Friday, March 29, 2013

Unpublish Lahad Datu ~ Lokasi Mayat Pengganas Dikebumikan

Ini bukannya artikel yang gua sedang usahakan tu.Cuma satu info yang seorang kawan gua telah 'terpublish' di FB...


Memandangkan perkara ini telah pun dibahaskan di laman sosial, maka dengan ini gua pecahkanlah sedikit 'lobang'..

Perkara ini sebenarnya telah sampai ke telinga gua sejak beberapa hari lepas.Salah satu lokasi pengkebumian yang telah terdedah kepada umum, Ranau.Berikut antara komen orang tempatan Ranau.





Thats all.For confirmation, please refer to the nearest police station and PDRM FB page....Seperti yang telah dinyatakan diatas, bila melibatkan soal keselamatan jangan tanya gua, tanya terus kepada pihak yang berkenaan untuk menjaga kerahsiaan.Jawapan skema dari gua.hehe. :)


Info sampingan : Semalam lebih 500 buah rumah 'atas air' di Sepanggar, Kota Kinabalu telah musnah dalam satu kebakaran.Coincidence or _________________ (fill in the blanks).Jawapan atas tanggungjawab anda sendiri... :)

Sekian.Wassalam.



*Identiti para pengomen dan sumber terpaksa dirahsiakan untuk menjaga privasi.


Read more ...

Thursday, March 28, 2013

Indon Bermaksud 'Pelacur'?

Salam.
Just short update.


Lain di cari lain yang jumpa.Cari pasal Sulu, jumpa pasal Indon....

Gua baru tau...
Patutlah selama ni dorang marah bila dipanggil 'Indon'.Ini puncanya.


PELACUR der.Sungguh tidak ku sangka.Heh, lucu pun ada.Tak percaya?Terpulang.Maklumat ni pun gua ambik dari media dorang juga.Kalau media tu bohong, maka bohonglah gua.Tapi, rasanya betul kot...

Sekadar perkongsian sahaja.Tiada niat untuk membuat sebarang provokasi apalagi menghina.Tapi kalau terasa juga, apa buli buat la, terima aja la bung...

Anyway, jika anda ingin memberi komentar tentang menda ni, mind your word ok.Gua tak kira lu orang Malaysia atau orang seberang, jaga tatasusila anda.Komen yang berbaur provokasi melampau, kurang ajar dan tidak bertamadun akan didelete serta merta.




*Posting ni selingan ja der.Gua sebenarnya tengah menyiapkan satu artikel tapi pala hotak gua jadi blank.Tepu.Tunggu ja la kalau gua rajin awal la siap tu...tido dulu kot zzzzzzZZZ........



Sumber : Google image & Merdeka.com

Read more ...

Sunday, March 24, 2013

Hanis Zalikha Kena Buli


Soalan : "Derr..Sejak bila blogger conspiracy jadi mat bunga tulis pasal pompuan ni?Lu buang tebiat ka hapa?"
Jawapan : "Suka hati gua la.Blog gua.Lu tak puas hati apasal, jeles ka gua tulis pasal GF gua nih?"

Anyway, the reason why gua tulis pasal si GF gua ni :
1. Gua penat tulis pasal benda serius.Sesekali tulis pasal pompuan cantik apa salahnya.
2. Kan gua dah cakap, GF gua.Suka hati gua la.

Hahaha.Merapu.Perasan tahap dewa.Keh keh keh.Marah BF dia nanti.

 Sebenarnya gua terbuat posting ni sebab gua tersalah tekan channel TV3 & nampak drama ni.Tajuknya AKU BENCI MAMA.Gua ni sebenarnya bukannya peminat drama melayu ni, apa lagi yang tangkap leleh macam ni.Tapi memandangkan heroin dia GF gua si +hanis zalikha, gua dengan hati yang ber'taman'kan bunga taik ayam pun buatlah satu review.

Cerita ni mengisahkan seorang gadis bernama Liana lakonan GF gua Hanis Zalikha, seorang gadis yang mengalami masalah rumahtangga.Eh silap, masalah dalaman keluarga.Pastu mak dia hantar dia masuk U & memula dia masuk, dia kena buli suh cuci kain.Pastu minah yang yang buli dia suh cuci kain tu akhirnya jadi kawan dia.Pastu ada sorang mamat nih ngorat dia, bagi sekor hamster suh dia jaga pastu mamat tu jadi tunang dia...

PERGHH haprak betul la lu buat review der..

 Gua sebenarnya tak pandai la nak buat review telemuvie drama nih.Kalau nak tahu gi tengok ja la kat blog dia, dia ada update pasal drama nih.Gua cuma nak komen pasal lakonan dia ja..

1st time gua nengok dia berlakon dalam sebuah drama full length sebagai watak utama.Yang filem dia tu, tah apa kebenda tajuk tu, gua belum tengok lagi.Nanti la gua download torrent.Apapun, komen gua :

1. Boleh tahan, walaupun secara keseluruhannya agak 'kaku'.Banyak yang perlu dibaiki.Jauh lagi nak sampai tahap cam Lisa Surihani, or at least, Eja.Anyway, it's a good exposure for her.Keep it up.
2. Muka dia dah matured sket.Tak nampak macam baby-baby sangat lagi.Apapun GF gua ni masih tetap ayu & jelita macam memula gua kenal dia dulu.Tapikan, kalaulah dia ni pakai tudung & tutup aurat, gua boleh gerenti lagi ramailah jejaka yang masuk hospital mental kena sawan angau..
3. Gua pernah cakap dulu, yang dia ni bakal akan menjadi 'The Next Big Thing' dalam industri hiburan Malaysia ni kalau kena caranya.Gua bagi komen ikhlas nih, sebab gua memang nak tengok dia ni pergi jauh. Apapun, 1 ja gua nak wish dekat dia ni, GOOD LUCK sayang.

HOIII kau buli berenti perasan ka, ramai suda orang rasa mau muntah tu...

Satu hal ja yang gua konpius.Dipermulaan cerita tu TV3 tulis nama dia Hanis Zulika, bukan Hanis Zalikha.Ke itu memang nama betul dia atau tukang taip tu gagal BM?Ke canne?

Cukuplah gua merapu meraban untuk kali ni.Nanti ramai yang masuk sepital sebab kena sindrome menyampah.Nunait.

Wassalam.


(^__^)


Credit : Google & Hanis Zalikha

Read more ...

Friday, March 22, 2013

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Mengaktifkan Fungsi 'Disable Copy-Paste Forever' Pada Blog & Website


Salam.

Gua rasa mo berenti dulu la dari buat artikel pasal Lahad Datu.Penat der asyik tulis pasal benda serius ja.Muka pun rasa ketat semacam, rasa macam jadi hakim mahkamah agung pun ada, asyik serius memanjang.Lagipun dah ada banyak reporter bertauliah & tak bertauliah yang buat liputan tentang kes Lahad Datu ni, rasanya cukuplah role yang gua mainkan dalam menulis berita, kisah & analisis berkaitan standoff tu...Apapun, kalau ada maklumat dan kisah terbaru yang 'terlepas'(?) dari liputan mainstream media & para reporter, nanti akan gua update ok...

Kali ni, gua akan berkongsi satu tutorial dengan lu olang semua tentang bagaimana untuk mengelakkan tulisan & artikel blog anda daripada di copy-paste oleh mangkuk hayun yang suka mengambil kesempatan dan menjadikan tulisan kita sebagai hak milik mereka sesuka hati tanpa memberi kredit.Atau dalam ertikata sebenar, MENCURI hasil tulisan dan idea orang lain.Lembu punya susu, sapi dapat nama.Gua memang sangat bebulu dengan jenis-jenis mangkuk seperti ini, yang hanya tau mengambil jalan mudah.Amat menyakitkan hati bilamana melihat hasil tulisan kita terpapar pada blog/page orang lain yang mana mangkuk tersebut langsung tidak memberi kredit kepada kita selaku penulis asal dan tuan punya idea dan memperlakukan tulisan itu seolah-olah dimiliki oleh si mangkuk tersebut.Kepada para mangkuk-mangkuk yang dimaksudkan, you know who you are, dan tulisan ini ditujukan khas untuk anda..The mangkuk's!!!


Baiklah.Mungkin ramai antara kita yang mengetahui tentang bagaimana untuk membuatkan blog atau website mempunyai function 'disable right click'.Namun demikian, function 'disable right click' ni sebenarnya sangat mudah untuk dipatahkan, hanya dengan mematikan function 'javascript' pada browser yang anda gunakan dan walla!Function 'disable right click' yang telah anda enforce kan pada blog anda akan di'deactivate'kan serta merta dan proses 'right-click' & 'copy-paste' akan kembali seperti sediakala.

Apapun, terdapat satu cara yang akan membuatkan blog atau website anda akan menjadi 'copy-paste disable forever'.Bagi yang kurang percaya, anda dipersilakan mencubanya pada blog ini.Mati function javascript pada browser yang anda gunakan, cuba refreshkan blog ini dan lihat apa yang akan anda temui...blog ini hilang/blank white bukan?Cubalah berapa kali pun, anda pasti tidak akan melihat blog ini selagi tidak mengaktifkan semula javascript pada browser yang anda gunakan...

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mengaplikasikan function ini pada blog/website anda, boleh, namun terdapat beberapa syarat perlu anda patuhi sebelum function ini dapat di'enforce'kan pada blog/website anda kerana function ini bukan sekadar meletakkan javascript pada template blog/website...

Berikut adalah diantara syarat yang perlu anda patuhi semasa melakukan proses installation tersebut :

1. Buka browser.
2. Logon ke account blogger/website anda
3. Sediakan seekor ayam kampung dan pulut kuning satu periuk.
4. Sebotol 100 Plus mungkin diperlukan untuk menghilangkan dahaga ketika berhadapan dengan jin javascript ini.
5. Hahahaha..... :)


Relax, gua merapu ja tu.Just simply go ke alamat INI untuk tutorial penuh.Gua malas mau tulis disini, kalau tulis pun bukannya korang dapat copy pun script tu sebab gua dah enforcekan pada blog ni.Segalanya ada diterangkan pada tutorial di alamat tersebut okay.Selamat mencuba.



Adios amigos.





*Berbalik kepada isu Lahad Datu kejap (sikit ja k), sebenarnya gua ada beberapa maklumat yang tidak pernah didedahkan oleh mainstream media dan blog.Gua dah cek & google berkenaan dengan maklumat tu, memang tidak ada didedahkan dimana-mana.Samada maklumat tersebut tidak sampai kepada media, ataupun tidak boleh didedahkan.Gua sendiri memilih untuk tidak mendedahkan apa-apa, kerana dibimbangi kelak maklumat itu boleh menjejaskan sebarang tindakan oleh pihak keselamatan kita.(Nantilah, tunggu keadaan dah betul-betul clear dan settle, baru gua update pasal ni ok).Apapun gua tinggalkan korang dengan ayat keramat, "semoga kehidupan anda diselubungi..MISTERI".Hohoho...

(^__^)


Credit : Google Images & Dickeymaru.com 

Read more ...

Thursday, March 14, 2013

Analisis ~ Mencari Dalang Sebenar Disebalik Insiden Pencerobohan Bersenjata Lahad Datu

Krisis Lahad Datu yang ketika ini telah berlarutan lebih sebulan telah pun mengorbankan banyak nyawa, baik di pasukan keselamatan Malaysia mahupun di pihak pengganas Sulu.Namun demikian, sehingga kini masih terdapat satu persoalan yang belum terjawab, yang sedang bermain dikepala hotak ramai orang : siapa sebenarnya yang menjadi dalang dalam krisis pencerobohan bersenjata di Lahad Datu ini?Pelbagai teori konspirasi yang muncul berkenaan siapa yang sebenarnya menjadi mastermind dalam krisis ini dan berikut diperincikan beberapa teori konspirasi yang muncul di media-media tempatan & antarabangsa mengenai siapa dalang sebenar kejadian ini, yang telah diolah semula mengikut pandangan aku berserta dengan beberapa lagi teori yang terhasil daripada kepala hotak aku sendiri.Iqra'.


Teori 1 : Anwar Ibrahim

Terdapat satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh 'perisikan ATM (Angkatan Tentera Malaysia)' yang mengatakan bahawa 'pemimpin utama pembangkang' Malaysia adalah merupakan dalang kepada kejadian yang berlaku di Lahad Datu ini.Tuduhan ini secara tidak langsung menyasarkan Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang Malaysia sebagai dalang utama.Menurut sumber ini, satu pertemuan sulit antara Anwar Ibrahim dan salah seorang pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari telah berlangsung beberapa bulan sebelum pencerobohan Lahad Datu berlaku.Sumber itu juga menyebut, seorang pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Kitingan juga terlibat dalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang yang mengaku sebagai pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku.

Menurut sumber ini lagi, pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan Nur Misuari dan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.Nur Misuari dinamakan oleh media Filipina, Inquirer News, sebagai salah satu pihak yang telah berkonspirasi dengan pemimpin politik pembangkang dari Malaysia untuk menghasut 'Sultan Sulu' menuntut hak mereka.


Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.Memetik sumber perisikan Filipina, Inquirer News melaporkan, pertemuan itu berlaku November tahun lalu, menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia. - Sumber

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini, Wallahualam.Anwar Ibrahim sendiri telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan telah memfailkan saman RM100 juta terhadap sebuah stesyen TV (TV3) dan sebuah akhbar berbahasa melayu (Utusan Malaysia) atas tuduhan 'fitnah', manakala Jeffrey Kitingan pula membisu seribu bahasa tanpa sebarang respon.Namun, apa yang menghairankan, kenapa Anwar hanya menyaman media dan TV Malaysia sahaja?Kenapa saman itu tidak diperluaskan kepada media luar negara yang mula-mula mengeluarkan kisah berkenaan 'konspirasi' yang kononnya diwujudkan oleh beliau?Well, kalau mau tau juga, itu LU KENA TANYA DIA SENDIRI...


Teori 2 : Konspirasi UMNO & Kerajaan Malaysia

Tian Chua, ahli Parlimen Batu dan salah seorang pemimpin kanan parti politik PKR, yang ketika ini sedang hangat dikecam dan diganyang depan belakang atas bawah oleh rata-rata rakyat Malaysia termasuklah yang non-partisan, adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya kejadian yang berlaku di Lahad Datu ketika ini adalah satu sandiwara yang sengaja diadakan oleh UMNO dan kerajaan Malaysia untuk 'menakut-nakutkan' rakyat Sabah agar tidak mengundi pembangkang dalam PRU13 yang akan tiba pada bila-bila masa.UMNO kononnya cuba untuk menyampaikan mesej 'separa sedar' kepada rakyat Sabah bahawa hanya kerajaan yang memerintah ketika ini sajalah (Barisan Nasional) yang mampu mempertahankan kedaulatan negeri Sabah ini dan bukannya pembangkang, kerana ketika ini sentimen untuk 'menukar kerajaan' dilihat agak kuat dikalangan rakyat Sabah.Security crisis ini kononnya sengaja dicetuskan untuk memperlihatkan kepada rakyat Sabah 'bayangan' apa yang bakal berlaku sekiranya pembangkang diberikan peluang untuk mentadbir negeri Di Bawah Bayu ini (Kebenarannya?Wallahualam).

Terus terang cakap, pada awalnya aku juga mempunyai sedikit kepercayaan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu itu adalah satu konspirasi yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.Namun setelah pertempuran di antara pihak penceroboh yang ketika ini telahpun digelarkan sebagai pengganas dan pihak keselamatan Malaysia bermula, serta merta teori konspirasi 'sandiwara' itu hilang daripada kepala hotak aku.Dengan jumlah pahlawan-pahlawan ATM & PDRM yang gugur terus meningkat, adalah amat tidak bertanggungjawab kepada sesiapa juga yang mengaku sebagai rakyat Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian yang berlaku itu adalah satu sandiwara semata-mata.Nyawa perwira negara yang gugur itu tiada galang gantinya, dan tindakan PDRM untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang menghina dan memperlekehkan anggota keselamatan negara yang menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan Malaysia amat dialu-alukan.

Terbaru, diberitakan 2 orang lagi anggota keselamatan negara telah gugur dalam Ops Daulat Lahad Datu.Semoga roh mereka diterima sebagai Syahid disisi yang maha esa, dan diharap kaum keluarga mereka yang terkorban dapat menerima dan bersabar dengan ketentuan Ilahi...


Teori 3: Covert Operation "THE HIDDEN HAND - CIA"


Kapal Perang USS Guardian America Terkandas
Terdapat satu laporan mengenai sebuah kapal perang Amerika USS Guardian telah 'terkandas'(?) di kawasan terumbu karang Tubbuhata di laut Sulu sejak sejak 17 Januari 2013, 24 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu bermula.Menurut satu sumber, kapal perang tersebut sebenarnya 'sengaja' belayar keluar dari laluan asalnya kerana sememangnya agak pelik bagaimana kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger dikatakan telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah(?). - (info penuh, Sumber)

Persoalan :
~ Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh kapal perang USS Guardian yang terkandas di terumbu karang tersebut?Adakah kapal tersebut benar-benar terkandas ataupun kejadian itu adalah satu perancangan rapi yakni 'covert operation' CIA terhadap Sabah dan Malaysia?
~ Dari manakah Jamalul Kiram III memperolehi sumber kewangan untuk memperlengkapkan 'pasukan pengganasnya' dengan senjata-senjata?Adakah insiden kapal perang 'tersadung' ini sebenarnya hanya satu sandiwara, yang sebenarnya sedang membawa bekalan senjata untuk diberikan kepada kumpulan pengganas kiram?Ini adalah kerana difahamkan Jamalul Kiram III ini sendiri menggelarkan dirinya sebagai 'sultan yang paling miskin di dunia'.Insiden pencerobohan Lahad Datu ini semestinya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.Adakah Amerika yang bertanggungjawab dalam membiayai pencerobohan pengganas kiram tersebut?


The Next 9/11
"September 11 attack in US occurred just eight months into Bush's first term as president. The Luciferians needed to create a security crisis and a 'terrorist' in order to persuade the American People to accept NWO. So the Luciferians search high and low for the best race to be blamed and the Arab people whom already popularized by Holywood as the most dislike people by white American are the perfect candidate. This look similar with what is happening now because the Tausug (Suluk) people in Sabah are also the most dislike race by the rest of Sabahans. The CIA has funded a few arabs people to carry out terrorize the world to ignite the sentiments and now the CIA is funding 300 tausug militants to be terrorists in Sabah."- SOURCE

("Serangan 11 September di US terjadi hanya selepas 8 bulan George Bush berkuasa dalam penggal pertamanya sebagai presiden.'The Luciferians'(Illuminati/The Hidden Hands) perlu mencipta satu krisis keselamatan dan keganasan untuk 'memujuk' rakyat Amerika supaya menerima NWO (New World Order).Oleh itu mereka mencari bangsa manakah yang patut di'kambing hitam'kan sebagai mangsa, dan mereka melihat orang ARAB sebagai calon yang sangat sesuai memandangkan bangsa Arab adalah bangsa yang paling tidak disukai oleh golongan kulit putih Amerika seperti yang telah dipopularkan melalui filem-filem Holywood mereka.Ini kelihatan serupa dengan apa yang berlaku sekarang memandangkan orang Tausug (Suluk) di Sabah adalah merupakan bangsa yang paling tidak disukai oleh kebanyakan penduduk tempatan Sabah.CIA yang pernah membiayai beberapa orang Arab untuk mencetuskan keganasan dan menyalakan sentimen dan kali ini mereka (CIA) juga telah membiayai 300 militan Tausug ini untuk menjadi terrorist di Sabah(?)")

Ayat terjemahan daripada perenggan english diatas yang diambil daripada tulisan di sebuah blog.Sejauh mana relevan dan kebenarannya, you decide!


Kenapa The Hidden Hand Berminat Dengan Sabah?

1. Amerika Syarikat mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara.

Selepas penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).Walaupun sekitar tahun lepas Filipina dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki oleh tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk dijadikan pangkalan tentera.(Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di Sabah?Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar 'lawatan biasa', besar kemungkinan Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk 'covert operation' Lahad Datu ketika ini)

Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina Selatan.Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.Jarak diantara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk mendirikan Naval Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia tidak akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.Ini adalah kerana banyak aset-aset penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangkalan di Sepanggar.

Namun demikian, Amerika berkemungkinan akan dapat merealisasikan impian mereka jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti.Amerika/The Hidden Hand mempunyai ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan nama- rasanya ramai boleh meneka siapakah ejen yang dimaksudkan ini).Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada ejen/tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.Ejen ini memang pandai berurusan dengan Amerika.Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai 'mission impossible', tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi...


2. Perebutan Untuk Penguasaan 'Emas Hitam' Laut Sulu

Emas Hitam yang dimaksudkan disini adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di dasar laut Sulu.Sabah sahaja dikatakan memiliki "simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari."

Itu baru Sabah, belum lagi kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar lautan Sulu yang luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan beberapa kajian saintifik tentang kewujudan 'emas hitam' di sekitar lautan Sulu.Anda boleh melihatnya sendiri di sini & sini.

Lokasi pantai timur Sabah yang terletak berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu strategik kepada US dalam merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber 'emas hitam' laut Sulu ini.Seperti yang diketahui umum, minyak mentah/crude oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan 'penjajahan terancang' ke atas negara-negara Arab.Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq, Kuwait, dan yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika mereka mula beralih arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar yang belum diteroka...

Menurut satu info, (tidak dapat dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian) pihak Amerika akan membawa masuk seramai 3000 orang guru kulit putih yang pandai berbahasa Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.Tujuannya adalah untuk mengajar dan membangunkan Sulu, agar entiti 'Kesultanan Sulu' akan dapat dihidupkan semula.Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?Kerana reserve simpanan minyak di laut Sulu dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah.Maka dengan itu, Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan dijadikan kambing hitam demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The Hidden Hand itu.


3. Percubaan Untuk Mematahkan 'Kebangkitan Dari Timur'.

Kenapa kerajaan Filipina ketika ini dilihat seperti 'menyokong sepenuhnya' tindakan kerajaan Malaysia untuk memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun digelarkan sebagai pengganas ini?Pada pendapat aku, sebenarnya kerajaan Filipina 'terlibat dibelakang tabir' dalam kisah pencerobohan ini.Mereka sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia.Kenapa?Biar aku jelaskan satu persatu kenapa aku berpendapat sedemikian.

1. Kerajaan Malaysia (Islam) & self-proclaimed 'Kesultanan Sulu' (Islam).Maknanya, apa yang berlaku ketika ini adalah 'peperangan' sesama Islam.Mereka ini (MNLF, MILF, SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim Mindanao) telah berperang selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.Atas sebab itulah, kerajaan kafir Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang gembira, merasa amat 'senang' sekiranya Malaysia dapat 'membantu' mereka untuk menangani musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.Kerajaan Filipina secara tidak langsung akan dapat 'mencuci tangan' dan berjaya memindahkan sedikit kebencian orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia diatas tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.Walaupun pada awalnya Malaysia cuba untuk mengambil pendekatan 'menarik rambut dari tepung' dengan penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya tindakan berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun dijangka oleh Filipina.Apa yang diperlukan oleh mereka adalah 'pencetus/trigger' dan akhirnya setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram berlaku, akhirnya 'bom jangka' yang tersimpan sekian lama telah dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan pertumpahan darah sesama Islam mula berlaku.Siapa yang akan mendapat manfaat daripada pertumpahan darah ini?Sudah tentu salah satunya adalah kerajaan kafir Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah.

2. Kenapa Filipina ingin memindahkan kebencian masyarakat Islam Sulu kepada Malaysia?Malaysia sememangnya selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak yang banyak membantu para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka menentang pemerintahan kafir Filipina.Terdapat banyak info yang mengatakan bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di satu lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh mereka dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas presiden Libya yang telah dibunuh oleh Amerika.Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda MNLF, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mempunyai simpanan senjata di Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan kepada mereka melalui Malaysia (?).(Sila rujuk artikel INI dan INI untuk maklumat lanjut.)

Bila kesalahan dan kebencian ini dapat dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia, maka dengan sendirinya proses penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan oleh para pejuang dan pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami kesukaran.Perang saudara akan tercetus sesama Islam, dan ini akan membuatkan umat Islam menjadi semakin lemah.Puak kafir akan bertepuk tangan & bersorak gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama sendiri.

3. Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan majoriti penduduk Islam terbesar yang terletak di benua 'Timur' ini.Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya telah menyatakan dengan jelas bahawasanya kebangkitan umat Islam di akhir zaman akan bermula dari 'Timur' dan ramai yang beranggapan bahawa 'Timur' yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk kepada salah sebuah lokasi/negara dikawasan Asia Tenggara ini.

Sabda Rasulullah SAW :
"Akan datang Panji-Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."

"Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."

(Aku tidak akan mengulas lanjut mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai kemunculan Panji-Panji Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini.Kepada yang kurang mengetahui mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan guru-guru agama)

Sesungguhnya kerajaan kafir Filipina yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya telah mengetahui tentang hal ini.Oleh sebab itulah, maka satu 'black ops' diperlukan oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan semula umat Islam ini.Mereka ini sebenarnya bersembunyi disebalik topeng dajjal mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman yang sangat besar kepada mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai syurga kepada hawa nafsu mereka.Walaupun begitu, sepintar manapun perancangan mereka, mereka tidak akan dapat mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.

ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 : 
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”


Kesimpulan
Berdasarkan analisis ini, aku meyakini satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The Hidden Hand melalui CIA adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu ini.Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas melalui pihak manakah operasi sulit mereka ini berjalan.Ataupun adakah mereka juga sebenarnya melakukan 'joint-operation' sama seperti apa yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?Adakah CIA, Kiram, kerajaan Filipina, Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia bersekongkol dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini?Aku tinggalkan persoalan itu kita fikirkan bersama...

Wassalam.




*Mungkin ada diantara pembaca yang memandang sinis dan berpendapat penulis sebagai seorang yang berfikiran 'terlalu jauh di luar kotak', terlalu berimaginasi serta mengarut dalam analisis ini.Tidak mengapa, kerana masing-masing kita punya pendapat & cara tersendiri dalam membuat penilaian mengenai krisis keselamatan & kedaulatan yang sedang melanda Sabah ketika ini.Apa yang cuba dipaparkan oleh penulis hanyalah salah satu sudut pandangan yang cuba untuk mengajak pembaca berfikir secara kritis dan mengaplikasikan cara 'outside the box' dalam membuat penilaian.Relevan atau tidak, anda tentukan!


Rujukan & Kredit : pisau.net, malaysiakini, malaysian insider, tausug-global.blogspot.com, afterdarkwrites.blogspot.com, militaryofmalaysia.net, google, google images & kepala hotak aku

Read more ...

Friday, March 8, 2013

Tuntutan 'Kesultanan Sulu' Ke Atas Sabah

*Artikel ini ditujukan kepada mereka-mereka yang buta sejarah, mereka-mereka yang suka membuat provokasi, PENGKHIANAT BANGSA serta ORANG LUAR yang suka menyibuk dengan hal orang lain.

Kepada mereka-mereka yang di'mention'kan di atas, BACA, MAKAN DAN TELAN.

.................................................


Tuntutan Sulu ke atas Sabah adalah PALSU kerana Kesultanan Sulu tidak diiktiraf oleh Filipina. Istana Malacanang melalui Memorandum Order No. 427 telah membatalkan sah taraf Kesultanan Sulu yang dipegang oleh Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Tuntutan "tentera Sulu" ke atas Sabah kini lebih bersifat Pelarian Ekonomi memandangkan Sabah lebih kaya berbanding Filipina. Lagipon pembayaran Cession Money sebanyak USD 5000 setahun kepada waris Sulu bererti waris Sultan Sulu telah menerima hakikat bahawa Sabah telah diserahkan kepada Malaya. Suruhanjaya Cobbolt tahun 1963 telah menyatakan hasil bancian majoriti penduduk Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.

1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak...Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah. Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?



Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02


8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.



10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).
William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini. Justeru amat jelas, tuntutan Sulu terhadap Sabah adalah mengarut.






Rujukan & Credit to : NavyTheBest.blogspot.com

Read more ...

Thursday, March 7, 2013

Terkini ~ Pengganas Sulu Akhirnya Memohon Untuk Genjatan Senjata


Jamalul Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah.
Laporan media Filipina, InterAksyon menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian.

Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya.

Sementara itu, jurucakap kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu.Seramai 10 orang lagi ditawan pasukan Malaysia, dakwanya dalam laporan itu.
- Malaysiakini


TERKINI  1530@03:30PM

Malaysia tidak terima tawaran genjatan senjata kecuali penyerahan diri tanpa syarat - DS Zahid Hamidi



TERKINI (LIVE) SIDANG MEDIA PM DI LAHAD DATU @ 04:00 PM

1. Special security area(3 komponen - awam, tentera, polis) akan diwujudkn di pantai timur sabah,meliputi kawasan Tawau sehinggalah Kudat - PM (info penuh menyusul)
2. Sabah adalah wilayah Malaysia selama-lamanya dan akan dipertahankan dengan segala kekuatan yang ada.
3. Malaysia boleh terima genjatan senjata dengan syarat pengganas menyerah diri dan letak senjata tanpa syarat.

Read more ...

Wednesday, March 6, 2013

Terkini : Foto Pengganas Sulu Yang Tumpas Dalam Ops DAULAT


Foto pengganas yang terbunuh diperlihatkan oleh DS Zahid Hamidi semasa sidang media.

Suspek pengganas yang berjaya ditahan di Tanjung Labian.



~ Via FotoWarung.net




Ops DAULAT masih berterusan untuk memburu saki-baki pengganas yang masih lolos.Teruskan berdoa untuk para perwira kita disana.

#KeepPrayingForLahadDatu  #KeepPrayingForSABAH 



UPDATE 0045 @07.03.2013

FASA KEDUA SERANGAN KE ATAS MUSUH HABIS-HABISAN AKAN BERMULA!SELAMAT BERJUANG PDRM & ATM!!!
~via VAT69-Perjuangan Semalam



ALLAHUAKBAR!!!



Read more ...

Tuesday, March 5, 2013

Foto (Uncensored) Pengganas Sulu Yang Berjaya Dibunuh Di Kg. Simunul, Semporna.











Foto berikutnya ini agak mengerikan..Susah mau cakap.Nak tengok juga?Baiklah.AMARAN : VIEWER DISCRETION IS STRONGLY ADVISE!

(Sebelum ini foto ini telah dikeluarkan daripada blog ini.Tetapi memandangkan foto tersebut telah pun tersebar meluas di internet, jadi makanya, gua letak ajalah balik.Sekali lagi amaran, viewer discretion is strongly advise.Kalau terbawa-bawa dalam mimpi, tanggung sendiri)



~ via Samang Kiri-Kiri



Terkini : Royal Malaysian Airforce bersama dengan ATM & PDRM telah memulakan operasi untuk mengempur habis-habisan kedudukan pengganas Sulu di Kg. Tanduo Lahad Datu.Bersama kita panjatkan doa agar pejuang-pejuang kita sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT dan semoga krisis pencerobohan ini akan cepat berakhir.


Penduduk Kampung Sungai Merah, Lahad Datu meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori.



#PrayForLahadDatu #PrayForSabah.

ALLAHUAKBAR!!!




Read more ...

Sunday, March 3, 2013

Situasi Terkini Serangan Penceroboh Di Semporna




Org kampung mula penempatan semula di sekolah - askar kata 1 hr shj. perlukan bantuan di sabah...!!! aku x perlu gurau ttg semporna sekarang - mmg kmi tgh sitting duck - panik - dan mcm2 lagi - dimana pertahanan malaysia - tlg jgn bg alasan - km nk tggu kmi semua mati ke baru nk hntr bantuan? sudahlah sng2 penceroboh masuk ikut jln air.

Rumours mengatakan terdapat bunyi tembakan dari arah kampung tapi kurang jelas.sekarang askar sudah masuk ke kawasan kmpg utk bantu kuarkan org awam.Teruskan berdoa untuk sahabat dan orang-orang disana ~ via Malaysian Update



SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

via PDRM


Lagi perwira negara gugur.Al-Fatihah kepada roh mereka, semoga diterima sebagai SYAHID disisi ALLAH SWT...



TERKINI




NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!!

Tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn update dekat facebook kalau ternampak ATM tgh buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..percuma penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2 simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!! Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana2 sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM akukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Tolong jangan merasa bangga dgn maklumat yg anda sebarkan... Anda hanya akan mengeruhkan lg keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara... Sekarang anda juga memegang amanah negara dgn tidak menyebarkan maklumat... Pegang amanah itu erat2... TOLONG SEBARKAN! sabahtech: rasanya update pasal info berapa yg terkorban itu tiada masalah.. atau update info agar semua orang lebih berhati-hati itu tiada masalah.. cuma jangan update info yg berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di luar sana..



Pembetulan : Situasi semasa akan terus diupdate, cuma maklumat-maklumat lokasi PDRM n ATM sahaja yg akan disembunyikan agar tidak mendedahkan rahsia dan strategi pasukan keselamatan kita.Semoga ALLAH bersama dengan para perwira kita dalam mempertahankan Sabah tanah tumpah darah ini.ALLAHUAKBAR!!!



TERKINI DARI SEMPORNA @2200/10:00 PM


Ketua Polis Negara (KPN) melalui satu sidang media sebentar tadi mengesahkan kesemua penceroboh di Kg. Seri Jaya, Semporna telah berjaya diberkas.Namun begitu, KPN juga mengesahkan bahawa seorang lagi perwira kita gugur di Semporna menjadikan jumlah kesemua pahlawan kita yang gugur Syahid menjadi 8 orang semuanya...

Al-Fatihah, semoga roh pahlawan yang terkorban akan diletakkan di Syurga Firdausi bersama-sama orang2 yang beriman....




Sumber : Facebook, Twitter & maklumat langsung dari kawan-kawan
Read more ...

Friday, March 1, 2013

Situasi Terkini Pertempuran Di Lahad Datu


FOTO & SITUASI TERKINI 01.03.2013 (*Akan di update dari masa ke semasa)

Suasana Lahad Datu sekarang..Askar berkampung di tengah bandar..Banyak kedai tutup..
Sekolah petang cuti..Orang awam di suruh balik ke rumah..Kenderaan awam tak dibenarkan masuk ke bandar.. info-info lain mcm nda boleh share.. Setakat ini sahaja untuk info kawan-kawan... Doakan kami.


Situasi di Hospital Lahad Datu ~ Kita sama-sama doakan, pejuang kita yang tercedera ini selamat dan cepat sembuh. Tahniah atas keberanian mereka

Shop, bank, school Closed. Ambulance rushed to hospital. Army cars rushing. MAS wing flights suspended. Local people said many military flights flew in this morning. Police told town people to lock gates/doors. Many people have gone home.Askar berkampung di tengah bandar, orang awam di suruh balik ke rumah jadi traffic jam. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke bandar.


Suasana di Pantai Timur Sabah (Sandakan). Suasana panik melanda ibubapa skstp1 (Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1) yg hendak mengambil anak2 pulang gara2 khabar dr seberang 'LD'..moga x ada perkara dasyat brlaku d SDK pula...

......................................................

Dikhabarkan, bermula jam 2 petang tadi kenderaan mula dilarang untuk keluar masuk ke bandar Lahad Datu.Rumours mula beredar mengatakan perintah berkurung akan dikeluarkan bermula jam 4 petang ini di Lahad Datu.

Update terkini dari twitter TV3 ~ 2 komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, lokasi pencerobohan warga Filipina di sini hari ini.

AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006 INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006, semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang yang beriman...

............................................................


UPDATE 1900 ( 07:00 PM )


Kenyataan Rasmi PDRM menerusi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib : 2 anggota Komando TERKORBAN, 3 CEDERA & 12 orang Penceroboh MAUT. TIADA PERINTAH BERKURUNG DIKELUAKAN DI LAHAD DATU. Cuma langkah berjaga-jaga.

Suasana sekitar bandar Lahad Datu pada petang tadi, lengang.



#Lets Pray For Lahad Datu...



TERKINI 2230 @ 10:30 PM 

Rumours mengatakan korban ketiga anggota keselamatan Malaysia adalah TIDAK BENAR.Hal ini disahkan oleh bapa saudara kepada anggota yang dikatakan terkorban itu.Hj. Madun Bin Buyong, pakcik kepada Kpl. Azman Ampong menyatakan KEKESALAN seluruh keluarga mereka terhadap laporan yang menyatakan anak saudaranya Kpl. Azman Ampong telah terkorban adalah TIDAK BENAR. Bermakna, hanya 2 anggota Keselamatan Negara (Komando) yang terkorban.Alhamdulillah... ~ via Ares Arapa



UPDATE 02.03.2013



Terkini dari Lahad Datu ~  dikhabarkan hospital Lahad Datu ketika ini mengalami situasi kekurangan bekalan bank darah.Kepada yang ingin menderma, anda boleh melakukannya di hospital terdekat yang kemudiannya nanti akan disalurkan ke hospital Lahad Datu. ~ via @mariahdoksil




UPDATE 1100 @ 11:00 AM
Terdapat satu video yang telah disebarkan melalui laman sosial yang dikatakan sebagai rakaman situasi pertempuran yang berlaku semalam.Anda dinasihatkan agar TIDAK MEMPERCAYAI ataupun MENYEBARKAN video tersebut kerana video tersebut adalah rakaman yang dibuat DITEMPAT LAIN (dipercayai berlaku di Selatan Filipina) dan bukannya gambaran pertempuran yang berlaku semalam.Sila berhati-hati dengan maklumat yang anda post di blog & laman-laman sosial kerana unit IT PDRM sedang memantau maklumat dan khabar angin yang sengaja ingin memburukkan keadaan. ~ via Rozza Rothman


#Keep Praying For Lahad Datu




UPDATE 03.03.2013 @ 09:40 AM





Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam Sabtu.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.


Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.- Bernama







Sumber : Facebook, Twitter & Maklumat langsung dari rakan-rakan di Lahad Datu

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!