Saturday, August 18, 2012

Rompakan Di Aidilfitri

Apakah perasaan anda sekiranya benda yang anda sayangi hilang akibat dirompak?Sudah tentu perasaan marah dan bengang bertingkat-tingkat menguasai diri."Kalau aku dapat mangkuk hayun ni nahas la ko aku kerjakan"-ayat yang semestinya bermain difikiran si mangsa.Tetapi bagaimana pula sekiranya anda tahu siapa mangkuk hayun yang mengklepet barang anda, tapi anda tidak boleh berbuat apa-apa terhadapnya, yakni terpaksa merelakan rompakan itu untuk terjadi?Pelik bunyinya bukan, tapi itulah yang terjadi pada aku..

Apa boleh buat, nasib badan.Ujian Allah mungkin.Hanya itu yang dapat aku katakan kepada diri sendiri untuk meredakan bengang dihati.Hebat sungguh dugaan Ramadhan kali ini ku rasakan..Walaupun aku cuba bersabar, sebagai manusia  biasa adakalanya ter'lost-control' juga bengang bila terfikir kejadian itu, terlepas juga sedas dua tumbukan ke dinding untuk melepaskan bengang di dada.Ikutkan hati mau saja ku turutkan amarahku untuk membuat amuk, biar semua orang tahu isi hatiku yang bengang ini..huh!Namun aku masih waras untuk tidak bertindak bodoh, lagipun bulan Ramadhan mendidik kita untuk sentiasa bersabar dan redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk kita..

SABAR...SETIAP YANG BERLAKU ITU ADA HIKMAHNYA...hanya itu yang mampu aku lakukan.Mudah-mudahan ada sesuatu yang lebih baik untuk diriku disebalik kejadian ini...

Apapun yang berlaku, hidup mesti diteruskan.Ramadhan sudah semakin hampir sampai ke penghujung, mudah-mudahan akan dapat bertemu lagi dengan Al-Mubarak di tahun hadapan InsyaAllah.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua kaum keluarga, sahabat handai, rakan blogger, para pembaca dan sesiapa saja yang mengenali baik di dunia nyata mahupun di alam maya ini.Ampun dan maaf dipinta sekiranya ada keterlanjuran kata yang menyinggung hati kalian semua.Semoga raya anda akan lebih best dan bermakna daripada raya-raya yang sebelumnya, dan semoga diberkati Allah selalu.Raya aku mungkin tak berapa best kali ni, ntah la terima saja la seadanya...

Salam Aidilfitri 1433 Hijrah 2012, Maaf Zahir & Batin

Copy Paste.Hak Cipta  Pemilik Asal Terpelihara



Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!