Sunday, April 28, 2013

Norman Abdul Halim VS Faizal Tahir


I'll let the photo speak for itself..

Gua sebenarnya adalah seorang yang bersikap 'non-partisan' dalam politik.In fact, gua adalah seorang yang 'sedang dalam perjalanan' untuk menjadi 'penentang' kepada sistem demokrasi ini.Itu akan datang, jika diizinkan Allah.Tapi yang ni memang gua tertarik.Kenyataan yang dikeluarkan 2 orang anak seni yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.Norman Abdul Halim Vs Faizal Tahir.Kedua-duanya merupakan nama yang gua kagumi dalam persada seni Malaysia.Kedua-duanya mempunyai karisma tersendiri.



Terus terang cakap, Norman Abdul Halim sebenarnya merupakan salah seorang anak seni Malaysia yang amat gua kagumi.Senang cakap, gua ingin menjadi seperti dia.Kejayaan yang dia capai bersama adik beradiknya dalam membawa nama KRU sehingga menjadi satu nama sangat besar pada hari ini sememangnya gua sanjung tinggi.Respect.Tapi dengan kenyataan yang yang beliau keluarkan ini telah membuatkan gua mula merasa 'jengkel' terhadap beliau.Dia seolah-olah lupa dengan kenyataan "rezeki itu datangnya dari Allah".Gua bukan hendak memenangkan mana-mana parti politik disini, tapi gua rasa tindakan Norman mengeluarkan statement sebegini memperlihatkan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai nama sebesar beliau.Sesuatu yang kelihatan jahil.Sesuatu yang kelihatan tidak berpaksikan ilmu.Gua tak cakap gua ni seorang yang berilmu, siapalah gua untuk berkata sedemikian.Ilmu cuma seciput didada.Persoalannya cuma : adakah patut statement sebegitu hadir daripada seorang Islam yang mempunyai nama dan pengaruh disisi masyarakat?Hanya kerana hendak memenangkan pihak yang disebelahinya sehingga sanggup menyuarakan pendapat sebegitu rupa?Apapun, bak kata pepatah Nabil, "lu pikirlah sendiri".

At the end of the day, the fact is : sistem demokrasi membenarkan setiap orang yang hidup didalamnya untuk menyatakan pendapat masing-masing.Ayat keramat "ini adalah negara demokrasi" akan terus berkumandang selagi sistem itu sendiri masih terus berdiri.Sekularisme, dualisme, liberalisme, dan pelbagai lagi 'isme' yang berada didalamnya, who care?Yang penting, kebebasan bersuara!

Ada otak fikir, ada akal pakai.


#RespectFaizalTahir


Wassalam.

"Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu" ~ Imam Syafie



Sumber : Twitter

Read more ...

Thursday, April 25, 2013

Pembabitan Unit Khas BlogB4, Freemason & Illuminati Dalam PRU13


PRU13 yang bakal menjelang kurang 2 minggu dari sekarang merupakan salah satu 'upacara' terbesar bagi rakyat Malaysia dalam memilih barisan kepimpinan dan kerajaan baru (?) yang bakal mencorakkan sistem  demokrasi yang ditinggalkan oleh penjajah sebelum mereka berambus pulang ke negara mereka.Tinggalan sejarah yang sangat diagungkan setiap makhluk bernama manusia di bumi Malaysia ...
Rata-rata dari kita yang berkelayakan untuk mengundi begitu excited dan tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab.Tanggungjawab untuk memilih pemimpin.Samada mengekalkan yang sedia ada atau menukarkannya dengan orang baru.Pemimpin.Seseorang yang akan memimpin 'Khalifah', yang bakal mengetuai sesuatu kelompok masyarakat itu dalam memperjuangkan kelangsungan hidup diatas muka bumi ini.

Selepas selesainya hari penamaan calon, maka bermulalah 'perang' diantara mereka-mereka yang terlibat dalam menyuburkan sistem Freemason ini.Macam-macam cara digunakan untuk menarik pengundi agar memberikan undi keramat kepada mereka yang bertanding.Fitnah berleluasa, character assasination mengambil posisi, halal haram tolak tepi, yang penting manang.Dan yang terbaru, letupan bom buatan sendiri semasa ceramah politik di Pulau Pinang.Budaya ganas demokrasi ciptaan Illuminati mula menular di kalangan kita.Siapa yang bertanggungjawab?Siapa tangan hitam yang cuba menyemai bibit keganasan politik di bumi Malaysia ini?Pihak manakah yang menggunakan taktik kotor ini, adakah BN, seterunya PR, ataupun ada pihak ketiga yang cuba menangguk di air yang keruh?Segalanya masih kabur.Apa yang pasti, memang wujud anasir-anasir gelap yang cuba untuk mencetuskan kekacauan pada PRU kali ini.Terdapat satu rumour yang agak menarik perhatian gua berkaitan perkara ini.Teori berkenaan satu unit khas yang diberi gelaran 'blogB4' yang kononnya bertanggungjawab dalam kerja-kerja 'tangan hitam' di Malaysia selama ini.Gua tak berapa nak berani untuk mengulas lanjut berkenaan perkara ini,(memang tak berani pun sebenarnya) sebab apa yang dipaparkan oleh penulis pada blog tersebut kelihatan seperti 'rahsia sulit kerajaan yang dibocorkan'.Untuk mengetahuinya apa yang gua perkatakan, sila lihat link INI.Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam bissawab...



Baiklah.Kita biarkan insiden itu untuk pihak yang berwajib menyiasatnya terlebih dahulu.Beralih kepada sistem yang sedang diraikan ini, demokrasi.Berasal dari kata dasar 'Demos Kratos'.Kebelakangan ini, jika anda sedar, kita sering mendengar media mahupun pemimpin tertentu menyebut perkataan ini, "menyubur dan mendewasakan sistem demokrasi di Malaysia".Persoalannya, adakah sistem demokrasi itu perlu disubur dan didewasakan?Memetik kata-kata terkenal bapa demokrasi Amerika, Abaraham Lincoln mengenai maksud demokrasi iaitu “dari manusia, oleh manusia, dan untuk manusia”(from the people, by the people, for the people).Kata-kata ini jelas sekali menggambarkan demokrasi itu meletakkan manusia sebagai pembuat hukum.Persoalan : Adakah manusia layak untuk mencipta undang-undang dan hukum untuk mentadbir muka bumi ini?Adakah undang-undang dan hukum ciptaan Ilahi yang diturunkan dari langit itu tidak cukup sempurna untuk digunakan dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di atas muka bumi ini?

Abraham Lincoln itu sendiri adalah merupakan salah seorang ahli Freemason.Freemason, bagi yang kurang tahu,(Sedikit info.Untuk maklumat lanjut, sila google & buat kajian sendiri) adalah satu pertubuhan ultra-yahudi yang salah satu ciri-ciri didalamnya adalah tidak mengiktiraf atau menerima konsep ketuhanan Islam dalam ideologinya.Jadi secara logik, adakah ahli freemason ini melihat undang-undang dan hukum yang turun dari langit sebagai panduan dalam melentur dan membentuk acuan demokrasi itu?Freemason itu sendiri tidak percaya dengan kewujudan Yang Maha Pencipta, jadi sudah pasti sistem ciptaan mereka juga tidak akan sesekali menjadikan 'undang-undang langit' sebagai panduan.So, sekali lagi persoalannya, adakah ini sistem yang kita mahukan?Adakah PATUT bagi kita untuk turut sama menyubur dan mendewasakan sistem ini???

Memartabatkan Islam melalui sistem demokrasi yang berkiblatkan Illuminati yang secara terang-terangan menolak hukum Allah dalam undang-uadang ciptaan mereka.Adakah itu cara yang betul untuk memperjuangkan dan mengangkat semula Islam?Jika tidak, bagaimanakah cara yang SEBENARNYA untuk memartabatkan semula Islam?Bagaimana untuk kita mengembalikan semula kegemilangan Islam seperti apa yang berlaku di zaman Khulafah Ar-Rasyidin dulu?

Wallahualam.Terlalu banyak persoalan...

Berpindah pula kepada politik Malaysia dan Islam.PAS katanya memperjuangkan Islam.Persoalan : Adakah ideologi dan undang-undang Islam yang sebenar akan dapat dimartabatkan melalui sistem demokrasi?Bagaimana dengan UMNO, yang katanya turut memperjuangkan Islam.Namun apa yang terjadi?Islam hanya pada nama.Itu saja yang mampu dilakukan oleh UMNO selepas lebih 50 tahun ditampuk pemerintahan.PKR pula?Wallahualam.Lambang 'mata' pada benderanya saja cukup menggusarkan.Adakah sekadar kebetulan lambang, atau ianya satu petanda?

Lambang PKR & One Eye Seeing All

Lambang dacing Barisan Nasional

Lambang dacing Freemason

Lambang UMNO & Vatican City


(Gambar sekadar hiasan untuk difikirkan)


Lihat bagaimana doktrin pecah dan perintah (divide & rules) yang merupakan 'mata' di dalam sistem demokrasi ciptaan Freemason ini berkerja untuk memecahkan kelompok Islam dalam masyarakat di negara kita.3 buah parti politik terbesar di Malaysia yang majoritinya dianggotai oleh orang-orang yang beragama Islam.Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh sistem dajjal ini.Perpecahan.Believe me, selagi demokrasi masih mengambil tempat sebagai 'rules of law' dalam sistem pemerintahan sesebuah negara, selagi itulah perpaduan hakiki tidak akan wujud.Dalam konteks yang sebenar, sistem ini sebenarnya menyasarkan penganut Islam secara halus.Menyusup dan mencuci pemikiran umat agar melihat sistem ini sebagai sesuatu yang wajib untuk dimartabat dan diraikan, seolah-olah sistem ini adalah pelengkap kepada kehidupan walhal ia sebenarnya adalah muslihat dan jarum halus yang telah dicipta dengan teliti oleh pengikut dajjal berkurun lamanya.Mind control.Masyarakat yang 'dipecahkan' dan 'diperintah' tanpa sedar.Inilah yang mereka mahukan sebenarnya...

Kenapa barat terutamanya Amerika begitu beria-ia dan sentiasa mencanang diri mereka sebagai pejuang demokrasi?Sebab melalui sistem inilah segala perancangan sulit mereka akan di'execute'.Lihat bagaimana satu persatu negara-negara Arab yang tumbang mula di'demokrasikan' oleh mereka.Segalanya amat jelas, demokrasi adalah sistem yang telah dirancang sekian lama untuk mencapai suatu matlamat akhir mereka, One World Goverment.New World Order.Mencipta satu dunia yang 100% berada dibawah telunjuk dan kawalan mereka.Adakah yang gua katakan ini cuma satu khayalan dan teori mengarut para pengkaji konspirasi?Fikir.

Tanpa mengira pegangan agama dan fahaman politik, rata-rata dari kita menganggap demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan terbaik yang pernah wujud diatas muka bumi ini dan adalah menjadi kewajipan setiap yang berkelayakan untuk meraikan dan mencipta sejarah baru melalui proses pemilihan ini.Mencipta sejarah melalui sistem freemason?Sejarah boleh dicipta melalui apa jua cara, namun ada sesuatu yang amat penting untuk difikirkan ketika ingin mencipta sejarah, iaitu impak daripada sejarah yang bakal tercipta itu.Adakah hasilnya kelak akan menjadi seperti yang diharapkan, padahal akarnya sendiri sudah diketahui datangnya dari proses ciptaan manusia yang mengetepikan Yang Maha Pencipta didalamnya?

Pendapat gua?The whole system is a mess!Gua sendiri belum pasti samada mau pergi mengundi atau tidak kali ni.Pendapat peribadi gua, kalau akarnya rosak, maka seluruh pohon dan hasilnya juga sudah pasti akan rosak!Namun benarkah begitu?Adakah pepohon demokrasi ini adalah sesuatu yang memang telah rosak sejak dari azalinya?Secara peribadi, gua mengiyakan pendapat ini.Apapun terpulanglah kepada pendapat masing-masing.Iqra' dan buatlah kajian sendiri.Ilmu tidak akan datang bergolek tanpa dicari...

Mengharapkan perubahan dan kebaikan melalui proses ini mungkin tidak salah, tapi bagaimana perubahan dan kebaikan itu akan diterjemahkan bakal menjadi persoalan kelak, adakah sistem hukum yang diperkenal dan dicipta manusia akan dapat menandingi undang-undang ciptaan Yang Maha Esa?Dan paling penting, adakah Islam akan dapat dimartabatkan melaluinya?Think tank.

Cukuplah untuk kali ni.Terlalu banyak sangat persoalan yang gua sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.Lagipun, kalau ulas panjang sangat nanti orang tak nak baca pula.Gua taw, isu-isu berat ni orang tak berapa nak layan, kecuali yang betul-betul berminat untuk mengetahui dan berfikir.Apapun, semoga berbaloi untuk kita fikir-fikirkan...

As-salam.




*Gua bukannya nak suruh korang jangan pergi ngundi..Pergi, tunaikan kewajipan anda dalam sistem ni.Apa yang gua tulis ni hanyalah pandangan peribadi dan sekadar satu perkongsian untuk difikir-fikirkan.Tidak lebih dari itu.Adioss...







Read more ...

Friday, April 19, 2013

Kaki Bola ~ Cristiano Ronaldo Bakal Kembali Ke Manchester United?


Salam.

Walaupun ketika ini kita tengah berada ditengah kehangatan PRU13, hentikan dulu seketika cerita pasal politik.Mari kita cerita tentang perkara yang lebih menarik daripada politik dan pasti menyihatkan badan.Bola.Ya bola...Bermula dari posting ini, gua akan memperluaskan lagi skop penulisan blog ini ke salah satu bidang yang gua minati, iaitu sukan, terutamanya bolasepak.Antarabangsa semestinya.Sebab, terus terang cakap gua tak berapa nak layan liga tempatan ni.Bukan tak mau sokong, tapi ada sebab lain kenapa gua tak berapa ambik port tentang liga M...Lain kali gua cerita ok.

Baiklah.Mari kita pergi kepada tajuk yang gua tulis kali ni, tentang CR7.


Sensasi bolasepak dunia Cristiano Ronaldo (CR7) bakal kembali ke team lamanya Manuk Naited...Eh silap, Manchester United (MU)?Printscreen diatas memaparkan satu tweet yang dikatakan dibuat oleh CR7 di laman twitter miliknya yang kemudiannya dikatakan telah dipadamkan semula olehnya.Sejauh mana kesahihan berita ini tidaklah dapat dipastikan.Namun sekiranya berita ini benar, nampaknya pasukan Manuk Naited bakal mendapat suntikan kekuatan baru dengan kehadiran semula striker Real Madrid dan Portugal ini ke Old Teropot...Trafford...Sorry again my mistake hehe...

Apapun kepada semua kaki bola, sama-sama kita nantikan sejauhmana kebenaran berita ini.Terus terang cakap, gua memang anti ngan team setan merah ni tapi fan kepada CR7.Harap-harap hoax, sebab kalau betul maka bertambahlah kekuatan setan-setan merah itu huhu...Setan merah fan out there jangan marah haa...hoho...

Keep The Blues Flag Flying High!

Adioss :)






Source : Twitter & Google Image


Read more ...

Thursday, April 18, 2013

Pengeboman Boston ~ Suspek Dikenalpasti! (Foto)

Seperti yang kita sedia maklum, Amerika sekali lagi telah digegarkan dengan satu serangan bom semasa berlangsungnya acara marathon di Boston pada 15 April baru-baru ini.Sehingga saat ini pihak berkuasa Amerika masih belum dapat dapat mengenalpasti (?) siapakah dalang disebalik kejadian berdarah ini.Teori konspirasi mula kedengaran mengaitkan penglibatan....(Ni yang gua suka ni, teori konspirasi.Apapun akan diulas pada artikel akan datang.Illuminati & New World Order mempunyai perancangan untuk ini.Sabo).

Berikut gua kongsikan beberapa keping gambar ekslusif, yang dikatakan sebagai suspek pengeboman Boston tersebut.


Secret Police???









Source : Infowars.com

Read more ...

Wednesday, April 17, 2013

Senarai Calon PRU13 Pembangkang Sabah






Kawasan Parlimen
P 167 – Kudat = Rahimah Binti Majid (PKR) VS Robert Mojurip Diyun (SAPP)

P 168 – Kota Marudu = Maijol Mahap (APS-PKR) VS Dr. Yuntau K. Kolod (SAPP)

P 169 – Kota Belud = Isnaraissah Munirah Binti Majlid @ Fakharudy (PKR)

P 170 – Tuaran = Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred (APS-PKR)

P 171 – Sepanggar = Chin Hon Kiong (SAPP) VS Jeffrey Kumin @ John (DAP)

P 172 – Kota Kinabalu = Wong Sze Phin @ Jimmy (DAP)

P 173 – Putatan = Duli @ Dulie bin Mari @ Marie (SAPP) VS Lee Han Kyun @ Joseph Lee (DAP)

P 174 – Penampang = Ignatius Dorrel Leiking (PKR)

P 175 – Papar = Mohammad Yahya @ Yahya Bim Lampong (PKR)

P 176 – Kimanis = Jaafar Bin Ismail(PKR) VS Jamil William (SAPP)

P 177 – Beaufort = Lajim Ukin (PPS-PKR) 

P 178 – Sipitang = Ramlee Bin Dua @ Ramli Dua Lee(PKR) VS Kamis bin Daming (SAPP)

P 179 – Ranau = Jonathan Yassin (PKR)

P 180 – Keningau = Stephen Sandor (PKR) VS Jeffrey Kitingan (STAR)

P 181 – Tenom = Masdin Bin Tumas(PKR) VS Jaineh Bin Juata @ Jimmy Jawatah (SAPP)

P 182 – Pensiangan = Dr Richard Sakian Bin Gunting(PKR)

P 183 – Beluran = James Miki(PKR)

P 184 – Libaran = Mohd Serman Bin Hassnar(PKR)

P 185 – Batu Sapi = Hamzah bin Abdullah (PAS)

P 186 – Sandakan = Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP)

P 187 – Kinabatangan = Mustapa Bin Datu Tambuyong(PKR)

P 188 – Silam = Dr Badrulamin Bin Bahron(PKR)

P 189 – Semporna = Dr Zamree @ Mohd Suffian Bin Abdul Habi(PKR)

P 190 – Tawau = Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min(PKR) VS Chua Soon Bui (SAPP)

P 191 – Kalabakan = Usman bin Madeaming (PAS)


Kawasan DUN
N1 Banggi = Datu Abdul Razak Bin Datu Abdul Salam (PKR) VS Jae-ly bin Medong (SAPP)

N2 Tanjong Kapor = Chin Chung Kui @ William Chin (PKR) VS Tsen Heng Chong @ Peter Tsen (SAPP)

N3 Bengkoka = Danseh Queck@Karman (PAS) VS Johanes Piut (SAPP)

N4 Matungong = Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan (PKR) VS Richard Jiun (SAPP)

N5 Tandek =  Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau (PKR) VS Yapolai bin Kundapit @ Henry (SAPP)

N6 Tempasuk = Awang Laiman Ikin@ Aban (PAS) VS Abdul Malik bin Mohed (SAPP)

N7 Kadamaian = Uloh @ Jeremmy Bin Majalad @ Malazad (PKR) VS Peter Marajin 
(SAPP)

N8 Usukan = Ir Mustafa Sa’mud(PKR)

N9 Tamparuli = Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred(PKR) VS Stephan bin Gaimin (SAPP)

N10 Sulaman = Mukhtar(PKR)

N11 Kiulu = Rhodes Bin Panilau(PKR) VS Tindil B Gonsobil @ Sidin (SAPP)

N12 Karambunai = Muali Bin Aching(PKR) VS Aziz Bin Ibrahim (SAPP)

N13 Inanam = Roland Chia Ming Shen(PKR) VS Eric Majimbun (SAPP)

N14 Likas = Yong Teck Lee (SAPP) VS Wong Hong Jun (DAP)

N15 Api-Api = Liew Chin Jin(PKR) VS Wong Yit Ming (SAPP)

N16 Luyang = Melanie Chia Chui Ket (SAPP) VS Hiew King Cheu (DAP)

N17 Tanjung Aru = Hamid Ismail (PAS) VS Richard Yong We Kong (SAPP)

N18 Petagas = Mat Yunin @ Mohd Yunin Bin Atin(PKR)

N19 Kapayan = Chong Pit Fah (SAPP) VS Edwin @ Jack Bosi (DAP)

N20 Moyog = Terrence Siambun(PKR) VS Danim @ Aloysius Siap (SAPP)

N21 Kawang = Kefli @ Dzulkefli Bin Safar(PKR) VS Edward Dagul (SAPP)

N22 Pantai Manis = Fred Bin Gabriel (PKR) VS Noraizal bin Mohd Noor (SAPP)

N23 Bongawan = Ibrahim Menudin (PKR) VS Awang Talip bin Awang Bagul (SAPP)

N24 Membakut = Narawi @ Sinar Bin Ahmad(PKR) VS Banjimin Ondoi (SAPP)

N25 Klias = Lajim Bin Ukin(PKR) VS Mohd. Sanusi bin Taripin (SAPP)

N26 Kuala Penyu = Johan @ Christopher Bin OT Ghani (PKR)

N27 Lumadan = Ustaz Abdul Rahman Yaakob(PKR) VS Jamain bin Sarudin (SAPP)

N28 Sindumin = Harunsah Bin Ibrahim(PKR) VS Amde @ Hamdi Sidik (SAPP)

N29 Kundasang = Satiol Bin Indong(PKR) VS Japiril bin Suhaiman (SAPP)

N30 Karanaan = Dr Muhiddin @ Mohd Anas Bin Yusin(PKR)

N31 Paginatan = Amru Bin Abd Kadir(PKR)

N32 Tambunan = Wilfred Win Bin Ponil(PKR)

N33 Bingkor = Ahmad Shah Tambakau(PKR)

N34 Liawan = Paul Gitang(PKR) VS Pauket Yadiloh @ Johari Tahir (SAPP)

N35 Melalap = Roger bin Stimin (SAPP) VS Noorita binti Sual (DAP)

N36 Kemabong = Biou Suyan(PKR) VS William Ensor Bin Tingkalor (SAPP)

N37 Sook = Liberty Lopog(PKR) VS Datuk Frankie Chong Yu Chee (SAPP)

N38 Nabawan = Raymond Bin Ahuar(PKR)

N39 Sugut = Petrus Zabang(PKR)

N40 Labuk = Tan Yong Gee(PKR)

N41 Gum-Gum = Ahmad Thamrin @ Thamrin Bin Mohd Jaini(PKR)

N42 Sungai Sibuga = Irwansyhah Bin Mustafa (PKR)

N43 Sekong = Musah Bin Ghani(PKR) VS Awang @ Abdul Nasib bin Othman (SAPP)

N44 Karamunting = Yong Vui Min (SAPP) VS Chong Ket Kiun (DAP)

N45 Elopura = Liau Fook Kong (SAPP) VS Hiew Vun Zin (DAP)

N46 Tanjung Papat = Yong Chie Man @ Yu Chie Man (SAPP) VS Poon Ming Fung (DAP)

N47 Kuamut = Benson Ingam(PKR)

N48 Sukau = Ahdah Sulaiman (PAS)

N49 Tungku = Johani Bin Abd Halim (PKR) VS Dato Shuaib bin Dato Mutalib (SAPP)

N50 Lahad Datu = Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong(PKR) VS Aliandu bin Enjil Datu (SAPP)

N51 Kunak = Kasman Karate (PAS)

N52 Sulabayan = Hermeny Bin Murgal(PKR)

N53 Senallang = Mohd Amin Bin Abdul Mem(PKR)

N54 Bugaya = Hasai Tudai (PAS)

N55 Balung = Frank Salazar @ Franco (PKR) VS Abdul Hamid @ Amit Bin Mohammad Noor (SAPP)

N56 Apas = Alizaman Bin Jijurahman (PKR) VS Tahir Bin Dahli (SAPP)

N57 Sri Tanjung = Yong Chong Kim (SAPP)

N58 Merotai = Ahmad Dullah (PAS)

N59 Tanjung Batu = Fatmawati Mohd Yusuf (PAS)

N60 Sebatik = Daud Jalaluddin (PAS)



Calon PKR masih belum disahkan sepenuhnya.Dijangkakan senarai penuh Calon PKR Sabah akan diumumkan hari ini oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.Begitu juga dengan senarai Calon STAR yang bakal diumumkan oleh ketuanya Datuk Dr. Jefrrey Kitingan.


 *Calon PKR telah DISAHKAN.


*Updated : Calon SAPP telah DISAHKAN.


Akan diupdate dari masa ke semasa.

Read more ...

Wordless Wednesday #20~ The Cutest Duck Face Ever!



Gua memang tak terkata der.Hanya ini yang mampu gua lakukan.Ahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahaha 80 ratus juta kali.

(^__^)V


Source : Pesbuk kawan gua yang bengong

Read more ...

Tuesday, April 16, 2013

Senarai Calon PRU13 BN Sabah




Kawasan Parlimen

P 167 – Kudat = Rahim Bakri (UMNO)

P 168 – Kota Marudu = Maximus Johnity Ongkili (PBS)

P 169 – Kota Belud = Rahman Dahlan (UMNO)

P 170 – Tuaran = Madius Tangau (UPKO)

P 171 – Sepanggar = Jumat Idris (UMNO)

P 172 – Kota Kinabalu = Chin Tek Ming (PBS)

P 173 – Putatan = Makin @ Marcus Mojigoh (UPKO)

P 174 – Penampang = Bernard Giluk Dompok (UPKO)

P 175 – Papar = Rosnah Abdul Rasyid Shirlin (UMNO)

P 176 – Kimanis = Anifah Aman (UMNO) 

P 177 – Beaufort = Azizah Mohd Dun (UMNO)

P 178 – Sipitang = Sapawi Amat Wasali (UMNO)

P 179 – Ranau = Ewon Ibin (UPKO)

P 180 – Keningau - Joseph Pairin Kitingan (PBS)

P 181 – Tenom = Raime Unggi (UMNO)  

P 182 – Pensiangan = Joseph Kurup (PBRS)

P 183 – Beluran = Ronald Kiandee (UMNO)

P 184 – Libaran = Juslie Ajirol (UMNO)

P 185 – Batu Sapi = Linda Tsen Thau Lin (PBS)

P 186 – Sandakan = (Belum Diumumkan-Kuota LDP)

P 187 – Kinabatangan = Bung Mokhtar Radin (UMNO)

P 188 – Silam = Datu Nasrun Datu Mansur (UMNO)

P 189 – Semporna = Shafie Apdal (UMNO)

P 190 – Tawau = Mary Yap Kain Ching (PBS)

P 191 – Kalabakan = Ghapur Salleh (UMNO)


Kawasan DUN

N1 Banggi = Mijul Hj Unaini (UMNO)

N2 Tanjong Kapor = (Belum Diumumkan-Kuota LDP)

N3 Bengkoka = Bolkiah Ismail (UMNO)

N4 Matungong = Sarapin Magana (PBS)

N5 Tandek =  Anita Baranting (PBS)   

N6 Tempasuk = Musbah Jamli (UMNO)

N7 Kadamaian = Herbert T. Lagadan (PBS)

N8 Usukan = Salleh Said (UMNO)

N9 Tamparuli = Jahid Jahim (PBS)

N10 Sulaman = Hajiji Hj Nor (UMNO)

N11 Kiulu = Joniston Bangkuai (PBS)

N12 Karambunai = Jainab Ahmad (UMNO)

N13 Inanam = Joseph Paulus Latip (PBS)

N14 Likas = (Belum Diumumkan-Kuota LDP)

N15 Api-Api = Yee Moh Chai (PBS)

N16 Luyang = Agnes Shim (MCA)

N17 Tanjung Aru = Edward Yong Oui Fah (PBS)

N18 Petagas = Yahya Hussin (UMNO)

N19 Kapayan = Edward Khoo Keok Hai (MCA)

N20 Moyog = Philip Benedict lasimbang (UPKO)

N21 Kawang = Ghulam Haidar (UMNO)

N22 Pantai Manis = Rahim Ismail (UMNO)

N23 Bongawan = Mohd Alamin (UMNO)

N24 Membakut = Mohd Ariffin Mohd Arif(UMNO)

N25 Klias = Isnin Aliasnih (UMNO)

N26 Kuala Penyu = Limus Jury (UPKO)

N27 Lumadan = Kamarlin Ombi (UMNO)

N28 Sindumin = Ahmad Bujang (UMNO)

N29 Kundasang = Joachim Gunsalam (PBS)

N30 Karanaan = Masidi Manjun (UMNO)

N31 Paginatan = Siringan Gubat @ Aliance (UPKO)

N32 Tambunan = Joseph Pairin Kitingan (PBS)

N33 Bingkor = Kennedy Jie John @ Kenn (UPKO)

N34 Liawan = Sairin Karno (UMNO)

N35 Melalap = Radin Maleh (PBS)

N36 Kemabong = Rubin Balang (UMNO)

N37 Sook = (Belum Diumumkan-Kuota PBRS)

N38 Nabawan = Bobbey Ah Fang Suan (UPKO)

N39 Sugut = James Ratib (UMNO)

N40 Labuk = Micheal Asang (PBS)

N41 Gum-Gum = Zakaria Idris (UMNO)

N42 Sungai Sibuga = Musa Aman (UMNO)

N43 Sekong = Samsudin Yahya (UMNO)

N44 Karamunting = (Belum Diumumkan-Kuota LDP)

N45 Elopura = Au Kam Wah (Gerakan)

N46 Tanjung Papat = Raymond Tan Shu Kiah (Gerakan)

N47 Kuamut = Masiun Banah (UPKO)

N48 Sukau = Saddi Abd. Rahman (UMNO)

N49 Tungku = Suhaili Mohd Said (UMNO)

N50 Lahad Datu = Mohd. Yusuf Apdal (UMNO)

N51 Kunak = Nilwan Kaban (UMNO)

N52 Sulabayan = Jaujan Sambakong (UMNO)

N53 Senallang = Nasir Sakaran (UMNO)

N54 Bugaya = Ramlee Marabahan (UMNO)

N55 Balung = Syed Abas Syed Ali (UMNO)

N56 Apas = Tawfiq Abu Bakar Titingan (UMNO)

N57 Sri Tanjung = Fung Len Fui (PBS)

N58 Merotai = (Belum Diumumkan-Kuota LDP)

N59 Tanjung Batu = Hamisah Samat (UMNO)

N60 Sebatik = Muis Hj Picu (UMNO)


#TERKINI : PENGUMUMAN RASMI CALON BARISAN NASIONAL (BN) SABAH UNTUK PRU13 oleh Datuk Seri Musa Haji Aman (Pengerusi BN Sabah) - 
CALON UMNO SAHAJA.
Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) akan diumumkan sendiri oleh pengerusinya Datuk Seri Joseph 
Pairin Kitingan selewat-lewatnya esok.



#UPDATE TERKINI: Senarai calon Parti Bersatu Sabah (PBS)



*Akan diupdate dari masa ke semasa

Read more ...

Tips Bagaimana Untuk Mengesksploit Traffic Secara Drastik Ke Blog


Mempunyai capaian traffic yang tinggi sememangnya merupakan impian setiap orang yang memiliki blog/website.Kali ni gua ingin berkongsi sedikit tips yang pada pandangan gua boleh memberikan impak yang besar kepada aliran traffic di sesebuah blog atau website.Cara ini telah gua praktikkan sendiri diblog ini dan ternyata impaknya AMATLAH efektif dan telah berjaya melonjakkan traffic blog gua ke tahap yang boleh gua banggakan...Hnshnshns..Bangga nih..(Dengan lobang idung yang kembang hehe).

Baiklah, berikut gua kongsikan 2 cara yang gua maksudkan itu.Semoga bermanfaat.


Tajuk
Tajuk posting merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menjana traffic ke blog.Penulis blog harus pandai mengeksploitasi 'minda pembaca' bagi tujuan ini.Tajuk yang menarik dan dapat menimbulkan 'curiosity tinggi' pasti akan dapat menarik jumlah capaian traffic yang baik untuk satu-satu posting itu.Contohnya..

Printscreen diatas di ambil dari blog gua sendiri.Perhatikan bagaimana tajuk Pelacur.Blogspot.Com telah berjaya menjana traffic yang agak baik (1652 view) hanya dalam tempoh 3 hari sahaja.Padahal isi kandungan posting tu sebenarnya tidaklah menceritakan tentang apa yang difikirkan oleh pembaca ketika membaca tajuk tersebut, cuma menceritakan tentang keyword saja hewhew.Tajuk yang menimbulkan 'curiosity tinggi' semestinya akan dapat mengeksploit traffic yang baik, namun berhati-hati agar tidak memberi tajuk yang jauh manyimpang dari topik asal dan 'misleading', kerana tindakan sebegini boleh membuatkan pembaca menjadi meluat dan lari meninggalkan blog anda.Sekali-sekala takpa kot hehe...

Tajuk yang 'tergantung' dan kontroversi juga adalah satu cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca.Namun jangan lupa untuk meletakkan tanda soal (?) dipenghujung tajuk agar tajuk itu tidak dilihat sebagai satu tuduhan kepada pihak yang anda tulis.Contohnya : "Merong Mahawangsa Disaman?".Tajuk ini pernah gua lihat pada satu tulisan blog tidak lama dahulu.Tajuk ini sememangnya telah menarik perhatian gua untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang terjadi dengan 'Merong Mahawangsa'.Ingatkan ada kaitan dengan KRU Studio, sebab KRU Studio kan pernah terbitkan filem Merong Mahawangsa.Rupa-rupanya kes saman sebuah syarikat yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan filem tersebut.Syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd!

Lihat bagaimana tajuk yang dieksploitasi boleh menarik audience/pembaca untuk menjadi 'curious' dengan satu-satu artikel tulisan itu.Terpulang kepada kebijaksanaan anda sebagai penulis untuk menggunakan cara ini bagi menarik perhatian pembaca agar 'tersangkut dengan umpan yang anda tabur'..


Trend/Isu Semasa
Trend/Isu semasa juga merupakan salah satu lagi cara terbaik untuk mendatangkan traffic yang tinggi kepada sesebuah blog.Bagi tujuan ini, penulis blog haruslah sentiasa peka dengan keadaan semasa persekitaran, sosio, ekonomi, politik etc jika ingin menggunakan cara ini.Contoh dibawah membuktikan bagaimana faktor trend/isu semasa merupakan salah satu cara terbaik bagi menjana traffic yang tinggi ke blog...


Keputusan gua untuk menulis artikel mengenai isu semasa sosio-politik negara berkenaan kejadian pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu merupakan salah satu keputusan terbaik yang pernah gua lakukan untuk blog ini kerana posting tersebut telah berjaya melonjakkan traffic blog ini melebihi 100% dan berjaya menarik dan memperkenalkan blog ini kepada pembaca-pembaca baru.Sehingga posting ini ditulis, posting Kisah Pencerobohan Bersenjata Lahad Datu & Kaitannya Dengan Tuntutan Terhadap Sabah telah berjaya mencapai hit/view sebanyak 25060 kali dan merupakan antara salah satu artikel yang memiliki capaian traffic tertinggi dalam sejarah blog ini.

Berikut beberapa lagi contoh posting gua berkaitan trend/isu semasa yang berjaya mencatat hit/vew yang baik.


(Artikel analisis ini sepatutnya mencatat hit yang tinggi jika tidak diplagiat/dicopy-paste oleh mangkuk hayun yang tidak bertanggungjawab.Amat menyakitkan hati bila melihat artikel yang ditulis 100% oleh anda berada di 'page' orang lain dengan capaian traffic yang tinggi berserta pelbagai ulasan, manakala si mangkuk hayun memperlakukannya seolah-olah dia adalah pemilik artikel tersebut. Atas sebab itu, gua telah mengambil keputusan untuk mengharamkan sebarang aktiviti plagiat terhadap sebarang artikel/tulisan gua didalam blog ini.Adalah diingatkan, faktor plagiat/copy-paste juga memainkan peranan dalam mempengaruhi jumlah traffic ke sesebuah blog itu)

Amaran : sila berhati-hati sekiranya ingin menggunakant trend/isu semasa (terutama sekali yang berkaitan dengan soal sosio-politik) dalam topik penulisan kerana jika tersilap info atau fakta, maka potensi anda untuk menerima surat saman daripada pihak tertentu amatlah tinggi.Elakkan menulis sesuatu yang berbaur fitnah kerana tindakan itu akan mengundang kemarahan daripada pihak yang anda tulis dan jika hal itu berlaku, maka bersedialah untuk mengupah peguam...Tak dapek den nak nolong eh....

..................................................

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menjana traffic ke sesebuah blog.Antaranya seperti SEO(Search Engine Optimization), pengunaan permalink, ping entry, blog contest dan pelbagai lagi.Untuk cara-cara yang itu, kepada yang tidak mengetahui, sila google :).Bagi pemilik blog yang sudah sedia terkenal seperti dari golongan artis, ahli politik dan sebagainya, mereka mungkin tidak memerlukan cara-cara yang gua sebutkan ini namun bagi blogger baru dan mereka yang masih tercari-cari cara bagaimana untuk melonjakkan traffic blog, cara-cara yang gua sebutkan ini adalah sesuatu yang boleh anda cuba dan fikirkan.

 Sekadar perkongsian saja der.Bukan untuk mendabik dada, jauh sekali untuk menunjuk pandai.Sama-sama kita berkongsi sedikit ilmu.Semoga dapat dimanfaatkan.Good luck!


Wassalam.





*Gambar printscreen agak kabur kerana telah diperbesarkan beberapa kali ganda agar dapat dilihat.Kepada yang kurang jelas, sila gunakan kanta atau mikroskop hehe...




Update ~ Lihat bagaimana satu lagi 'letupan traffic' berjaya dilakukan apabila faktor trend/isu semasa berjaya dieksploitasi dengan baik.Posting mengenai senarai calon PRU13 BN pada hari ini (16 April 2013) telah berjaya meletupkan traffic blog ini sehingga berjaya menarik pengunjung melebihi 6000 page view & UV (Unique Visitor) melebihi 3000 hit/view hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.Lihat printscreen dibawah..


So, jika ingin melihat blog anda mencapai traffic hit/view yang baik, pandai-pandailah untuk mengeksploitasi tips & perkara yang telah gua beritahu diatas.

Adioss! :)




Rujukan & Kredit : Blogspot Control Panel & Google Image

Read more ...

Thursday, April 11, 2013

Pelacur.Blogspot.Com

Apakah perkara pertama yang terpacul di minda anda bila terbaca tajuk di atas & melihat gambar ini?18sx, kelucahan melampau, merosakkan minda anak muda, menggalakkan pergaulan bebas, bakal meningkatkan kes pembuangan bayi, membiakkan persundalan disisi masyarakat dan pelbagai lagi penyakit sosial...Tul dak?

 Wah, nampak Maria Ozawa laju engkau tekan derr.Dasar otak kalerful.Hehehe...

Sebenarnya, gambar yang tidak ada kena mengena dengan tajuk hehehew.Ok ok relaks,cool.Gua nak cerita la ni.Al-kisah sahibul hikayat, sepanjang gua jadi blogger, ni pertama kali gua nampak keyword carian yang what the fish macam ni dekat blog gua.Entah mangkuk mana yang buat carian ni.Pelik pun ada, lucu pun ada gak.Blog gua ni ada rupa web porno ke hapa?Bengong betul.


Memang dah parah ni.Sex Maniac.Gua sarankan pada mangkuk yang buat carian ni, kalau lu terbaca posting ni cepat-cepatlah pergi ke hospital mental yang berdekatan.To all the chicks out there, dengar nasihat khidmat masyarakat dari bro yang hensem ni, jaga-jaga dengan persekitaran anda.Jangan biarkan diri anda diselubungi tuuuut.Sex Maniac ada dimana-mana (Baca dalam mood seram)....huuuuuu....


*Hah, gua tau mesti lu orang tengah jengah address tu kan?Takyah susah-susah, gua dah pergi tengok..Perkara yang lu orang 'bayangkan' tu takda kat sana pun.Hanya sebuah blog terbiar...Tak caya?tak caya pi la tengok sendiri...Memang dasar otak kalerful...hehehe...

Adioss





Read more ...

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday #18 ~ Pengundi Atas Pagar Versi Si Bayau


Pening si Bayau berfikir merenung masa depan..Siapala mau diundi ni."Si anu bilang, janji ditepati dia bilang tapi inda juga pandai tepat-tepat..'tetapi' sija yang banyak.Yang si anu pun sama juga kunsikang, besaaaaaaaakap seja dia tau.Dia punya tampat pun masam inda katantuan juga..Duduk sini sija la sia tingu-tingu kamurang...."


*Wordless?Wordless la betul...hewhew
(^__^)V





Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Facebook Bakal Mengalami Major Update Sekali Lagi


Salam.

Rasanya semua rakyat Malaysia dah tau bila tarikh 'Perang Raya Umum', jadi takyah la gua update lagi.Kita cakap pasal hal lain la...ok.

Kali ni gua mau bagi info terkini pasal laman sosial terfofuler zaman ini, pesbuk.Nampaknya pesbuk bakal mengalami major update.'Timeline' yang baru saja diperkenalkan tidak lama dulu bagi menggantikan user interface (UA) pesbuk yang dulu nampaknya akan berubah wajah sekali lagi.Entah apokono dengan kepala hotak Mark Zuckerberg yang sesuka hati dia saja nak ubah itu ni.Mentang-mentangla dia CEO.Bagi pelempang kang..

Mungkin kebanyakan pengguna masih belum dapat melihat update yang bakal dibawa pada UA facebook ini.Macamana gua dapat tau?Well, senang ja..Gua sekeh kepala si yahudi tu sekali paksa dia dedahkan maklumat..Menangis-nangis dia gua cakap lu der...haha..Poyo....

Banyak bunyi pulak lu hehe.Baiklah.Berikut beberapa printscreen major update tersebut.Lawa ka buruk, lu tengok la sendiri..




Printscreen ni gua ambik dari account secondary profile FB gua sendiri.Lama tak buka acc ni, sekali gua buka tadi tetiba dah jadi macam ni.Setting dia dah berubah banyak ni, tak sama dengan UA major account gua.Mainpage UA dah tak stream macam yang sekarang ni.Hanya sebelah kanan aja yang stream...Tak paham?Tengok gambar no. 2 di atas.Setting sebelah kiri akan 'static', manakala sebelah kanan akan 'stream'.Bahagian 'About' juga akan mengalami perubahan.Tak paham lagi?Kalau masih tak paham tunggu ja la update ni menyerang acc lu orang, then lu all tau la camana.Rasanya engineering team FB akan melakukan update secara berperingkat terhadap seantero acc FB yang hado.Tunggu ja la derr, buruk ka cantik ka, terimo ajola..Dah tuan punyo dio nak buat cenggitu nak buek camno...

Adioss




Source : Pesbuk aku la..

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!