Friday, January 14, 2011

Freemason Checkered Floor @AJL25 : Suatu Kebetulan?

Seperti yang dijanjikan, here we go, Freemason Checkered Floor @ AJL25.Suatu kebetulan?Mungkin ya,mungkin tidak.Apa pun mari kita sama2 tengok dan nilaikan.Lets get rollin!!

Checkered Floor


Sorry Stacy!Sia pun minat sama ko tapi memang masa persembahan ko itu barang muncul...
Video penuh persembahan Stacy boleh dilihat pada link ini Stacy Jahat @AJL25
Persembahan Stacy lagu Jahat.Perhatikan image pada screen di belakang Stacy dan penari2nya.Di sepanjang persembahan, screen tersebut memaparkan image 'petak hitam putih @ checkered floor / master carpet'.Kepada yang tidak mengetahui apa itu 'checkered floor', sila rujuk kepada gambar2 di bawah.(dan kepada sesiapa yang langsung tidak tahu Freemason tu hapa, sila rujuk kepada artikel ini Freemason : Dajjal yang memerintah dunia!)

Model mini dewan/lodge Freemason.Siap ada bendera U.S lagi!
Gambar menunjukkan keadaan di dalam dewan Freemason

Checkered floor @ master carpet adalah merupakan corak yang melapisi lantai
dewan/lodge Freemason


Freemason Checkered Floor @ Master Carpet
Aku x salahkan Stacy, mungkin dia pun x tahu pasal benda ni.Kalau dalam persembahan artis barat, memang melambak image checkered floor ni, boleh kira image wajib bagi diorang.Kebetulan?Well, kita pikir la sama2.Chow.

*Photo from Google image & web tv3/AJL25
Read more ...

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu (AJL) 25 Review - Upset, Gimmick, Freemason???


THE BIGGEST UPSET TEBABO OF THE AWAL YEAR, ANA RAFFALI!!! Sapa ni,penyanyi,komposer,ahli mujik??(memang semua pun dia hehe).Memang upset gila kari babas..Faizal Tahir?Tertelan banyak air kali masa buat gimmick, tu la main lagi magik2 hahaha.Yuna?Telebih kontrol ayu kot..(anyway I love you yuna, you memang cun hehehe)A.P.I?Habis terbakar, tu la terlampau kuat main API kan hangus...Tapi memang, memang, memang, MEMANG jauh tersasar dari lapang sasar...My sasaran is very the jauh kesesatan ;).Namun keputusan seperti yang telah diketahui, Faizal Tahir - Hanyut (Persembahan Terbaik), Hafiz - Noktah Cinta (Ajai/Syeikh Qalam : Vokal Terbaik & tempat ke-3 ), Meet Uncle Hussein & Black - Drama King (Taja/Tun Teja : Tempat Ke2 ) & ANA RAFFALI - Tolong Ingatkan Aku, JUARA!!!Congrats kepada barisan juri (Acis, Azmeer, Andy Flop Poppy, Habsah Hassan, Amy Search & Sifu M. Nasir selaku ketua juri) di atas keputusan PALING KONTROVERSI (???) dalam sejarah Anugerah Juara Lagu.

My sasaran yang jauh kesesatan?Of course I have my own favourite..Selepas habis semua 14 persembahan, this is MY PREDICTION :
 Persembahan Terbaik - A.P.I (Pelita) / Hafiz (Noktah Cinta) / Faizal Tahir (Hanyut)
Vokal Terbaik - Siti Nurhaliza...(Eh, lupa la,dia x tanding pula hehe) Faizal Tahir - Hanyut /
Black (Sofea Jane)
No. 3 -A.P.I (Pelita) / Adira (Ku Ada Kamu)
No. 2 - Yuna (Cinta Sempurna) / Black (Sofea Jane)
Juara - Faizal Tahir (Hanyut) / Yuna (Cinta Sempurna)
(Dalam banyak2 satu saja yang kena huhu)
And the winner is.....ANA RAFFALI - TOLONG INGATKAN AKU.Confirm besok saham kau naik menggunung cik Ana..

'Tolong Ingatkan Aku' - Congrats Ana Raffali, but for me is not good enough....
Apapun dah rezeki engkau, lagipun kau ni kiut juga kan kan ;)

Sempurnanya cintamu...tulusnya hatimu, jujurnya niatmu, tingginya kesabaranmu...
sabar ja la laling...next year cuba lagi k huhu ;(

Anda puas hati?Clap chest, ask appetite...(tepuk dada, tanya selera hahaha).Sudah pasti ramai pengkritik2 yang berbayar dan f.o.c sedang menyiapkan carutan masing-masing untuk mengetuk semula paku2 di rumah AJL25 yang sudah siap.Apapun kritikan anda, keputusan juri adalah muktamad.Walaupun aku sendiri confuse, entah atas kriteria apa mereka memilih si Ana Raffali sebagai juara kali ini, namun keputusan ini
membuktikan ; bahawasanya populariti bukan kayu pengukur untuk menentukan kemenangan seseorang penyanyi itu.Kekuatan lagu, melodi & lirik merupakan faktor penting selain faktor vokal & kemampuan si penyanyi itu sendiri.Harus diingat, ini Anugerah Juara LAGU, bukan juara NYANYIAN...Baiklah.

Vokal terbaik & tempat ketiga.Tapi aku tak minatlah engkau...
apapun tahniah juga lah sebab menang...hmm...

Gimmick, showmanship & vokal yang hebat, tapi entah dimana silapnya
kempunan lagi.Tu la, main lagi magik2 kan da tertelan air...sabo ja la pejal....



Pengacara seperti biasa sentiasa memberikan yang terbaik.Gandingan Ally Iskandar, Faizal Ismail & Cheryl Samad memang telah begitu serasi bersama dengan AJL untuk kesekian kalinya.(Tapi tahun depan bagilah muka baru,Afdlin Shauki ka Zizan raja Lawak ka baru ada gila banyak haha).Namun kredit harus diberikan kepada ketiga2 pengacara ini kerana berjaya menghidupkan suasana (dalam tv nampak hidup ler, dalam stadium orang yang ada kat sana ja yang tahu hidup tak hidup, kan).



Persembahan pembukaan oleh bekas pemenang2 AJL yang lepas boleh dikatakan berjaya juga terutama lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir.Francisca Peter(sekadar di pinggiran), Nash (pada syurga di wajah mu) & Sifu M. Nasir(tanya sama itu hud-hud & ghazal untuk Rabiah).Untuk persembahan sebelum penutupan pula, sudah semestinya Dato' Siti Nurhaliza yang memenanginya walaupun di apit bersama 2 orang lagi penyanyi hebat dolu-dolu, Ziana Zain & Dato' Sharifah Aini.

Gimmick
Full of gimmick,macam sarkas pun ada ;-).Itu yang boleh disimpulkan menggunakan simpulan buku sila.Hafiz dengan gimik letupannya, Ana Raffali masuk dalam sangkar, A.P.I dengan tembakan laser 'pembunuhan' mereka, dan kemuncak semua gimmick bila Faizal Tahir buat magik masuk dalam tangki air siap basah2 naik pegang mic..(nasib x kena karan)

Superb performance!walaupun x menang apa2 tapi gua tetap enjoy your performance!
Mr. Loque-can't wait for you song with Atilia "Kekanda Adinda" next year!!

Dapat no.2, ok la tu bro..lagu pun ok, gua layan.Walaupun takda
gimmick,tapi lagu yang kuat.congrats!

Unsur Freemason
Acah aja tu, gimmick hahahaha...Tapi rasanya macam ada la, masa persembahan Stacy.Entahlah, aku masih tak dapat pastikan lagi sebab tak dapat mau load video ulangan AJL dekat web tv3, line aku sedang disampuk oleh siput gondang emas dan sedang bergerak pada kelajuan yang saaaaangaat, slow.Masa Stacy buat persembahan kalau tak silap, dalam footage di skrin atas pentas tu ada terpapar imej "checkered floor",rasanya lah.Kepada yang tak tahu apa itu "checkered floor" dan kaitannya dengan Freemason, sila google ;).Nanti aku update lagi lah pasal ni, kalau da dapat tengok and snap part waktu Stacy perform lagu 'Jahat'.(but if i'm tersilap, maafkan hamba ok)
Ok da la tu, mangantuk gila suda sia ni...Let's go off to the dreamland.'Tolong ingatkan aku, lalalala'..Congrats Ana Raffali.Sebelum tu iklan sekejap, CHELSEA menang 7-0 lawan Ipswich hahaha the best iklan of the awal year ;-).Chow.

Read more ...

Sunday, January 9, 2011

Microsoft Security Essential 2 : Perisian Antivirus Percuma Untuk Komputer Anda!

Aku rasa macam sangat bermurah hati la hari ni.Memandangkan kemurahan hatiku berada di tahap cheap sale discount 100%, maka dengan murah hatinya aku ingin berkongsi sesuatu yang PERCUMA untuk anda semua pada entri kali ni.Siapa yang tak mau benda percuma, kan.Free wa cakap lu.Kepada yang tidak mengetahui apakah menatang yang dinamakan sebagai Microsoft Security Essential (MSE) ni, berikut adalah deskripsi ringkas mengenai perisian ini :
- Merupakan Antivirus yang dibangunkan sepenuhnya oleh Microsoft Corporation.Selamat, mudah digunakan & user friendly.Alternatif kepada perisian antivirus yang sedia ada.
- Ringan (hanya menggunakan 4MB RAM resources semasa scanning proses) serta installation package yang kecil (7Mb - bergantung dengan jenis operating system yang digunakan)
- Memiliki daya pengesanan virus (detection level) yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan perisian antivirus percuma (Avast contohnya) yang wujud pada hari ini.
- BOLEH diinstall bersama2 dengan antivirus sedia anda di komputer anda tanpa sebarang komplikasi.


Microsoft Security Essentials provides real-time protection for your home PC that guards against viruses, spyware, and other malicious software


Perisian ini diberikan secara percuma oleh Microsoft khas kepada pengguna Windows Operating System (Windows XP (service pack 2 & service pack 3 - x86),Windows Vista (service pack 1 & service pack 2 -x86 & x64) & Windows 7 (x86 & x64) DENGAN SYARAT....(free bersyarat sebenarnya hahaha) Operating System yang anda gunakan adalah ditanggung HALAL, LEGAL & disahkan GENUINE oleh Microsoft Validation Centre.Dalam ertikata lain, sekiranya operating system yang anda gunakan adalah tidak halal ataupun lebih tepat disebut sebagai 'crack version windows' (pirated / cetak rompak la senang cerita), maka anda secara automatik telah melayakkan komputer anda untuk disenarai-skrin-hitam-kan oleh Microsoft sekiranya anda bertebiat untuk mencuba proses Genuine Validation tersebut.Senang story,kalau rasa2 version windows yang anda gunakan itu bukannya genuine, maka janganlah gatal tangan untuk mencuba proses validation tersebut dan perisian percuma ini bukannya untuk anda huhuhu. (Sebenarnya there is a way to by-pass the windows genuine validation process, tapi bukan sekarang la, maybe akan aku revealkan caranya in the next tutorial ok.tungguuu ;P)
Ok,mari kita teruskan.Kepada sesiapa yang rasa2 komputernya cukup 'akil baligh' untuk melepasi proses windows genuine validation, berikut adalah minimum requirement yang diperlukan oleh komputer anda untuk perisian percuma ini :
  • Seperti yang telah dinyatakan di atas, operating system yang diperlukan adalah Windows XP (service pack 2 & service pack 3 - x86),Windows Vista (service pack 1 & service pack 2 -x86 & x64) & Windows 7 (x86 & x64) yang BERJAYA melepasi windows validation process.
  • Bagi pengguna Sistem Operasi Windows Vista & 7, komputer anda perlu dilengkapi dengan kelajuan CPU 1.0 GHz (atau lebih), serta minimum 1GB RAM (atau lebih).
  • Manakala bagi pengguna Windows XP pula, komputer anda perlu mempunyai kemampuan minimum kelajuan CPU 500 MHz serta 256 MB RAM atau lebih.
  • Free hard disk space sekurang-kurangnya 140MB
  • Internet connection untuk proses validation & muat turun database/definition update, serta
  • web browser (sudah semestinya!kalau takda web browser camana mau baca carutan ni & download perisian ni kan) - Internet Explorer 8, Mozilla Firefox @ Google Chrome recommended.
Selamat mencuba!!!Eh lupa pula, ini link download ok Microsoft Security Essential.Sila pilih language anda sebelum memulakan proses muat turun, nanti terdownload dalam bahasa Bulgaria kang habis haru-biru haha.Selamat!!!
mrgreen


Read more ...

Monday, January 3, 2011

ALHAMDULILLAH...

Tak tau mau update pasal apa sebenarnya.Tapi lepas terbaca list kesyukuran si Hanis Zalikha yang panjang berjela, rasa2 macam terdetik juga rasa untuk buat list kesyukuran sendiri..Bukan apa, rasanya semua orang patut mensyukuri setiap kejadian yang dikurniakan kepada kita oleh Yang Maha Pencipta.Ucaplah ALHAMDULILLAH, bukannya susah...kan....

Dan untuk tahun 2010 yang telah melabuhkan tirainya,
aku bersyukur....
1. aku masih dipanjangkan umur & diberikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ALLAH ini..
2. aku masih berpeluang untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan.Biasalah, manusia sentiasa buat kesilapan, cuma kadang2 kealpaan & kegoan buat kita lupa betapa beruntungnya kita masih diberikan peluang untuk memperbetulkannya...
3. aku masih wujud untuk mengejar cita2 yang belum terlaksana.It's better late than NEVER....
4. aku masih sihat walafiat.Walaupun ada kalanya terkena juga sakit macam orang lain, tapi setakat ni belum ada lagi sakit kronik yang menimpa.Syukur ALHAMDULILLAH....
5. aku pernah jatuh & putus cinta.PENGALAMAN itu sangat memberi pengajaran dan mendewasakan.TERIMA KASIH kepada yang berkenaan...
6. aku masih memiliki keluarga yang tercinta.Walaupun telah melalui beberapa kehilangan, namun itu semua telah membuatkan aku sedar betapa berharganya keluarga yang kita miliki.Jadi sayangilah keluarga anda. AL-FATIHAH kepada yang telah pergi..
7. aku dapat menurunkan berat badanku muahahaha..kisah yang sangat mahal untuk 2010.Memang bida' betul rasanya berjalan dengan hanya 1 pack diperut hahaha.Sedang menuju kearah 6 pack, harap2 berjaya ;)
8. aku masih ada sahabat yang mau berkongsi susah senang. Sekarang ni bukan senang mau dapat sahabat yang tidak hilang semasa kita dalam kesusahan.Thank you for being my friend, you know who you are!!!
9. aku masih boleh bercakap, menulis, mendengar, berjalan, berlari.Kadang2 kita lupa bahawasanya ada orang yang tidak mampu untuk berbuat seperti apa yang kita mampu lakukan.Jadi bersyukurlah, kerana tidak semua orang bernasib baik seperti kita...
10.Dan yang PALING PENTING, aku bersyukur, kerana OTAK & AKAL ku masih berfungsi dengan baik dan masih tidak terformat.Walaupun banyak perkara yang berlaku telah membuatkan perncernaan akal & mindaku kadang-kala bertukar menjadi 3.5 suku setengah ataupun dalam ertikata lainnya sewel, namun syukur ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih memberikan kesihatan yang sempurna kepada bahagian tubuh terpenting itu kepada aku...

Sebenarnya ada banyak lagi yang patut dan harus aku syukuri.Tapi memandangkan mataku sudah terlalu berat seperti 10 guni beras, maka sampai sini sajalah list kesyukuranku untuk tahun 2010.Apapun ALHAMDULILLAH, syukur kerana masih dikurniakan nafas untuk terus berjuang......


*Bida' = Hodoh
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!