Wednesday, March 2, 2011

Proses Kematangan

Proses kematangan boleh ditakrifkan sebagai satu proses perkembangan fizikal, emosi, dan yang paling penting sekali, PEMIKIRAN.Semua orang akan melalui proses penuaan (akan menjadi tua la senang cakap), tapi tidak semestinya orang yang sudah tua itu telah benar-benar menjadi matang dalam erti kata sebenar.Huh, sejak bila plak aku jadi philosopher ni???hahaha merapu la kau..Bukan apa,saja bukak topik ni.Bak kata penjajah, 'knowledge is power'.Jadi bila berkongsi ilmu (knowledge), maknanya kita juga akan berkongsi 'power'.Tak gitu?Banyak la kau punya power...

Memang power wa cakap lu...ok ok stop merapu
Ok, back to the topic.Menurut Teori Pembangunan Kohlberg (Lawrence Kohlberg ; 1927-1987 
~ Mamat ni mati pasal bunuh diri, tapi hasil kajiannya diterima pakai dan diiktiraf dalam bidang psikologi & moraliti.Aku tak nak kupas dalam2 teori dia ni,aku cuma nak ambik basicnya saja.One more thing, jangan bunuh diri, haram..bumi tak terima woo), proses pembangunan manusia terbahagi kepada 3 tahap, iaitu tahap pertama yang dikenali sebagai Pre-Conventional (peringkat kanak-kanak : bayi sehingga umur 12 tahun), tahap kedua Conventional (remaja) dan tahap ketiga iaitu Post Conventional
(peringkat dewasa - matang).
Aku akan cuba ringkaskan seringkas yang mungkin, memandangkan aku pun tak berapa nak minat menatang psikologi moraliti semua ni.Peringkat pertama, Pre-Conventional atau senang cakap zaman kanak-kanak.Semua manusia yang menjadi tua dan panjang umur for sure akan melalui tahap ini.Bagaimana keadaan kehidupan seorang kanak2 sewaktu kecilnya, belum tentu akan mempengaruhi keadaan waktu remajanya(betul ka,50-50 rasanya betul tak),kerana pada ketika ini keperluan kanak-kanak lebih kepada benda-benda asas kehidupan.Secara asasnya adalah makan, pakai, tempat tinggal, dan pendidikan (permainan pun boleh letak sama dalam pendidikan).Ok, lets skip this phase, sebab point untuk carutan aku ni bukan disini...


Lets move to the second phase, Conventional, atau lebih mudah untuk kita sebut sebut zaman remaja.Zaman dimana seseorang manusia itu mula mencari hala tuju hidup, pemikiran, tingkah laku dan moraliti yang patut dianutinya.Waktu yang amat kritikal sebenarnya, kerana pada ketika inilah peringkat dimana seseorang itu akan berevolusi untuk menjadi seorang yang kekal.Kekal pada cara penampilan, keyakinan kendiri, perlakuan dan banyak lagi.Dan yang paling penting, pemikiran.Perkembangan pemikiran akan berlaku dengan amat pantas pada tahap ini, dan persekitaran adalah salah satu faktor yang paling penting dalam menentukan bagaimana seseorang remaja itu berfikir tentang hal-hal disekelilingnya.Semua orang juga akan melalui waktu ini, zaman yang boleh dikatakan sebagai zaman 'keliru'(confusing), TAPI persoalannya..adakah semua orang yang melalui zaman remaja akan menjadi seorang yang dewasa?Dewasa yang dimaksudkan disini bukanlah dari konteks fizikal, kerana fizikal manusia akan berubah,pasti.Tapi apa yang lebih penting adalah dewasa pada ertikata yang sebenar, mental dan pemikiran.Adakah saya, anda dan anda-anda, para reader sekalian, telah menjadi seorang yang benar-benar mencapai tahap 'dewasa'??Menurut teori pembangunan Kohlberg, tidak semua orang akan menjadi dewasa dan matang dalam ertikata sebenar.Benarkah begitu???Keep on readin'.....

Sebagai contoh, kebanyakan manusia yang telah berkahwin, mentakrifkan diri mereka sebagai 'matang'.Benarkah begitu?Mungkin ada benarnya, perkahwinan itu akan mempercepatkan proses kematangan.Tapi untuk mengatakan bahawa orang yang telah berkahwin itu telah benar-benar matang, adalah mungkin tidak tepat kerana tidak semua perkahwinan di dunia ini yang kekal selama-lamanya.Proses perceraian berlaku dimana-mana.Sebabnya?Salah satu penyebab utama sudah pastinya tahap kematangan yang kurang.Berkahwin bukan atas dasar tanggungjawab, lebih kepada dasar 'sedap'.Sedap apa, lu pikir lah sendiri..
Tumbuhan ini terdapat di Matang Mangrove Forest Reserve, Perak..EHHH, takda kena mengena sori ;)

Tahap Conventional, iaitu tahap kematangan hakiki, boleh disimpulkan dalam beberapa perkara.Kerohanian, pemikiran, penampilan, tingkahlaku, kebertanggungjawaban, semuanya saling berkait rapat.Kau bagus dari segi penampilan pun, kalau cara engkau berfikir lintang pukang,takda gunanya.Betul tak?Engkau kacak macam Tom Cruise sekalipun, kalau kau guna kekacakan kau tu untuk menjahanamkan wanita, takda guna bro, dosa tu bukannya satu koleksi untuk dibanggakan.

Begitulah juga sebaliknya.Kau rasa kau seorang pemikir agung, dan dengan lantangnya kau mengkritik seseorang tentang hal-hal yang tidak betul pada pandangan kau, TETAPI adakah engkau bersedia untuk menerima kritikan yang sama?Adakah kau sudah cukup bagus untuk mengkritik orang lain??Kau rasa kau sentiasa betul dalam semua perkara dan bagi kau keputusan yang kau buat untuk diri kau adalah yang terbaik, tapi adakah kau bersedia untuk menerima pandangan dan penilaian orang lain terhadap keputusan kau???

Perlakuan dan pemikiran di atas adalah merupakan beberapa contoh 'perangai & mind-set' orang2 kita pada masa kini.Matang?Clap chest ask appetite (tepuk dada tanya selera ^_^).Aku tak menujukan kepada sesiapa, siapa makan cili dialah yang rasa pedas, tak gitu.. 

Banyak lagi yang boleh diperkatakan sebenarnya, tapi aku dah penat la.Terima kasih kerana membaca carutan ini.Teori si Kohlberg cuma sebagai asas, yang lainnya adalah datang dari pengalaman + pandangan peribadi.Sekadar perkongsian.Bersetuju atau tidak, terpulang kepada penerimaan masing-masing..Ok.

Pendek kata short story, kematangan adalah satu proses perjalanan kehidupan yang pastinya akan dilalui oleh setiap manusia.Cuma BAGAIMANA dan DIMANA TAHAP PENCAPAIAN seseorang manusia dalam melalui proses kematangan itu,WALLAHUALAM.Aku sendiri tak kata aku dah matang, itu biar masa dan dunia persekitaran yang menentukan.Sebab setiap manusia takkan dapat menilai dirinya sendiri 100%.Engkau siapa nak nilai diri kau sendiri, betul tak.Itu bodoh + bangang namanya...Kenal diri, tau langit itu tinggi dan sentiasa berpijak di bumi nyata, rasanya dah cukup kot...Chiaaawww....





*Photo from Google Image
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!