I'll let the photo speak for itself..
Gua sebenarnya adalah seorang yang bersikap 'non-partisan' dalam politik.In fact, gua adalah seorang yang 'sedang dalam perjalanan' untuk menjadi 'penentang' kepada sistem demokrasi ini.Itu akan datang, jika diizinkan Allah.Tapi yang ni memang gua tertarik.Kenyataan yang dikeluarkan 2 orang anak seni yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.Norman Abdul Halim Vs Faizal Tahir.Kedua-duanya merupakan nama yang gua kagumi dalam persada seni Malaysia.Kedua-duanya mempunyai karisma tersendiri.
Terus terang cakap, Norman Abdul Halim sebenarnya merupakan salah seorang anak seni Malaysia yang amat gua kagumi.Senang cakap, gua ingin menjadi seperti dia.Kejayaan yang dia capai bersama adik beradiknya dalam membawa nama KRU sehingga menjadi satu nama sangat besar pada hari ini sememangnya gua sanjung tinggi.Respect.Tapi dengan kenyataan yang yang beliau keluarkan ini telah membuatkan gua mula merasa 'jengkel' terhadap beliau.Dia seolah-olah lupa dengan kenyataan "rezeki itu datangnya dari Allah".Gua bukan hendak memenangkan mana-mana parti politik disini, tapi gua rasa tindakan Norman mengeluarkan statement sebegini memperlihatkan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai nama sebesar beliau.Sesuatu yang kelihatan jahil.Sesuatu yang kelihatan tidak berpaksikan ilmu.Gua tak cakap gua ni seorang yang berilmu, siapalah gua untuk berkata sedemikian.Ilmu cuma seciput didada.Persoalannya cuma : adakah patut statement sebegitu hadir daripada seorang Islam yang mempunyai nama dan pengaruh disisi masyarakat?Hanya kerana hendak memenangkan pihak yang disebelahinya sehingga sanggup menyuarakan pendapat sebegitu rupa?Apapun, bak kata pepatah Nabil, "lu pikirlah sendiri".
At the end of the day, the fact is : sistem demokrasi membenarkan setiap orang yang hidup didalamnya untuk menyatakan pendapat masing-masing.Ayat keramat "ini adalah negara demokrasi" akan terus berkumandang selagi sistem itu sendiri masih terus berdiri.Sekularisme, dualisme, liberalisme, dan pelbagai lagi 'isme' yang berada didalamnya, who care?Yang penting, kebebasan bersuara!
Ada otak fikir, ada akal pakai.
#RespectFaizalTahir
Wassalam.
"Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu" ~ Imam Syafie
Sumber : Twitter