Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday #17 ~ GGK Malaysia


*Katanya 'One of the best Special Forces in the world'.Jadi makanya, khidmat kamurang sangat ditagih ketika ini untuk mempertahankan kedaulatan perbatasan tanah air.Dengar khabar, situasi Lahad Datu hampir kepada 'green light', PDRM dah serah pada MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk ambil alih.Semoga dapat bertindak sebaik mungkin...



Image : Google

Read more ...

Friday, February 22, 2013

Situasi Terkini Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu Bhgn 2

Salam.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan bot laju combat boat 90 disekitar perairan Tanjung Labian, Lahad Datu bagi memantau situasi dengan lebih dekat.

Unit Komando PDRM (VAT69) yang ditempatkan disekitar kawasan standoff

Memantau rapi sekitar kawasan pencerobohan
(Untuk foto lanjut, sila lawati link pada rujukan)

Foto-foto diatas diambil oleh seorang jurufoto professional yang mempunyai access untuk mengambil foto di sekitar kawasan pecerobohan.Difahamkan sehingga saat ini, penceroboh bersenjata di kawasan itu masih enggan untuk berundur dan rundingan masih lagi berlangsung.(?)

Jika menurut beberapa laporan media luar negara terutamanya media Indonesia, keadaan ketika ini dilihat 'semakin tegang'.Tapi rasanya tidak perlulah kita berasa terlalu percaya dengan berita yang disiarkan oleh media Indonesia, al-maklum sajalah perangai media negara seberang itu yang sangat suka membuat provokasi melampau apalagi jika sesuatu hal itu berkaitan dengan Malaysia.Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan spekulasi yang dibuat oleh media Indonesia, sila google (hehehe...aku malas mau bagi link...melambak tu pandai-pandailah kamurang pilih sendiri mana satu yang kamu mau baca)

Untuk memanaskan lagi keadaan, (jengjejeng) menurut satu sumber dalaman Malaysia pula, dikhabarkan kenderaan canggih 'electronic warfare' kategori COMMJAM atau Jammer dari jenis pacuan 6×6 FUCH buatan Jerman telahpun dihantar ke kawasan standoff tersebut bagi menghalang komunikasi keluar masuk di kawasan situasi tersebut.Dari mana maklumat ini aku dapat?Silla lihat pada rujukan...

Contoh kenderaan COMMJAM yang dikata tersebut.

Terlalu banyak kisah dan spekulasi yang timbul daripada kejadian yang berlaku ini.Macam-macam ada.Dari kisah Sultan 'jadi-jadian', wang pampasan tahunan sehinggalah pembabitan 'covert operation' CIA.Yang mana satu nak percaya pun aku tak tahu.Naik poneng dah asyik membaca isu heavy ja 2 minggu kebelakangan ni....

Teori Baru
Kejadian yang telah berlarutan hampir 2 minggu ini telah menimbulkan beberapa teori dan kemusykilan baru kepada aku.Antaranya :

1. Kemungkinan penglibatan ahli politik Malaysia (dari sudut pandangan yang berbeza daripada apa yang bermain dalam kepala hotak aku sebelum ni) dalam merancang situasi ini.Aku tak mahu cakap banyak berkenaan politik ni, kisahnya boleh dibaca di SINI.

2. Siapakah waris kesultanan Sulu yang sebenar?Terlalu ramai manusia yang mengakui dirinya sebagai waris kepada kesulatanan itu, dan masing-masing menganggap diri sendiri sebagai pemegang daulat sebenar kerajaan itu.Menurut satu sumber, dikatakan di Filipina saja jumlah mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu ini adalah tidak kurang daripada 300 orang (punya ramai!!!).Di Sabah pula, dikhabar sekurang-kurangnya sebanyak 3 individu telah mengangkat diri sebagai Sultan Sulu, termasuk 'Sultan Akjan' yang telah mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu di Likas, Kota Kinabalu sekitar tahun 2011 dulu.Dengar cerita, asal ada keturunan 'Datu' di depan nama, boleh sudah klaim untuk jadi Sultan.Kalaulah begitu, ramai betul la pula yang buli klaim jadi Sultan Sulu ni.Hmmm....

3. Keterlibatan kerajaan Filipina (belakang tabir) disebalik konflik ini.

Sesuatu untuk difikirkan..
Kesultanan Sulu itu sendiri masih lagi terjajah oleh Filipina, yang selama ini diperangi oleh mereka (Tausug) sejak berdekad lamanya.Jadi, secara logik, sekiranya tuntutan mereka terhadap Sabah ini berhasil (*palis-palis), bukankah Sabah secara automatiknya akan menjadi sebuah wilayah baru kepada Filipina, dan bukannya Sulu?Sulu itu sendiri masih belum merdeka daripada Filipina, jadi tindakan mereka hanya akan menguntungkan Filipina sebenarnya.

Disinilah aku melihat bagaimana role yang dimainkan oleh Filipina dengan menggunakan 'Sultan Sulu' (dari keturunan yang mengakui dirinya sebagai waris Kiram) untuk membangkitkan semula tuntutan tidak berasas terhadap Sabah.Sekiranya tuntutan tersebut berhasil, yang pastinya akan bertepuk sorak adalah kerajaan Filipina dan bukannya Kesultanan Sulu kerana mereka sebenarnya hanya dipergunakan oleh untuk mencapai matlamat yang telah lama diidamkan oleh Filipina, iaitu kedaulatan Sabah!

Bagaimana dengan teori ini, masuk akal bukan?Fikir.

"Sulu has no claim over Sabah" ~ Ahli Sejarah

..................................................

Kesimpulan
Akhir kalam, sebagai Sabahan tulen, aku berharap situasi tidak menyenangkan ini akan dapat ditangani dengan secepat mungkin oleh pihak berkuasa.Isu yang sudah berlarutan hampir 2 minggu ini sebenarnya pada pendapat aku sedang diperhatikan dengan rapat bukan sahaja oleh orang-orang Sabah, malahan seteru  negara seperti adik bongsu Israel di selatan Malaya juga rasanya sedang mengikuti dengan penuh minat situasi ini.

Aku faham kemungkinan pihak berkuasa cuba untuk mengambil pendekatan 'umpama menarik rambut dari tepung', namun ramai yang berpendapat (terutamanya Sabahan) tindakan kerajaan yang terlalu berlembut ini akan menyebabkan pihak yang menceroboh itu naik kepala.Dan semakin ramai yang menganggap kejadian ini sebagai 'wayang' menjelang PRU13...

Apapun, semoga hal ini akan segera dapat diselesaikan dan keadaan akan dapat dipulihkan seperti sediakala.Sebenarnya ada banyak lagi benda aku nak tulis, tapi memandangkan mata aku dah mengantuk tahap gaban kena buasir, lain kalilah aku sambung...

Wasallam. 





*Palis-palis = bahasa tempatan Sabahan yang membawa maksud 'minta dijauhkan'



Read more ...

Tuesday, February 19, 2013

Scenario Yang Bakal Berlaku Jika Sabah Diserahkan Kepada Sulu


Salam.

Ok,mari kita main satu political game.Pemikiran macam ni selalu digunakan oleh jenerel-jeneral besar dunia macam Salahuddin Al-Ayyubi sehinggalah oleh Albert Pike.


Senario pertama: Sabah diserahkan kepada Sulu (Jamalul Kiram III)

Katakan secara tiba-tiba Malaysia bermurah hati menyerahkan Sabah kepada Jamalul Kiram III (padahal timur Sabah je yang Sultan Brunei bagi pada Sultan Sulu dulu) Ini kerana tak semena-mena seorang pengikut dia dikatakan ditembak oleh tentera Malaysia (atau ditembak sendiri jeneral Sulu untuk trigger situasi).Lepas tu apa lagi,Malaysia kena pressure antarabangsa .Jadi akibat tekanan pelbagai pihak akhirnya Malaysia melepaskan Sabah kepada Jamalul Kiram III walaupun mendapat tentangan dari The Sabahans

Jamalul Kiram III dan para pengikut bergembira dengan keputusan Malaysia.Sabah sudah mewah di bawah Malaysia jadi tak payah susah-susah.

Next apa jadi?

Filipina akan muncul.Dia akan bukak topeng dia.Nape lak?Sebab Filipina akan tuntut Sabah dari Jamalul Kiram III sebab kata Filipina kununnya pada 12 September 1962, Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I dah sign satu perjanjian bagi haknya ke atas Sabah pada Filipina.Sebab itu Macapagal dulu nak claim Sabah.Tapi sebab Malaysia ni ada prestij dalam hubungan diplomatik dan banyak geng antarabangsa yang simpati kat dia tambahan pula The Sabahans memilih merdeka bersama Malaysia jadi Filipina diamkan je dan sambung balik hubungan baik dengan Malaysia.

Jamalul Kiram III menentang (of course!).Filipina pulak kata Sulu masih bawah kuasa Filipina dan apa jua wilayah yang didapat Sulu automatik bawah Filipina (ini benar sebab masyarakat antarabangsa iktiraf Sulu bawah kedaulatan Filipina).

Next apa jadi?

War.

Jamalul Kiram III akan hire seluruh pasukan Tausug separa tentera dia macam Abu Sayyaf kumpul senjata dan pertahankan Sabah.Agak-agak Filipina nak rilek je?Filipina akan turunkan komando-komando dia malah dibantu oleh Amerika.Nape Amerika?Sebab ini busy-body.Suka sibuk hal orang lain.

Siapa taknak Sabah?Minyak,kayu balak dan macam-macam.Lagi pulak dah develope under Malaysia.Just sambung je.

Sabah akan jadi warzone.Yang menderita ialah...

The Sabahans.


Senario Kedua: Jamalul Kiram III berebut dengan Sultan-sultan Jadian.

Ini terjadi sebelum Filipina masuk campur.Lepas Sabah dapat kat Jamalul Kiram III,secara drastik akan muncul berpuluh-puluh makhluk dari serata Sulu malah dari Kuala Lumpur dan Manila yang akan mengaku haknya ke atas Sabah.Mereka akan mengaku datang dari pelbagai salasilah Kesultanan Sulu.Takde kaitan dengan Sultan Sulu,usaha ada kaitan dengan Sultan Brunei.Takde kaitan dengan raja-raja,usaha ada kaitan dengan kerabat raja ataupun bangsawan macam Datu-datu.Ini termasuk seorang Cina dari Hong Kong yang juga tak segan silu mengaku King of Borneo.

Siapa taknak Sabah?Minyak,kayu balak dan dah develope under Malaysia dulu.

Tiba-tiba salah seorang sultan yang menuntut tadi yang bernama Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dengan organisasinya telah mendapat kepercayaan rakyat Sulu untuk take over Sabah.Sudah tentu Jamalul Kiram III teramat marah sebab dia yang susah payah ambil Sabah dari Malaysia.Eh,senang2 je ko ambik Sabah dari aku,kata Jamalul Kiram III dengan nada penuh ketidakpuashatian.

Jamalul Kiram cuba memenangi hati rakyat Sulu tapi rakyat Sulu tolak dia sebab dia ni selalu dok Manila,bandar mewah sedangkan rakyat Sulu melonta-lonta kat tanahair sendiri.

Next apa jadi?

Mereka cuba berbincang.Tapi macam biasa ada tuntutan yang tak dipersetujui.Darah Tausug ni memang panas.Mereka antara pejuang terbaik dalam dunia.Kalah gerila Somalia atau Vietcong kalau compare dengan Tausug fighters.

Next....

War.

SSDI kumpulkan para panglima dan syariff mereka.Jamalul Kiram III hire seluruh para pengikut setia dia kumpul tentera dan 'senjata berat'.Kemungkinan Abu Sayyaf turut serta sebab dijanjikan wang dan awek Sabah.

Lokasi perang:Sabah
Masa:siang malam.Tausug fighters tak penah kenal erti penat dalam berjuang.

Yang menderita ialah...

The Sabahans


Senario Ketiga: Gerakan Kemerdekaan Sabah (GKS) 

Ketika rundingan Jamalul Kiram III dengan Malaysia berjalan,ada banyak pihak intai peluang sebenarnya.Filipina sudah pasti.Dia dah sediakan tangguk awal2.Tapi ada satu entiti yang nak menangguk di air keruh gak.

Makhluk ni nama dia GKS (Ini istilah saya).Mereka ni nak wujudkan satu republik nama 'North Borneo' kununnya.

Mereka ni didanai oleh organisasi antarangsa dan gerakan Kristinisasi.Filipina mungkin salah satu 'godfather' mereka selain kartel-kartel missionari Kristian dari Indonesia yang jadi mentor diorang.

Mereka ni dah lama buat kempen 'kesedaran' kepada The Sabahans supaya blah je dari Malaysia.Mereka kata The Sabahans kena tipu dengan Malaysia dan sebagainya.The Sabahans dijanjikan negara sendiri dan boleh tadbir hasilbumi sendiri.Mereka kata Malaysia selama ini sedut kekayaan Sabah.The Sabahans angguk2 je dengar kata GKS.Tetiba je The Sabahans melihat Malaysia ni jahat macam Pol Pot.

Bila Malaysia setuju lepas Sabah,para pemimpin GKS bersorak depan TV.Mereka pun aturkan beberapa langkah.Semua siap dirancang.

Seperti yang dirancang,pergolakan berlaku antara Jamalul Kiram III,Sultan-sultan Jadian dan Filipina.Sabah jadi the warzone.Abu Sayyaf pula makin seronok buat drama penculikan.Malaysia mula menempatkan komando mereka di sempadan.Ada The Sabahans jadi pelarian dan minta perlindungan dari Malaysia.

GKS hantar memorandum pada PBB minta campur tangan.GKS kata mereka mewakili The Sabahans.PBB dengan senang hati campur tangan.Model yang dicontohi oleh GKS adalah Timor Leste.

PBB hantar tentera pengaman.Bila semua pihak senyap,PBB buat pungutan suara.The Sabahans yang dah termakan propaganda GKS memilih merdeka bersama GKS.

Jamalul Kiram III melopong.Sultan jadian melopong.Filipina ternganga.

GKS tadbir Sabah.Tapi rupanya tadbir negara baru ni susah.Lee Kuan Yew senang bangunkan Singapura sebab kecik ciput je tapi Sabah ni berpuluh kali ganda Singapura atau Timor Leste.Tapi Sabah bernasib-baik sikit dari Timor Leste sebab dulu Malaysia memang bangunkan Sabah betul-betul tak macam Indonesia yang terlampau bangunkan Jawa hasil minyak Aceh dan lain-lain propinsi.

GKS mula minta dana dari Vatikan dan dunia Kristian.Amerika pun datang.Ingat Amerika ni 'pious'?Pengikut Jesus sejati?Nope.Tuhan mereka adalah dollar.Segala bagai penyangak ekonomi datang.Sabah terlalu luas dan banyak sukukaum.Tiap kaum nakkan hak samarata.Kadazandusun nakkan hak keistimewaan,Murut nak juga...Bajau pun takpuashati,dia nak juga.Tausug pun lagi takpuashati.Patut Sabah dapat kat orang Sulu pasal apa GKS ni dapat?

Lepas beberapa tahun Sabah makin mundur sebab masalah dalam negara terumbang-ambing dan tak settle lagi.Masing-masing tamak hasilmahsul Sabah.Kadazandusun nak minyak,Bajau lagilah nak sebab mereka 'raja laut'.Murut kata diaorang nak hasilbalak.Melayu Sabah dan Brunei Sabah serta muslim lain (termasuk kaum-kaum Sulu) didiskriminasi.Azan tak boleh dikuatkan.Lastly corong azan kena hala dalam masjid.Sedih.

Yang lost dalam game ini tetap...

The Sabahans

Game over.


*Aku amat berharap yang scenario kajian ini tidak akan berlaku di Sabah.Semoga Sabah akan terus kekal bersama Malaysia sehingga hari kiamat.



Source : Srikandi & Google Image


Read more ...

Sunday, February 17, 2013

Video Amah Indonesia Melambung & Mendera Bayi


Salam.

Adakah anda tergamak untuk menyakiti si comel seperti dalam gambar di atas?

Aku pun tak tahu macamana nak menggambarkan perasaan aku selepas melihat video ni.Kalaulah bayi yang di'ganyang' oleh amah Indon ni anak aku ataupun ada kaitan darah dengan aku, memang mau koma lah amah ni aku ganyangkan balik.Memang langsung tidak berperikemanusiaan.Sanggup memperlakukan bayi kecil yang tidak tahu apa-apa sedemikian rupa...

Kepada ibu bapa yang bercadang mengambil perkerja asing sebagai amah/pengasuh, berhati-hati dengan pilihan anda.Selidik dengan teliti latar belakang dan tingkahlaku mereka sebelum membuat keputusan.Better safe than sorry...

Bagi yang belum melihat video kejam ini, sila saksikan sendiri kebiulan otak manusia ini dan buatlah penilaian anda...



*Menuju akhir zaman, makin ramai manusia menghidapi masalah mental...Wallahualam


Sumber : Facebook & Google Image

Read more ...

Friday, February 15, 2013

Kisah Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu & Kaitannya Dengan Tuntutan Terhadap Sabah


Salam.

Ketika post ini ditulis, media sosial dan blog-blog sedang riuh memperkatakan mengenai isu pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah.Menurut info terkini yang diperolehi daripada beberapa sumber, keadaan ketika ini terkawal dan sedang dipantau dengan rapi oleh pasukan polis dan tentera.Dikhabarkan unit komando GGK juga telah berada di Lahad Datu dan mengikuti rapat situasi pencerobohan itu.


Sehingga saat ini, adalah tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah tujuan dan motif sebenar kumpulan bersenjata ini menceroboh kedaulatan negeri Sabah.Pelbagai spekulasi yang timbul ketika ini masih belum dapat disahkan kebenarannya.

Berikut adalah beberapa kisah dan 'cerita kadai kupi' yang timbul berikutan daripada situasi 'panas' di Sabah ketika ini.Data-data dan spekulasi yang aku paparkan disini datangnya dari pelbagai sumber yang aku kumpulkan sejak daripada peristiwa pencerobohan ini berlaku, disamping sedikit analisis aku sendiri tentang apa yang menyebabkan situasi ini terjadi.


Spekulasi 1
Sekitar 200 orang bersenjata sudah berada di Lahad Datu sejak 3 hari lalu & sekitar 100 orang di Bakungan kecil (Filipina/sempadan Bakungan kecil Sandakan atau 15 minit naik bot dari Nunuyan Laut). Mereka merupakan waris kepada kesultanan sulu bernekad ingin menuntut pampasan dari malaysia yg kononnya mungkir janji. Mereka ingin menyerang sabah melalui Lahad Datu dan Sandakan jika tuntutan tidak dipenuhi Malaysia


Spekulasi 2
(Info ini bertebaran di blog-blog dan social media)
Maklumat dari Ops room KK:
1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan OP DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).

5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.
Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.


Spekulasi 3
Memancing?
(Ni cerita paling b***h yang aku dengar/baca)



Print screen diatas di ambil dari sebuah group di FB yang membicarakan tentang isu pencerobohan tersebut.Berdasarkan daripada cara tulisan melayu yang berbunyi 'filipina' (orang Sabah pasti boleh menangkap cara penulisan dan percakapan orang Filipina) dan profile FB si pengomen ini, beliau adalah seorang yang berbangsa 'Tausug/Suluk' dan berasal dari selatan Filipina (Sulu/Mindanao).

Memancing?Dengan bersenjata M-16 dan pakaian celoreng?Waina to', kalau itu budaya di Sulu, jangan bawa masuk ke negara orang.Budaya kamu, budaya kamu di negara kamu.Jangan bawa masuk ke Sabah..Orang bilang, kalau mau masuk tempat orang tu bawa otak...bukan senapang!Nampak macam kurang ajar pula tu to'...


Spekulasi 4
Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.Bagaimanapun, seorang pegawai kanan tentera Filipina berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.Katanya, satu mesyuarat berhubung tuntutan tanah itu, telah menarik ramai orang dan mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia.

"Kita tahu bahawa orang-orang ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan mereka adalah dari pulau-pulau berhampiran," kata pegawai tersebut yang meminta namanya tidak disiarkan.

"Sesetengah daripada mereka sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan mereka biasanya menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah." - Malaysiakini


Bah...mana satu suda yang betul ni?Macam-macam versi suda timbul..Tuntutan tanah la pulak.Kalau betul, siapa la haprak yang kasi janji tanah sama dorang ni?Atas sebab apa dorang dibagi tanah?Sebab jayakan 'projek' lagi?I.C 2.0???


Spekulasi 5
Originally Posted by Akulascalper
Baru je terima SMS dari kawan di Sabah.

Sumber:
Dari Media Polis Negeri Sabah:
Harap Maklum.....Jika polis tidak dapat berbincang dengan baik pada kumpulan bersenjata dari Negara Philipin sekarang ini, kemungkinan petang ini akan berlakunya peperangan di Felda Lahad Datu, Sabah.

Polis-polis telah mengawal ketat semua tempat di Felda.Kepada penduduk-penduduk Felda sila bersiap sedia dan berhati-hati, dengar arahan dari pihak berkuasa.TERIMA KASIH.

Ps: Isi kandungan SMS yg saya terima.


Situasi tegang!!Harap-harap tidak berlaku pertumpahan darah...


Spekulasi 6
Sandiwara Politik???
(Lu Pikir Sendiri)

Menurut satu sumber yang pernah aku baca, Bangsamoro ni sebenarnya mendapat latihan dan bantuan persenjataan daripada Malaysia(?).Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.Namun jika info yang aku baca ini benar, adalah tidak mustahil sekiranya ada pihak-pihak yang 'berkepentingan' yang cuba untuk menggunakan dan memanipulasi keadaan yang kononnya 'sengaja dicetuskan' ini untuk digunakan pada situasi-situasi 'tertentu'.Al-maklumlah, PRU sudah semakin hampir tiba ke pintu gerbang...

Maksudnya?lihat print screen di bawah dan nilaikan sendiri...



Aku tidak mengiyakan pendapat ini.Diambil dari sebuah laman web alternatif.Terdapat puluhan lagi komen seperti ini disana.Untuk maklumat lanjut, bolehlah baca sendiri di website tersebut.Link pada rujukan.

Aku berkecuali dari pendapat/spekulasi ini.Sebab tu aku ambik print screen sebagai bukti.Lu pikir & nilai sendiri okey...



TERKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.


Tidak mahu dihantar pulang ke negara asal?Something fishy here.Kenapa tidak mahu dihantar pulang?Ni mesti kes mo minta kewarganegaraan.Ingat dorang mo tuntut wang pampasan bertrillion lagi, rupanya mo tuntut dari kerajaan Malaysia agar orang Sulu di Sabah diberikan status kewarganegaraan.Dorang tahu yang sekarang ni RCI (Royal Commission Inquiry) sedang berlangsung dan sedar yang orang-orang dorang akan dihantar pulang selepas prosiding RCI berakhir (kalau la).

Sekarang, siapa mau jawab ni?Siapa punya angkara yang bawa dorang masuk dulu?Sekarang memandai-mandai suda mo minta itu ini...Semuanya gara-gara politik.S**t betul la kamu...

Apapun rundingan masih berjalan, dan hal ini masih boleh dianggap sebagai spekulasi.Harap perunding yang dihantar kerajaan dapat menjalankan tugas dengan baik.Dan semoga hasilnya kelak tidak akan disembunyikan dari pengetahuan umum...


.................................................


KESULTANAN SULU DARUL ISLAM


(Sedikit info)
Kesultanan Sulu, sehingga waktu ini dikatakan masih wujud dan masih memiliki 'Sultan'.Menurut satu sumber, baru-baru ini telah berlangsung istiadat 'pertabalan' Sultan Sulu yang ke-37.(?) Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober 2012 baru-baru ini dikatakan telah berjalan dengan lancar.Majlis itu dikhabarkan telah  diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo. Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya (Menteri) dalam Rumah Bichara.(Kabinet la kiranya ni)


Dikhabarkan juga, antara tetamu yang hadir semasa majlis pertabalan itu datangnya dari Filipina, Arab Saudi, Indonesia, dan Malaysia sendiri!Menurut sumber ini lagi, Malaysia diwakili oleh oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'.(?)Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat link pada rujukan... 

Berdasarkan sumber ini, terdetik satu persoalan dikepala hotak aku, adakah kerajaan Malaysia ketika ini telah mengiktiraf  kewujudan kesultanan Sulu???Siapa mau jawab tu...


Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah
Sekira anda merasakan bahawa kesultanan Sulu saja yang mengatakan Sabah terletak dibawah wilayahnya, ternyata anda salah!Kerajaan Filipina juga sebenarnya masih menyimpan hajat dan niat terhadap kedaulatan bumi Sabah ini.


Print screen daripada sebuah forum FB diatas adalah salah satu bukti yang orang Filipina sebenarnya masih 'sangat berhajat' terhadap kedaulatan tanah Sabah ini.Kerajaan Filipina dan Wilayah Autonomi Islam  Mindanao/Sulu pada pendapat aku tidak pernah sebulu/sependapat dalam isu tuntutan terhadap Sabah.Masing-masing mereka ini ingin menuntut Sabah, tapi rasanya mereka tidak pernah duduk semeja dan membuat perancangan bersama.Perbezaan fahaman AGAMA merupakan faktor yang menidakkan hubungan dan kerjasama daripada terjalin di antara kedua pihak ini, dan disebabkan faktor agama jugalah masyarakat Islam Mindanao terus-terusan ditindas oleh kerajaan Filipina...

Pernah dengar tentang 'Operasi Merdeka'?Operasi yang dilancarkan oleh Presiden Marcos untuk merampas Sabah dari Malaysia suatu ketika dulu namun berjaya digagalkan oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia).Bagaimana pula dengan 'Operasi Sabah Selamanya'?Black ops ini kononnya dilancarkan oleh kerajaan Malaysia ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir untuk merampas dokumen-dokumen yang melibatkan perjanjian pemilikan Sabah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris, yang mana dokumen ini dikatakan sangat penting kepada kerajaan Filipina dalam menguatkan tuntutannya terhadap Sabah.

Operasi Merdeka?Pernah dengar dan memang wujud.Tapi Operasi Sabah Selamanya?Pelik bunyinya, dan bagi sesetengah orang mungkin ini kali pertama mendengar nama operasi tersebut...

Untuk pencerahan lanjut mengenai Operasi Merdeka & Operasi Sabah Selamanya ini, anda boleh membacanya di link yang terdapat pada rujukan.Sejauh mana kebenarannya, anda nilaikan sendiri...


Kesimpulan
Aku secara peribadi bersimpati dengan nasib yang menimpa umat Islam Mindanao dan Bangsamoro yang tertindas oleh pemerintah Filipina sejak sekian lama.Namun itu tidak bermakna aku bersetuju dengan tindakan mereka yang sesuka hati menceroboh kedaulatan dan terus-terusan menganggap Sabah ini sebagai sebahagian dari wilayah mereka.

Sebagai anak jati Sabah, aku paling pantang bila ada orang luar, tidak kira siapa dan dari mana asal mereka yang datang ke sini dan mula membuat tuntutan itu ini terhadap tanah berdaulat Di Bawah Bayu ini.Siapa kamu untuk menuntut itu ini di bumi kami?Bumi ini milik kami anak jati Sabah dan kamu orang luar tidak ada hak untuk meminta itu ini disini.Kami sanggup mati untuk mempertahankan tanah tumpah darah ini..Jadilah orang yang bertamadun, dan janganlah jadi seperti Zionis Israel yang hanya tahu membunuh sahaja untuk mendapatkan sesuatu.Dan kepada pengkhianat bangsa, yang tidak tahu berterima kasih dengan apa yang dia sendiri sedang kecapi, semoga Allah menurunkan balasan yang setimpal terhadap pengkhianatan kamu terhadap bumi Sabah ini.

Aku amat berharap supaya kerajaan bertegas dalam hal ini agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.Sampai bila kami di Sabah ini akan terus-terusan diceroboh dan dituntut kedaulatannya?Suatu tindakan yang tegas dan berimpak besar harus dilakukan agar dapat mematikan terus tuntutan ini, once and for all.Dan semoga spekulasi-spekulasi yang aku kemukakan di atas itu tidak benar.(Walaupun agak susah untuk menidakkan sebahagian daripadanya)

Wassalam.




Read more ...

Tuesday, February 12, 2013

Mentera Memanggil Pontianak

Salam.

Mistik sungguh tajuk posting kali ini ini.Misteri dan angker...heeeeeeeeeeeeeeeeee.......

Info ini diperolehi dari sebuah laman FB.Menurut info ini, mentera berikut adalah cara yang digunakan oleh orang-orang Melayu lama untuk menyeru 'makhluk' itu.Walaoweh meremang da bulu-bulu gua neh...

Al-kisahnya, mentera ini ditulis oleh seorang pengkaji Inggeris bernama Richard Olaf Winstedt.Pada tahun 1902, beliau telah dilantik menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu.Dikatakan, R. O. Winstedt ni ada satu sifat buruk.Semasa dia ditugaskan tu, dia tak buat kerja.Instead, dia selongkar istana-istana Melayu and study pasal manuscript2 lama..

Pada tahun 1909, dia telah menulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society mengenai 'ilmu memanggil pontianak'.Disalin daripada tulisan Dato' Amarabangsa Wiraja/Wijaya, seorang pawang yg amat ampuh di zaman itu dari Temenggor.

Berikut adalah mentera tersebut.




Adalah diingatkan, ini adalah SEKADAR PERKONGSIAN sahaja.Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam.Perkara-perkara sebegini boleh membawa kepada amalan Khurafat dan Syirik.Ini adalah sesuatu yang berkait dengan dengan ilmu orang-orang melayu lama dan berada diluar kotak pemikiran biasa.Oleh yang demikian, sekiranya anda merasakan info ini mengarut atau boleh mendatangkan bahaya akidah, anda diminta untuk tidak mengendahkan tulisan ini.Kepada yang beragama Islam, anda ditegah daripada mempercayainya 100%.

Apapun, kepada yang gatal hati dan ingin mencuba, TRY AT YOUR OWN RISK.Ni mentera panggil aja, mentera suh pulang gua tak tau derr...

Ada brani?




*Seram sejuk..Tak berani gua nak baca lurus sampai abis, baca lompat-lompat ja..Dibuatnya tercongok tepi tingkap malam kang.Gua takut-takut berani ja ni..hihihiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..



Credit : Only In Malaysia FB & encik google

Read more ...

Sunday, February 10, 2013

The Hand-Eye Coordination Test

Salam.

Ahad day yang boring.
Anyway, Gong Xi Fa Chai kepada semua sahabat dan masyarakat cina dimana saja anda berada.Wa punya angpao mana?

Sebenarnya, gua tak tahu nak update apa.Tadak idea.So, surfing je la ke mana-mana dalam dunia tenet ni.Dalam gua melilau sana sini tak tentu hala, tetiba terjumpa website ni, "The Hand-Eye Coordination Test".Test ni kononnya menguji sejauh mana 'vision & motor skills' mereka-mereka yang selalu menghabiskan masa yang lama dihadapan komputer.

Test ini terbahagi kepada lima peringkat.So kepada sesiapa yang ingin melihat sejauh mana tahap 'vision & motor skills' terutamanya para blogger, facebooker, twiterer, dan ke semua 'rer' yang ada di dalam dunia tenet ini, anda dialu-alukan untuk mengambil test ni.

Resultnya nanti korang gitau gua dekat komen box k.Selamat mencuba!


*Gua dah cuba.Resultnya?Nantilah gua cerita.Korang cuba dulu k.











Read more ...

Tuesday, February 5, 2013

Ekslusif : 'Alien' Ditemui Di Malaysia!


Salam.

Tulisan kali ini akan membawa para readers sekalian untuk menyelongkar satu konspirasi besar yang selama ini banyak diperkatakan oleh manusia diseluruh dunia.Dari kisah 'Ancient Alien' hinggalah kepada tragedi UFO terhempas di Roswell yang dikatakan membawa alien di dalamnya, semuanya tidak dapat dibuktikan secara nyata SEHINGGALAH hari ini, yang mana akhirnya kewujudan alien/makhluk asing dapat dibuktikan secara saintifik.Namun apa yang lebih menarik lagi, penemuan besor ini terjadi di Malaysia, iaitu kawasan yang tidak pernah terlintas difikiran para saintis dan pengkaji sebagai lokasi dimana makhluk extra-terrestrial ini akan menurunkan 'benih dan genetik' alien mereka kepada manusia.

Terkejut dan tidak percaya dengan pembongkaran ini?Teruskan pembacaan, bukti 'besar' yang menggegorkan bakal menyusul...

Berikut adalah bukti tentang kewujudan 'alien' yang diperkatakan itu dan sememangnya tidak dapat disangkal lagi kebenarannya.Bahasa yang bakal  anda baca ini akan membuat anda berfikir sejenak sejauh mana tahap 'kebijaksanaan' alien-alien ini berbanding dengan tamadun manusia.Gua serius derr...



Bagaimana, adakah anda percaya sekarang?adakah anda berjaya memahami bahasa yang dipertuturkan itu?Adalah dipercayai tulisan yang anda baca diatas merupakan salah satu bahasa 'alien' yang telah diperturunkan/dibrainwashkan kepada kebanyakan remaja-remaja di Malaysia kebelakangan ini melalui proses 'PengAlienan' yang dikenali sebagai "menghabiskan duit mak bapak korang jer hantar ke sekolah, menulis pun tak pandai-pandai lagi".Memang panjang nama proses tersebut, dan adalah dipercayai juga remaja berumur diantara 13-17 tahun adalah mangsa utama proses 'PengAlienan' ini...

Serius?Ya gua memang serius...Serius sebab memang susah ya amat untuk memahami bahasa yang dipertuturkan oleh remaja-remaja yang telah dijangkiti oleh proses 'PengAlienan' tersebut.Macam-macam yang gua rasa masa membaca ayat-ayat tersebut, rasa nak terbelit lidah, rasa pening-pening buaya, rasa migrain cap penampo kak yong, dan rasa yang paling 'terasa' sekali masa membaca ayat-ayat seperti itu ialah RASA NAK BAGI PELEMPANG SEDAS DUA...

Adoiyai....

Kolonialis apakah ini?Mesin brainwash apakah yang telah digunakan oleh alien-alien dalam menyuntik doktrin kebengongan tahap tapir ke dalam sistem medula oblongata dan pemikiran statik tepu cap tepung rajawali kepada para remaja masakini?

Akhir kalam.
Kesian la dekat mak pak kamurang.Diorang hantar kamu pergi sekolah supaya pandai menulis dan membaca dalam bahasa melayu, english dan pelbagai bahasa lain yang ada dalam sukatan pelajaran ja, bukannya suh kamu pi belajar bahasa planet zargus, gorgom, gaban & yang sewaktu dengannya...

Kalau masih tak faham lagi, hantuk kepala dekat dinding ataupun terjun lombong....

debusss..








*Ko tulis macam ni, Alien pun tak ngaku sedara...

HAHAHAHA
(^__^)



Source & Credit : Gempak.org forum & encik google

Read more ...

Monday, February 4, 2013

Blogger Kurang Ajar


Salam.

Bila orang bertandang ke rumah kita, pastinya selaku tuan rumah, kita akan menyambut tetamu yang datang itu dengan baik, yang penting si tetamu pun datang dengan niat yang baik juga.Kenal atau tidak bukan masalahnya, selagi si tetamu datang dengan niat baik, pastinya akan dilayan dengan baik.Malahan sikap memuliakan tetamu adalah sangat dituntut dalam Islam, dan rasanya semua agama pun sangat menggalakkan budaya sebegini.

Bana nyia'?alap bana..
(Betul tak?)

Samalah juga ceritanya dengan dunia blogging ni.Bagi aku, para pelawat/pengomen adalah tetamu yang harus dimuliakan dan dilayan dengan baik.Siapa saja, asalkan dia datang dengan cara yang baik ke blog kita, memberi komen tidak kiralah samada positif atau negatif/mengkritik, yang penting dengan cara beradab, seharusnya menerima layanan sebaik mungkin...



Aku sebenarnya bukan apa, aku tengok ada diantara penulis/blogger ni, apa lagi kalau dah femes dan terkenal, menganggap para pelawat/pengomen seolah-olah tidak penting kepada mereka.Terus terang cakap la, aku paling pantang dengan blogger yang berperangai sebegini.Ingat sikit, siapa yang jadikan ko femes dan popular kalau bukan para pembaca dan pengomen.Ini tidak, asal dah femes sikit, mula la keluar perangai malaun begini.Blogger of no-reply.Umpamanya seperti orang datang ke rumah, bagi salam tapi tidak berjawab..Walhal si tuan rumah ada di dalam rumah dan menjemput datang.Namun setelah tetamu datang layanan pula tidak diberikan dan sekadar membiarkan si tetamu termangu-mangu macam orang bodoh...Adakah perangai sebegitu baik?Well, lu pikiaq la sendiri...

Kalau ikut cara aku senang ja, aku akan komen/bagi peluang 3 kali ja dengan blogger macam ni.Lepas tu kalau still juga macam tu, bye2.Jangan harap aku nak datang blog tu lagi.Tak kira la ko femes ka tidak, sebab bagi aku perangai sebegitu sangat 'kuang ajo', & aku tak get a long dengan orang yang 'kuang ajo'.

Kepada yang terasa sorry to say la k, tapi aku memang macam ni.Kalau nak tembak biar straight to the point & bagi kaw2 terus, biar orang yang kena tembakan tu sedar diri sikit.Ala, tembak bukan mati pun.Mungkin panas telinga sikit jer..

Apapun topik ini ditulis secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.That's all folks....

 Adioss


*Tajuk tu saja ja taruk gitu, kasi gempak sket har har...



Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Saturday, February 2, 2013

Rokok Bakal Diharamkan Di Malaysia?

Rokok itu memang nikmat.Bagi seorang perokok tegar (macam gua), asap rokok itu adalah umpama 'nyawa' yang perlu disedut setiap hari.Lebih baik sehari tanpa makanan, daripada sehari tanpa rokok.Hohoho.Kronik...Tanyakan kepada para perokok tegar, pastinya 99% akan mengiyakan kata-kata keramat gua itu.Keramat.Gua suka perkataan itu.Haha.Yang lagi 1%?No comment, merokok sekadar suka-suka saja...

Tak kiralah rokok kedai ka, rokok seludup ka, sigup kirai (rokok daun) ka mahupun rokok karan (elektrik), hasil mahsulnya tetap 1...PENYAKIT.Topik yang 'umpama menampar pipi sendiri'.Well, kepada para semua perokok tegar diluar sana, marilah kita sama-sama 'menampar pipi kita sendiri' dengan fakta-fakta dan hujahan berikut...


Haram

Adakah merokok benar-benar haram dalam Islam?Perkara ini sebenarnya telah menimbulkan banyak perdebatan & percanggahan pendapat dikalangan Ulama'.Namun apa yang pasti, merokok itu memang membahayakan kesihatan.Sure.Lagi banyak lu hisap, lagi besarlah potensi lu untuk kumpul penyakit.

Berikut adalah hujah-hujah tentang hukum menghisap rokok yang aku petik daripada beberapa sumber.Perokok tegar sekalian, mari kita baca dan nilaikan...


Fatwa

Fatwa mengenai pengharaman merokok sebenarnya telah lama dikeluarkan di Malaysia.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Hujah-hujah berkenaan Fatwa di atas boleh dibaca di SINI


Hukum Merokok Menurut Ustaz Azhar Idrus

Soalan : Saya mohon bertanya, apakah hukum merokok? Apakah hukumnya sekiranya saya menghukum perbuatan merokok itu makruh, sedangkan saya tahu merokok itu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan. Apakah itu dikira haram saya menghisap rokok?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Menurut pendapat MAZHAB SYAFI'I, hukum menghisap rokok itu MAKRUH. Apabila menghisap rokok itu diyakini boleh menyebabkan penyakit, maka hukum makruh itu berubah menjadi hukum HARAM.

Daripada sudut pembaziran pula, ada 2 hukum. Pembaziran yang melampaui batas hukumnya adalah haram. Pembaziran kategori ini yang disebut di dalam Al-Quran sebagai saudara syaitan. Manakala pembaziran yang tidak melampaui batas adalah makruh hukumnya dan tidak termasuk saudara syaitan.



Hadis (Maudhu')



Hadis di atas adalah salah satu yang dikatakan sebagai hadis Maudhu' (palsu) berkenaan hukum merokok.Gua tidak akan pergi jauh mengenai hal diatas.Argument/hujah-hujah berkenaan hadis 'palsu' ini boleh dibaca di SINI.

............................................

Kesimpulannya?Majoriti ulama' menyimpulkan merokok sebagai HARAM.Tapi, kalau haram, kenapa penjualannya masih dibuat secara terbuka dan mengapa belum ada penguatkuasaan dari Majlis Agama Islam setiap negeri mengenainya?Sekiranya ia dikuatkuasakan kelak, adakah rokok bakal diharamkan kepada umat Islam di Malaysia?Well, gua tinggalkan soalan itu untuk sama-sama kita fikirkan....

Kepada para perokok tegar, tepuk dada tanya iman...
(pianggg!tampar muka sendiri lagi...)

Wassalam


*Dalam kereta masih ada sebungkus rokok yang sudah hampir 2 minggu tak habis-habis lagi.Sedang mencuba untuk berhenti merokok sebenarnya, that's why.Tapi bukan perkara mudah derr...Tapi tidak salah mencuba, kan?Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak gua.Dimana ada kemahuan, disitu ada HIGHWAY.Doakan untuk gua... 

(^___^)








Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!