Sunday, November 28, 2010

P2P (Peer-To-Peer) Download bakal diharamkan di Malaysia?

SYABAS!! Setelah sekian lama kita 'dinikmatkan' dengan muat turun 'haram' percuma, akhirnya Akta Liabiliti ISP akan di bentangkan di Parlimen Malaysia bulan depan bagi menghalang muat turun haram di internet.(berita buruk kepada para kaki illegal download sebenarnya huhu).Akta yang bakal diperkenalkan ini akan memberi tekanan @ dalam bahasa kasarnya 'memaksa' pihak ISP (Internet Service Provider-Penyedia Rangkaian Internet seperti TM, DiGi, Maxis,Wimax etc) untuk mengenakan tindakan samada mendenda @ menamatkan / menyenarai hitamkan akaun pengguna yang melakukan aktiviti muat turun haram melalui P2P.Apa barang P2P ni? P2P (Peer-To-Peer) dalam bahasa mudahnya adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna internet di seluruh dunia berkongsi segala isi benda yang ada di dalam cakera keras (hard disk) komputer pengguna,yang mana pada ketika ini kebanyakan pengguna P2P lebih bertumpu kepada perkongsian muzik, video & installer(software). Di antara aplikasi P2P yang popular digunakan oleh para kaki download di Malaysia (di seluruh dunia sebenarnya) adalah seperti Ares, LimeWire,U-Torrent, Bitcommet, aMule, FrostWire, Allpeers dan banyak lagi.Selepas Napster berkubur beberapa tahun yang lalu di zaman dial-up 56 Kbps, (kaki download otai memang tahu la apa benda Napster ni) P2P merupakan merupakan cara paling popular untuk memuat turun bahan secara PERCUMA dari internet.


Gambar menunjukkan bagaimana P2P file sharing berfungsi

Melalui P2P, kelajuan download sesuatu bahan itu ditentukan berdasarkan bilangan pengguna yang berkongsi  file yang hendak kita download itu.Semakin ramai yang berkongsi file itu (seeder),maka semakin lajulah kelajuan download tersebut & begitu juga sebaliknya sekira kurang pengguna yang berkongsi file tersebut,maka slow la kelajuan download itu.Tapi terus terang cakap, aplikasi P2P ini akan bakal membuatkan talian internet anda berjalan seperti kura-kura yang sakit kaki..Disebabkan oleh sebab itu maka pihak ISP seluruh dunia termasuk di Malaysia menghadkan tahap kelajuan P2P kerana talian internet akan terbeban secara mendadak apabila pengguna memulakan proses download melalui aplikasi P2P.Antara enjin carian yang popular dalam mencari file untuk di download bagi aplikasi P2P adalah seperti mininova www.mininova.org & piratebay http://thepiratebay.org/  (ada banyak lagi sebenarnya, ni yang aku selalu guna hehe).

Berbalik kepada Akta Liabilliti ISP, sekiranya akta ini diluluskan untuk digunapakai di Malaysia, maka  berakhirlah  zaman  'free download' para kaki download seMalaysia (ya ka?rasanya...oren haha).Untuk pengetahuan anda, muat turun P2P & 'direct download' adalah dua benda dan cara yang berbeza.Jadi, seandainya P2P download di haramkan di Malaysia,apa akan terjadi dengan 'direct download'?Bagaimana pula dengan VPN, tflux, seedbox? Saya tidak akan mengulas @ menunjukkan bagaimana caranya, kerana yang 'illegal' tetap  'illegal' walau bagaimanapun caranya.Kemajuan teknologi,terutama 'Open Source Tech' adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka.Bak kata seorang sahabat online, "They always one step ahead".Anda fikirkan sendiri.Rajin meng'google' tangga kejayaan ;) 


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!