Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010, WELCOME ABOARD 2011!!!


Sedar tak sedar hari ni dah masuk 31 Disember 2010, cepat betul masa berlalu.Macam2 story epilog monolog sepilok yang berlaku sepanjang tahun ni huhuhu..Lurus bengkok tunggang terbalik semua pun ada..Seperti adanya Eiffel Tower di Paris, seperti berdirinya Piramid Giza di Mesir...Kisah sedih, sesedih unta yang dahagakan seteguk air di padang pasir..(beberapa kehilangan, AL-FATIHAH ke atas roh mereka telah pergi).Kisah gembira, segembira ikan yang sentiasa berada dalam laut, kecuali kalau diorang kena pancing & pindah masuk dalam aquarium...Story crazy, secrazy Chris Tucker..Kisah misteri, semisteri Lee Harvey Oswald.. (HOI APA YANG KAU MERAPU NI)

Untuk menyenangkan pemahaman korang tentang apa yang aku maksudkan, bagaimana biulnya kepala hotak aku sepanjang tahun ni, silalah mem'pening'kan diri melihat gambar2 di bawah....

love hurts...love scars....love wounds...and mars...lalalalala.....
uuuhhhhh love hurts - lagu Nazareth la apa la korang... ;)


Bila X2(19) = (33X4) + 67/33(98) maka akan terhasillah :
a) dekoder astro
b) sos cili
c) polis angkasa gaban
d) katil hospital bukit padang


Gara2 terlalu enak menikmati cup cake sampai jadi camni....ish ish ish...


Aku bunuh orang?dalam mimpi ada la...tapi kalau hampir nak bunuh orang tu,
macam sipi2 la jugak huhu


Mau cerita banyak pun tak guna, pendek kata short bicara, harapan dan azam yang tak tercapai tahun 2010, INSYAALLAH akan di carry forward ke 2011..Azam baru x payah mau cerita la, sendiri punya NAWAITU, sendiri tau cukupla..Semoga yang mungkar akan tertinggal di sana, semoga yang ma'aruf akan terbawa bersama..WELCOME ABOARD 2011, hopefully tahun baru ni akan memberikan satu tenaga dan enigma yang lebih berstigma untuk beranjak ke paradigma baru di dalam dunia yang penuh 'magma' ini...HAPPY NEW YEAR 2011 PIPOL!!!



*Photo from google image
Read more ...

Thursday, December 30, 2010

Garuda Patah Sayap!!!


Mesti semua penyokong Malaysia puas hati, buah pinggang, limpa, usus, sum2 dan yang sewaktunya dengannya sebab kita menang piala AFF.Tapi, mesti kamurang semua tertanya-tanya apakah faktor kemenangan utama Malaysia?Sebenarnya masa indon dapat penalti mula2 tu, si Khairul Fahmi telah bertukar menjadi ultraman, tu yang senang2 ja dia safee tendangan tu.Tak caya?Ini buktinya..

Syabas Khairul Fahmi kerana berjaya mem'fire' bola itu daripada masuk ke pintu gol 
Selain daripada tu, beberapa faktor lain juga dikenalpasti sebagai penyumbang utama kekalahan indon di tangan Harimau Malaya.Antaranya:
1. Kegagalan pasukan indon memanfaatkan kelebihan bau 'Bungkag' (ketiak) yang dimiliki oleh pemain2 mereka seperti Okto.Jika mereka memanfaatkan sebaiknya kelebihan itu, kemungkinan mereka untuk kalah dengan jaringan yang lebih besar akan bertambah tinggi huahaha...
2. Serangan psikologi yang mereka gunakan telah mem'fire' mereka semula.Banner mereka yang berbunyi "Raja Gombal, di Jakarta kami hancurrr" telah menjadi kenyataan.Memang, syabas kerana telah berjaya menghancurkan diri anda sendiri ;)
Apapun syabas setinggi mountain daik bercabang 12 diucapkan kepada HARIMAU MALAYA kerana berjaya mematahkan sayap sang garuda & langsung meng'convert'kannya menjadi burung pipit hahaha.Dengar cerita ada sahabat blogger cakap hackers indon nak launch cyber attack pada Malaysia sebab tak boleh terima kekalahan.Oi, kalau da kalah tu buat la cara kalah, memang sudah adat pertandingan macam tu ada menang ada kalah.Tapi kalau kau still tak boleh terima kekalahan, peduli ku sana...ada aku kesah...Apapun, Tahniah HARIMAU MALAYA!!!!

*Bungkag = bahasa tempatan Sabah yg bermaksud bau ketiak melampau tahap gaban yang boleh membuatkan anda dimasukkan ke wad ICU sekiranya terhidu ;-D
Read more ...

Sunday, December 26, 2010

Tutorial : Bagaimana untuk membuka "blocked websites"

Anda mengalami masalah untuk meng'access' websites kegemaran anda seperti facebook, youtube, skype etc di tempat2 tertentu seperti di office, sekolah, universiti dan sebagainya?Jangan bimbang, ada penyelesaiannya!Memperkenalkan..... (macam buat direct selling la palek hehehe) Rilek bro2 & girl2, rilek...Tutorial ini akan memberikan anda jalan keluar kepada masalah ini.Tetapi sebelum itu, anda harus mengetahui bahawasanya (jeng jeng jeng) : Tindakan ente mengubah setting komputer ente adalah menjadi tanggungjawab ente sendiri.Ana tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap ente sekiranya ente dikesan dan dihukum oleh bos @ pensyarah ente kerana melayari laman web yang tidak sepatutnya.DO AT YOUR OWN RISK, OK. ;)

VPN (Virtual Private Network) adalah solution terbaik kepada masalah ini.VPN boleh ditakrifkan sebagai sebuah rangkaian (network) yang "melapisi" rangkaian yang sedia ada.Melalui VPN, data yang bergerak melaluinya secara umumnya tidak akan dapat dikesan atau di "backtrack" oleh rangkaian yang mendasarinya (ISP-Internet Service Provider).VPN connection boleh dibayangkan sebagai sebuah "paip yang berada di dalam paip",dengan paip luar merupakan sambungan/connection asas yang akan membawa data kepada sumber yang seterusnya akan melakukan pemindahan data secara 'secure' di dalam network tersebut.Anda akan menjadi 'anonymous' kerana I.P address anda akan menjadi 'hidden' selepas anda mengaktifkan VPN...Bingung?aku pun,bingung jugak hahaha...ala senang cakap macam ni ja,VPN ni akan melapisi rangkaian/network yang sedia ada di dalam komputer anda untuk menjadikan anda 'hidden' dalam network tersebut dan seterusnya membolehkan anda melayari website dan servis yang anda mahukan...No Virus,no malware,totally safe..telah di terai test diatas platform Windows 7 Ultimate Operating System dan hasilnya memang....mantops!!!hehehe...;)

Namun begitu, kebanyakan VPN servis yang wujud ketika ini adalah merupakan servis berbayar, malah ada yang lebih mahal daripada bayaran bulanan broadband anda!(huhuhu) Walaupun demikian, demi untuk ente pembaca2 ku yang ku chentai sekalian, ana telah bersusah payah tunggang tebalik untuk mencari beberapa sumber VPN PERCUMA yang boleh di download tanpa was2.Berikut adalah beberapa sumber percuma VPN yang boleh anda cuba: (sila klik pada link dan anda akan di'redirect'kan ke download website)

Hotspot Shield

Hotspot Shield protects your entire web surfing session; securing your connection at both your home Internet network & Public Internet networks (both wired and wireless). Hotspot Shield protects your identity by ensuring that all web transactions (shopping, filling out forms, downloads) are secured through HTTPS. Hotspot Shieldalso makes you private online making your identity invisible to third party websites and ISP’s. Unless you choose to sign into a certain site, you will be anonymous for your entire web session with Hotspot Shield

Free VPN

It’s free and no need to register, but has forced URL redirect for ads display.FreeVPN has servers all around the world. If you want advertisements free and higher speed, you can pay for the premium servers.

proXPN

proXPN is a way to secure your internet connection for free. Your privacy and security are protected with their military-grade VPN featuring. It’s free of charge and has no ads.You have to register a user account in their website, and then you can download proXPN with your e-mail address and password.

VPNTool

VPNTool provides L2TP VPN tunnel for Windows 2000 and IPSEC VPN tunnel for Windows XP/Windows 7, both are secure and reliable. You can sign up an account from VPNTool website, download the VPN client and login with the account you have registered.Each account will be valid for one-month, and you can register new ones after expired.
Selamat meng'hacking' network komputer office dan kolej anda!!! ;)

P/S : Tutorial ini hanya bertujuan untuk perkongsian sahaja.Sekali lagi diingatkan, segala tindakan dan proses peng'installation' yang dilakukan oleh pembaca adalah diatas tanggungjawab anda sendiri.Sindri mau ingat haa....Tutorial ini juga adalah untuk menjawab pertanyaan seorang bro tentang bagaimana untuk melakukan muat turun sekiranya P2P services diharamkan di Malaysia.Well bro, this is the answer for your question....Sebarang pertanyaan sila drop di comment box.Selamat menerai ;)
Read more ...

Friday, December 24, 2010

Discomgoogolation ~ adakah anda seorang daripadanya?

Discomgoogolation, apa tu?Mau terbelit lidah menyebutnya..Perkataan yang mungkin membuatkan anda malas untuk membaca post ini, nampak macam 'nerd' ja topik ni.TAPI, mungkin anda adalah salah seorang yang menghidap 'penyakit merbahaya' ini (bahaya?biar betul..) Jadi, teruskan membaca untuk mem'brain-storming'kan minda anda...

Adakah anda merasa seperti tidak keruan, stress, tidak tenang, moody, dijangkiti demam panas, demam kepialu, demam malarindu dan sebagainya,(yang 3 terakhir tu saja aku tambah untuk menyedapkan masakan hehe) bila berjauhan dari....INTERNET?? Adakah aktiviti otak dan tekanan darah anda meningkat dengan drastik seolah-olah mendapat tenaga seperti gaban dan ultraman bila anda online?Jika jawapan anda adalah 'YA' untuk kedua-dua soalan di atas, maka dengan rasminya saya mengumumkan anda adalah seorang penghidap sindrom DISCOMGOOGOLATION!



Disebut sebagai 'dis-kom-google-lation', sindrom ini sebenarnya dialami oleh kebanyakan kaki online, terutama mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai 'online-gamerer','facebooker','twiterer','bloggerer','yahoorer','googlerer' dan pelbagai lagi 'rer' yang sewaktu dengannya.Di ambil dari kata dasar 'Discombulate' yang bermaksud 'bingung/keliru' (confuse), frust/kecewa (frustration) yang digabungkan dengan perkataan 'Google'.Menurut Dr. David Lewis (seorang psychologist),"when unable to get online, discomgoogolation take over".Bermakna, seseorang yang sentiasa dan sudah terbiasa menggunakan internet dalam kehidupan sehariannya akan mengalami sindrom ini sekira terputus hubungan dengan dunia internet.Ini boleh dibuktikan dengan melalui komen-komen anda, anda, anda dan saya sendiri juga (hehe) dalam facebook, twitter dan pelbagai social networking yang lain sekiranya line internet anda terputus mahupun bila broadband anda bergerak selaju siput gondang emas.Akan muncullah status di facebook @ twitter yang berbunyi seperti (contoh) "tuuut punya line,bikin panas","tuuut punya broadband, siput sedut belakang rumah aku lagi laju...tuuut", ataupun status melalui text message "oh tidak, karan rumah aku abis cas" dan pelbagai lagi status & komen yang secara tidak langsung membukti anda-anda dan saya sendiri adalah penghidap discomgoogolation...


contoh penghidap discomgoogolation tahap gaban ;)

Dalam kes-kes tertentu (yang kronik la, boleh tahan suda teruk diorang ni), sesetengah penghidap sindrom ni berpendapat adalah lebih baik rumah mereka tidak mempunyai karan (electricity) daripada tidak mempunyai perkhidmatan internet (tapi macamana mau connect to internet kalau takda karan?bengap betul juga orang yang cakap tu) malah ada yang sampai memberikan perhatian yang lebih kepada aktiviti online berbanding dengan 'aktiviti' dengan pasangan mereka sendiri.(gila ka apa,memang kronik tahap gaban suda ni)

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, boy-boy dan girl-girl pembacaku yang dihormati sekalian, bagaimanakah untuk menghindarkan diri kita daripada menjadi salah seorang penghidap sindrom ini?Salah satu jalan yang terbaik buat masa ini adalah, silalah pergi ke pusat internet service provider yang terdekat dengan anda dan mulalah melanggan pakej-pakej broadband dan talian tetap yang berlambak di pasaran sekarang hahaha..Untuk pengetahuan semua, sindrom ini memang tidak ada pengubatnya, so terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk mengawal ketagihan dan ketaksuban terhadap internet.Meminimakan aktiviti di internet mungkin salah satu jalan terbaik untuk menangani masalah ini (minima?jangan nak mengarut la hahaha).Kepada yang dah tersampuk sindrom discomgooglotion ni, tak dapek den nak nolong, sindri mau ingat la k....Pandai-pandailah kita meng'googolation'kan diri masing-masing okeyyy....tata ;)

 

P/S ~ bayangkan, sedang korang khusyuk meng'googolation'kan diri, tiba-tiba terjumpa page di atas ni...hahaha...kita fikirlah sama-sama...bye ;)
Read more ...

Wednesday, December 22, 2010

Mind Test


Saja ja mau test lu orang punya 'brain detection'..kalau yang jenis 'otak kuning' tu gerenti nampak benda lain...Benda lain, benda apa ah?Tu cuma LAMPU la....kenapa, lu orang nampak apa???mrgreen


Read more ...

Tuesday, December 21, 2010

Hanis Zalikha ~ The Next Big Thing???

Hanis Zalikha..sapa ni?Loyer, dokter, ahli mujik??Aku dah lama dengar nama ni, tapi tak pernah plak tengok wajahnya.Terus terang cakap, memang tak kenai la..(memang pun dia tak kenal aku).Tapi sekali nampak, adoi dogo mau bedarah hidung di buatnya...

Sedikit info tentang si gorjes ini : Hanis Zalikha Binti Zainal Rashid, lahir pada 9 October 1990 di Selangor.Seorang model, hot girl dekat Twitter www.twitter.com/haniszalikha & pelakon (filem Momok, tapi aku tak pernah tengok lagi??!).Pernah menang 2nd runner up dalam pertandingan Malaysian Dream Girl (rancangan realiti 8tv kalau tak silap, ala-ala American Next Top Model.Info lanjut sila rajinkan diri anda untuk menggoogle.Kalau malas mau menggoogle silalah menyibuk ke facebook fan page beliau di sini  atau belognya di sinun.Untuk melihat resume Hanis Zalikha dekat Nuffnang klik sini).Aku sebenarnya secara tak sengaja telah tereksiden masuk ke dalam blognya http://www.inibelogsaya.blogspot.com/ dan mak aih..Blog dia ni tercalon dalam kategori Nuffnang Asia Pasific Blog Awards - Best Celebrity Blog.


Siapa, dimana, bagaimana??Enjin Carian Google juga turut mencatatkan nama beliau sebagai selebriti yang menghuni carta top 10 (No.6) dalam carian google Malaysia, mengalahkan citibank di tangga ke-9...Ops salah, Siti Nurhaliza.Tak caya?Tengok carta di bawah.


Hebat betul si gorjes ni kan..dah la hebat, cantik gila bro..gila pun tak cantik macam dia...nak tengok gambar?nah hambik...



         Mak aih...ble kena resdung kalau tenung lama-lama...         

Want some more?Nak lagi?korang google la sendiri...lepas tengok gambar-gambar si gorjes ni,aku terasa macam mau nyanyi sikit la..hadoi....tak sanggup lagi aku, melihat gambar itu....lama2...nanti abis semua darah keluar, dari hidung ku..(nyanyi pakai melodi lagu awie-tragedi oktober ok ahahaha). Apa yang pasti tentang gadis ini, dia telah membuatkan aku terkedu seketika dengan gaya penulisan dalam blognya.Superb, 2 thumbs up!!! Mungkin itu adalah salah satu faktor utama yang mengangkat namanya dalam Google search dan menjadikannya antara 'the fastest rising people', ditambah lagi dengan pakej kecantikan yang dimilikinya...itu sudah pasti bro...

Apapun good luck kepada si jelita pemilik nama Hanis Zalikha, mungkin anda adalah "The Next Big Thing" dalam industri hiburan Malaysia.Cuma mungkin tak lama lagi, berduyun-duyunlah VVIP cari nombor Henpon engkau ni...Just be careful of "crocodile land" out there, okey dear...chowcinci...... ;)

Read more ...

Thursday, December 16, 2010

RM1 lagi pergi mana???


Konpius betul kepala hotak hamba memikirkannya.Anda bagaimana? Renung-renungkan dan selamat beramal.;-)
Read more ...

Wednesday, December 15, 2010

Upgrading continues...

Read more ...

Tuesday, December 14, 2010

SURAT CINTA TIPAH

Tipah budak kampung,tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal-usul. Pakaian seksi maut,
bercinta pula dengan lelaki mat saleh. ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.
Punyalah eksen si Tipah, sehingga satu hari dia ternampak boyfriendnya tadi dengan wanita yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tipah menangis 3 hari 3 malam. Pada malam ke empat, Tipah mengambil sehelai kertas dan mula menulis untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki dgn mat saleh yang baru sebulan dikenalinya.

Beginilah bunyi surat yang ditulis oleh Tipah Binti Kulup Kecil, yang berjaya "dicuri"...

......................................................................................................

Dear Mike,
I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself.
You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood tree. First-first I think my friend lie me. But now I know you
correct-correct play wood tree.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result is very correct,
because you love her very high from me.
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver...
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tipah


Moral of the story ~ think cook-cook before kapel with men white..mwahahaha lols ;-D

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!