Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0 :Agenda Illuminati dan CIA?Ini Perspektif aku


Aku ni sebenarnya x berapa minat untuk masuk campur secara langsung dalam cerita layarlara pentas dunia yang bernama POLITIK ni.Sebab bagi aku, antara banyak2 benda 'kotor' dalam dunia ni,benda ni lah yang menjadi 'bapa' kepada segala kekotoran tu..Namun selepas terbaca beberapa artikel dan review berkaitan dengan 'majlis aramaiti' yang berlaku baru2 ni di mother city (ibu negara la), aku terpanggil untuk berkongsi sedikit cerita daripada review2 yang telah aku baca dan kaji.Walaupun secara dasarnya aku bersetuju dengan tuntutan yang dibuat BERSIH 2.0 ni, namun setelah membuat sedikit kajian ke atas beberapa artikel dan blog, aku mengambil keputusan untuk duduk 'di atas pagar', tidak mengiyakan & tidak juga menidakkan tuntutan mereka..
Sekiranya ada diantara anda yang tidak mengetahui @ kurang faham dengan tuntutan mereka ni, berikut aku senaraikan semula 8 tuntutan mereka secara ringkas.

1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics

(dicopy paste dari official website BERSIH 2.0.Untuk penjelasan secara terperinci berkaitan dengan tuntutan mereka, click here BERSIH 8 demands)
  

Ok, sekarang kita beralih kepada orang yang bertanggungjawab dan bertindak sebagai chairman perhimpunan ini, Dato' Ambiga Sreenevasan..

Apa yang anda tahu berkaitan orang ini?
Selain BERSIH, beliau juga adalah salah seorang orang kuat yang memperjuangkan kewujudan IFC (Inter-Faith Comission) di Malaysia.Masih ingat dengan kes Lina Joy yang panas seketika dahulu?Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam mewakili kes 'MURTAD' tersebut!

Menurut Wikipedia - "Ambiga Sreenevasan has stood up for religious tolerance and was the lawyer for Lina Joy in her apostasy case. Ambiga has argued that Article 121(1A) of the Constitution of Malaysia does not deprive Muslims from equality and freedom of religion. All Muslim groups accuse her of disputing Syariah law.
Acting in her capacity as President of the Malaysian Bar Council, Ambiga accepted a memorandum on the formation of an inter-faith commission, which also made 14 demands. Ambiga further held a forum on Article 121(1A) concerning syariah law and the rights of Muslims for freedom of religion, despite objections from conservative Muslim groups."
 (kalau x faham, guna google translate)

Dan berikut pula,14 demands (tuntutan) yang dibuat oleh Ambiga ini melalui IFC.

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ok, sekarang apa yang bermain difikiran anda(terutama sekali yang beragama ISLAM)?Adakah anda masih menyokong perhimpunan BERSIH yang di kepalai oleh si Ambiga keparat ini?Yang lebih menghairan aku lagi, bagaimana orang2 yang dianggap sebagai tokoh2 agama seperti Tuan Guru Nik Aziz,Tuan Guru Hadi Awang, dan ramai lagi mereka yang menggelarkan diri mereka ulama boleh bersekongkol dengan orang seperti Ambiga ini?

Aku x tuduh golongan ulama seperti TGNA & Hadi Awang mengikut telunjuk si Ambiga ni, tapi tidakkah mereka terfikir sekiranya orang seperti ini diberi tempat dalam menentukan corak & policy pemerintahan yang akan datang (itupun kalau Pakatan Rakyat menang la)..tidak mustahil perkara yang pernah dibangkitkannya ini,yang mencabar agama ISLAM dan perlembagaan persekutuan akan menjadi satu tuntutan wajib beliau untuk direalisasikan?

Kalau Anwar Ibrahim aku x heran sangat..sekarang pun aku dah x sokong kau jadi PM lagi...kalau kau dapat jadi PM,entahlah apa akan jadi dengan Malaysia ni.Silap haribulan, lepas tubuh kerajaan, kedutaan besar Israel Zionis pun ikut wujud sama di Malaysia ni...Aku sebenarnya kesian juga dengan Anwar ni, x habis2 di sepak terajang tomoi telentang terlanjang oleh seterunya...Tapi to be honest, dari segi policy aku sudah hilang kepercayaan...Both, BN @ PR, masing-masing punya masalah besar.Thats why, aku lebih senang duduk atas pagar..jadi pemerhati..Conclusion?Buat hal sendiri lagi baik...

Nasibla gelombang demo tu x sampai pun di Sabah..
Walaupun kami di Sabah ni banyak dipinggirkan dalam bermacam2 hal, namun kebanyakan kami masih lagi berfikiran waras..."nyaun te' guno ni ngera2 ta' tenga alun2 ae nak"ling barang babu ae (^_^)...(aku cakap bahasa bajaula.maksudnya "xda guna teriak2 di tengah jalan tu wahai anaku")


Ok, stop merapu.Berikutnya adalah review dan kajian yang dibuat oleh beberapa blogger tentang kaitan Bersih dengan Illuminati dan CIA.

Menurut review ini, BERSIH sebenarnya didukung dan ditaja oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di luar negara iaitu National Democratic Institute (NDI) yakni proksi Illuminati yang dinaungi oleh NED (National Endowment for Democracy), yang diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline K. Albright, telah terlibat secara langsung dalam menaja aktiviti-aktiviti BERSIH sejak tahun 2005 lagi. Albright adalah sekutu kuat Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi!

Selain NDI, 3 lagi cabang NED adalah IRI (International Republican Institute), ACILS (the American Center for International labor Solidarity) dan CIPE (Center for International Private Enterprise)
Allen Weinsten, penggubal dasar undang-undang NED, mengesahkan operasi NED adalah sama seumpama operasi CIA sebelum ini!



Tulisan saudara2 blogger ini agak terperinci sedikit, dan untuk tidak mengubah maksud apa yang cuba disampaikan oleh blogger tersebut, anda disarankan untuk membacanya sendiri di http://saint-guerre.blogspot.com/2011/07/wake-up-project-suci-10.html & http://www.pisau.net/2011/06/bukti-bersih-didalangi-cia-ned.html

Power to the people Illuminati card
Power to the people?well,fikirkan sendiri siapa yang mencipta terma2 tersebut.DIVIDE & RULE, (Pecah & Perintah) DEMOKRASI & KEBEBASAN MUTLAK adalah ciptaan YAHUDI!!!
Renung-renungkan dan selamat beramal!Knowledge is the real Power!!!




Sabda RASULULLAH SAW,"Sampaikanlah ayatku walaupun sepatah".



*Photo from Google Image.

2comments:

Farah Nuranissaid...

Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil. BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? sorry aahh kalau telepas ckp tp utk bgtau jah apa yang ko telepas pandang dan telepas terckp...

aslkm...

Hardy_Hunt2said...

wlkmslm.thanks for ur comment...semua org ada pdpt masing2 & mcm yg sy ckp,ini perpektif sy n i will stick with my opinion..spt yg sy suarakn,pada dasarnya sy sndri jg mnyokong tuntutan yg dibuat oleh BERSIH,xda yg salahnya dlm tuntutan tersebut.utk sesuatu yg adil dan telus,tiada salahnya mereka bersuara.cuma sy x bersetuju dgn org yg bertindak dibelakang gabungan itu,terutama skali ambiga.ok,skrg sy tnya,adakah kmu pasti org2 yg berfikiran 'free thinker' spt ambiga x akan meneruskn niatnya spt yg trdapat dlm tuntutan IFC?suda terang lg bersuluh,yg bahawasanya tuntutan itu bertentangan dgn prlembgaan persekutuan & mencabar kedudukan agama ISLAM sbg agama rasmi malaysia.sekiranya PR berjaya memenangi general election akan dtg,sy berani jamin 200% yg ambiga akan kembali menuntut apa yg diperjuangkannya itu,dan kali ini mereka yg bakal membuat keputusan berkaitan tuntutan itu adalah 'sahabat2 seperjuangannya' yg bersama2 dgn dia berarak dijalanan!apa keputusan yg akan mereka ambil kelak?wallahualam,Allah sj yg tau jika bnda itu benar2 berlaku nti...

kebanyakan mereka yg berada dibelakang BERSIH pula berkata,apa yg mereka buat adalah atas dasar KEBEBASAN BERSUARA & DEMOKRASI.sy tanya sekali lg,siapa yg mencipa terma dasar2 trsebut,bukankah orang2 yahudi laknat yg mencipta smua itu?sememangnya tiada siapa yg bergelar ISLAM menyokong tuntutan ambiga dlm IFC yg sememangnya mencabar kesucian agama ISLAM.mmg betul,menyokong iran menentang kezaliman amerika tidak akan mnjadikn kita syiah,bgtu jg myokong MU x akan mnjadikn kta kafir..tp itu bukan persoalanya..apa yg cuba sy tonjolkan adalah berkenaan isu dan agenda tersirat mereka yg berjuang kononnya atas nma demokrasi ini...dan sy amat bersetuju dgn pendapat saudara bloger seigneur de la guerra yg berkata "BERSIH hanya akan BERSIH apabila tuntutannya lebih menjurus kpd ISLAM,bukanya DEMOKRASI & KEBEBASAN ciptaan yahudi dan nasara.." http://saint-guerre.blogspot.com/2011/07/wake-up-project-suci-10.html

ini cuma sbg 1 perkongsian ilmiah sj..sekiranya ada yg tidak bersetuju dgn pndapt sy terpulang,tepuk dada tanya selera.sy sndiri pn org yg baik sgt dlm soal agama,sy org biasa sj byk kekurangan..tp bila terpandang soal spt ini,sy x akan sekali2 rela orang spt ambiga mnjadi jarum halus yg bakal merosakkn kesucian agama ISLAM..

pemerintah yg zalim mmg perlu ditentang,tiada siapa yg mau mnjadi tunggul dan terus menerus dizalimi oleh penguasa2 zalim.cuma cara dan medium yg digunakan perlulah betul dan sesuai..menurut secara membabi buta tnpa berfikir kesan dan akibat dikemudian hari hanya akan mendatangkan sesalan yg tiada sudahnya kelak...

sekian,salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!