Saturday, October 29, 2011

Review : Kesilapan Astro Dalam Maharaja Lawak Mega


Menghimpunkan 17 peserta berkumpulan dan solo dari 3 buah negara, Maharaja Lawak Mega telah mencatat sejarah sebagai rancangan TV pertama seumpamanya yang pernah diterbitkan di Asia Tenggara.Memang lawak tahap bumbung rumah tercabut!Gua sendiri dah ada peserta faveret...BOBOI, lu memang terbaek dari ladang!Gabungan 2 orang pelawak otai Malaysia, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik, lawak mereka sememangnya telah berjaya membuatkan gua ketawa sehingga halkum terseliuh untuk beberapa ketika.Syabas Boboi!

Boboi Terbaek!!!

Selain Boboi, terdapat juga peserta lain yang tidak kurang hebatnya berbanding mereka.Antaranya BP (Bawal Power : Bob Kuman + Sobri), Osbon, (Os + Abon), Bawel (Indonesia ~ mereka harus diberikan perhatian, antara pesaing utama) & Saehu (juga Indonesia). Peserta Singapore dilihat kureng menyengat dan gua x ada peserta faveret utk Singapore, sori.Adlin Aman Ramli, ramai yang menantikan persembahan dari personaliti ini, namun sedikit mengecewakan..Tetapi harus diberikan pujian atas percubaan beliau di atas pentas lawak.Lu memang bukan pelawak la bro, lu pergi jadi pengacara & kritik AF lagi bagus la.Lawak-lawak ni serahkan pada yang pakar...hoho.Hambik kau Adlin, selama ni kau kritik orang, sekarang aku kritik kau ^0^

Berikut senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2011.

Adlin – Malaysia

3G – Malaysia

Anje – Malaysia

Boboi – Malaysia

BP – Malaysia

Comel – Malaysia

Hiro – Malaysia

JH – Malaysia

Lanun – Malaysia

Osbon – Malaysia

Pimai – Malaysia

RAP – Malaysia

Syok – Singapura + Malaysia

Gebu – Singapura

Bawel – Indonesia

Caer – Indonesia

Saehu – Indonesia


Baiklah.Selepas episod pertama bersiaran semalam, gua selaku pengkritik tidak bertauliah telah mengesan beberapa kelemahan yang rasanya perlu diambil perhatian oleh pihak penerbitan sekiranya ingin menobatkan rancangan ini sebagai the best lawak show on earth.Antaranya..
1.Juri
Apakehenya korang pergi lantik tukang masak, pemain bola & penyanyi jadi juri tetap?Memang benar, Dato' Siti Nurhaliza, Zainal Abidin Hassan & Chef Wan adalah nama-nama besar dalam bidang mereka...Tapi jadi juri pertandingan lawak?Biar betul?Tak sesuai rasanya..Seseorang dari pihak penerbitan Astro perlu menjawab soalan ini....

2. Lagu Tema
Kata rancangan pertama seumpamanya di Asia Tenggara, tapi takda lagu tema?Takkan yang ni pun Astro terlepas pandang?Kemon la, takkan takda sorang pun komposer Malaysia yang Astro boleh minta untuk buatkan satu lagu bagi program ni..Malu kita wei...Ni rancangan satu nusantara tengok....

Pihak Astro tidak seharusnya memandang remeh isu ini kerana hal sekecil ini sedikit sebanyak boleh merencatkan program tersebut sekiranya tidak ditangani dengan cara sepatutnya.Apapun sama-sama kita nantikan episod seterusnya Maharaja Lawak Mega..And Boboi, Lu memang terbaeekkk!!Ala tomey-tomey....(^__^)V


Read more ...

Thursday, October 27, 2011

Wayang Free Tengah Padang

Malam tadi masa lepak makan2 dengan member dekat satu gerai berhampiran dengan sebuah padang, gua tetiba terlihat satu adegan 'wayang' yang tengah dimainkan di tengah padang oleh si pelakonnya dengan begitu khusyuk dan penuh penghayatan.Adegan-adegan bersilih ganti, kadang kala sejuk, kadang kala panasss..Kadang kala suam2 kuku, dan adakalanya sangat membosankan..Tapi dah wayang free, tengok ja la kan.Tak payah bayar tiket pun...hmmm...


Lupa nak bagitau, itu semua dalam imaginasi gua saja (yang lu otak kuning fikir bukan2 apasal hoho). Sebenarnya gua terimbas memori dolu-dolu zaman kanak-kanak, masa tengok wayang gambar free di tengah padang, ataupun lebih dikenali sebagai 'wayang pacak'.Lewat 80an dan awal 90an, jabatan penerangan sering mendatangi kawasan-kawasan kejiranan dan memberikan tayangan wayang gambar percuma kepada penduduk setempat.Masa tu syarikat satelit anti-hujan (astro la apa lagi) masih belum wujud lagi.Kepada mereka yang lahir pada era 90an, rasanya anda tidak berkesempatan untuk menyaksikan acara wayang percuma ini kerana acara ni dah x wujud lagi sekarang.Kalau ada pun situasinya dah x sama macam dulu..

Contoh skrin putih yang digunakan untuk  tayangan gambar.
Tapi yang ni kecil, dulu punya lagi besau dari ni..
Generator set, projector dan skrin putih gergasi digunakan untuk menayangkan filem-filem percuma ini.Menurut Wikipedia, aktiviti ini sebenarnya bermula sekitar tahun 60an lagi.Pada awalnya, acara ni diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang bahaya ideologi komunis, disamping memberikan hiburan percuma kepada masyarakat setempat (sebab masa tu orang yang ada tv boleh dikira dengan jari).Memasuki penghujung era 80an, acara ini akhirnya berubah menjadi acara hiburan cum medium propaganda mereka-mereka 'yang berkenaan'.Opps sori, gua tak nak campur agenda lu orang ok, lantak korang la..

Berbalik kepada cerita wayang pacak, suasana ketika menonton wayang gambar ketika tu memang cukup santai.Beratapkan langit, ada yang siap bawa tikar dan bantal lagi sambil menikmati tayangan percuma masa tu.Tayangan biasanya bermula pada pukul 8 atau 9 malam.Antara filem-filem yang gua masih ingat yang sering ditayangkan adalah Bukit Kepong, Fenomena (atau Isabella, sori gua pun dah lupa yang mana satu) dan adalah beberapa filem negara seberang.Gua masa tu yang masih budak lagi memang seronok gila, selagi wayang tak habis tak nak pulang rumah..Ya lah, channel TV yang ada masa tu cuma TV1 & TV2 ja, sapa yang dapat TV3 masa tu memang beruntung la sebab dapat tengok cerita tv best sikit...

Gambar dolu-dolu dapat dari google.Lebih kurang camnilah suasana
masa tengok wayang free.Happening gua cakap lu...;)
Dengar cerita acara ni akan diwujudkan semula, tapi dengan nama Layar Bestari.Tapi rasanya suasana takkan sama macam dulu lagi.Lagipun, sekarang ni dah masuk zaman mukabuku, zaman buah apple...Masyarakat dulu datang berpusu-pusu nak tengok, sebab masa tu teknologi belum berkembang lagi.Orang sekarang nak datang tengok?"Kalaupun xda dekat astro nanti aku download je la guna torrent",haha.Budak-budak muda pula mungkin akan datang, tapi kebanyakannya dengan niat yang menyimpang, nak buat maksiat.Kalau sekadar menambahkan keparahan penyakit sosial masyarakat, baik tak payah buat.Lagi satu, kalau nak jadikan acara ni sebagai pentas propaganda kempen politik, lupakanlah niat tu.Menghabiskan duit rakyat.Tengok tv dekat rumah lagi bagus.Tak pun bloging, ada lagi faedah....Adioss.....




Photo Credit : Finas.gov.my, tokpenghulu.blogspot.com, google images & wikipedia

Read more ...

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #7 : 1 Million



Fikir-fikirkan....


Read more ...

Sunday, October 23, 2011

Nama-Nama Tempat Yang Kelakar, Unik & Dotdotdot (18SX)

Nama-nama tempat yang unik kadangkala membuatkan kita tergelak sendirian dan berfikir seketika, apakejadah & mengapa nama itu diberikan kepada tempat tersebut.Jika di Malaysia kita memiliki beberapa nama tempat yang unik dan kelakar (hanya mengambil beberapa contoh) seperti Batang Berjuntai (Selangor), Kampung Kentut Kecil (hahaha ~ Langkawi Kedah) & Kampung Tok Imam Lapar (my personal feveret mwahahaha ~ Terengganu), negara-negara lain juga memiliki nama tempat yang unik dan kelakar..Ahh gua malasla nak ulas panjang-panjang, lu olang tengok la sendiri..Gua nak sambung gelak jap mwahahaha..
(^__^)

PORNsuk U-TIT Road, Thailand...Perrgghh nama wa cakap lu.Patutla PORN menjadi salah satu industri penyumbang dalam KDNK Thailand...;)

Welcome to ACCIDENT, drive carefully...Kalau nak selalu accident datanglah sini haha..^0^
Accident, Maryland US

PENISTONE, UK.Errrk, no comment...mwahahaha ^0^

Yang ni lagi satu..Mangkuk mana la yang bagi nama tempat ni..Rosak akidah betul la mamat tu hahaha...

BIRD-IN HAND, Pennsylvania US..Burung-Dalam-Tangan??hmm..no comment la jugak, lu pikir sendiri la ekeke...

Dan ini yang terakhir sekali, personal feveret gua...Siap bagitau jangan gelak lagi bila tengok signboard kampung mereka..kesian sungguh kampung mereka itu..Lu tengok la sendiri...& cuba jangan gelak tau........bhahahahaha.... 


Just for fun..Peace no war (^__^)V


Source : oddee.com & Google Images 

Read more ...

Saturday, October 22, 2011

Pembunuhan Gaddafi Di Dalangi CIA & MI5, Mossad??


Seperti yang dunia sedia maklum, riwayat mantan presiden Libya Allahyarham Muammar Gaddafi telah berakhir selepas dibunuh oleh tentera pemberontak Libya yang merupakan proksi kepada kuasa barat.Dengan kematian ini maka berakhirlah zaman pemerintahan rejimnya yang berusia lebih 4 dekad, dan bermulalah era penjajahan baru dunia barat terutama Amerika Syarikat dan NATO ke atas hasil minyak Libya yang selama ini memang di idam-idamkan oleh mereka.

Pembunuhan Gaddafi sememangnya telah lama dirancang oleh pihak perisikan barat, terutamanya CIA dan MI5.Menurut satu sumber daripada salah seorang bekas pegawai perisikan MI5 British David Shayler, pada awal 90an, beliau sendiri pernah membayar lebih daripada 100 ribu dollar kepada sel Al-Qaeda di Libya untuk membunuh Gaddafi dengan meletakkan bom ke dalam kenderaan yang dinaikinya, namun percubaan ini gagal.Kemudian pada tahun 1996, MI5 melalui pegawai perisikannya sekali lagi telah berkerjasama dengan sebuah kumpulan radikal tempatan Libya dalam percubaan untuk membunuh Gaddafi namun usaha ini tetap gagal.
CIA pula, dalam misi untuk merealisasikan matlamat pembunuhan Gaddafi ini telah melantik seorang mantan pegawai tentera Gaddafi, Khalifa Hifter untuk mengetuai tentera pemberontak Libya dalam menjatuhkan Gaddafi.Hifter adalah seorang pegawai CIA yang direkrut untuk dengan matlamat asal yang sebenarnya cuma 1, iaitu menyingkirkan Gaddafi dengan membunuhnya!

MI5 British Intelligent

Pada awal tahun ini sekitar bulan March, presiden AS Barack Obama telah menandatangani satu perintah sulit (secret order) yang dinamakan sebagai 'finding' yang berfungsi sebagai satu perintah 'direct order' presiden Obama kepada CIA untuk melancarkan operasi sulit mereka.Kemudian, melalui satu wawancara dengan sebuah stesen tv, Obama telah berkata tujuan utama operasi sokongan kepada pemberontak Libya diadakan adalah untuk memaksa Gaddafi supaya "ULTIMATELY steps down" dari pemerintahan rejimnya yang berlangsung lebih 4 dekad itu.Sudah terang lagi bersuluh, yang kata-kata Obama itu sememangnya telah menggambarkan dengan jelas apakah sasaran akhir tentera pakatan penceroboh di Libya, iaitu memusnahkan kerajaan dan membunuh Gaddafi!

Pembabitan CIA dalam operasi-operasi sulit yang membabitkan percubaan atau pembunuhan terancang pemimpin-pemimpin dunia bukanlah perkara baru.Hanya mengambil beberapa contoh, percubaan pembunuhan seorang diplomat dan perdana menteri pertama China Chou En-Lai pada tahun 1955, percubaan bunuh terhadap diktator Cuba Fidel Castro dan penglibatan dalam percubaan untuk membunuh mantan presiden Indonesia Sukarno pada tahun 1975 adalah diantara ribuan operasi sulit yang dilancarkan oleh CIA diseluruh dunia.Berbalik kepada Gaddafi, sebenarnya terdapat berdozen operasi untuk membunuh beliau telah dijalankan oleh seteru-seteru beliau, dan antara operasi yang tekenal adalah pada 14 April 1986, iaitu pengeboman ke atas Benghazi dan Tripoli atas arahan presiden AS ketika itu Ronald Reagen.Pengeboman tersebut telah meragut nyawa seorang anak angkat Gaddafi dan turut mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang (ada sumber yang menyebut 100 orang).


Mossad, sebuah lagi agensi perisikan milik Israel semestinya turut terlibat dalam merealisasikan plot pembunuhan terancang terhadap Gaddafi.CIA & Mossad adalah umpama adik beradik yang saling bantu membantu dalam melaksanakan agenda dan operasi sulit Zionis.Berakhirnya riwayat Gaddafi ditangan mereka, maka bermulalah era kolonialis barat terhadap hasil minyak Libya.Rasanya nasib Libya tidak akan jauh berbeza dengan Iraq, yang juga telah berada dibawah penguasaan AS dan sekutunya.

Walaupun dianggap sebagai diktator kejam oleh barat & seterunya, dunia akan tetap mengingati Gaddafi sebagai seorang pemimpin berani yang tidak tunduk kepada telunjuk kuasa barat di sepanjang hayatnya.Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..









Sumber & rujukan : Mediafreedominternational, Libya360, telegraph.co.uk, wikipedia.com, infowars.com,
                                                wsws.orgthirdworldtraveller.commalaysiakini.com, google images & youtube.com

Read more ...

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #6 : Speed Limit



kena kira dulu.....(^__^)



Source : Encik Google

Read more ...

Tuesday, October 18, 2011

Amaran Kepada Ibu Bapa Di Seluruh Dunia!!


Seperti yang disiarkan oleh buletin utama semalam (17 March 2011), satu kemalangan yang menyayatkan hati melibatkan seorang anak kecil telah berlaku di China.Entah dimana hilangnya perikemanusian manusia2 yang berada di kawasan kemalangan itu, sanggup membiarkan anak kecil yang terlantar kesakitan akibat dilanggar dua buah kenderaan di tepi jalan tanpa diberikan sebarang pertolongan.Bagaimana sekiranya perkara sebegini berlaku kepada anak & keluarga anda?Dan kepada 18 orang manusia berhati binatang yang sekadar berlalu di kawasan tersebut tanpa berbuat apa-apa, semoga musibah yang sama akan menimpa anda..Kecik-kecik tak nak mampos, sudah besar menyakitkan hati...Bagus di tembak dengan senapang gajah...Huh,aku marah ni!!      

Saksikanlah sendiri bagaimana kebejatan moral manusia-manusia yang sanggup membiarkan anak kecil tersebut.Semoga anak kecil itu dapat diselamatkan..


Kepada semua ibu-bapa, jangan sesekali membiarkan anak kecil anda terlepas dari jagaan walau dimanapun anda berada kerana anda tidak akan tahu bilakah musibah seumpamanya datang menimpa, sesal kemudian tidak berguna.Semoga video diatas memberi pengajaran kepada semua!




Photo credit : rimbundahan.org

Read more ...

Sunday, October 16, 2011

Jawapan Otak Kuning Part 2 (18SX)

Seorang guru, Cikgu Murni (Berumur 22 tahun) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : 
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?" 

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!". 

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan. 

Pengetua: Apa 3 x 3? 
Abu: 9 
Pengetua: Apa 6 x 6? 
Abu: 36 

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju. 

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? 
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya? 
Abu: Saku 

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan? 
Abu: Kelapa 

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit? 
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab. 
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki? 
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab. 
Abu: Bersalaman 

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay? 
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. 
Abu: Khemah 

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu. 
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1. 
Abu: Cincin perkahwinan 

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega. 
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya. 
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya. 
Abu: Anak panah 

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? 
Abu: Okay 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement? 
Abu: Firetruck 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand. 
Abu: Fork 

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married? 
Abu: Surname 

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping? 
Abu: Heart 

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah". 

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai otak kuning.....mwahahaha



Read more ...

Saturday, October 15, 2011

Jawapan Otak Kuning (18SX)

Pada suatu hari yang suam-suam kuku, di sebuah sekolah tadika, seorang guru perempuan bertanyakan soalan kepada anak muridnya, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"
Hampir keseluruhan murid dalam kelas itu menjawab "dua cikgu".Namun jawapan daripada seorang murid berlainan dari yang lain.Aiman dengan selambanya menjawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Aiman?" tanya cikgu. 
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti la terbang lari bila dengar bunyi tembakan cikgu."
"Salah!Jawapannya tentulah 2 Aiman, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi takpa, cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu tadi belanja Aiman makan aiskrim. Kemudian, secara spontan Aiman tiba-tiba bertanya kepada cikgu perempuan tadi, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Tapi cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?" 

Tergamam cikgu dengan soalan Aiman.Cuba berlagak natural, cikgu itu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".
"Salah cikgu, YANG PAKAI CINCIN LA YANG DAH KAWIN.Tapi takpa, saya suka cara cikgu berfikir.." 

Moral of the story ~ Dengar dulu soalan betul-betul sebelum memberi jawapan...Aiman tak salah cikgu....
Hahaha..



Read more ...

Thursday, October 13, 2011

Top 5 Pasukan Komando Elite 'Deadliest Force' Dunia

Pasukan tentera yang cekap dan terlatih sememangnya menjadi benteng pertahanan yang paling ampuh kepada sesebuah negara dalam menangani ancaman dari luar dan dalam negara.Berikut di senaraikan top 5 pasukan elite 'deadliest force' dunia yang dikenali kerana situasi-situasi bahaya yang pernah mereka tangani.( Malangnya pasukan elite komando Malaysia tidak termasuk dalam senarai ini.Takpo la abang-abang askar sekalian, jasa kalian tetap disanjung dalam mempertahankan perbatasan negara )

5. Kopassus
Di tubuhkan pada tahun 1952, Tentera Nasional Indonesia telah menubuhkan pasukan ini dengan tujuan untuk melindungi Indonesia daripada ancaman kumpulan pelampau yang ingin menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.Antara operasi merbahaya yang pernah dihadapi oleh pasukan ini adalah pada tahun 1981, dimana sebuah kumpulan pelampau telah merampas pesawat Garuda 206.Dalam kejadian rampasan itu, pasukan Kopassus telah berjaya melakukan 'fast-paced operation', dan berjaya membunuh 3 orang perampas pesawat dan membebaskan 50 orang tawanan.


4. Sayeret Matkal
Yang ni gua tak mau ulas apa-apa.Tapi memandangkan mereka tersenarai dalam list top 5, gua kena lah masukkan juga.Pasukan tentera elit Israel laknat ni turut tersenarai dalam top 5 kerana kononnya pasukan ini adalah diantara pasukan yang paling aktif memerangi keganasan (kepala hotak korang!) serta mahir dalam risikan jarak jauh dan seni mempertahankan diri serta penggunaan senjata kecil.Top operation?Pembunuhan rakyat Palestine lah apa lagi..lahanat punya yahudi,haik ptuihh...


3. The Kaibiles
Pasukan komando elite angkatan bersenjata revolusi Guatemala ini turut tersenarai dalam top 5.Pakar dalam peperangan hutan dan operasi gerila.Ditubuhkan pada tahun 1975, mereka memegang motto peperangan yang unik."If I advance, follow me. If I stop, urge me on. If I retreat, kill me"
Top operation : Lapan Kaibiles terbunuh dan lima cedera dalam serangan hendap di Congo semasa mereka menjadi sebahagian daripada pasukan pengaman PBB. Askar-askar yang terbunuh adalah sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam operasi 'botched' untuk menangkap timbalan ketua komander Tentera Darat Rintangan Uganda.


2. Alpha Group
Pasukan anti-pengganas Rusia yang ditubuhkan pada tahun 1974, dianggotai oleh 700 orang 'hardcore-squad', yang berjaya bertahan dan berkembang walaupun selepas kejatuhan kerajaan Soviet Rusia.
Top operation : menyelesaikan krisis tebusan sekolah di Beslan pada 2004, di mana 1200 orang tebusan telah ditawan oleh kumpulan pemisah Chechen yang berakhir dengan 31 pengganas mati.Walaubagaimanapun terdapat kematian orang awam yang agak tinggi semasa operasi itu dijalankan, iaitu lebih dari 350 orang telah terkorban!


1.U.S Navy SEAL
The United States Navy SEa, Air and Land (SEAL) adalah pasukan komando elite AS yang terkenal kerana kebolehan mereka untuk berkerja dibawah air (underwater jobs) serta keupayaan mereka untuk berhadapan dengan keganasan, menyelamatkan tawanan serta peperangan bukan konvensional.
Top operation?Sudah tentu kejayaan membunuh Osama bin Laden(??) di Pakistan.Walaupun terdapat banyak spekulasi dan teori konspirasi tentang kebenaran kematian Osama bin Laden, namun Presiden AS Barack Obama amat berbangga dengan pencapaian pasukan komando elite mereka itu.

Ini adalah sebahagian daripada senarai pasukan elite yang diketahui umum.Bagaimana pula dengan pasukan rahsia elite yang lain?Iran, Korea Utara & China semestinya memiliki keupayaan ketenteraan dan perisikan yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan senarai top 5 ini.


Malaysia juga sebenarnya memiliki pasukan khas elite sendiri.PASKAL(Pasukan Khas Laut~Naval Special Forces) ataupun turut dikenali sebagai Unit Panglima Hitam adalah salah satu pasukan komando elite yang dimiliki oleh Malaysia.Ditubuhkan pada 1 oktober 1980, pasukan ini berkeupayaan dalam peperangan bukan konvensional, taktik gerila, unit anti-pengganas, operasi menyelamat tebusan, memusnahkan sasaran khusus serta melindungi serta mempertahankan keselamatan negara dari ancaman luaran dan dalaman.Walaupun tidak tersenarai dalam top 5 pasukan komando elite dunia, namun kekuatan serta keupayaan mereka memang tidak boleh disangsikan.Masa akan menentukan 'siapa lebih hebat daripada siapa' bila sampai waktunya kelak.






Source : Top5s.net & Wikipedia

Read more ...

Wednesday, October 12, 2011

Bagaimana Untuk Meningkatkan Traffic Secara Drastik Ke blog Anda


Mempunyai traffic yang tinggi sememangnya menjadi impian setiap blogger & pemilik website di dalam dunia maya digital ini.Semakin tinggi traffic yang masuk, semakin masyuuukk la juga kocek si empunya blog atau website.Traffic yang tinggi ke sesebuah website atau blog boleh dijana oleh beberapa faktor.Antaranya  faktor kekemasan dan susun atur blog, topik penulisan, malahan sikap si pemilik blog yang mesra alam juga memainkan peranan dalam menarik pengunjung.Namun terdapat satu cara yang dapat menarik pengunjung untuk datang secara drastik ke blog atau website anda.Nak tahu caranya?Keep on reading...

Cara ini hanya memerlukan 3 langkah mudah.Perhatikan gambar berikut untuk mengetahui caranya..




Hahahaha...Jangan marahkan gua sebab gua pun terkono jugak...Wa sula kena beb..Pesanan penaja rancangan ~ jangan suka main shortcut, usaha itu tangga kejahatan....ehh silap, kejayaan...Tapi sekali-sekala main shortcut takpa kot...hahaha...Adios amigosss.........





*Gambar di atas tidak dimiliki oleh blog ini.Kepada tuan empunya gambar, sila komen & berikan link blog anda sekiranya   
  anda terlihat posting ini untuk diberikan kredit.Wa takda bookmark lu punya blog bro,  & bila wa cari balik wa tak jumpa  
  sori...

Read more ...

Wordless Wednesday #5 : Social Networking



Yang aku tak faham apasal Microsoft pegang pistol...hmm...





Apa itu #Wordless Wednesday?Find out here 
Read more ...

Tuesday, October 11, 2011

Tutorial : Bagaimana Membuat Unit Iklan Bergerak


Iklan sememangnya satu elemen terpenting di dalam sesebuah website atau blog.Itu sudah pasti, kerana rata-rata blogger mensasarkan traffic yang tinggi ke atas blog mereka atas tujuan, IKLAN & INCOME!Takda iklan takda duit lor..Nuffnang, Churpchurp, Advertlets, Innity adalah antara syarikat pengiklanan blog yang menjadi buruan para blogger di Malaysia untuk mencari sumber pendapatan melalui iklan.(Innity tak payah sebut la, kalau traffic ciput jgn berangan nak makan buah berangan)Buah berangan rebus isinya manis..Ehh apa kau merapu ni mangkuk...

Ok serious.Untuk tutorial kali ini gua akan berkongsi tentang bagaimana untuk meletakkan iklan bergerak seperti yang terdapat pada blog ini.Caranya mudah saja sebenarnnya, anda boleh meletakkan apa saja iklan yang anda inginkan pada unit iklan bergerak tersebut tanpa melakukan sebarang 'hack' pada template.Hanya login ke account blogger anda, kemudian pergi ke Design >> Page Element >> Add Gadget >> HTML/Javascript dan seterusnya masukkan kod berikut :

<div title="AYAT YANG INGIN ANDA PAPARKAN SEMASA CURSOR BERHENTI DI ATAS IKLAN">
<blockquote></blockquote><marquee scrolldelay="-5" behavior="scroll" direction="left" onmouseover="this.stop();" onmouseout="this.start();">

<a href="LINK IKLAN ANDA" target="_blank"><img src="LINK IMAGE IKLAN ANDA" width="120" height="120" /></a>

<a href="LINK IKLAN ANDA" target="_blank"><img src="LINK IMAGE IKLAN ANDA" width="120" height="120" /></a>

<a href="LINK IKLAN ANDA" target="_blank"><img src="LINK IMAGE IKLAN ANDA" width="120" height="120" /></a></marquee></div>


dan seterusnya....

Hanya tukarkan value yang telah diwarnakan dengan ayat, link & image yang ingin anda paparkan pada unit iklan bergerak anda.Namun demikian, pastikan (penting!) perkataan yang diwarnakan dengan dengan warna biru berada dipenghujung keseluruhan iklan anda seperti yang terpapar diatas.Untuk menambah bilangan iklan, hanya copy kod tersebut ke baris berikutnya untuk memasukkan iklan anda yang seterusnya.Anda juga boleh mengubah arah pergerakan unit iklan tadi.Hanya tukarkan perkataan "left" yang diwarnakan dengan warna merah kepada "right" sekiranya anda ingin unit iklan anda bergerak dari arah kiri ke kanan, ataupun up/down untuk pergerakkan ke atas atau ke bawah.Begitu juga dengan size iklan, hanya tukarkan nombor pada value width & height mengikut kesesuaian iklan anda.

Save unit iklan tersebut, letakkan ke lokasi yang anda inginkan, preview, dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat melihat unit iklan tersebut pada blog anda.Sharing is caring, happy blogging!

Read more ...

Sunday, October 9, 2011

Steve Jobs Unreleased Gadget

Seperti yang semua sedia maklum, dunia telah dikejutkan dengan kematian pengasas & CEO Apple, Steve Jobs.Ciptaannya sememangnya telah membawa revolusi yang besar dalam dunia perkomputeran dan komunikasi elektronik.Sistem operasi Macintosh, iPod, iPhone dan iPad adalah ciptaannya yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan manusia hari ini.Namun demikian, terdapat satu ciptaan beliau yang tidak sempat disiapkan, dan rasanya ciptaan ini tidak akan dikeluarkankan sampai bila-bila, bakal masuk muzium ajalah rasanya.Nak tau apa?Ah lu tengok la sendiri....


Hahaha gua berlawak saja..Tunggu lagi 10 tahun la, mungkin keta macam ni akan wujud kot...(^__^)
Apapun tribute to Steve Jobs, the man who change the world.


R.I.P Steve Jobs.
“Your time is limited, so don't waste it living someone else's life"



Source : Encik Google & LaptopMag.com

Read more ...

Thursday, October 6, 2011

H.A.A.R.P : Senjata pemusnah akhir zaman

High Frequency Active Auroral Research Program atau singkatannya H.A.A.R.P. adalah merupakan satu projek kerjasama yang melibatkan Tentera Udara A.S,(U.S Air Force) Tentera Laut A.S,(US Navy), University of Alaska & DARPA (Defence Advanced Research Project Agency).Menurut Wikipediaits purpose is to analyze the ionosphere and investigate the potential for developing ionospheric enhancement technology for radio communications and surveillance purposes.The HAARP program operates a major Arctic facility, known as the HAARP Research Station, on an Air Force–owned site near Gakona, Alaska."




Projek ini bermula sekitar tahun 1993 dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas BAE Advanced Technologies (BAEAT).Secara ringkas (kenyataan rasmi AS),  projek ini bermatlamat untuk "memahami, menstimulasi dan mengawal proses yg berkenaan dengan ionosfera yang mungkin mengubah prestasi sistem komunikasi dan pengawasan".Namun menurut beberapa saintis barat dan penganut teori konpirasi, ada sesuatu yang sangat besar sedang dilaksanakan di dalam projek HAARP ini.
Seorang saintis barat Dr. Rosalie Bartell, telah mengesahkan bahawa pihak ketenteraan AS sedang mengusahakan sebuah 'sistem pengaturcaraan cuaca' untuk dijadikan sebagai senjata sulit pemusnah.Menurutnya lagi, senjata tersebut mempunyai modus operandi yang sangat sophisticated, iaitu berupaya untuk memanipulasi keadaan cuaca dan iklim sehingga mampu mencipta bencana dahsyat seperti badai, gempa bumi, banjir besar dan tsunami!


Bencana tsunami di Jepun baru-baru ini dikatakan berpunca daripada HAARP!

Bukan hanya Dr Bartell yang mengatakan hal ini, malah mantan penasihat keamanan White House bernama Zbigniew Brzezinski juga meramalkan hal ini dalam bukunya yang berjudul "Between Two Ages". Di dalam bukunya, beliau menulis :
"Teknologi ini akan menyediakan teknik untuk melakukan peperangan rahsia yang hanya memerlukan pasukan yang kecil, seperti teknik memodifikasi dan manipulasi cuaca yang dapat menimbulkan badai yang berkepanjangan."

Manakala Marc Filterman, seorang mantan pegawai di pejabat tentera Perancis juga pernah mengatakan bahawa Amerika telah memiliki teknologi untuk memanipulasi frekuensi radio untuk melepaskan kondisi cuaca tertentu seperti badai dan Taufan.Dan pada tahun 2002, negara Rusia antara seteru ketat AS pernah berkonfrontasi dengan Amerika Syarikat di hadapan PBB dengan menuduhnya telah menciptakan beberapa bencana di Rusia dengan eksperimen-eksperimen melalui projek HAARP.

Salah satu eksperimen HAARP adalah menembakkan sinar elektromagnetik terkawal ke ionosfera bumi. Method ini disebut sebagai "pemanas ionosfera". Ionosfera adalah lapisan yang mengelilingi atmosfera bumi dan jaraknya adalah sekitar 40-60 km diatas permukaan bumi.
David Yarrow, seorang penyelidik dengan latar belakang bidang elektronik mengatakan bahawa interaksi ini akan menyebabkan ionosfera menjadi bocor sedangkan lapisan inilah yang melindungi manusia dari radiasi matahari yang ganas.Manakala Charles Yost,seorang penyelidik lain dari North Carolina berkata,"Jika ionosfera terganggu, maka atmosfera dibawahnya pasti akan terganggu."

Sedikit penerangan ringkas mengenai Ionosfera:

Ionosfera adalah lapisan bahagian teratas dan terpenting dalam atmosfera bumi kita. Ionosfera sangat penting kerana ia menapis radiasi cahaya matahari (UV dan sebagainya) agar tidak terus ke bumi.
Ionosfera adalah wilayah atas atmosfera di mana terdapat sejumlah besar zarah bercas. Tenaga yang datang dari matahari, khususnya di sepanjang gelombang ultraviolet, molekul gas atmosfera dan atom dengan kekuatan yang cukup untuk mengeluarkan elektron. Hal ini menghasilkan elektron bermuatan negatif dan atom bermuatan positif dan molekul [ion], dipelihara dalam keadaan plasma yang mengalirkan arus elektrik dan merespon medan elektrik.Ionosfera juga memiliki kegunaan lain bagi manusia, iaitu mempengaruhi gelombang penyiaran radio jauh dari tempat yang ada di Bumi.


Dan bagaimana pula fungsi HAARP dalam memanipulasi Ionosfera?

 Pada kemudahan HAARP di daerah terpencil di Alaska, pemancar radio terbesar di Bumi menghantar isyarat frekuensi tinggi ke ionosfera untuk lebih memahami pengaruh partikel bermuatan pada komunikasi radio dan sistem satelit pengawasan. Gelombang radio melalui ionosfera dipengaruhi oleh zarah bercas.  Hal ini boleh mempengaruhi hal-hal seperti kualiti isyarat dari satelit ke tanah, atau komunikasi gelombang pendek dari tanah ke tanah.HAARP juga dikatakan dapat mengatur cuaca melalui ionosfera, seperti menghasilkan hujan, gelora, tsunami dan masih banyak lagi yang sedang dikaji selidik.


Banyak pihak yang menuntut jawapan mengenai HAARP tersebar di seluruh penjuru dunia.Bermula dari penduduk Alaska sendiri hingga para ilmuwan di Amerika dan Eropah.Mereka bimbang bahawa HAARP akan menciptakan kerosakan yang tidak mampu dipulihkan.
Menurut pihak tentera Amerika Syarikat, mereka tidak ada perancangan untuk menciptakan senjata pemusnah.Aplikasi HAARP hanyalah digunakan untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanan pertahanan Amerika seperti untuk menciptakan sistem komunikasi kapal selam yang lebih efisien, memantau dan menangkis serangan rudal yang datang tiba-tiba dan untuk memantau topografi wilayah luas untuk tujuan pertahanan.


Walaupun pihak Amerika telah menyangkal, namun dokumen yang didedahkan oleh mereka jelas mengatakan bahawa HAARP memang didirikan untuk kepentingan pertahanan (dan persenjataan).

Weapons of  The New World Order 
HAARP adalah sebahagian daripada senjata-senjata New World Order yang diletakkan di bawah Strategic Defence Initiative (SDI) Amerika Syarikat.Daripada pemerhatian pihak ketenteraan di Amerika Syarikat, seluruh ekonomi dunia berpotensi untuk menjadi tidak stabil melalui manipulasi iklim.Lebih penting lagi, ianya boleh dilaksanakan tanpa pengetahuan musuh, pada kos yang minimum dan tanpa melibatkan anggota tentera dan peralatan seperti dalam peperangan biasa.Fungsi HAARP - jika ia digunakan bakal memberikan impak yang boleh mendatangkan kebinasaan kepada iklim Dunia.Jika dilihat kepada kepentingan ekonomi dan strategik AS, ia boleh digunakan untuk mengubah suai iklim di bahagian-bahagian yang berlainan  dunia dengan tujuan manipulasi walaupun bakal mengakibatkan ketidakstabilan sistem ekologi dan pertanian dunia.
Jabatan Pertahanan AS telah memperuntukkan sumber yang besar kepada pembangunan sistem perisikan dan pemantauan tentang perubahan cuaca.NASA dan Department of Defence's National Imagery serta Agensi Pemetaan (Nima) ketika ini sedang bekerjasama dalam "pengimejan untuk kajian banjir, hakisan, bahaya tanah-slaid, gempa bumi, zon ekologi, ramalan cuaca dan perubahan iklim" melalui data yang diperolehi dari satelit mereka.


New World Order
Teknologi HAARP juga dikatakan mampu mengesan isyarat frekuensi rendah seperti pesawat dan missile melalui udara. HAARP disokong oleh 'radar cakerawala' (Universal Radar) atau Over The Horizon Radar, iaitu radar yang mengawal seluruh dunia kerana ia terletak di atmosfera.Tidak dapat dinafikan lagi ketepatan (accuracy) dari radar HAARP tersebut, bahkan saat ini lokasi setiap daerah di bumi dapat diketahui dengan jelas, lebih baik dari sistem satelit kerana HAARP masih berada di bawah lapisan atmosfera.


Mind Control
Selain daripada itu, menurut beberapa rumour yang tersebar meluas di internet, HAARP juga berupaya untuk memanipulasi & mengawal minda manusia!

Dengan menghantar isyarat radiasi frekuensi rendah lampau (EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION) ke otak manusia, HAARP dikatakan boleh mengawal mood manusia. Pada dasarnya otak besar manusia bekerja pada 1-30 Pulse/Sec. Dan dalam putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz.
* Delta (1-4/sec)= Keadaan tidur
* Theta (4-7/sec)= Keadaan mengantuk atau baru bangun dan juga ini merupakan saat otak manusia masih kecil.
* Alpha (7-12/sec)= Keadaan Normal dan belajar
* Beta (tak terhitung/infiniti) = Keadaan Marah atau sedang dalam emosi yang tinggi.
Dengan gelombang rendah HAARP, minda dan emosi manusia dapat dimanipulasi dengan HAARP.

Kesimpulan

Sejauh mana kebenaran teori ini, hanya ALLAH yang mengetahuinya.Teori ini sebenarnya mengajak kita untuk berfikir seketika tentang bencana dan musibah yang melanda dunia sejak akhir-akhir ini.Tidak sesekali menafikan kekuasaan Yang Maha Esa, hanya ingin memperlihatkan apa yang bakal berlaku sekiranya kerakusan kuasa dijadikan paksi kehidupan.Jika perkara ini benar, maka sebenarnya tamadun manusia sedang berhadapan dengan kemusnahan yang maha dahsyat ciptaan para tentera dajjal laknatullah.Semoga kita umat Islam terselamat daripada konspirasi ciptaan mereka ini.Wallahualam

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah ar-Ruum, ayat 41).






Rujukan : wikipediacrystallinks.com, scripters.ning.comx-file.enigma.blogspot.cominfowars.com,   
                        heavensawaits.wordpress.com haarpfactsheet haarp.alaska.edu  youtube.com & google images

Read more ...

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #4 ~ Facebook Can Wait









Source : Entah, gua pun tak ingat...encik Google kot...

Read more ...

Tuesday, October 4, 2011

Punca Segala Permasalahan Dunia

MASALAH.Perkataan yang pasti akan terpacul dari mulut setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini.Setiap detik tidak kira tempat & ketika, masalah akan berlaku.Masalah besar, kecik, ringan, berat, panas, sejuk, suam-suam kuku, semua pun masalah juga.Hidup susah, mati pun susah.Hidup jalang sinang-sinang, Mati pegang bendele..

Tu dialog dalam filem P. Ramlee.Realiti kehidupan pun macam tu juga.Bukan hidup namanya kalau takda masalah..Di pendekkan cerita, al-kisah sahibul hikayat, maka tersebutlah kisah tentang punca segala permasalahan yang berlaku di seantero buana ini.Ini bukan gua yang cakap, tapi ada orang lain yang cakap.Nak tau apa dia cakap?Dia ni sebenarnya mungkin nak bagi tips dekat gua,tapi gua sepatah haram tak faham tips yang dia bagi ni.Lu olang baca sendirila apa dia sakap....


Tolong jangan marahkan hamba kerana artikel ini.Marahkan encik Google kerana dia yang buat semua ni.Eh bukan encik Google la..Hamba pun tak tahu sebenarnnya siapa yang buat, hamba pun cuma terGoogle saja..To all ladies out there who read this, I love u all.Maafkan hamba di atas entry merapu ini.Peace yaww
(^___^)V





Photo Source : Encik Google la siapa lagi...

Read more ...

Fact Of The Day ~ Perbezaan Antara Basikal & Kereta

Perbezaan yang paling ketara sekali antara kedua-dua kenderaan ni adalah?Satu perkara yang sudah tentu semua orang tahu, yang satu guna minyak & yang satu lagi takyah guna apa-apa, guna jari pun boleh.Tapi ada satu perkara yang benar-benar membezakan kedua-dua menatang ni.Rasa-rasanya apa ya....hmmm.....


Moral of the story ~ Pergi la bersukan, jogging ka hapa ka,yang penting keluar peluh badan sihat.Jangan jadi penternak lemak yang berjaya...
(^__^)




Photo Source : Encik Google

Read more ...

Monday, October 3, 2011

Dear Encik Buku Kuning, Rest In Peace..



Kesian encik Buku Kuning, habis madu sepah dibuang...Takpo la encik Buku Kuning, dah lumrah alam camtu.Sekarang ni dah masuk zaman Muka Buku Biru, Tweety bird & encik Goggle pula bertugas.Dah tua rupanya encik Buku Kuning, berehatlah dengan aman.Enjoyed your retirement....
(^__^)



Photo Source : Encik Google

Read more ...

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Mengembalikan Old Facebook Profile Layout


Sekiranya anda telah dengan sengaja atau accidently 'ter'migrate facebook profile anda kepada new TIMELINE profile, anda  berkemungkinan merasa sangat menyampah dan ingin menyepak muka Mark Zuckerberg & Co kerana melakukan update yang hilang pedoman & biul.Berita baik untuk anda yang tidak menyukai update tersebut, terdapat cara untuk mengembalikan semula old facebook profile layout anda kepada keadaan asal.Namun demikian, sekiranya anda menyukai dan selesa dengan profile TIMELINE anda, sila abaikan tutorial ini.

Bagaimana caranya?Mudah sahaja sebenarnya..
Officially, menurut pengumuman yang dibuat oleh Facebook Help center [facebook.com/help/?faq=19409] “You will not be able to switch back to the old design after upgrading”.Oleh yang demikian, sekiranya anda ragu-ragu dan tidak menyukai facebook new TIMELINE layout profile, DO NOT ATTEMPT TO UPGRADE!Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk rollback semula upgrading process tersebut. Anda hanya perlu DEACTIVATE facebook account anda untuk sekitar 10 -15 minit dan facebook profile layout anda akan mendapat semula pedomannya & kembali ke pangkal jalan (Peringatan : make sure anda hanya DEACTIVATE Facebook account anda and not DELETE it – be careful!Gua tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda melakukan kesilapan sehingga menyebabkan account anda terpadam permanently)

Procedure to deactivate : Account >> Account Setting >> Security >> Deactivate Your Account & tick "This is temporary.I'll be back"
& you're done.Good luck!


Read more ...

Sunday, October 2, 2011

Proses Modenisasi Remaja Perempuan


According to the statistics below ~ You were born way to early.


1970's : Love me, but don't touch me.


1980's : Touch me, but don't kiss me.


1990's : Kiss me, but don't do anything more.


2000's : Do anything, but don't tell anyone.


Since 2011 : Do everything, otherwise I will tell everyone that you can't do anything......






budak-budak zaman sekarang.....
(^___^)



Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!