Saturday, December 24, 2011

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Menambahkan Kelajuan Broadband Yang Telah Sampai Limit


Cara ni aku temui pada sebuah blog, dan ternyata tutorial yang memang berkesan dan sangat berguna buat pengguna broadband macam aku.Terima kasih kepada orang yang menemui dan berkongsi cara ni..

Nak tahu caranya?Tunggu dulu..Sabar itu separuh dari iman... heehe..

Ok penerangan ringkas.Cara ini telah aku ekperimenkan pada maxis broadband, dan memang memberikan hasil seperti yang aku harapkan.Walaupun begitu, cara ini tidak akan berhasil pada setiap masa.Biasalah, line tenet ni adakalanya macam siput sedut tengah melintas walaupun quota penggunaan korang belum melebihi had.Namun demikian, pada masa talian bagus korang boleh mencuba cara ini dan lihat sendiri hasilnya..(Disarankan untuk broadband yang telah sampai limit penggunaan/quota.Kalau belum sampai x payah la, bagi habis la dulu quota tu...)

Untuk promosi terkini maxis, klik SINI

Baiklah tanpa membuang masa, korang pun aku rasa dah x sabar nak tahu macamana kan.Ikuti langkah-langkah yang aku berikan dibawah.

1. Klik 'Start' dan taip 'Run' pada ruangan 'search program and files'

2. Kemudian taip 'cmd' dan tekan enter.Command prompt screen hitam akan keluar

3. Kemudian pada comand prompt tersebut, taipkan perkataan berikut, 'ipconfig/all' dan tekan enter.
Maka akan keluar semua info berkaitan dengan ip, subnet, gateway dan dns korang.

5.Sekarang important part.Fokus untuk mencari dan identify description connection korang.Pastikan korang memilih description connection yang betul.Sebagai contoh, sekiranya korang pengguna maxis broadband, korang akan menemui perkataan 'maxis' pada connection tersebut.Setelah menemui connection tersebut, sila identify dan copy nombor gateway yang tertera pada pada connection tersebut.(sekiranya gateway korang hanya mencatatkan nombor 0, sila gunakan nombor yang terdapat pada ipv4 address korang)

6. Setelah berjaya menemui nombor gateway atau ipv4 yang korang gunakan, pada command prompt tersebut sila taip 'ping' kemudian diikuti oleh nombor gateway atau ipv4 korang diikuti dengan huruf '-t' dipenghujungnya dan tekan enter.Contoh 'ping 113.211.21.33 -t' (sila pasti terdapat jarak antara perkataan 'ping' dan nombor gateway/ipv4 serta dipenghujung sebelum huruf '-t')


7.Sekiranya berhasil, korang akan melihat proses 'ping' yang berulang-ulang pada comand prompt tersebut.Apa yang aku faham, melalui proses ini packet data yang dihantar ke talian korang akan dicukupkan dan disebabkan itulah kelajuan network korang akan bertambah.Selebihnya sila rujuk pada yang pakar..hehe..

 Minimizekan kotak command prompt itu ke task bar dan biarkan proses 'ping' tersebut berterusan selama mana korang online.JANGAN close kotak command prompt itu, dan korang bolehlah mencuba keberkesanan cara tersebut.Buka youtube, ataupun try download sesuatu file yang bersaiz besar dari file sharing website seperti movie...

Korang boleh praktikkan cara ni setipa kali korang online.Pada aku cara ini memang berkesan 200%..Selamat mencuba.Dan pada yang masih kabur atau masih kurang faham, sila drop pertanyaan pada comment box.Jangan bimbang, aku akan cuba membantu korang ok...Adioss..


P/S : Just finished download movie Mission Impossible Ghost Protocol.Jap lagi mau sambung download movie lain..Ongbak Rindu atau Sherlock Homes??Heehe (^___^)V





Credit : pemaniskata.blogspot.com & google image

Read more ...

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #15 : Mesej Tersembunyi Di Sebalik Logo Coca-Cola



P/S : Still want to drink it?Fikir-fikirkan...


Read more ...

Tuesday, December 20, 2011

Wa Sudah Kena Beb!!


Antara lawak mengenakan orang yang paling tidak cool sekali yang pernah aku tengok.Bayangkan, tengah korang berjalan berseorangan di lorong yang sunyi tetiba korang didatangi oleh sekumpulan lebih daripada 10 orang yang berbadan sasa dan berjalan laju mengekori korang dari belakang..Sure menggelabah punya..Silap haribulan boleh keluar kalari payat dan silat langkah seribu...Walhal.....

Itulah apa yang terjadi dalam video di bawah ni.Nak tau lebih lanjut bagaimana cara mereka mengenakan si mangsa, tengok la sampai abis....Suspen suspen...hehehe....


Sebenarnya video ni aku jumpa secara tak sengaja di youtube.Untuk sesuatu yang lebih menarik, click SINI
(^___^)V



Sumber : youtube & encik google

Read more ...

Monday, December 19, 2011

Adlin Aman Ramli Lancar Perang Cyber Terhadap Chef Wan!


Gua ni takda la minat sangat untuk menyekodeng gosip-gosip artis malaywood ni, tapi hari ni tetiba tertarik dengan beberapa statement yang keluar daripada seorang selebriti yang terkenal dengan kritikan-kritikan pedasnya dalam rancangan realiti tv, Adlin Aman Ramli.Kenapa?Gara-gara kena tembak dengan Chef Wan la apa lagi..

Adlin merupakan salah seorang peserta yang terkeluar dari rancangan lawak favourite gua yang juga sedang menjadi fenomena sekarang ini, Maharaja Lawak Mega.Rasanya semua orang pun tahu yang kedua-dua selebriti ini mempunyai mulut yang lancang dan laser dalam mengeluarkan pendapat dan kritikan.Mungkin tidak boleh menerima kritikan yang diberikan oleh Chef Wan, Adlin telah mengeluarkan statement 'pengisytiran perang' terhadap Chef Wan di dunia cyber.Berikut adalah print screen daripada fan page kedua-dua selebriti tersebut.Gua pun malas mau cakap banyak, lu olang baca sendiri la....






Get the story?Dua-dua pun kepala hotak batu punya, masing-masing tak mahu kalah...

Personally, gua bersetuju dengan Chef Wan.Bro Adlin, walaupun gua minat lu tapi lu memang tak lawak la bro, ada lagi baik la lu teruskan kerja lu sebagai pengkritik dan pelakon.Dah berapa minggu gua tengok lu buat lawak, takda satupun rasanya yang benar-benar buat gua tergelak sampai bumbung runtuh.Macam lawak syok sendiri ja gua tengok.Lawak is a talent, a gift, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat..

Memang benar seperti kata pepatah, "Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang"

P/S : Dua-dua pun mulut lancang, cakap tak bertapis.Padan la muka, dua-dua pun tak pernah pikir perasaan orang lain kan waktu mengkritik?Kali ni jumpa la buku dengan ruas.Ayam sudah masuk gelanggang.Mari kita tengok siapa yang kena!
(^___^)




Read more ...

Sunday, December 18, 2011

Tempat Yang Sangat Cool & Paling Tenang Di Muka Bumi

Cuti beberapa hari dari dunia maya.Bukan takda idea nak update, cuma malas sikit.Jadi observer sekejap sambil merehatkan minda dari heavy material.Sekodeng keadaan sebenar dunia yang semakin tua.Mencari escapism minda.Cooling period la konon..Ciss..

Dalam waktu aku berehat sekejap tu, aku tetiba terfikir..Dimana tempat yang sangat cool & paling tenang untuk merehatkan fizikal dan kekalutan minda di atas muka bumi ni?Beberapa idea tempat percutian pun muncul dalam kepala hotak aku.Antaranya...

North Pole.Tenang, cool?Memang terlebih cool pun, sampai beku.Nanti boleh kena hypothermia kalau datang sini.Cancel.


Resort di kepulauan Maldives.Antara tempat percutian paling berprestij dan termahal di dunia.Cool & tenang?Boleh la kot untuk seketika.Tapi untuk jangka masa panjang, rasanya sama ja macam resort lain yang wujud diatas bumi ni...


Niagara Falls, Ontario, Canada.Salah satu tempat yang memang aku teringin sangat mau tengok live dengan mata kasar...Cool?Memang cool..Tenang?Mungkin sekejap.Lepas balik confirm kepala berat balik.Tapi memang dalam wishlist tempat percutian impian aku.InsyaAllah one fine day, kalau ada kemampuan..


Winter time at Korea.Yang ni confirm wishlist peminat k-pop & korea movie, siap pasang angan-angan nak bergambar ngan Kim Hyun Joong & Jang Na Ra.Eh betul ka nama tu?Lantak la..hehe.Cool?Memang sejuk pun, sudah namanya winter.Tapi rasanya sama juga macam tempat-tempat yang lain..Ketenangan yang cuma seketika...


Percutian ke bulan.Yang ni memang merapu, tapi kalau dapat direalisasikan mungkin akan menjadi percutian paling mahal dalam sejarah peradaban manusia.Tapi jaga-jaga, kalau terlambat pulang confirm meninggal punya sebab takda oksigen.Memang kelakar gambar ni, saja aku kasi masuk.Tah sapa punya idea la buat gambar ni, tapi memang creative & kelakar siot haha.Credit untuk si empunya idea..Rupanya bukan Neil Amstrong yang dulu sampai ke bulan, Pak Selamet dan gerobaknya yang dulu..hahaha....

Tapi.....

Banyak sudah tempat yang aku fikirkan, tapi aku masih belum dapat jawapan yang betul-betul tepat dengan konsep cool & tenang yang aku maksudkan.Namun akhirnya aku realize, cuma ada satu tempat saja di atas muka bumi ni yang benar-benar cool, dan akan memberi ketenangan minda & jiwa yang sebenar, tanpa kompromi.Pasti akan diperolehi disini.Nak tahu dimana?Scroll ke bawah untuk mengetahui lokasi tempat yang aku maksudkan...

#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#

Tempat yang sangat cool dan paling tenang sekali di atas muka bumi ni.Tempat yang pasti akan menunjukkan jalan keluar kepada segala konflik kehidupan dan kekacauan minda manusia.Tempat yang aku sentiasa teringin untuk datangi setiap masa, tapi apakan daya kaki ni selalu tersilap langkah dan sering tersesat jalan...Inilah tempatnya, lokasi untuk membasuh kekotoran dan kerusuhan jiwa manusia...Semoga kaki ini akan ditemukan dengan arah yang betul, arah kiblat yang sebenar ini...



P/S : Moral of the story?Jalan untuk menuju ketenangan sentiasa terbuka luas.Tepuk dada tanya iman, pintu rumah ALLAH ini tidak pernah tertutup..Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.Sama-sama kita renungkan.Wallahualam....





Photo Credit : Google Images

Read more ...

Thursday, December 15, 2011

Blog Paling Kontroversi Di Malaysia 2011


Di antara banyak-banyak blog yang aku pernah jumpa di alam maya digital ni, inilah blog dan tulisan yang paling kontroversi dan merapu sekali yang pernah aku baca.Sorry to say la kalau perkataan yang aku guna ni menyakitkan hati si empunya blog, tapi apa yang ditulis dalam blog tu memang kebanyakannya berbaur kontroversi...dan merapu!

Blog yang aku maksudkan ni milik seorang selebriti tv (?) yang boleh dikatakan agak terkenal jugaklah.Tapi selebriti ni dikenali bukan kerana hasil kerja yang beliau lakukan, beliau lebih dikenali kerana kontroversi yang sering beliau cetuskan.Walaupun kebelakangan ini nama beliau agak tenggelam dari media arus perdana, namun beliau agak aktif dalam bidang penulisan blog.Nak tahu siapa yang aku maksudkan?Keep on reading...Sabar...hehe...

Baiklah, hint.Antara kontroversi yang pernah dicetuskan oleh selebriti ni salah satunya adalah mengenai skandalnya dengan seorang bekas permaisuri diraja (?).Kontroversi ini pernah mendapat liputan meluas media arus perdana satu ketika dulu.Selain itu, aku juga pernah melihat selebriti ini bertengkar mulut dengan salah seorang pakar motivasi terkenal negara iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam satu rancangan tv gara-gara tidak puas hati dengan kritikan yang diberikan oleh Dato' Haji Fadzilah.Dapat tangkap siapa yang aku maksudkan?

Kalau dah dapat tangkap, bagus.Ok, sekarang kenapa aku cakap tulisan dalam blognya kontroversi dan merapu?Kalau beliau menulis sekadar mengenai gosip dunia artis, si polan bercerai si polan skandal si polan bogel majalah ataupun tulisan berkaitan dengan permainan kotor politik aku tak heran lagi.Apa yang membuatkan aku tergerak untuk memberikan komentar mengenai blog beliau ni adalah tindakannya menulis ramalan-ramalan mimpi beliau sendiri berkaitan dengan selebriti terkenal dan juga golongan atasan yang memang tidak masuk akal dan boleh mencetuskan konflik akidah kepada orang Islam yang membaca ramalan tersebut!


Antara ramalan yang telah beliau buat berdasarkan MIMPINYA sendiri adalah seperti kemalangan dan kematian yang melibatkan selebriti terkenal,  kejatuhan pemimpin dan golongan atasan negara dan pelbagai lagilah perkara yang tidak masuk akal dan sukar untuk diterima oleh pemikiran normal.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah perkara yang telah diramalkan oleh beliau ini, korang boleh melihat dan menyelongkar blog tersebut di SINI ataupun baca terus ramalannya tentang kematian seorang selebriti terkenal Malaysia di SINI

Aku pun tidak pasti apa sebenarnya yang cuba untuk dibuktikan dan diperjuangkan oleh beliau ini.Kalau nak jadi terkenal dan popular pun bukan begini caranya.Aku ni bukannya orang yang arif tentang agama pun, tapi aku rasa apa yang beliau lakukan ni memang tidak betul dan boleh memesongkan akidah para pembaca dan pengikut blog tersebut yang rata-rata beragama Islam.Beliau sebagai seorang yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat sepatutnya menyajikan para penggemar beliau dengan sesuatu yang boleh memberi manfaat, bukannya memberikan sesuatu yang tidak masuk akal dan boleh menggoncang akidah saudara-saudara seagamanya.Nak jadi Nostradamus Melayu agaknya?Wallahualam...

Aku tidak mengatakan yang beliau ini sesat atau cuba menyebarkan sesuatu yang salah.Siapalah aku sebagai manusia biasa untuk menghukum manusia lain sebegitu.Aku cuma ingin mengajak para pembaca yang tidak mengetahui tentang kisah ini untuk berfikir dan memberi pendapat sendiri tentang apa yang aku perkatakan disini.Terpulanglah kepada penilaian dan interpretasi masing-masing untuk membuat kesimpulan sendiri..ok...

Demikian al-kisah, blog paling kontroversi pilihan aku untuk tahun 2011.Pendapat korang bagaimana, bersetuju dengan entry ini?Nyatakan pendapat korang di comment box ok...As-Salam...


P/S : Tak perlulah ramal-meramal nasib orang lain, itu semua kuasa ALLAH.Siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menentukan nasib dan hidup mati seseorang.Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya...





Photo Source : Google Images

Read more ...

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #14 : Rokok Jenama Baru




P/S : Kena sebatang + kopi o panas perrggh mantap ni....hahaha (^__^)V


Read more ...

Socl Tulalip : Project Sulit Microsoft Yang Bakal Membunuh Facebook?!!

Sah!Microsoft kini sedang dalam proses untuk menerjah dunia social networking.Kali ini Bill Gates & co pula akan memasuki gelanggang social media untuk memecahkan monopoli Facebook.Nampaknya semakin sakitlah kepala hotak encik Zuckerberg kerana seteru terbarunya kali ini bukan calang-calang, mungkin lebih hebat dari Google+ & Twitter!

Ok.lupakan entry sebelum ni hehe.Yang ni memang serius.Maklumat berkenaan projek social networking Microsoft ini sebenarnya telah 'terbocor' kepada umum secara tidak sengaja akibat kebangangan jurutera encik Bill Gates sendiri, yang secara tidak sengaja telah 'terpublished' website projek berkenaan ke internet dibawah domain www.socl.com (disebut sebagai SOCIAL.com).Berikut adalah sneak peek photo yang berjaya dicapture sebelum website tersebut dishutdown semula oleh Microsoft.



Mungkin kerana menyedari kebodohan mereka membocorkan maklumat projek berkenaan di internet, Microsoft telah meninggalkan satu message di laman web berkenaan sebelum menutup keseluruhan operasi 'accidental website' tersebut.Berikut adalah message yang ditinggalkan oleh Microsoft : 
“Thanks for stopping by. Socl.com is an internal design project from a team in Microsoft Research which was mistakenly published to the web. We didn’t mean to, honest,”


Internal design project?Bangang jugak encik Bill Gates ni rupanya, mau menipu pun x pandai.Sudah namanya 'mistakenly published', semestinya Microft akan cuba sedaya upaya untuk menutup rahsia yang sudah pecah itu dengan meyakinkan dunia internet dan pihak seterunya bahawa projek itu tidak ada kena mengena dengan social networking.Jika korang pergi ke domain www.socl.com, korang hanya akan menemui error message yang capaian ke website itu tidak wujud..

Menurut beberapa review daripada mereka yang sempat meneroka accidental website berkenaan, interface laman web itu kelihatan seakan-akan facebook, yang ditambah dengan ciri-ciri seperi yang terdapat dalam Google+ seperti feature 'Party' yang seakan-akan feature 'Hangouts'.Ciri yang kelihatan seperti 'Like' dan '+1' button juga terdapat pada website tersebut.Namun menurut review tersebut, apa yang terdapat pada website itu masih berada pada tahap 'raw' yakni masih dalam peringkat percubaan.

"With Tulalip, you can find what you need and share what you know easier than ever”.

Tidak dapat dipastikan samada nama 'Socl' dan 'Tulalip' akan kekal digunakan, namun rumours mula kedengaran yang 'public beta testing phase' akan diumumkan oleh Microsoft tidak lama lagi untuk product ini.Apapun namanya kelak, nampaknya bertambah banyaklah rambut encik Zuckerberg yang bakal gugur kerana memikirkan strategi untuk terus memonopoli dunia social networking.

Satu soalan untuk encik Zuckerberg.Still want people to pay for your services?
(^___^)V


P/S : Pilihan semakin banyak.Terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk memanfaatkan product ciptaan yahudi ni dijalan yang betul.Jangan asyik online 24 jam tanpa sebarang manfaat.Jangan sia-siakan duit pembayaran bil karan dan broadband anda untuk benda yang tidak memberikan pulangan..




Sumber : Techtree.com & venturebeat.com

Read more ...

Tuesday, December 13, 2011

Facebook Bakal Menjadi Laman Sosial Berbayar?!!


Pengguna facebook bakal dikenakan bayaran?Biar betul?Confirm?Kali ini nampaknya encik Zuckerberg akan benar-benar melaksanakan apa yang paling tidak diingini oleh para pengguna facebook.Mau kencing pun kena bayar sekarang bro...

Menurut sumber perisikan yang aku upah untuk menyelongkar laci encik Zuckerberg, facebook dikatakan bakal mewujudkan 2 option kepada pengguna laman web sosial itu bermula tahun hadapan, Facebook Free dan Facebook Pro.Untuk account free, pengguna tetap boleh menggunakan account mereka seperti biasa, tapi dikhabarkan size untuk gambar dan video yang boleh di upload dan ditonton melalui account biasa ini akan dilimitkan, tidak seperti apa yang dinikmati oleh pengguna facebook sekarang.Status update juga dikatakan akan dilimitkan kepada 1 atau 2 kali saja SEHARI kepada pengguna free account, tidak seperti sekarang yang mana ikut suka kepala hotak akula nak update berapa kali sehari..Serius...

Menurut sumber itu lagi, pengguna account free akan perlu melalui proses 'survey' setiap kali login masuk ke account free tersebut.Berbeza dengan pengguna account Pro yang akan tetap akan menggunakan account mereka seperti biasa tanpa sebarang limit dan survey seperti yang dikenakan pada account free.Dikhabarkan lagi, account Facebook Pro bakal dikenakan caj bayaran sebanyak USD10 per month!!


Sebagai permulaan, facebook dikhabarkan bakal memulakan proses eksperimen di US terlebih dahulu sebelum melancarkannya kepada pengguna di seluruh dunia.Untuk game pula, dikatakan pengguna hanya akan dapat mengakses dan bermain game selepas membeli pakej-pakej tertentu dengan harga yang belum ditentukan lagi...Pendek kata, no more free games...Mainla angry birds sorang-sorang, no more mafia wars....


Hah, USD10 per month?Kalau convert ke duit Malaysia da jadi dekat-dekat RM30 tu..Survey?Really annoying.Aku kalau jumpa website yang ada survey-survey ni jangan harapla aku buat survey tu, memang cepat-cepat berambus punya.Rumours?Kita tunggu dan lihat.Kalau betul, nampaknya penghijrahan beramai-ramai ke google+ kemungkinan akan berlaku..Silap-silap ramai yang bukak balik account Friendster yang sudah berkulat...Friendster?Erk, takpalah..Aku dengan blogger ja lah kalau rumours ni betul....

Untuk encik Zuckerberg, nasib opis ko bukan dekat Malaysia.Kalau opis ko disini, lepas ko launch projek bangang ko ni mungkin lepas tu ko takda opis dah..Sebab semua orang-orang hantu kak limah akan datang bako opis ko..Kite bako kite bako...Lantak ko la, mau padam terus pun facebook ni aku tak kisah..Benci betul aku dengan facebook timeline bangang ko ni.Kecik-kecik tak nak mampos, sudah besar menyusahkan orang...Mau la ditampar...huh...

Apapun, rumours ni belum confirm..Dan rasanya takkan confirm kot..Sebab ini cuma IMAGINASI aku saja...huahahaha...menggelabah...Tak baca ka apa slogan facebook?"It's free and always will be".Tunggulah sampai Zuckerberg ubah slogan facebook ke "Today it's free but tomorows maybe"...huehehehe....

Sorry, takda idea mau buat entry apa sebenarnya..Layan ja lah lawak antarabangsa encik Min Siam....ekekeke..Jangan marah haa...Adioss....

P/S : Ketawa itu awet muda...





Sumber : Google images & kepala hotak aku....(^___^)V

Read more ...

Monday, December 12, 2011

Kereta Untuk Dijual

1. Model : Perodua Kembara EZ 1.3
Transmission : Auto
Tahun : 2000
Accessories : Cd Player, Standard Alarm System, Central Lock
Engine standard, tip-top condition, new registration plat number
HARGA : RM21,000 Negotiable / Masih boleh runding bah 
*Ex-owner adalah wanita








2. Perodua Kancil
Transmission : Manual
Engine Capacity : 660cc
Tahun : 2003
Accessories : Central lock, Lowered Spring, Tape Player
HARGA : RM14,000 Negotiable / Boleh runding jugak
*New Engine Install, tip-top condition






*Lokasi kedua-dua kenderaan adalah di Kota Marudu, Sabah

So, kepada yang berminat, sila tinggalkan pertanyaan di comment box atau hubungi / pm di SINI.Nombor telefon akan diberikan kepada mereka yang benar-benar berminat.Untuk yang berdekatan, anda boleh datang sendiri untuk drive test.

Sekian Min Siam melaporkan.Majulah bisnes untuk negara (^___^)


Read more ...

Friday, December 9, 2011

K-Pop?Euuww..


Ooops wait seminit!Jangan salah sangka.Gua bukannya mau buang tebiat dengan menggunakan bahasa bebudak zaman sekarang, ataupun berlagak seperti remaja 16 tahun yang meminati K-Pop sampai tidur pun peluk poster kumpulan super junior.Eh betul kumpulan k-pop ka tu?Lantakla..Gua mana tau...hehe.

Tajuk ni gua ambik daripada satu posting yang dibuat oleh seorang blogger remaja yang dengan selamba badaknya telah mengutuk artis k-pop.Yang menariknya, posting tersebut telah mendapat respon yang cukup tinggi daripada ramai bebudak yang meminati k-pop dan setakat entry ini ditulis, lebih dari 1800 komen telah diberikan pada entry tersebut!Gila siot, gua rasa Hanis Zalikha pun tak pernah dapat komen sampai sebanyak tu untuk satu entry.Nak tau apa budak tu tulis?Nah baca sendiri.... 


Tu sajalah yang dia tulis hehe..Biar betul, entry seringkas ini boleh dapat komen sampai 1800?Tak percaya?Silalah baca sendiri entry tersebut di sini dan lihat sendiri apa respon kebanyakan pengomen yang rata-rata bebudak peminat k-pop tentang posting tersebut.Gua rasa nak ketawa tergolek-golek waktu mula-mula baca entry ni.Nama blog pun semacam, budak gigi rabbit hahaha..Alahai kelakarnya..Hebat sungguh rupanya penangan K-Pop ni terhadap bebudak sekarang.Kau kutuk siap la kau.Maki hamun sumpah seranah tuut sana tuut sini semua keluar..Hai macam-macam...

Gua yang boleh dikatakan dah agak lama jugak jadi blogger ni pun tak pernah lagi dapat komentar lebih dari 100 untuk satu entry, yang budak ni senang-senang ja dapat respon lebih 1800 untuk entry yang bengong...Ini baru betul 'The next female top blogger'.Lepas ni cik Epal, cik Hamis, cik Namee dan blogger pompuan yang sewaktu dengannya boleh gulung blog la nampaknya hahaha...
(^___^)V


P/S : Gua sebenarnya memang tak faham dengan menatang K-Pop ni, tapi takdalah nak kutuk-kutuk.Biarla bebudak zaman sekarang dengan trend muzik diorang, masing-masing ada minat tersendiri.Setiap orang ada zamannya...




Credit : Encik Google & Budakgigirabbit.blogspot.com

Read more ...

Thursday, December 8, 2011

Manusia Berotak Google?


Bila manusia yang perasan mempunyai otak umpama google berkata-kata, benda yang dah rosak pasti akan jadi hancur lebur.Umpama tikus membaiki labu.Kalau tak tau, cakap sajalah tak tau.Cari guru, timba ilmu.Bukannya menegakkan benang yang basah.Tak tau tapi berlagak seperti lebih tau daripada orang yang berilmu.Hasilnya?Haru.Silap hari bulan boleh biru mata hitam mu...

Entah kenapa sejak kebelakangan ni gua selalu sangat terjumpa orang-orang spesis perasan bagus ni.Urang sabah panggil 'talingung' bah jenis urang begini ni.Tadi pun ada lagi terjumpa.Tak boleh nak ditegur, asyik ingat diri sendiri saja yang betul.Kalau bercakap mengalahkan google search engine, semua benda dia master, macam professor serba tau.Satu hal lagi, bila bercakap tak mau kalah, biar cakap fakta merapu tapi mengalah takkan mengaku...

Bengang betul gua dengan orang macam ni.Tapi apa nak buat, sudah perangai dia macam tu tak makan saman tak boleh ditegur, tercipta sejak azali barangkali.Gua sebenarnya tak kisah sangat kalau orang nak berperangai macamana sekalipun, itu lu punya pasal la.Tapi kalau sampai menyusah dan menyakitkan hati gua, lu rasalah penangan gua pula.Kalau lu adalah orang yang gua kenal, lu akan bakal gua hantar ke kepulauan yang berdekatan untuk proses pemulauan.Tinggal la sorang-sorang di pulau tu, cakap la dengan pasir dan penyu.. 

Bagi gua itu saja cara terbaik untuk mengajar orang spesis mangkuk tingkat yang perasan berotak google ni, pulaukan.Tak payah la balun membalun sepak terajang, bukan dapat apa pun kalau buat macam tu, dapat sakit adalah.Jadi bro, kalau lu rasa tak dilayan tu paham-paham sendiri la k.Sendiri mau ingat macamana s*** lu punya perangai...Lu kan ada otak google, jadi lu pikir la sendiri....

Rasa macam dah masuk cerita KL Gangster plak asyik ber'gua-lu' dari tadi.Bukan apa, aku sebenarnya geram dan bengang dengan perangai mangkuk-mangkuk yang perasan bagus ni.Sebagai manusia biasa yang tidak dikurniakan apa-apa mukjizat, kita kenalah sedar yang sesungguhnya diri kita ni jauh dari kesempurnaan..Menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka, selagi pendapat itu tidak melampaui batas tidak akan sesekali mencalar dan menjatuhkan maruah diri, malahan persekitaran akan semakin menghormati si penerima pendapat, apatah lagi sekiranya engkau adalah orang yang berstatus 'duduk di kerusi empuk'!

Ok sudah la, malas la mau cakap panjang lebar lagi.Cukup la sessi lepas geram aku untuk kali ni.Akhir kata dari penaja, untuk menghiburkan hati yang sedang bengang, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu dari kumpulan Les Sekinchan yang bertajuk Pria Pujaan, semoga semua terhibur.Majulah sukan untuk negara...haha...Sabar jo la...As-Salam...





*Talingung - Bangang

Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Wednesday, December 7, 2011

Data Carian Tertinggi Di Google Malaysia Sepanjang Tahun 2011

Berikut adalah data yang diperolehi dari sebuah website tentang carian tertinggi di Google Malaysia sepanjang tahun 2011.Cubalah jenguk-jenguk, manatau nama @ blog korang ada dalam carian ni.Aku?Tahun depan kot..Siapa tahu....haha..Jangan berangan...

Fastest Rising People
Bruno Mars
Hana Tajima
Cikgu Shida
Avril Lavigne
Anwar Ibrahim
Fatin Liyana
Justin Bieber
Rihanna
Ustaz Kazim
Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Terma Carian Umum Yang Meningkat Naik Dengan Pantas
Facebook
Angry Birds
Maharaja Lawak
iPhone 5
Samsung Galaxy
iPad2
Jawatan kosong
Android
Tonton
Aishiteru

Burung marah a.k.a Angry birds

Carian Berita Paling Popular
ipad 2
Malaysian grand prix
Kennedy space center
Kentucky derby
Japan nuclear crisis
MTV movie awards
Michael Jackson funeral
Malaysian open
Thailand flood
Malaysia budget 2012

Carian Imej Paling Popular
Justin Bieber
Background designs
Fixie bike
Domo Kun
Monster energy
Supra shoes
Jules Verne
Smiley face
Kartun muslimah
Chelsea Olivia

Chelsea Olivia

Carian Persoalan Paling Popular
what is bersih
what is g6
what is ppvrip
what is ipad
what are words
what is jailbreak
what is android
what is lmao
what is hacking
what is information

Carian Rancangan TV Paling Popular
ANTM
x factor usa
american idol 2011
amazing race 18
tvb drama 2011
nagamma serial
supernatural
bones season 7
Al Jazeera
My Princess

Carian Destinasi Perlancongan Antarabangsa Paling Popular
Kowloon/Hong Kong
Su Mei Island, Thailand
Phuket Island
Bangkok
Maldives
Disneyland Hong Kong
Taipei
Paris Disneyland
New York
Caribbean

Carian Blog Paling Popular
Blog Serius
Beautifunara
Papagomo
Jejariruncing
Honeykoyuki
Oh Bulan
Kari ngeri
Malaymoviesfull
My Resipi
IniBelogSaya


*Kesahihan data ini belum dapat dipastikan 100% kerana tidak ada sumber asal yang dinyatakan pada article tersebut.Aku telah melakukan search pada hampir semua engine carian internet namun tidak dapat menemui dari mana maklumat ini diperolehi.Article asal boleh dilihat di sini

*Update - Data ini telah disahkan official / rasmi.Untuk senarai rasmi google Malaysia top searches 2011, click here



Credit : Inibelogsaya.blogspot.com, google image & amanz.my

Read more ...

Wordless Wednesday #13 : Restoran Pelik!



Hungry?Think twice before enter this restaurant...Nanti hilang selera terus.Toilet Restaurant, Taiwan with their 'exotic food'..Yuuucckk...Still hungry?

Rabu kedu x boleh cakap banyak-banyak.Untuk article penuh, read here
(^___^)


Read more ...

Penyakit Paling Merbahaya Di Dunia


HIV?Bukan.Selsema burung?Pun bukan.Selsema tapir?Lagilah bukan.Tidak berjasad, tidak bervaksin.Boleh menabrak sesiapa sahaja yang dingininya tanpa sebarang warning, mahupun lonceng penggera..Hon jauh sekali...

Sesungguhnya diriku sedang dilanda oleh penyakit yang maha terrible sadis ini.Tiada ubat, tiada penawar..Dan yang paling menakutkan bila ianya terjadi, cuma kekuatan kendiri sahaja yang boleh mematahkan kekebalan dan kepoyoan, sindrom virus kekurangan kuantiti dan kuasa minda ini...


MALAS.Sindrom kealpaan dan kebuntuan minda yang boleh membawa neuron medula oblongata manusia memasuki zon infiniti tepu tanpa mengira waktu.Bagilah apapun penawar, bila ia datang melanda pasti semuanya jadi tak tentu hala.Maka ada baiknya dikala malam tidak berskala ini semakin memanjat tiang konkrit hologram diufuk quantum, bersatulah dengan bantal dan selimut untuk melarikan diri dari dunia realiti dan terjahlah dunia fantasi untuk bermadu bersama sang bulan fantasia...haha....

Memang sadis, bila sindrom merbahaya ini datang melanda.Siapa pun pasti bersetuju dengan gua, bahawasanya dengan kekuatan bagaimana sekalipun seseorang manusia itu, penyakit dahsyat ini pasti akan dapat menewaskannya..Tak gitu?Dan sesungguhnya ketika ini gua sedang ditabrak dengan maha dahsyat oleh sindrom mangkuk tingkat ini..Apa boleh buat, just follow the flow...Penyakit paling merbahaya di dunia..Betul la tu kan??

P/S : Penyakit malas memang sudah 'ready install' dalam diri setiap manusia, cuma terpulang kepada diri masing-masing bagaimana untuk meng'handle' dan mengatasinya.Clap chest, ask appetite (Tepuk dada tanya selera)..hehe..Tido lagi bagusla.Maafkan gua diatas kepoyoan entry ini.Adioss.... (^__^)V






Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Monday, December 5, 2011

Mesej Tersembunyi Disebalik Itanimulli & Blogpot

Perkataan yang pelik.Sejenis makanan?Atau filem terbaru Afdlin Shauki?Jawapannya : salah dan merapu.Takda, bukan apa.Masa gua blogwalking sambil melilau tak tentu arah dalam dunia maya ni tadi cari idea, gua tetiba jumpa perkataan ni dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut.Cari punya cari punya cari, akhirnya gua pun dapatlah maksud perkataan ni, 'itanimulli'.Berasal dari perkataan 'Illuminati' yang diterbalikkan.Rasanya ramai yang mengetahui tentang pertubuhan bala tentera dajjal ni, jadi tak perlulah gua kupas dalam-dalam rasanya..


Apa yang menarik perhatian gua sebenarnya ialah, jika perkataan 'itanimulli' ni disambungkan dengan domain .com @ .org dihujungnya, ia akan menghantar kita ke website National Security Agency (NSA ~ www.nsa.gov) Amerika Syarikat!Korang boleh mencubanya sendiri dengan menaip www.itanimulli.com @ www.itanimulli.org di address bar dan enter.Walaupun capaian ke website NSA ni tidak boleh dibuka, tapi memang nampak ada sesuatu yang pelik disini.Teori konpirasi yang menarik untuk difikirkan.Tapi memang tidak boleh dinafikan perkaitan antara pertubuhan sulit zionis ni dengan negara Uncle Sam.Agenda zionis bermakna agenda US juga, maka secara otomatik segala agensi dan pertubuhan yang gelap & terang milik US pasti akan menyokong agenda "shadow goverment" mereka..

Baiklah.Jika teori konpirasi itu kurang menarik, cuba perhatikan yang ini pula.Cuba google perkataan 'blogpot'.Tidak menemui apa-apa?Pelik?Itu baru permulaan.Ok, sekarang Tulis domain blog korang ataupun blog sesiapa saja di address bar, kemudian singkirkan huruf 's' dari perkataan 'blogspot'.Contoh : "tekok-beriuh.blogpot.com" dan tekan enter.Kemana anda akan dihantar?Mengejutkan bukan?Jika korang merasa itu satu ralat, cuba try lagi dengan alamat blog yang lain pula..Jarum dan agenda sulit???Sudah terang lagi bersuluh, "mereka' memang sedang berusaha keras untuk menjahanamkan umat Islam dengan segala yang mereka ada.

Gua pada awalnya terkejut juga apabila diredirectkan ke 'website' itu dan beranggapan yang gua tersalah tulis sesuatu di address bar.Tapi setelah berulang-kali mencuba, sememangnya tidak ada kesilapan yang berlaku dan itu sememangnya sesuatu yang telah dicipta dan dirancang dengan teliti oleh 'mereka'.Sungguh halus permainan mereka...

Gua ni sebenarnya bukan seorang yang baik sangat pun, ilmu agama pun ciput.Tapi sejahil-jahil gua, gua tidak sanggup untuk melihat agama ISLAM dirosakkan oleh 'mereka' ini.Cuma inilah saja cara yang boleh gua lakukan dalam mempertahankan kedaulatan Islam, blogging.Sharing is caring, sebarkan.Mudah-mudahan info ini boleh dimanfaatkan dan dapat menyelamatkan umat Islam daripada jarum halus yang cuba disuntik oleh 'mereka-mereka' ini.Wallahualam.


Sabda Rasulullah SAW :
“Kalian benar-benar akan meniru sunnah (jalan / tata cara) orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai-sampai sekiranya mereka memasuki lubang biawak kalian pun juga turut mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya : ”Apakah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab : ”siapa lagi?” [HR Bukhari, Bab Ma Dzakaro ’an Bani Isra’il 11/272]





Credit : Google image & Illuminati-news.com

Read more ...

Saturday, December 3, 2011

Binatang Pelik!!

Pelik sungguh binatang ni..Siput?Kerang?Ulat Bulu?Tah la, gua pun tak tahu apa nama binatang ni.Dapat dari yahoomail group, tapi takda nama.Any idea??


Apasal la pelik betul rupa kau ni..Macam tuuuut pun ada...haha (^__^)

Goreng pun sodap ni...


Makanan Exotic??Boleh makan ka...


Sepupu dinasour kot.





Source : yahoomail group

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!