Friday, December 28, 2012

Tutorial : Bagaimana Untuk Mengesan Lokasi Telefon Bimbit (GPS Tracker) Cara CIA



Sedikit penerangan :
~ Cara ini di'ímplemented'kan daripada teknologi satelite yang digunakan oleh CIA & FBI untuk mengesan lokasi penjenayah melalui talian selular.
~ Anda boleh mengesan sesiapa saja dengan menggunakan teknologi ini.Cara ini telah dipermudahkan oleh developernya untuk memendekkan masa carian.
~ Teknologi ini dibangunkan oleh sebuah syarikat kontraktor ketenteraan yang mengkhusus kepada pembangunan perisikan dan satelite di Amerika.

~ Hanya pilih negara dan masukkan no telefon selular / bimbit yang ingin anda cari dimulai dengan kod negara.
Contoh : 6012-XXXXXXX

Anda boleh mencuba sendiri teknologi ini di SINI.Semoga berjaya menjejaki talian yang hilang.Good luck!


Warning : Aku tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang penyalahgunaan dan perlanggaran undeng-undeng akibat daripada penggunaan teknologi ini.Kepada sesiapa yang ingin mencubanya, try at your own risk.

(Anda digalakkan untuk memberi komen dan berkongsi pengalaman setelah menggunakan perkhidmatan ini)



















Read more ...

Saturday, December 22, 2012

Pendedahan Ekslusif : Kewujudan Piramid Di Sabah


Salam.

Posting kali ini akan berkisar kepada satu penemuan besar (?) yang berlaku di Malaysia, atau lebih spesifik di Sabah, negeri kesayangan hamba.

Setelah para archeologist berjaya menemukan piramid di negara seberang iaitu Indonesia, kini Sabah dikatakan turut memiliki struktur kejuruteraan hebat itu!

Namun demikian, penemuan ini masih belum didedahkan kepada umum, atau dalam ertikata lain, masih  DIRAHSIAKAN kewujudannya oleh pihak-pihak tertentu atas faktor-faktor yang tidak diketahui.(Konspirasi?)

"Piramid di Sabah?kau biar betul bro..."

"Betul la, manada aku tipu.Dia yang tipu, bukan aku..."

Baiklah.

Al-kisah sahibul hikayat, actual story...

Piramid Melayu
Kisah kewujudan struktur piramid ni sebenarnya aku dapat (bukan aku yang cipta) dari sebuah blog yang bernama "MilitaryOfMalaysia", yang mana topik penulisannya banyak menjurus kepada persenjataan dan rahsia sulit/misteri/ketenteraan negara(?).Penulisnya adalah seorang bekas tentera / ataupun masih berada dalam tentera ntahla, aku tak pasti.Aku tak pernah communicate dengan dia, sekadar jadi silent reader ja.Beliau hanya dikenali sebagai 'ShahPaskal/Tuan Haji Shah'.

Blog dan penulisan yang menarik sebenarnya.Namun ada sesetengah topik yang diketengahkan agak berada diluar pencernaan minda kerana ketiadaan bukti konkrit, teori semata.Aku tidak akan pergi dengan lebih lanjut berkenaan dengan style dan topik keseluruhan blog tersebut.Untuk mengetahuinya, silalah baca sendiri.Link ada pada rujukan  

Kembali kepada point asal, piramid.Apa yang dikupas oleh 'Tuan Haji' ni sebenarnya adalah berkenaan dengan kewujudan piramid yang dibina/dimiliki oleh orang melayu (?).Menurutnya, piramid Melayu memang wujud di dalam 'hutan dara' semenanjung Malaysia dan pada ketika ini parameter struktur tersebut sedang "dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun".Ntah apa maksudnya aku pun nda faham.. 


Teknologi
Part yang paling menarik, apabila beliau 'mendedahkan' apa yang dikatakan sebagai 'teknologi yang terlalu maju dan tak tercapai dek akal' yang terdapat dalam piramid tersebut.

“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)..."

"Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)"...

Macam ni la lebih kurang rupa Stargate tu..(Konon la) 

Meme tak tercapai dek akal ku.Apo yang ko cakap ni jang..ni dah mace cerito fiksyen omputeh da ni.Stargate, wormhole segala..ni bukan lagi kategori sains fiksyen, ni dah masuk kategori merapu fiksyen ni...

Bukan ingin mempersendakan si penulis, tapi pendedahan besar sebegini, sekiranya benar, perlu disertai dengan bukti konkrit.Lokasi, gambar etc.Ini satu hapah pun takda.Alasannya, untuk menjaga rahsia bangsa melayu.Banyakla kau punya rahsia...Aku mengambil pendekatan secara logik dalam menelaah benda dan kisah sebegini.Without concrete evidence, teori akan tinggal teori...

Walaupun begitu, sehingga artikel ini ditulis, telah tercatat lebih seribu komen yang kebanyakan membincangkan kebenaran teori/pendedahan tersebut!Walaupun tanpa bukti konkrit.Tu yang aku heran tu...Quiet interesting actually.Banyak perdebatan yang mencabar minda, out of the box..Pendek cerita, untuk  pencerahan yang lebih jauh, pergi la baca sendiri artikel tu...Link ada di bawah.


Piramid Sabah
Di penghujung artikel tersebut, encik penulis tu ada cakap macam ni, 
"...Dari maklumat yang ada pada saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutan Sarawak atau Sabah..."
There you go!Sabah pun ada piramid gua cakap lu..Cakap ja la, betul ka tidak nda la kita tau..cakap, siapa pun boleh kan.Nantilah, aku cari jalan untuk hack salah 1 sistem satelite di luar bumi ni pastu aku scan 1 bumi kepulauan Borneo ni cari piramid tu...haa..

Namun begitu, adalah tidak mustahil sekiranya struktur hebat itu benar-benar wujud di Kepulauan Borneo berdasarkan bentuk mukabumi dan hutan lipur luas yang belum diteroka.Hanya masa yang bakal menentukan samada ia benar-benar wujud atau cuma merapu laput semata-mata.


Motif
Entah betul atau tidak pendedahan yang dibuat ni, Wallahualam.Allah saja yang tahu.

Motif politik?Katanya, "I hate politics.Too much political blogs is not good for your HEALTH."
Tapi, pada mukadimah artikel terdapat ayat seolah-olah menjurus kepada unsur politik.Perhatikan dan selami maksud ayat di bawah ini.. 

"Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri."

"Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita."

Menjaga & meneruskan survival politik bangsa Melayu dan Islam?Jika itu lah motif sebenar...Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.Kisah merapu fiksyen macam ni cuma akan menambahkan pandangan serong dan gelak tawa bangsa lain terhadap orang melayu...

Sekali lagi, Wallahualam.Hanya Allah saja yang tahu.

...................................................................................................................


Sebenarnya, terdapat banyak argument berkaitan dengan lokasi dan kewujudan piramid melayu ni.Gambar bukit di atas, adalah salah satu bukit yang didakwa sebagai struktur piramid melayu yang telah diselubungi hutan lipur.Di ambil dari laman Misteri & Keajaiban Alam (Fake & Fact) FB.Kisah piramid negara seberang pun sebenarnya masih belum dapat dibuktikan lagi, proses kajian dan ekskavasi masih berjalan...

Akhir kalam, samada wujud atau tidak piramid di alam Nusantara Melayu / Malaysia ini, hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Sekian.










*Updated ~ Setelah melakukan beberapa carian & kajian lanjut, perspektif aku tentang kebenaran & ke'fiksyenán klaim ni mula berubah sedikit demi sedikit.Kenapa?Akan dijawab pada artikel akan datang.Tunggu!




Rujukan dan foto : Berita Harian, Misteri & Keajaiban Alam (Fake & Fact) FB & blog MilitaryOfMalaysia



Read more ...

Friday, December 21, 2012

The END???


Salam.It's been a long time.

Blog betagar.Penuh sarang labah-labah dan taik tokek.Cadang mau buat renovation sikit, bersihkan sarang, tukar header etc tapi malas la pulok...

Tunggu.Tunggu aku rajin.Sebab macam rasa sayang pulak biarkan blog ni terbiar macam jambatan rosak.Tak rosak sebenarnya, cuma mau ubah wajah sikit.Tambah apa yang patut, buang apa yang kureng.Nantilah..

Apapun blog ni akan terus hidup.Ni suara aku, persepsi aku.Ruang terjahan ekspresi dan minda.Ruang kritik dan asahan idea.Buat baru?Next time.

Baiklah.


Hari ini 21st Disember 2012, aku akan kembali menulis and will never look back again.Tak kisahlah orang suka atau tidak.Apa yang pasti, as long as I live, disinilah carutan idea dan pendapat kepala hotak akan aku alirkan.Sama-sama berkongsi idea dan ilmu yang sedikit, mudah-mudahan bermanfaat untuk sesiapa saja..

21st Disember 2012?END OF THE WORLD???Orang sana sini sibuk cakap pasal kiamat.Ramalan kiamat BODOH kaum Mayan.Teori konpirasi yang sememangnya failed sejak dari awal lagi.KIAMAT?For sure, KIAMAT pasti akan berlaku namun bukan urusan manusia untuk mengetahui dan meramalkan bilakah umur dunia ini akan berakhir.Even Rasulullah S.A.W pun tidak diberi pengetahuan tentang tarikh akhir zaman, ini kan pula manusia biasa.Rahsia itu cuma ALLAH S.W.T sahaja yang tahu, dan akan terus menjadi rahsiaNYA sehingga sampai masanya kelak..

The END?Rather it's just a beginning.A real beginning.Permulaan untuk kebangkitan semula ISLAM di akhir zaman.Kebangkitan Panji-Panji Hitam dari Timur.

Sabda Rasulullah SAW,
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Nuaim)

Dan masa untuk kebangkitan semula itu rasanya sudah semakin tiba...



Apapun Alhamdulillah, dunia belum kiamat.Peluang untuk revolusi diri dan hijrah itu masih ada.Peluang untuk menyertai barisan Panji-Panji Perang.Mudah-mudahan akan dipermudahkan InsyaAllah...Amin Ya Rabbal Alamin.....

"Everything that has a beginning has an end"
Bila dan bagaimana, Wallahualam...





Read more ...

Sunday, December 16, 2012

Renovation In Progress.....




Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!