepada masing-masing punya cara.Namun apa yang pasti, gua memang sukar untuk percayakan sesiapa sebab gua dah berulang-kali dah terkono.Tikam belakang ni bukan sedap rasanya.Kalau sedap hari-hari kena tikam pun takpa....

Akhir kata, beringat sebelum kena.Kita takkan tahu bila kawan baik kita akan tikam kita dari belakang, or bila KELUARGA kita akan buat perkara yang sama.Tidak mustahil bukan?Kedudukan, duit dan kuasa punya pasal, KELUARGA pun boleh ditolak ke tepi.Banyak dah contoh, si polan buang keluarga sebab duit.Si polan tinggal keluarga sebab kuasa.Nak tahu, google sendiri.Gua malas nak cerita pasal aib orang lain, nanti aib sendiri plak terbuka.Pendek kata, biar kita yang mengawal keadaan, dan jangan biarkan keadaan mengawal kita.Fikir-fikirkan.Majulah sukan untuk planet zargus.Adios amigos...Salam




Photo Credit : Google Images



4comments:

CintaZulaikhasaid...

kalau tikam belakang tuh rasa cam kena urut nak jugak, tapi kalau dah rasa cam hampeh...mmg mudah tuk org kurang percayakan org lain, lebey lagi yg dah banyak terkono...hikss..

paham gak ngn situsi tuan belog, pnh gak terkono cenggitu dan akhirnya kalau berselisish rasa cam nak tikam tuan badan tu plak ngn pisau betoi, bior dia rasa...tapi otak masih waras, masih ada Allah di dalam hati, jadik senyumkan ajerlah walaupun si pelaku buat muka cam G*****g....HUHUH~~

Unknownsaid...

betul tu cik kak..klu dah terkono tau la cemana rasanya..mcm mau saja ku radak2 pakai jentolak si mangkuk itu...huhu...btw G*****g tu hapa cik kak, gampang ke?heh ;P

mamappsaid...

betul tu.. apapun kena beringat sebelum kena

Unknownsaid...

@mama pipie betul tu kak..kalau dah terkena baru nk beringat,da terlambat..meggi sudah kembang...heehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!